Pages

Thursday, October 30, 2008

takziah~

BismiLLahi walhamduliLlah
Al Fatihah buat arwah ibu ustaz Anhar bin Opir yang telah kembali ke RahmatuLlah tadi..moge rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh. ameen,
-Al-Fatihah-

Wednesday, October 29, 2008

sebuah pesanan~

-bait muslim-




Oleh `Izzat Anwari bin Hasni



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.



Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA…. KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA… DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…


::ana petik dari blog sahabat ana : http://purify-educate.blogspot.com/ (Ibnu Mustofa) - syukran atas perkongsian.






Tuesday, October 28, 2008

buatmu PEJUANG~


hari ini hatiku tergerak menyapa,
tersapa membicara tentangmu,
kerna jiwa ini sudah bosan dengan mainan lakonanmu,
gah berdiri dihadapan manusia,
dengan hebatnya dalil tuhanmu,
dengan main kata-kata seiring dusta,
mencorak insan yang hanya tipuan belaka,
dan nantikanlah suatu masadihadapan tuhanmu untuk berbicara..

wahai pengelar pejuang,
kau kata hidupmu kerna yang Atas,
kau bicara cita-citamu syahid dijalanNya,
kau ungkap dirimu,
hanya untuk jihad kepadaNya,
namun wahai pengelar pejuang,
angananmu itu kosong belaka,
hanya debu yang berterbangan,
dibawa angin lakonan,
kerna kau sebenarnya patung hidup,
yang berbicarakan kosong,
dengan jiwa yang lompong..

dengarlah pejuang,
tatkala kau hebat bermain dimedanmu,
di saat kau berbicara petah membenarkan hadis Rasulmu,
kau sudah lupa akan dirimu,
membiarkan dirimu terkapai-kapai,
terumbang ambing dibawa kealpaan,
hanya kerna satu hamparan ujian,
diberi kabar keduniaan,
hingga kau lentuk dengan bayangan keindahan,
dibuai bisikan si laknat yang durjana,
hingga kau tersujud melayan cinta leka,
membuai si nafsu saat itu menjadi tuhan,
tanpa ingat akan dalilmu jua,
yang kau bicara dahulu,
pada insan yang bernama manusia,
dengan gahnya kau bernama pejuang..
yang sebenarnya hanya sia-sia...

pasang pemikiranmu wahai pelakon kosong,
dalam masa kau petah berbicara mencorak ummat,
dalam masa kau hebat membetulkan kesalahan insan,
dalam masa lidahmu mengatakan aku pejuang,
sedarkah dirimu kau hanya penentang dirimu sendiri,
kau hanyalah insan yang merobek tubuhmu sendiri,
kau hanyalah jiwa yang membunuh jiwamu sendiri,
kerna apa wahai pelakon kosong,
kau hanya pandai berbicara tanpa berbuat,
kata-katamu pada manusia tidak pernah seiring perbuatanmu,
dalil tuhanmu pada manusia tidak mengambarkan dirimu,

kerna wahai pejuang,
kau sebenarnya hanyalah seorang pelakon kosong,
yang membodohkan dirimu sendiri,
yang menyumbat hatimu saat mengetahui ayat yang Maha hidup,
iaitu "wahai orang beriman,mengapa kamu berkata,
tetapi kamu tidak melakukan?"
telitikan ini wahai pembunuh diri,
saat tuhanmu mengujimu dengan dunia,
mulalah kau menjadi lupa,
diberi harta,
anak dan isteri untuk menghias hidup,
tapi kau jadikan ia tujuan hidup,
kau sudah lupa urusan dakwahmu,
kau terleka dibuai cinta si pesona dunia,
kau termakan dengan harapan si cahaya,
kau tertidur mengejar si harta dunia,
hingga hilang pemikiran dakwahmu,
hingga hilang izzah kehidupan pejuangmu,

apa ini wahai pejuang?
inikah perjuanganmu?
mana letaknya janji-janji manismu?
inikah yang kau katakan cita-citamu?

sungguh Allahlah sebaik-baik pembalas wahai dai,
bukankah firman tuhanmu jelas yang mereka pemfitnah,
kau juga yang sentiasa ingatkan manusia,
tapi kau alpa dengannya,mengejar mimpi ke arah neraka,
hingga hilang arah ke syurga...

perhatikan ini wahai si penipu diri,
aku bosan dengan jalan layar tipuanmu,
yang pandai menipu manusia dengan lakonanmu,
yang hebat didepan pentas keduniaan,yang dihadapan insan,
teratur sekali ibadahmu,di hadapan insan,
gah sekali dirian solatmu,di hadapan insan,
hebat sekali dalil tuhanmu,hinggakan si alam juga terpukau melihat lakonanmu,
tapi bila di belakang insan,mulalah terbuka tembelang si penipu diri,
di belakang insan mula terlerai aturan ibadahmu,
di belakang insan mula hilang kusyuk solatmu,
di belakang insan mula hancur binaan imanmu,
hingga membenarkan kau sebagai pembohong ummat..

dan wahai pengelar pejuang,
wahai pelakon kosong,
wahai penipu diri,
hatiku sentiasa sedih dengan karaktermu,
sering hampa dengan lakonan tipuan dirimu,
sering lemah melihat mainan cinta teratasmu,
hingga terkadang menitis air mata memikirkan dirimu,
yang hanya suratannya indah tapi siratannya punah..

tapi wahai pejuang,
kata-kataku bak bilahan pedang yang tajam dihadapanku,
yang sentiasa menanti untuk menikamku semula,
kerna aku jua wahai pejuang,
adalah sepertimu,memikul urusan ummat dibahuku,
hingga cukup takut dengan diriku,
andai diri ini hanya menjadi pengelar,
andai diri ini hanya menjadi pelakon,
andai diri ini hanya menjadi penipu diri..

namun wahai pejuang,
aku juga mengetahui fitrahnya insan terleka,
lumrahnya manusia itu pelupa,
tapi itu bukan alasannya,
malah sebagai pengingat alpa,
untuk tidak menyamai lagi dengan pengelar itu,
yang hanya pandai mengelar dirinya pejuang,
untuk tidak menyamai lagi dengan pelakon itu,
yang hanya suka berlakon kosong dihadapan manusia,
untuk tidak menyamai lagi dengan penipu itu,
yang hanya hebat menipu diri sendiri,
tapi wahai pencinta kebenaran,

jadikan dirimu bak cahaya suci yang memberi sinar erti pejuang,
jadikan dirimu seperti rama-rama yang menghiasi dihati ummat,
jadikan dirimu seakan manusia yang berdiri teguh,
memandang tepat ke arah syurgaNya,
dengan mengalir darah cinta teratas,
tanpa pernah merasa tempias keduniaan,
sambil berkata...aku menjual diri ini untukMu,
wahai kekasih hati..saksikan cintaku untuk agamaMu....
ayuh selamatkan ummatmu wahai pejuang...


nukilan,pecinta dakwah

Saturday, October 25, 2008

titipan 'SAKINAH'


Doa Tuan Guru Nik Aziz ketika PRU:


"YA ALLAH, KAMI DISERANG, DIHIMPIT DARI
SEGENAP PENJURU DALAM MENEGAKKAN
AGAMAMU, SESUNGGUHNYA KAMI TAK TERDAYA.
MAKA KAMI BERSERAH PADAMU UNTUK BANTU KAMI MENEGAKKAN AGAMAMU.


berikan kekuatan kepada sahabat2 ku yang kini sedang menghadapi tekanan oleh mereka bergelar 'aspirasi'.. moge mereka diberikan hidayah. sesungguhnya ketentuanMu akan tiba suatu hari nanti..maka saksikanlah, segala tipu daya yang dicipta oleh mereka..

betapa susah untuk MENGISI KEMENANGAN BERBANDING MENGISI KEKALAHAN.. SESUNGGUHNYA SETIAP ATURAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK.. MOGA KEKUATAN ITU SENTIASA BERSAMA2 KAMI DALAM MENGHARUNGI LIKU PERJUANGAN..AMEEN YA RABBAL 'ALAMIN..

ayuh sahabat!! teruskan langkahan mu..jangan sesekali mundur kebelakang, yakini janjiNya kian hampir..jadilah mata2 rantai yang berjiwa besar.. saksikan Rasulullah dan para sahabat senyum melihat jiwa2 yang berjihad meneruskan perjuanganNya. TAKBIR!!ALLAHUAKBAR!

Friday, October 3, 2008

Eidul Mubarak 1429h

BismiLlahir Rahmanir Rahim..

hari raye ke-3, fever menyerang..
dh lame tak update blog nih, ape2 pn masih belum terlmbt nk ucap;

salam lebaran..
taqaballahuminna wa minkum solihul a'mal..
khawatim mubarak lakum.. samihni 'ala kulli zanbin
minal eidil wal faizin..

pagi syawal, ana sempat menunaikan solat sunat eidulfitri di masjid pengadang baru. berimamkan al fadhil ustaz idris ahmad.. tak sangka dia jadi imam kat cni. khutbah yg disampaikan cukup bersemangat.. nada tegas, xla mengantuk.. isi pn mantap, antaranya beliau sentuh tentang kejatuhan ekonomi di Amerika... institusi kewangan Amerika tumbang satu persatu. inilah kemunafikan kapitalisme.. ana xberhajat nk ulas lebih lanjut hal ni. mgkn dientry akan dtg.. semalam sempat gk bace siasah, pasal hal ni..agak menarik, soal politik negara, perebutan kuasa, dan mcm2 lg..

ok, times up..dh penat. jmpe lg lenkali.. akhir kalam, maaf atas segala khilaf samada sengaja atau tak.. wa syukran 'ala kulli hal..:)