Pages

Thursday, December 9, 2010

Belajar & amal


“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Al-Mukmin: 60).

Bagaimana ingin beramal dengan ayat ini? Ayat yang datang dari surah ke-23.

Kesungguhan dalam doa. 
Keyakinan pada janjiNya.

Seringkali kita diseru supaya menjadikan Al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w sebagai petunjuk dalam melayari bahtera kehidupan. Tetapi sangat kurang yang mempraktikkannya. Benar, ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Ibarat kapal tanpa nakhoda. Perlahan-lahan, saya cuba untuk memahami serta melaksanakan apa yang diperintah oleh Rabbul Jalil. Ilmu sebatas pengetahuan yang saya miliki masih belum cukup untuk saya memahami Al-Quran dengan penghayatan yang sebenar. Tak guna khatam berkali-kali tetapi 'zero' dalam pengetahuan tentang kalam agung, petunjuk sepanjang zaman.

Pelajari Ia Sebelum Terlambat

Saya rindu saat bergelumang dengan tafsir Al-Quran. Tafsir fi zilalil quran karya unggul As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, Tafsir Hamka, Tafsir Ibn Kathir dll. Tempias dalam menyiapkan assignment untuk subjek minor.

Dan kini, saya menagih pengetahuan yang masih belum terisi. Sasaran saya, tafsir Hamka. Walau 3 ayat sehari, tetapi istiqamah. 

Allahu yusahhilna


Tuesday, December 7, 2010

Salam 1 Muharam 1432H~

Mood : Happy    ^_^


Alhamdulillah, 1 Muharam 1432H. Entry ringkas mungkin, saje nak tinggalkan jejak pada 1 Muharam. ",) Semoga hijrah kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Mohon didoakan ye. ;)

okay, setakat ni dulu. Mahu bergegas ke walimah akhi TG untuk round ke dua. hehe. 4hb baru2 ni dah pergi sebelah zaujah dia, mardhiah merangkap sahabatku. Dan kali ini, kena pergi sekali lagi sebab nak jumpa sahabat2 upsi.. esp k.iejah dan kak aisyah.. (kalau k.iejah tak call, tak pergi dah ^_^).

p/s: barokallah buat antuma, semoga bait dakwah dibina atas kerangka mawaddah, rahmah dan sakinah..

Friday, November 26, 2010

The Magic Of Thinking Big

Beberapa tahun yang lalu, saya menghadiri mesyuarat jualan yang menakjubkan. Pada masa itu, naib presiden syarikat berkenaan yang bertanggungjawab bagi hal-hal pemasaran sedang dalam keadaan teruja. Dia mahu menyampaikan mesejnya. Bersama-samanya di atas platform adalah pengedar nombor satu syarikat tersebut. Walaupun pengedar itu kelihatan seperti orang biasa sahaja namun pendapatan tahunannya adalah USD60,000. Ini adalah lima kali pendapatan purata pengedar-pengedar lain, iaitu USD12,000.
Naib Presiden itu mencabar para hadirin, “Saya mahu kamu semua perhatikan Harry. Tengok! Apakah kelebihan Harry berbanding dengan kamu semua? Pendapatan Harry adalah lima kali ganda purata pendapatan pengedar-pengedar lain, tetapi adakah dia lima kali ganda lebih pandai daripada kamu semua? Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh bahagian sumber manusia dahulu, kepandaiannya biasa sahaja.”
Dia menyambung, “selain itu, adakah Harry bekerja lima kali lebih kuat daripada kamu semua? Tidak berdasarkan laporan jualan. Malah dia lebih banyak mengambil masa rehat daripada kamu semua.”
Naib presiden itu berkata lagi, “Adakah kawasan jualan Harry itu kawasan lubuk emas? Tidak. Semua kawasan jualannya lebih kurang sama sahaja. Bagaimana pula dengan pendidikan? Adakah Harry lebih berkelayakan daripada kamu semua? Tidak. Adakah dia lebih sihat? Tidak. Harry juga sama seperti kamu semua, kecuali satu perkara.”
“Perbezaan antara Harry dan kamu semua adalah kerana dia berfikir lima kali ganda lebih besar.”
……………………
Sedikit perkongsian mengenai bahan bacaan terbaru saya, buku yang sarat dengan motivasi bagaimana untuk kita memanfaatkan kuasa pemikiran dan berjiwa besar. Adakah kita lebih selesa berada di takuk lama, yakni di kelas kedua? Kita dimaklumkan bahawa pada zaman sekarang sudah terlalu ramai pemimpin yang wujud, dan kita hanya disuruh menjadi pengikut. Hakikatnya, pemimpin dari segala bidang sepakat mengatakan, “kita punya ramai pengikut dan sedikit pemimpin”.
Disinilah letaknya kuasa pemikiran dan kuasa keyakinan. Namun, sebagai seorang muslim kita harus pandu pemikiran kita berlandaskan petunjuk agung Al-quran dan sunnah Rasul. Jadilah muslim yang berjiwa besar!
Sumber:  David J. Schwartz, Ph.D. The Magic Of Thinking Big
Ulasan : Khaulah

Saturday, November 20, 2010

Inspirasi Hati~


malam ni bertolak ke KL. semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang permusafiran.. Allahu yusahhilna.

Monday, November 15, 2010

Salam Baitullah~

Esok, wuquf di 'Arafah. Lambaian Haramain kembali menggamit. Semoga Allah memudahkan segala urusan para jemaah Haji + semoga dikurniakan haji yang mabrur.



SALAM EIDUL ADHA 1431H


Saturday, November 13, 2010

Bermusafir, pastikan nawaitu kerana Allah~

-tengok laman web pun dah tau sape punye gambar ;) 
Ustaz Azhar dgn trademark 'JKK'. cdt utk beliau-

Mula menulis sambil dengar muzik 'pot elegance of the pachelbel+tazkirah ringkas dari radio Hpa.fm. ^_^ Macam tau-tau je.. motivasi diri secara langsung. Entry kali ni mungkin ringkas dan santai. Berkenaan 'permusafiran hidupku'.

Sedari kecil, aku suka berdikari. Jauh dari keluarga. Bukan bermaksud aku meminggirkan keluarga, tapi hidup bermusafir banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Bermula di SHAMS, aku tinggal di hostel. Kemudian, ke Kolej Matrikulasi Kulim (KMK). Berada di Kedah selama setahun setengah. Permusafiran diteruskan ke bumi Murabbi, UPSI. Berada di Perak selama 4 tahun termasuk praktikal selama 5 bulan. Sepanjang tempoh di sana, kerapkali aku bermusafir di negeri-negeri sekitar semenanjung. Habis praktikal, aku berpeluang ke Sabah. Musafir lagi.. ^_^. Dan yang terkini, masih menanti En. posmen untuk musafir seterusnya. Jumaat posmen cuti. Berkemungkinan esok. Wallahu'alam.

apepun, moga tempat itu adalah tempat yang diberkahiNya. Dan semoga aku bermanfaat untuk Islam walau dimana aku berada.

"mencari kualiti masa sepanjang berada dengan keluarga, moga mereka berada dalam rahmat dan redha Allah sentiasa".


p/s: 17&18hb, musafir ke Kelantan untuk menghadiri program multaqa murabbi. Semoga selamat semuanya.. ;)


Friday, November 12, 2010

Dakwah Adalah Cinta~



Memang seperti itu dakwah.
Dakwah adalah cinta...
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah.

Tentang umat yg kau cintai. Lagi-lagi memang seperti itu... ^_^
Dakwah. Menyedut saripati tenagamu..
Sampai tulang belulangmu.
Sampai daging terakhir yg menempel ditubuh rentamu.
Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. ..
Tubuh yanghancur lebur dipaksa berlari... :(
Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. .
Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah....

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz.
Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat dalam kerahmatan
Tidak ada lagi orang miskin yg meminta sedekah.
Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Terpanar membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja.

Tubuh yang segar bugar itu sampai lunyai.
Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal.
Adakah memang itu yang diharapkannya;
mati sebagaij iwa yang tenang.

Dan di pertemukan di akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasapun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legenda di sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani…

justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke manapun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah.

Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada. Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka...

Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik. Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeria!. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar.Tapi seringnya “ditinggalkan”, hal itu sudah menjadi kewajaran.

Dan menjadi semacam tonik bagi iman..Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memperkayakan amalnay adalah mujahid yang telah berjaya. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah.

Karena tidak setiap saat mereka memproduksikan karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka menjadi tumpuan untuk didoakan mearisi para mujahid sejati,

“Ya Allah, berilah Kami petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh . Jasadnyadi koyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta…Mengajak kita untuk terus berlari…!

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

"Kalau iman dan syaitan terus bertempur. Pada akhirnya salah satunyaharus mengalah."

In memori As-Syahid Ibrahim Libya... 


sumber : u-jam 

Monday, November 8, 2010

"..pisau belati yang tajam"



kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri
aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi
kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
jasad ini darah ini sepenuh redha di hati

kami adalah panah-panah terbujur
yang siap lepaskan dari busur
tuju sasaran siapapun pemanahnya

kami adalah pedang-pedang terhunus
yang siap terhayun menebas musuh
tiada pedulipun siapapun pemegangnya

asalkan ikhlas di hati
tuk hanya redha ilahi rabbi

kami adalah tombak-tombak berjajar
yang siap dilontarkan dan menghujam
menembus dada lantakkan keangkuhan

kami adalah butir-butir peluru
yang siap ditembakkan dan melaju
mengoyak dan menumbang kezaliman

asalkan ikhlas di hati
tuk jumpa wajah ilahi rabbi...

kami adalah mata pena yang tajam
yang siap menuliskan kebenaran
tanpa ragu ungkapkan keadilan

kami pisau belati yang selalu tajam
bak kesabaran yang tak pernah akan padam
tuk harungi da'wah ini jalan panjang

asalkan ikhlas di hati
menuju jannah ilahi rabbi...

 ...........

 teringat pada lagu ni sejurus mendapat mesej dari sahabat dunia akhirat. tepat pada masanya.. recharge kekuatan dan semangat untuk terus berjuang. 


"kemelut dalam islah, antara diri, nafsu, syaitan.. "


Saturday, November 6, 2010

AlFatihah~

Serangkai nasihat Al-Fadhil Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man :


“Mati itu tidak syarat sakit,tidak syarat sihat,tidak syarat muda,tidak syarat tua”


Syaratnya AJAL.


Al-Fatihah buat Allahyarham Ismail Naqiudin Hamdan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan syuhada'. Syurga menanti buat pejuang-pejuang yang mewaqafkan diri pada jalanNya. Yakinilah janjiNya..

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah



Thursday, November 4, 2010

Kemenangan itu makin hampir, bersabarlah..




"Islam pasti menang"


أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat.” ( Al Baqarah : 214)

"Inna nasrollahi qorib" 

Kemenangan yang dijanjikan Allah semakin hampir. Soroti kembali sirah Rasulullah, bagaimana proses dakwah di Mekah dan Madinah. Allah tidak memberikan kemenangan pada awalnya. Namun, disebabkan gigihnya dakwah yang dijalankan Rasulullah saw dan para sahabat, akhirnya Islam menyinari bumi Mekah dan Madinah.


Selama masa itulah Rasulullah saw mempersiapkan generasi yang kuat, kukuh, sabar dan tahan akan berbagai ujian yang mendatangi mereka sebagai satu aturan dari perjalanan dakwah di jalan Allah.
Dalam tempoh itu juga, berbagai ujian dan peristiwa besar mewarnai perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya, diantaranya :

Fasa dakwah di Mekah 

Berbagai penyiksaan yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dipulaukan selama tiga tahun, penolakan masyarakat Thaif terhadap dakwah. Yang pada akhirnya fasa ini ditutup dengan hijrahnya kaum muslimin dan Rasulullah saw ke Madinah.

Fasa dakwah di Madinah

Sebelum terjadi perjanjian Hudaibiyah berbagai usaha dilakukan oleh Rasulullah saw untuk mengukuhkan masyarakat muslim pertama, seperti pembinaan masjid dan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Kemudian, Allah swt mengizinkan mereka untuk berperang melawan orang-orang yang menentang dakwah sehingga berlaku berbagai peperangan seperti Badar, Uhud, dan Ahzab disamping peperangan melawan orang-orang Yahudi.

Umat Islam Saat Ini

Berdasarkan sirah Rasulullah, keadaan pejuang-pejuang agama Allah saat ini juga merupakan salah satu proses ke arah meraih kemenangan yang dijanjikan Allah swt. Pertentangan antara yang haq dan batil masih berleluasa, maksiat semakin menjadi-jadi.. malah lebih teruk, umat Islam sendiri sudah hilang jati diri sebagai muslim. Namun, harus diingatkan.. proses untuk meraih kemenangan pasti akan terus diuji. Siapa yang setia, siapa yang berpura-pura.. Siapa yang langsung tidak ambil tahu.




"kita masih dalam tapisan Allah.."

Kepada semua barisan mujahid mujahidah Islam, moga terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus mendaulatkan agama Allah. Dan moga Allah tetapkan hati kita supaya istiqamah di atas jalan perjuangan ini. Jadikan kekalahan di Galas + Batu Sapi sebagai satu muhasabah dan pencetus semangat untuk kita terus berjuang. Syiar Islam akan terus didaulatkan! Allahuakbar walillahil hamd.

Wednesday, November 3, 2010

2 in 1

BismiLlahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Salam kemenangan buat Islam.


 -ringkas, tapi ada point penting yang ingin disampaikan-

Dah nak masuk hari ke-4. rutin harian saya mula berubah. Siang di luar, malam di rumah. Moga ia bermanfaat untuk Islam. Permulaan yang baik sebelum benar-benar membina tapak.

Masih menunggu surat dari encik posmen. Sahabat-sahabat yang dipostingkan ke Sarawak dah dapat surat. Mabruk'alaikum! Moga terus istiqamah. Pilihan saya, pahang dan Johor. Tapi, selain dari keduanya juga saya tetap terima. Takdir yang terbaik dariNya.

"Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat"

(Al-Mu'minun:29)


p/s: agak janggal menukar kata ganti diri 'aku-saya'. ubah angin ",)

Friday, October 29, 2010

Fatwa Ikut Suka Pas : Umno Keliru Dan Terus Keliru



Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

            Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

            Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

            Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

            Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

            Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

            Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

            Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular.  Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar.   Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan.  Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti.   Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 20 Dzulka'edah 1431 H | 28 Oktober 2010

Thursday, October 28, 2010

Lihat dan fikir : Subhanallah

-sebelum tibanya waktu solat: umat Islam dalam keadaan yang tidak tersusun, mereka datang dari pelbagai negara yang berbeza bahasa, berapa lama agaknya masa yang diperlukan untuk mereka berada dalam saff yang tersusun sebelum memulakan solat?-
-tiba waktu solat: apabila diarahkan 'betulkan saff', dalam beberapa saat suasana yang pada asalnya berterabur bertukar kepada barisan yang tersusun, subhanallah!-
-no doubt! He is the Almighty-

 
 
"I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger"
 
 
selanjutnya:  click
 
 
khaulah
 

Tuesday, October 26, 2010

Suatu Persinggahan~

BismiLlahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt...

Salam perjuangan buat semua pengunjung, moga kunjungan anda diberkati dan senantiasa dalam redha Allah.
Alhamdulillah, aku kembali menulis. Hampir sahaja aku menukarkan template blog 'Khaulah Al-Azwar' kepada template yang baru disebabkan beberapa masalah teknikal yang sering berlaku; 'upgrade to pro today'. Tapi, sehingga kini aku masih setia dengan template berwarna 'pink+purple'. =)

Sedikit perkongsian buat semua pengunjung, moga bermanfaat.

"Jangan menuntut Allah kerana lambatnya permintaan yang telah engkau pinta kepadaNya, tetapi hendaknya engkau betulkan dirimu dan tuntut ia supaya tidak terlambat melaksanakan kewajipan-kewajipanmu terhadapNya. Jika tercapai permintaanmu, maka jangan engkau bersangka buruk terhadap Allah, kerana Allah tidak dapat dituntut terhadap apa sahaja yang diperbuat, tetapi hendaknya permintaan itu semata-mata untuk menunjukkan sifat kehambaanmu kepada Allah, dan hajat keperluanmu kepadaNya. Allah telah melengkapi segala keperluanmu sebelum engkau mengerti apakah hajat keperluamu yang sebenarnya. Maka sebaiknya apabila engkau menyerah sebulat-bulatnya tanpa usul apa-apa kepada Allah, hanya itulah yang dapat menenangkanjiwa fikiranmu".

"Apabila Allah telah menjadikan engkau pada lahirnya menurut perintahNya dan dalam hatimu menyerah bulat kepadaNya, maka beerti Allah telah memberi kepadamu sebesar-besar nikmat kurniaNya."


Fikir-fikirkan.. 

........................
Hari ini bermula penamaan calon N.45 Galas dan P.185 Batu Sapi. 


" moga aku punya ruang dan peluang untuk bersama-sama mereka walaupun sekejap."

Ijtima' Kepimpinan Pas Negeri Terengganu
"Demi Kedaulatan Islam : Perkasakan Jihad"
 -ucaptama Tuan Guru Presiden-


 -walaupun muka aku dah hangus terbakar, tapi ni moment paling indah. terngiang2 kata-kata seorang kakak, "ingat satu perkara je, apa yang kita buat ni dalam perkiraan Allah, kita tak mampu nak sumbang wang yang banyak, tapi kita mampu untuk sumbang tenaga".. Allah.. terus tegak berdiri. Lebih-lebih apabila lagu pas berkumandang. 




 "Ya Allah, bantu aku untuk membuat keputusan yang terbaik demi agamaku"


-Khaulah-
 

Monday, October 25, 2010

Multaqa Murabbi.Net


InsyaALLAH, Multaqo Murabbi yang pertama akan diadakan pada hari raya Haji yang ke-2 bertempat di rumah pihak pentadbir tertinggi murabbi.net (rumah almarhum Fadhiri). Multaqa ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama admin Murabbi, krew moderator Murabbi, sahabat sahabiah almarhum Mohd Fadhiri dan juga semua ahli usrah Murabbi.
Keterangan lanjut, sila click

 

Sunday, October 24, 2010

Lembutmu bukan penghalang~



Kilatan demi kilatan pedang tangkas menghunus. Perang semakin sengit.Tentera muslim berdepan dengan tentera rom yang ramai.Perindu2 syahid keletihan.Saat melamar bidadari syurga terasa kian hampir. Biar syahid,mengalah tidak sekali.

Seekor kuda perang meluncur gagah. Penunggangnya,wajah berlitup kain. Berani. Debu2 berterbangan. Mata2 terbeliak kagum.Teruja. Amuk si pewira mengayun tombak dengan garang. Musuh2 Allah jatuh.Allahukbar. Semangat tentera muslim menggelegar di udara.Musuh berasa gerun. "Adakah itu khalid bin al-walid?"musuh tertanya2. Sememangnya nama besar khalid al-walid cukup menggetarkan mereka.

Salah seorang ketua skuad islam, Raafe bin Umaira berbisik kagum,"beliau bertempur seperti khalid al-walid". Tersingkap tabir wajah,nyatalah si pewira bukan seorang laki berhati waja sebaliknya seorang srikandi yang perkasa. Tatkala mengetahui tentera yang sedang mengucar-kacirkan musuh itu adalah khawlah al-azwar,khalid al-walid hampir terjatuh dari kudanya.Takjub!

Membebaskan abg tersayang.

Khawlah al-azwar terdorong menggempur musuh, mencari syahid dalam peperangan itu sebaik sahaja telinganya menangkap berita, abangnya zirar al-azwar telah ditawan. Sangkar besi milik tentera rom yang penuh dengan penyeksaan membuatkan khawlah al-azwar tidak mampu lagi berdiam diri, lantas membuat pembelaan. Beliau asyik membayangkan betapa deritanya si abang melalui saat2 ngeri disebalik jeriji2 besi.

Peperangan beransur reda apabila pertahanan pihak musuh berjaya dipecahkan. Khawlah tidak sabar2 menanti operasi seterusnya. Abangnya mesti dibebaskan.tentera muslimin mengatur operasi serangan seterusnya di Beit Lahiya,Gaza Palestin. Di situ zirar al-azwar dipercayai terpenjara. Khawlah al-azwar menghunus pedang,menyertai perang. Akhirnya di situ abangnya yang tersayang di bebaskan.

Mahir berkuda dan bersenjata.

Khawlah al-azwar, nama seindah identiti. Dibesarkan pd zaman islam sering diancam peperangan. Ayahnya memperlengkapkan dirinya dengan ilmu mempertahankan diri. Sejak kecil,dia diasuh menunggang kuda dan bermain pedang. Segala teknik dan kemahiran diperturunkan. Maka mekarlah mawar agama itu sebagai seorang srikandi dengan perkasa. Dalam perang Yarmouk,beliau cukup berwibawa memimpin dan memelihara kaum wanita yang ikut serta dalam peperangan itu. Tidak lengkap pasukan tentera islam tanpa kaum wanita sebagai sayap kiri perjuangan.keberanian khawlah terserlah sehingga kepalanya cedera mengalirkan darah. Pengorbanannya tidak sia2. Panji kemenangan muslim berkibar2 dalam peperangan itu hingga membawa kepada pembukaan syam. Bandar damsyik bercahaya dengan sinar baru.

Membuka kurungan.

Dalam peperangan sahura,khawlah dan beberapa orang mujahadah muslimah tertawan. Ah,tiada episod kekalahan. Lawan tetap lawan. Mungkin begitu jeritan batin khawlah. Beliau tidak mahu hanya menanti bantuan tanpa berusaha melakukan tindakan.tertendang-tendang hatinya menyuruh berlawan. Pengawal2 yang mengurung mereka nampak gagah perkasa. Sekali pandang,untuk menemui kebebasan memang mustahil. Dia mungkin tidak berupaya melawan secara berseorangan. Lalu dia berpidato untuk meniup semangat teman2 seperjuangan.

"Wahai sahabat2ku yang berjuang di jalan Allah,apakah saudari2 semua sanggup menjadi tukang2 picit orang rom?apakah saudari2 sanggup menjadi hamba2 orang kafir yang dilaknati?Adakah saudari rela dihina dan dicaci maki oleh bangsa rom yang durjana?Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang muslimah yang bertaqwa?Sesungguhnya mati itu lebih baik bgi kita dari menjadi hamba orang2 rom."

Sebelum memulakan misi serangan ke atas pengawal2 rom itu,mereka berdoa,bertaubat dan bermunajat sesungguh dan seikhlas hati kerana selepas ini mereka mungkin dibantu Allah ataupun dibawa kembali selamanya kepada Allah. Menang atau mati syahid,mengalah tidak sekali.

Khawlah al-azwar berpidato sekali lagi.

"Jangan sekali2 saudari gentar dan takut.Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali.Patahkan tombak mereka,hancurkan pedang merekaperbanyakkan takbir serta kuatkan hati.insyaAllah pertolongan Allah sudah dekat."

Allahuakbar! Pejuang2 muslimah bertempur dengan pengawal2 durjana itu dan akhirnya berjaya menumpaskan mereka. Lantas mereka lari membebaskan diri dari kurungan untuk terus berjihad bergabung dengan tentera muslimin.

Begitulah kentalnya episod hidup khawlah al-azwar yang terakam unggul. Adakah akan lahir seorang lagi srikandi seperti beliau? beliau juga seorang wanita yang punyai 1 akal dan 9 nafsu.

sumber: majalah solusi karangan Fathimah Syarha Mohd Noordin.

.................................
Alhamdulillah, diberi ruang dan kesempatan untuk mencoret di laman 'Khaulah Al-Azwar'. Catatan yang pernah ditulis dalam entry sebelum ni. Sekali lagi, aku tergerak hati untuk mengulang tajuk yang sama. Seolah-olah ada satu renjatan semangat yang mengalir ke dalam diriku untuk terus mencontohi serikandi Khaulah. JazakumuLlah khairan kepada sahabat-sahabat yang senantiasa mengingatkan aku pada sebaris nama yang cukup indah ini. Moga aku terus bergerak sebagai sayap kiri yang kental semangat juangnya, persis 'khaulah Al-Azwar'..




Saturday, October 23, 2010

"Demi Kedaulatan Islam, Perkasakan Jihad"



"kemuliaan sesuatu umat itu letaknya pada ISLAM"

Wednesday, October 20, 2010

HIKIKOMORI vs JEMAAH



Hikikomori (ひきこもり or 引き籠もり, adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka mengasingkan diri di tahap yang ekstrim disebabkan oleh pelbagai faktor yang bersifat akumulatif, berkait mungkin dengan masalah social phobia atau social anxiety. Malah mungkin juga agoraphobia, avoidant personality disorder atau sifat malu yang ekstrim lagi menyakitkan.

Baca lanjut saifulislam

"adakah kita tergolong dalam golongan HIKIKOMORI?"


 

“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]

Saturday, October 9, 2010

Lambaian Haramain : 2



BismiLlahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt. 


Entry 'Lambaian Haramain' kembali bertandang. Petang tadi, selesai menziarahi emak saudara yang akan pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji tahun ini. InsyaAllah, dia dan suami akan berangkat pada 17 oktober ini. Nampak gaya, kena balik terus ke Terengganu lepas habis konvo. 

kepada mereka : semoga mendapat haji yang mabrur.


Masih mengharap, dan masih berazam untuk menjejakkan kaki ke sana pada usia yang muda. InsyaAllah.



"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" 

(Surah Al-Baqarah Ayat 96)



Lambaian Haramain 1 (entry tahun lepas)



Thursday, October 7, 2010

Sesungguhnya..

 
Dalam pada mencari 'mutmainnah', aku jumpa video di atas. Lagu nasyid 'sesungguhnya', (Raihan). Hayati maksud tersirat yang cuba disampaikan.. sedikit sebanyak ia memberi rasa 'mutmainnah' pada diri.

BismiLlahirrahmanirrahim 
Assalamu'alaikum wbt

Salam perjuangan buat semua. Sedikit perkongsian buat pengunjung 'Khaulah Al-Azwar'. Sama-sama kita ambil manfaat daripada artikel dibawah. Artikel ini datang tatkala aku bergelumang dengan rasa marah yang amat. 

'Allahumma anta Robbi laailaahailla ant, 'alaika tawakkaltu wa anta robbul 'arsyil kareem'


Bagaimana menghilangkan Marah 

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? 

Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". 

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". 

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti buang rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :  

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.  
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.  
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.  
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang sekiranya anda dalam keadaan marah.  
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 
i) Tauhid kita perlu tepat. 

Setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. 

Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.  

konklusinya, perbanyakkan istighfar itulah senjata orang2 mukmin. wassalam 

sumber: click
Edit by : khaulah

  
"bukan senang nak membentuk peribadi dengan akhlaqul kareem.. perlu mujahadah selalu. moga sedikit demi sedikit, mazmumah itu terhapus sekaligus tertanamnya mahmudah."

Sunday, October 3, 2010

Hikmah disebalik ketentuanNya


BismiLlahi wal hamduliLlah

"Allah melapangkan bagimu supaya engkau selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau daripada keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Allah mengubah2 keadaanmu daripada sedih kepada gembira, daripada sihat kepada sakit, daripada kaya kepada miskin, daripada terang kepada gelap.. supaya mengerti bahawa engkau tidak bebas daripada hukum ketentuanNya, supaya selalu engkau berdiri di atas landasan "Laa haula walaa quwwata illa billah" (tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kecuali dengan pertolongan Allah ta'ala. Firman Allah :

supaya kamu tidak sedih (menyesal) terhadap apa yang terlepas daripada tanganmu, dan tidak gembira atas apa yang diberikan kepadamu


 Hikam : 90

Thursday, September 30, 2010

96:1-5 (Recite..)

credit to : Najwa (96:1-5)

BismiLlahi wal hamduliLlah..

Esok, bermula Ijtima' Tarbawi yang akan berkampung di Rusila. InsyaAllah, program yang akan memberi manfaat kepada semua, rugi kalau tak rebut peluang yang datang bukannya selalu. Moga diberi keizinan dariNya dan kekuatan untuk menghadirkan diri. 



Tuesday, September 28, 2010

Ijtima' Tarbawi Pemuda/i Peringkat Kebangsaan



 Tentatif

01 Oktober 2010 [ Jumaat ]

04.00 pm - 06.30 pm : Pendaftaran Masuk
06.30 pm - 07.30 pm : Taklimat , al Ma'thuuraat & solat maghrib berjamaah
08.00 pm - Taujihat Tarbawi oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

~ Solat Isyak dan Makan malam ~

10.15 pm : Majlis Perasmian oleh :
YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat [Al Mursyidul Am PAS] .
 
02 Oktober 2010 [ Sabtu ]

Qiamulail dan Bicara Subuh

Tafsir Al Hujurat 1 [6.15 am] dan Tafsir Al Hujurat 2 [8.00 pm] oleh :
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]

Kertas 1 : PAS & Tarbiyah Islamiyyah oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Yahya Othman

Ulasan 1 : Pengukuhan PAS melalui Tarbiyah oleh :
Al Fadhil Yb. Ust Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]

Pidato Tarbawi 1 : Tarbiyah Jihadiyah dan Pilihanraya oleh :
Al Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik

Forum Tarbawi 1 : Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS oleh :
Yb. Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS ]
Ustaz nasrudin bin Hj Hassan At Tantawi [ Ketua DPP Pusat ]
Ustazah Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh [ Ketua DMP Pusat ]

Pidato Tarbawi 2 : Tarbiyah Jihadiyah dan Palestine oleh :
Wakil Gerakan Islam Luar Negara
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Hj Harun Din [ Timbalan Mursyidul Am PAS ]
Yb. Dato Hj Mahfuz Omar . [ Naib Presiden PAS ]

03 Oktober 2010 [ Ahad ]
 
Qiamulail dan solat fardhu berjamaah

Tafsir Al Hujurat 3 ~ khatam ~ [ 6.15 am ] oleh :
Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]

Kertas 2 : Tarbiyyah Al Harakiyyah oleh :
Al Fadhil Yb. Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ]

Ulasan 2 : Mengukuh Amal Jamaei oleh :
Al Fadhil Ustaz Idris Hj Ahmad

Forum Tarbawi 2 : Tarbiyyah dan Dewan Pemuda PAS oleh :
Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail [ DUP ]
Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ DPP Pusat ]
Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Yahya [ DPP Kedah ]

Ikrar Ijtima' : Pengarah Ijtima'

Penutup [ 12.30 pm ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS

selanjutnya, click


Monday, September 27, 2010

Wahai Diri..


Tengok sampai habis..
Semoga bermanfaat.

Takziah atas pemergian Tokoh Pendidik Islam ke Rahmatullah



 Takziah buat keluarga Almarhum Dato` Kaya Bakti Ustaz Dahlan @Dahaman b Mohd Zain (UDMZ), Mudir Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah, Tunjung, Perlis (MATRI) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 18 September 2010 di rumah beliau di Kg Kerisik sejurus dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah setelah 41 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU).

..........................................

Hari ini baru tergerak hati nak letak entry tentang pemergian arwah. Sekadar makluman kepada pengunjung blog untuk sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah.

Ketika aku berusia 12 tahun, aku teringin benar nak masuk MATRI. Sebab musabab utama, 3 orang sepupu aku bersekolah di sana. memang beriya benar time tu sebab nak ikut sepupu. Tapi bila dapat je result exam, semua berubah. Budak kecik tak pandai nak buat keputusan, jadi kuasa veto terletak pada ibu bapa. Akhirnya, aku ditempatkan di SHAMS sampailah tingkatan 5. Cantikkan percaturan Allah. Pasti ada hikmah disebalik apa yang ditakdirkan untuk setiap hambaNya. Dan aku sendiri belajar dari pengalaman lepas, esp. ketika berada di SHAMS.

entry ni hadir tanpa dirancang. tak tahu bila lagi aku akan menulis. Bila dah lama tak menulis, susah nak cari rentak untuk olah idea. kesian follower aku.. ;)

okeh, jumpa lagi. insyaAllah.

doakan aku, moga kembali dengan semangat yang lebih baik.

Monday, September 13, 2010

4 Syawal 1431H


4 Syawal 1431H

Salam lebaran..

Selamat Pengantin Baru kepada :

Wan Nadzirah bt Wan Pauzi
&
Wan Mohd Khairi

 "Barokallahulakuma wabaroka'alaikuma wajama'bainakuma fi khoir"

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Walimah na dah macam reunion shams batch 04. hehe.. esok  jalan-jalan lagi dengan sahabat2 shams (^_^)


Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan 28 : Rindu..

 

gambar ni usianya hampir 3 tahun. Percaturan Allah, tiada siapa yang mampu menghalang. Bertemu, berpisah semuanya aturan Allah. 

Hari ini, aku menyelak kembali nostalgia bersama mereka.

1. Rindu untuk bertemu mereka..
2. Rindu untuk melakukan gerak kerja bersama-sama.
3. Rindu untuk bermesyuarat.
4. Rindu untuk berusrah bersama-sama. 

Masa berlalu dengan pantas. Ada yang sudah berumahtangga, ada yang sedang menunggu tarikh pertunangan.. dan tak kurang yang sibuk mengejar impian. Apapun, didoakan semoga setiap urusan kalian dipermudahkanNya. Selamat mengecapi nikmat Ramadhan yang semakin hampir dipenghujung. Mohon maaf atas segala kesilapan sepanjang perhubungan.

mohon didoakan semoga diberikan kesihatan yang baik. 'ala kulli hal, jazakumuLlah.

Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan 21 : 10 Akhir Ramadhan



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. 
Di antaranya firman Allah s.w.t. 

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr 

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas. 

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut 

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" 

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. 

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik dalam menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar 

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut 

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. 

Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku. 

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya. 

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar 

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat 
berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. 

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

wallahu'alam.
sumber : click