Pages

Wednesday, April 28, 2010

malumu berharga~





BismiLlahi wal hamduliLlah..

sekadar perkongsian untuk semua pengunjung.. selamat membaca dengan penuh sabar dan tenang. semoga mendapat manfaat ..

Renungkan bersama~
........................
 
1) Kami tidak berzina !

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
2) Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
4) Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
8) Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
9) Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
10) Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
 
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
11) Islam takde ke couple-couple ni?

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
12) Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
13) Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
14) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
15) Kami telah berjanji sehidup semati…..

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
16) Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
17) Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
18) Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
19) Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka ”
p/s: So, bila agaknya kita boleh 'couple' agak2nya?

Sudah tentu selepas kita menjadi pasangan suami isteri yang sah!

Islam itu indah. Yakinlah kebenarannya dan janjinya.

p/s: Tahniah kepada anda kerana berjaya baca sampai habis. Anda dah ber'couple'? Baik 'couple' selepas berkahwin! Bahagia dan tak perlu risau pandangan manusia dan pandangan pencipta manusia!

sumber : alberuni

khas buatmu sahabat~


BismiLlahi wal hamduliLlah..

thanah hilwah buat sahabatku, nurlaila darwis a.k.a andak
semoga terus disinari iman dan taqwa, 
dan semoga diberikan kehidupan yang baik didunia dan akhirat..

ingat kenangan hari ini ye. =)
sambutan hari lahir terakhir di semenanjung, mungkin.
teruskan hiasi dirimu dengan perwatakan muslimah solehah.

akhir kalam, barokallahufik.
p/s: tunggu kehadiran kami ke Tawau bulan 6 ni ye.. =p

-andak.ucu.acik.kak yatie (baitul insyirah)-


Monday, April 26, 2010

ahlul Quran~



Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhan-nya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya’

(Az-Zumar:23)


"ya Allah, hiasi diriku dengan perhiasan Al-Quran, muliakan aku dengan kemuliaan Al-Quran"

Wednesday, April 21, 2010

mohon doakan~


nak balik tak boleh..
hanya mendengar khabar dari jauh..
moga tokki diberikan kesihatan yang baik..
mohon doakan..

"asalullahal adzhim robbal 'arsyil adzhim 'an yashfik "

Tuesday, April 20, 2010

Maybe tomorrow is my day~



Ibnu Mas’ud berkata: “Aku tidak pernah menyesal kecuali atas hari-hari di mana mataharinya tenggelam dan umurku berkurang namun amalku tidak bertambah.”
Ibnu Qayyim berkata: “Waktu manusia sebenarnya adalah umurnya. Ia adalah harta kehidupannya yang abadi dalam nikmat yang kekal dan harta kehidupannya yang sempit dalam azab yang pedih namun ia berjalan perlahan seperti awan. Maka barang siapa yang waktunya adalah untuk Allah dan dengan Allah, maka itulah kehidupan dan umur yang sebenarnya. Selain itu tidak dihitung sebagai kehidupannya. Jika ia hidup seperti haiwan, jika ia menghabiskan waktunya dalam kelalaian dan kelupaan serta harapan yang batil, maka kematiannya lebih baik daripada hidupnya.”
 
Umar ibn Abdul Aziz ra berkata: “ Sesungguhnya aku benar-benar benci untuk melihat salah seorang dari kalian dalam keadaan kosong (tidak memiliki pekerjaan), baik dalam pekerjaan duniawi mahupun pekerjaan ukhrawi.”


-jiwa hamba-

Monday, April 19, 2010

Muhasabah~



18 April 2010
Usai tuisyen pagi tadi.. 
“cg, macamana nak solat hajat”
“ustzh, tahu tak pasal kump double seven? Macam kongsi gelap gk”
“pakai gelang berdosa ke?”
“ganja haram ke?”
Persoalan demi persoalan seputar permasalahan agama diajukan sebaik sahaja selesai tuisyen. Kebiasaannya, kami luangkan sedikit masa untuk mendengar masalah2 dari mereka.. berkenaan agama. Bermacam2 riak wajah kelihatan.. ada yang terkejut dengan jawapan yang kami tuturkan.. ada yang tersengih kerna terkena pada batang hidung sendiri.. dan tak kurang, ada yang tunduk membisu.. sedari semalam, aku bimbang untuk berdepan dengan hari ini.. aku bimbang kata2ku tak selari dengan amalanku..aku bimbang jika nasihat ini dihijab oleh Allah.. tidak tembus pada hati mereka.. tetapi, aku gagahkan jua mulut ini untuk berbicara… memberi apa yang termampu.. khas untuk mereka yang mendengar, dan khusus untuk diriku yang memberi.. aku sendiri seolah2 dimuhasabah olehNya.. teguran yang penuh dengan kasih sayang.. Dia membelai aku dengan penuh rahmat dan ‘sakinah’.. apa yang aku tuturkan kepada mereka, juga untuk diriku.. kerna aku juga manusia yang tak lekang dengan dosa.. 
“Ya Allah, tarbiyyah itu datangnya dariMu.. hidayah itu juga dariMu.. maka peliharalah diri mereka dan diri kami agar jauh dari seksaMu kelak.. ya Allah.. kami tinggalkan mereka dalam jagaan Mu.. tembusilah hati mereka dengan Nuur dariMu..  Belailah mereka dalam rahmatMu.. perbaikilah akhlak mereka..kerna sesungguhnya mereka adalah hambaMu yang inginkan kebaikan. Bantulah mereka ya Allah.. berikan mereka kefahaman dalam beragama. “

-khaulah-

Sunday, April 18, 2010

aspurian shams~


gambar nih.. huda tag di facebook. 
rindu kenangan dulu..
'aspurian shams'

waktu ni sambut hari guru. budak2 aspuri bertungkus lumus buat kad. 

Wednesday, April 14, 2010

Selamat hari lahir~


selamat hari lahir ayah..
semoga terus berada dalam nikmat iman dan Islam..
(13/4/2010)

tak lupa.. untuk 'my cousin' damascene . semoga dimurahkan rezeki dan terus thabat dalam jalan juang.



p/s: .. semoga tokki dikurniakan kesihatan yang baik..

Tuesday, April 6, 2010

Istighfar dan taubat~




Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:


Maksudya:


Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.



...ya Allah, peliharalah diriku dan diri mereka yang berada disampingku...


kenali tokoh : Syeikh Jibril


Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.