Pages

Friday, February 26, 2010

Infaz nafsakum..



BismiLlahi wal hamduliLlah..

“sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan mereka pun mati…”

(surah al-Zumar : 30)

…………….

Hari penuh barokah..


Hujjatul wida’

sama2 kita renungi khutbah terakhir junjungan mulia Rasulullah s.a.w ketika berada di padang ‘Arafah. Ucapan yang disampaikan kepada himpunan muslimin yang berkumpul disekelilingnya di tempat tersebut, ikuti nasnya :

“Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sesungguhnya aku tidak dapat menentukan samada aku boleh bertemu lagi dengan kamu sekelian selepas tahun ini, ditempat ini buat selama-lamanya. Wahai manusia, sesungguhnya darah-darah kamu dan harta-harta kamu adalah haram kepada kamu seperti haramnya hari ini, bulan ini, di negeri kamu ini kepada kamu. Tidakkah segala-galanya perkara jahiliyyah dan darah-darah jahiliyyah sudah berada dibawah kakiku (dimusnahkan). Sesungguhnya darah yang pertama diantara darah-darah kita ialah darah Ibn Rabi’ah bin Al-Harith (orang pertama gugur terkorban). Riba’ juga sudah dihentikan: riba’ yang pertama dihentikan ialah riba’ Al-‘Abbas ibn Abdul Mutalib.

Wahai manusia, sesungguhnya syaitan telah berputus asa daripada disembah di bumi kamu ini buat selama-lamanya, tetapi syaitan masih senang hati jika masih ada orang yang mentaatinya dalam perkara lain dari itu, amalan dan perbuatan yang hina pada kamu. Berwaspada dan berjaga-jagalah terhadap syaitan pada agama kamu.

Wahai manusia, sesungguhnya lalai menambahkan kekufuran, dengan lalai disesatkan oleh orang yang kafir, maka mereka pun menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, mereka haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Sesungguhnya zaman ini berputar seperti keadaannya di hari Allah menjadikan langit dan bumi, satu tahun ialah dua belas bulan, empat bulan adalah diharamkan, tiga bulan berturut-turut; Zulkaedah , ZulHijjah, Muharram dan Rejab di antara bulan Jamad dan bulan Sya’ban.

Bertaqwalah kepada Allah dalam masalah wanita, mereka ialah amanah Allah kepada kamu, kamu menikmati mereka dengan kalimah Allah, kamu ada haq atas mereka dan mereka ada haq atas kamu, tidak seharusnya mereka bebas tanpa batas, kalau mereka lakukan perkara-perkara yang dilarang maka pukullah mereka dengan tidak mencederakan, kamu bertanggungjawab menyediakan rezeki dan pakaian mereka dengan cara yang ma’ruf.

Fahamlah kata-kata daku ini wahai manusia, sungguhnya telah kusampaikan, dan  ku tinggalkan kepada kamu kitab Allah dan sunnah RasulNya, jika kamu berpegang dengan kedua-duanya itu kamu tidak akan sesat.

Wahai manusia, dengarlah dan taatlah, walaupun kepada seorang Habshi yang melaksanakan hukum dari kitab Allah jika dilantik menjadi ketua kamu.

Berbuat baiklah kepada hamba sahaya kamu… berilah mereka makan, dan beri pakai kepada mereka apa yang kamu pakai, kalau mereka melakukan sesuatu kesalahan hingga kamu tidak boleh memaafkannya maka jualkan saja hamba-hamba Allah itu, jangan sekali-kali kamu siksakan mereka.

Wahai manusia, dengar dan fahamlah ucapanku ini, kamu harus tahu bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, malah semua muslim adalah bersaudara, maka tidak halal (mengambil haknya) kepada seseorang muslim, kecuali apa yang diberikan dengan rela hatinya. Jangan sekali-kali kamu aniayakan diri kamu. Wahai Allah, adakah telah aku sampaikan? Kamu akan bertemu nanti dengan Tuhan kamu. Maka selepas itu janganlah kamu pulang dengan keadaan sesat, dengan membunuh sesama kamu. Hendaklah disampaikan oleh orang-orang yang hadir ini kepada yang tidak hadir. Diharapkan orang yang diberitahukan ini lebih faham daripada orang yang hadir mendengar ini. Kalau kamu ditanyakan mengenai ku, maka apakah yang akan kamu katakan?”.

Jawab mereka (orang-orang yang hadir dalam perhimpunan; “kami bersaksi, sesungguhnya telah engkau sampaikan, telah engkau tunaikan dan telah engkau nasihatkan”, lalu baginda pun berkata sambil menunjukkan telunjuknya ke langit: “wahai Allah, saksikanlah,saksikanlah, saksikanlah, saksikanlah.”



Sumber: Fiqh Al-Sirah 3 (Sheikh Muhammad Sai’d Ramadan Al-Buti)

 ......................

“wahai manusia, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati, dan barangsiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak akan mati”.



Ya Allah, berkati hidupku.. ampunkan segala kekhilafanku.. moga diakhirat kelak, aku dapat bertemu Rasulullah dalam keadaan yang mulia.. Allah.. 

'SALAM MAULIDURRASUL'


Tuesday, February 9, 2010

Sambutan Hari Kekasih Salah Di sisi Islam~

Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

sumber : click

.............................

 
-artikel yg melampau-
 
 
"ya Allah.. berikanlah perlindungan kepada seluruh umat Islam"

Monday, February 8, 2010

Al-Malik : Ubah cara berfikir




Maliki yaum al-din, ‘Yang Menguasai Hari Kepatuhan, atau yang menguasai alam atau dunia kepatuhan’.

Bukanlah suatu ayat tanpa makna, tetapi ia adalah ayat yang mengajarkan manusia supaya mematuhi apa yang menjadi kehendak Tuhan. Ini kerana, Allah sudah menyerahkan amanah kepada kita supaya mengatur dan mengelola dunia sesuai dengan kehendaknya, bukan kehendak kita.

“Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, bagi mengujimu mengenai apa yang diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaannya, dan sesungguhnya dia maha pengampun lagi maha penyayang.”

(Al-An'am:165)

Read again these words!

Kita (manusia) adalah ‘penguasa-penguasa’.

“orang yang Berjaya adalah orang yang dapat meletakkan landasan yang kuat dengan bata yang dilemparkan oleh orang lain kepadanya”.

[David Brinkley (wartawan televisyen)]

“orang yang Berjaya adalah orang yang dapat meletakkan landasan yang kuat dengan malik yang diberikan oleh Al-Malik kepadanya.”

[Sulaiman Al-Kumayi]

Hayati cerita di bawah kisah pasangan kembar siam lelaki dan perempuan bernama Lori dan Reba Schappel;

Lori dan Reba, dua anak manusia yang disatukan pada bahagian belakang kepalanya, menghadap pada arah yang berlawanan sehingga mereka tidak pernah saling melihat wajah kembarnya, kecuali di depan cermin. Aliran darah mereka sebahagian bersatu, namun mereka masing-masing memiliki otak sendiri, sehingga memungkinkan untuk dipisahkan.

Reba menderita spina bifida, kondisi tulang belakang yang membuat bergantung penuh pada saudara kembarnya. Lori mendorongnya ke mana pun mereka pergi dengan kursi tanpa sandaran yang dirancang khusus. Menderitakah mereka?

Mungkin bagi anda yang hanya melihat sesuatu dari perspektif diri sendiri, dengan mudah anda mengatakan mereka menderita. Tidak hanya pada zahirnya tetapi juga pada batin. Tidak bagi si Lori dan Reba. Dengarlah pengakuan Lori ; (sang kakak)

“saya hidup seperti orang lain. Saya tidak melakukan perbezaan. Kami tidak menyesal ataupun dendam, kami tidak berfikir macam-macam. Kami dibesarkan bagi mengetahui yang kami agak berbeza, namun kemudian menyedari kami sama seperti lainnya. Semua orang memiliki kecacatan atau ketidakmampuan.”

Luar biasa! Mengapa mereka perlu merasakan diri mereka tidak cacat? Kerana mereka sepenuhnya percaya pada Tuhan. Tuhan tidak pernah mengabaikan orang-orang yang tidak pernah mengabaikannya. Mereka tetap menggantungkan harapan kepada Tuhan, sehingga Tuhanlah sumber motivasi mereka. Dengarkan sekali lagi pengakuan mereka:

“saya percaya penuh pada Tuhan… saya tidak percaya dengan kekacauan yang disebabkan oleh ciptaan Tuhan. Dia memiliki alasan bagi menciptakan kami dengan keadaan ini, dan mengapa saya harus mengacaukan apa yang dia ciptakan?”.

……………………..



Semoga lidahku senantiasa basah menyebut asmaMu…

Dan semoga hati ini tidak pernah jemu untuk mengenaliMu dengan lebih dekat…



Sumber: kecerdasan berasaskan AsmaulHusna (Sulaiman AlKumayi)

Edit by: khaulah

Wednesday, February 3, 2010

special dedicate..

20 safar 1431H / 04 Feb 2010

sehari awal, (^_^)

thanah helwah buat ahli bait insyirah,
NOR AIN SOLIHAH BT MOHD RAZALI

semoga ;

terus istiqamah atas jalan perjuangan
umurmu diberkati dan diredhai
dipermudahkan segala urusan kehidupan
berjaya dunia dan akhirat
.....



salam sayang,
ucu & andak


p/s: i'm still 22.. (",)