Pages

Thursday, July 16, 2009

Sirr 19~

-khalifah..~


BismiLlahi wal hamduliLlah...



"sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya."

(Al-'Adiyat:6)




setiap insan mempunyai kehebatan, mereka adalah khalifah Allah yang terpilih.. fahamilah, insan yang ada di sisimu sudah termaktub dalam kitabNya yang azali, telah disusun oleh Allah yang Maha Bijaksana..


mereka ditetapkan menjadi suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara dan sahabatmu di alam ini. mereka adalah yang terbaik disisimu. jangan memandang rendah akan kekurangan mereka, mungkin kekurangan mereka itu yang menjadikan dirimu kuat.


mungkin disebabkan kekurangan mereka itulah juga yang menolak kamu ke syurga kerana keberkatan kesabaranmu ke atasnya. hargailah kekuatan mereka, kekuatan itulah yang membantu kelemahanmu yang membawamu ke syurga.



"mereka adalah pasukan pilihan Allah padamu, pilihan Allah adalah yang terbaik. bersamalah dengan mereka ketika susah dan senang."



setiap mereka ada hak atas dirimu di dunia dan akhirat. mereka boleh membawa kamu ke syurga dan mereka juga boleh mengheret dirimu ke neraka. hargailah setiap insan yang ada disisimu, sayangi mereka, hulurkan tanganmu ketika mereka memerlukan bantuan, berkorbanlah demi kasih sayang.


berhati-hatilah dengan syaitan yang sentiasa cuba memecahkan pasukan pilihan Allah. sesungguhnya engkau memerlukan mereka dan mereka memerlukanmu dalam kehidupan yang penuh penderitaan dan cabaran.






......................



ayat2 di atas aku petik dari buku bisikan Sirr.. Sirr 19.


apa yg aku boleh simpulkan.. tentang persolan 'qada' dan qadar'.. takdir yg telah ditentukan Allah. setiap dari kita punya takdir berbeza.. ada yg dilahirkan dalam lingkungan keluarga yg berpegang teguh pada agama..tak kurang ada yg lahir dalam lingkungan keluarga yg tidak menitikberatkan persoalan agama.. pokok pangkalnya, Allah tahu apa yg terbaik untuk diri kita. hikmah itu terlalu meluas.. cuma tugas kita untuk mencari dan terus mencari...


"bersyukurlah dengan apa yg ditakdirkan kepadamu.. dan jgn sesekali berputus asa pada rahmatNya.. teruskan usaha ke arah yg lebih baik, bukan menyerah kepada takdir semata.. sesungguhnya sinar yg ditemui setelah pencarian adalah begitu bermakna.."

Wednesday, July 15, 2009

'niLAI muRNI'

-background dekstop..-


BismiLlahi wal hamduliLlah..

salam ketenangan,

sudah terlalu lama aku tidak mencoret, sedar tak sedar aku telah terlepas satu entry penting iaitu sempena hari kelahiran bonda tersayang pada 18 Rejab baru2 ni. macam biasa, ucapan itu tidaklah terlalu penting bagi aku.. 'the most important' adalah doa yg aku tuturkan tiap masa dan tiap ketika.. khusus utk kesejahteraan keluarga aku.

"Allahumansur usrati.."

semua ahli bait ada dirumah melainkan aku seorang je yg berada nun jauh dari mereka. semalam, suatu yang mencemaskan berlaku.. aku berhajat utk menelefon mak bertanya khabar keadaan keluarga. setelah puas mendail, takde sorang pun yang angkat. aku cuba telefon ayah, juga takda jawapan. telefon kakak, 'no answer'.. adik,abang, pun sama. saat itu macam2 yg bermain difikiran.. dalam masa yang sama, aku terpaksa bergegas ke kuo sempena perjumpaan dengan adik2 pendidikan Islam sem1. dalam keadaan 'tak stabil', aku pergi ke sana.. still mengharapkan respon dari mana2 ahli keluarga.. serius, time tu terlalu banyak perkara yang aku fikirkan.. namun, disebalik kebimbangan itu, jiwaku tenang.. dua dalam 1. masyaAllah.. on da way ke sane, aku teringat pada ayat yang tertulis di ruang kalendar di meja tulisku..


"manusia, jika mengikut petunjuk Allah (di dunia) nescaya ia tidak akan merasa takut dan tidak pula merasa sedih.."

barangkali ujian perasaan itu hadir untuk menguji kekuatan aku.. aku jadi terfikir, adakah aku boleh menerima sebarang bentuk perkhabaran pemergian salah seorang ahli keluargaku? adakah aku akan jadi sekental ummu Ammar atau sebaliknya hilang kewarasan..? nauzubillahiminzalik..

"..ya Allah, bantu aku untuk mengikut petunjukMu..moga hilang segala rasa takut dan sedih itu.."


usai perjumpaan, aku mendapat call dari abang.. huh, cemas hilang! rupa2nya semua ahli keluarga aku pergi ke masjid. selang beberapa minit, kakak aku call.. 'lagilah rancak berbual..


............


sejujurnya, aku menulis entry diatas sebagai suatu pengajaran kepada kita semua.. kerna apa?

"kita jarang menghargai org yg didepan mata, apabila dia hilang barulah kita sibuk mencari2 dimana mereka.."

agak sukar utk aku luahkan kepada mereka melalui kata2.. rasa kasih dan sayang yg tak pernah putus.. cuma diruangan ini, aku agak petah utk meluahkan rasa itu.. terlalu banyak tanggungjawab yg aku perlu lunaskan... usrah keluarga yg hanya sempat berlangsung beberapa kali.. semuanya perlukan nilaian, sejauhmana aku menyumbang kepada mereka? adakah aku terlalu sibuk untuk menyeru yg lain kepada Allah.. sedangkan aku mengabaikan individu yg dekat denganku..

percutian lepas, banyak perancangan yg tak sempat dilaksanakan.. alhamdulillah, aku tinggalkan satu trademark yg bermakna utk keluarga iaitu, "nilai murni". ayat ini sering diulang2 dalam kalangan kami apabila melakukan sesuatu perkara.

"nilai murni ke dik bagi salam ?" suatu persoalan bodoh barangkali yg aku lontarkan pada adik bongsuku berusia 8 tahun yg mengucapkan salam kepada mak sebelum pergi ke sekolah.

jawabnya," nilai murnilah.. ustazah kate, kalau bagi salam dapat pahala." sememangnya dia agak petah mengaitkan sesuatu dengan Rabb..

di suatu keadaan lain.. " nilai murni ke gaduh dgn kakak?" jawabnya, "dok.. (dalam keadaan marah)..




"...aku cuba untuk mengajar dia perbezaan antara yg haq dan yg batil.. "

apa yg aku cuba ingin sampaikan melalui kata 'nilai murni'? terlalu banyak.. walaupun keihatan seperti gurauan, tetapi itulah satu bentuk latihan supaya kita cepat tersedar daripada kesilapan. apa saja kelakuannya, aku persoalkan adakah ianya nilai murni atau sebaliknya.. ternyata, jawapannya agak memuaskan. jika dikatakan 'ya'.. aku susuli persoalan 'kenapa'?.. barulah dia berhujah.. yg paling menarik adalah apabila sesuatu perkara dikaitkannya dengan pencipta.. halal dan haram.


............................

ayuh sahabat! sama2 kita koreksi kembali hubungan antara kita dan keluarga. sudah cukupkah sumbangan kita kepada mereka? jika dakwah kita hebat kepada masyarakat.. adakah ia juga hebat kepada ahli bait?
sama2 kita renungkan..




akhirul kalam.. salam kemenangan untuk Islam.. insyaAllah, ia makin HAMPIR.. teruskan berjuang.. ALLAHUAKBAR!!!











Wednesday, July 8, 2009

Ko-SPIN '09~




Maklumat Ko-SPIN 09
Tarikh : 11 Julai 2009
Tempat : Auditorium Muzium Shah Alam, Selangor
Bayaran peserta : RM 20
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
Sekreteriat Ko-SPIN '09, 8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel / Faks : 03-79554300
Email :
aktivisislam@gmail.com

Website :
http://gamisdaily.com
http://kongrespendidikan.blogspot.com

KONSERT ANTARA DUNIA~




KONSERT ANTARA DUNIATARIKH : 1 OGOS 2009
MASA : 7-11
MALAMTEMPAT : STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM.

PERASMIAN OLEH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN OLEH :KUMPULAN SOUTUL HARAKAH DAN UNGU DARI INDONESIA, RABBANI DAN MEET UNCLE HUSSIN.

ANDA DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama kumpulan nasyid Rabbani akan mengadakan Konsert Antara Dunia yang akan berlangsung pada 1 Ogos 2009 bertempat di Stadium Melawati Selangor.

Konsert Antara Dunia ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau dipilih setelah melihat beliau kini menjadi ikon dan idola kepada artis. Pengarah konsert, Abdul Muhaimin ketika mengulas perkara ini menyebut, “Ternyata Tuan Guru MB Kelantan telah berjaya menjadi contoh ikutan kepada artis era baru. Satu Malaysia mengetahui penyanyi wanita popular Siti Nurhaliza, Amy Search dan Renggo telah terpikat dengan Tuan Guru”.

“Malah Tuan Guru telah mempelopori cara berfikir baru kalangan ulama apabila menjemput Mawi ke Kelantan suatu ketika. Bagi saya, para ulama yang lain mesti berfikiran terbuka sebagaimana Tuan Guru,” tambah beliau lagi kepada Krew GAMIS.

Konsert Antara Dunia akan dihadiri oleh kumpulan nasyid terkenal Indonesia iaitu Soutul Harakah yang akan menghidupkan suasana malam tersebut dengan semangat jihad. Dalam masa yang sama, kumpulan Ungu dan Meet Uncle Hussin serta Rabbani turut akan memberikan persembahan.

Wan Zahidah, Timbalan Pengarah Konsert berkata, “Kami tidak akan menyimpang daripada tujuan asal kami untuk menyemarakkan semangat dakwah. Dalam masa yang sama, kami ingin mendekatkan kumpulan artis dengan Tuan Guru yang kami yakini mampu memberikan inspirasi yang baru untuk artis”.

Beliau turut menyatakan kekesalan beliau terhadap pandangan masyarakat yang lebih suka menyalahkan artis tanpa mengenali dan merapati mereka lebih dekat. Mereka adalah golongan seniman yang harus diberi peluang berbakti kepada negara dan agama mengikut keupayaan mereka.

Beliau turut menafikan adanya unsur politik dalam konsert ini. Bagi GAMIS, menjemput Tuan Guru bukanlah bermakna membawa agenda politik sebaliknya membawa unsur dakwah.

Sumber <GAMISDAILY>

come back!

-5 tahun PPI, 'setengah dekad meniti perjuangan'..-


BismiLlahi wal hamduliLlah..

Alhamdulillah, 'bergerak dengan keberkatan Allah'.. insyaAllah.
salam perjuangan kepada semua 'silent reader dan pengunjung tetap' khaulah Al-Azwar..
lame aku berkabung.. baru hr nih muncul balik, tu pun tadi sempt lg tgk video arwah Ammar.. ambil pengajaran kepada yg masih hidup.. 'come from HIM, and return back to HIM'..

bermula episod perjuangan baru di tahun akhir, di bumi UPSI..

..........

kali ni, tidak berhajat utk bercakap panjang.. insyaAllah, i'll come back with the new issues..

..biar mahasiswa Islam mencabar,
..asalkan disana mereka belajar..

let's strive for mardhotiLlah!

"bergerakLAH deNGan keberkATan Allah"