Pages

Friday, October 29, 2010

Fatwa Ikut Suka Pas : Umno Keliru Dan Terus Keliru



Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

            Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

            Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

            Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

            Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

            Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

            Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

            Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular.  Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar.   Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan.  Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti.   Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 20 Dzulka'edah 1431 H | 28 Oktober 2010

Thursday, October 28, 2010

Lihat dan fikir : Subhanallah

-sebelum tibanya waktu solat: umat Islam dalam keadaan yang tidak tersusun, mereka datang dari pelbagai negara yang berbeza bahasa, berapa lama agaknya masa yang diperlukan untuk mereka berada dalam saff yang tersusun sebelum memulakan solat?-
-tiba waktu solat: apabila diarahkan 'betulkan saff', dalam beberapa saat suasana yang pada asalnya berterabur bertukar kepada barisan yang tersusun, subhanallah!-
-no doubt! He is the Almighty-

 
 
"I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger"
 
 
selanjutnya:  click
 
 
khaulah
 

Tuesday, October 26, 2010

Suatu Persinggahan~

BismiLlahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt...

Salam perjuangan buat semua pengunjung, moga kunjungan anda diberkati dan senantiasa dalam redha Allah.
Alhamdulillah, aku kembali menulis. Hampir sahaja aku menukarkan template blog 'Khaulah Al-Azwar' kepada template yang baru disebabkan beberapa masalah teknikal yang sering berlaku; 'upgrade to pro today'. Tapi, sehingga kini aku masih setia dengan template berwarna 'pink+purple'. =)

Sedikit perkongsian buat semua pengunjung, moga bermanfaat.

"Jangan menuntut Allah kerana lambatnya permintaan yang telah engkau pinta kepadaNya, tetapi hendaknya engkau betulkan dirimu dan tuntut ia supaya tidak terlambat melaksanakan kewajipan-kewajipanmu terhadapNya. Jika tercapai permintaanmu, maka jangan engkau bersangka buruk terhadap Allah, kerana Allah tidak dapat dituntut terhadap apa sahaja yang diperbuat, tetapi hendaknya permintaan itu semata-mata untuk menunjukkan sifat kehambaanmu kepada Allah, dan hajat keperluanmu kepadaNya. Allah telah melengkapi segala keperluanmu sebelum engkau mengerti apakah hajat keperluamu yang sebenarnya. Maka sebaiknya apabila engkau menyerah sebulat-bulatnya tanpa usul apa-apa kepada Allah, hanya itulah yang dapat menenangkanjiwa fikiranmu".

"Apabila Allah telah menjadikan engkau pada lahirnya menurut perintahNya dan dalam hatimu menyerah bulat kepadaNya, maka beerti Allah telah memberi kepadamu sebesar-besar nikmat kurniaNya."


Fikir-fikirkan.. 

........................
Hari ini bermula penamaan calon N.45 Galas dan P.185 Batu Sapi. 


" moga aku punya ruang dan peluang untuk bersama-sama mereka walaupun sekejap."

Ijtima' Kepimpinan Pas Negeri Terengganu
"Demi Kedaulatan Islam : Perkasakan Jihad"
 -ucaptama Tuan Guru Presiden-


 -walaupun muka aku dah hangus terbakar, tapi ni moment paling indah. terngiang2 kata-kata seorang kakak, "ingat satu perkara je, apa yang kita buat ni dalam perkiraan Allah, kita tak mampu nak sumbang wang yang banyak, tapi kita mampu untuk sumbang tenaga".. Allah.. terus tegak berdiri. Lebih-lebih apabila lagu pas berkumandang. 




 "Ya Allah, bantu aku untuk membuat keputusan yang terbaik demi agamaku"


-Khaulah-
 

Monday, October 25, 2010

Multaqa Murabbi.Net


InsyaALLAH, Multaqo Murabbi yang pertama akan diadakan pada hari raya Haji yang ke-2 bertempat di rumah pihak pentadbir tertinggi murabbi.net (rumah almarhum Fadhiri). Multaqa ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama admin Murabbi, krew moderator Murabbi, sahabat sahabiah almarhum Mohd Fadhiri dan juga semua ahli usrah Murabbi.
Keterangan lanjut, sila click

 

Sunday, October 24, 2010

Lembutmu bukan penghalang~



Kilatan demi kilatan pedang tangkas menghunus. Perang semakin sengit.Tentera muslim berdepan dengan tentera rom yang ramai.Perindu2 syahid keletihan.Saat melamar bidadari syurga terasa kian hampir. Biar syahid,mengalah tidak sekali.

Seekor kuda perang meluncur gagah. Penunggangnya,wajah berlitup kain. Berani. Debu2 berterbangan. Mata2 terbeliak kagum.Teruja. Amuk si pewira mengayun tombak dengan garang. Musuh2 Allah jatuh.Allahukbar. Semangat tentera muslim menggelegar di udara.Musuh berasa gerun. "Adakah itu khalid bin al-walid?"musuh tertanya2. Sememangnya nama besar khalid al-walid cukup menggetarkan mereka.

Salah seorang ketua skuad islam, Raafe bin Umaira berbisik kagum,"beliau bertempur seperti khalid al-walid". Tersingkap tabir wajah,nyatalah si pewira bukan seorang laki berhati waja sebaliknya seorang srikandi yang perkasa. Tatkala mengetahui tentera yang sedang mengucar-kacirkan musuh itu adalah khawlah al-azwar,khalid al-walid hampir terjatuh dari kudanya.Takjub!

Membebaskan abg tersayang.

Khawlah al-azwar terdorong menggempur musuh, mencari syahid dalam peperangan itu sebaik sahaja telinganya menangkap berita, abangnya zirar al-azwar telah ditawan. Sangkar besi milik tentera rom yang penuh dengan penyeksaan membuatkan khawlah al-azwar tidak mampu lagi berdiam diri, lantas membuat pembelaan. Beliau asyik membayangkan betapa deritanya si abang melalui saat2 ngeri disebalik jeriji2 besi.

Peperangan beransur reda apabila pertahanan pihak musuh berjaya dipecahkan. Khawlah tidak sabar2 menanti operasi seterusnya. Abangnya mesti dibebaskan.tentera muslimin mengatur operasi serangan seterusnya di Beit Lahiya,Gaza Palestin. Di situ zirar al-azwar dipercayai terpenjara. Khawlah al-azwar menghunus pedang,menyertai perang. Akhirnya di situ abangnya yang tersayang di bebaskan.

Mahir berkuda dan bersenjata.

Khawlah al-azwar, nama seindah identiti. Dibesarkan pd zaman islam sering diancam peperangan. Ayahnya memperlengkapkan dirinya dengan ilmu mempertahankan diri. Sejak kecil,dia diasuh menunggang kuda dan bermain pedang. Segala teknik dan kemahiran diperturunkan. Maka mekarlah mawar agama itu sebagai seorang srikandi dengan perkasa. Dalam perang Yarmouk,beliau cukup berwibawa memimpin dan memelihara kaum wanita yang ikut serta dalam peperangan itu. Tidak lengkap pasukan tentera islam tanpa kaum wanita sebagai sayap kiri perjuangan.keberanian khawlah terserlah sehingga kepalanya cedera mengalirkan darah. Pengorbanannya tidak sia2. Panji kemenangan muslim berkibar2 dalam peperangan itu hingga membawa kepada pembukaan syam. Bandar damsyik bercahaya dengan sinar baru.

Membuka kurungan.

Dalam peperangan sahura,khawlah dan beberapa orang mujahadah muslimah tertawan. Ah,tiada episod kekalahan. Lawan tetap lawan. Mungkin begitu jeritan batin khawlah. Beliau tidak mahu hanya menanti bantuan tanpa berusaha melakukan tindakan.tertendang-tendang hatinya menyuruh berlawan. Pengawal2 yang mengurung mereka nampak gagah perkasa. Sekali pandang,untuk menemui kebebasan memang mustahil. Dia mungkin tidak berupaya melawan secara berseorangan. Lalu dia berpidato untuk meniup semangat teman2 seperjuangan.

"Wahai sahabat2ku yang berjuang di jalan Allah,apakah saudari2 semua sanggup menjadi tukang2 picit orang rom?apakah saudari2 sanggup menjadi hamba2 orang kafir yang dilaknati?Adakah saudari rela dihina dan dicaci maki oleh bangsa rom yang durjana?Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang muslimah yang bertaqwa?Sesungguhnya mati itu lebih baik bgi kita dari menjadi hamba orang2 rom."

Sebelum memulakan misi serangan ke atas pengawal2 rom itu,mereka berdoa,bertaubat dan bermunajat sesungguh dan seikhlas hati kerana selepas ini mereka mungkin dibantu Allah ataupun dibawa kembali selamanya kepada Allah. Menang atau mati syahid,mengalah tidak sekali.

Khawlah al-azwar berpidato sekali lagi.

"Jangan sekali2 saudari gentar dan takut.Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali.Patahkan tombak mereka,hancurkan pedang merekaperbanyakkan takbir serta kuatkan hati.insyaAllah pertolongan Allah sudah dekat."

Allahuakbar! Pejuang2 muslimah bertempur dengan pengawal2 durjana itu dan akhirnya berjaya menumpaskan mereka. Lantas mereka lari membebaskan diri dari kurungan untuk terus berjihad bergabung dengan tentera muslimin.

Begitulah kentalnya episod hidup khawlah al-azwar yang terakam unggul. Adakah akan lahir seorang lagi srikandi seperti beliau? beliau juga seorang wanita yang punyai 1 akal dan 9 nafsu.

sumber: majalah solusi karangan Fathimah Syarha Mohd Noordin.

.................................
Alhamdulillah, diberi ruang dan kesempatan untuk mencoret di laman 'Khaulah Al-Azwar'. Catatan yang pernah ditulis dalam entry sebelum ni. Sekali lagi, aku tergerak hati untuk mengulang tajuk yang sama. Seolah-olah ada satu renjatan semangat yang mengalir ke dalam diriku untuk terus mencontohi serikandi Khaulah. JazakumuLlah khairan kepada sahabat-sahabat yang senantiasa mengingatkan aku pada sebaris nama yang cukup indah ini. Moga aku terus bergerak sebagai sayap kiri yang kental semangat juangnya, persis 'khaulah Al-Azwar'..




Saturday, October 23, 2010

"Demi Kedaulatan Islam, Perkasakan Jihad"



"kemuliaan sesuatu umat itu letaknya pada ISLAM"

Wednesday, October 20, 2010

HIKIKOMORI vs JEMAAH



Hikikomori (ひきこもり or 引き籠もり, adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka mengasingkan diri di tahap yang ekstrim disebabkan oleh pelbagai faktor yang bersifat akumulatif, berkait mungkin dengan masalah social phobia atau social anxiety. Malah mungkin juga agoraphobia, avoidant personality disorder atau sifat malu yang ekstrim lagi menyakitkan.

Baca lanjut saifulislam

"adakah kita tergolong dalam golongan HIKIKOMORI?"


 

“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]

Saturday, October 9, 2010

Lambaian Haramain : 2



BismiLlahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt. 


Entry 'Lambaian Haramain' kembali bertandang. Petang tadi, selesai menziarahi emak saudara yang akan pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji tahun ini. InsyaAllah, dia dan suami akan berangkat pada 17 oktober ini. Nampak gaya, kena balik terus ke Terengganu lepas habis konvo. 

kepada mereka : semoga mendapat haji yang mabrur.


Masih mengharap, dan masih berazam untuk menjejakkan kaki ke sana pada usia yang muda. InsyaAllah.



"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" 

(Surah Al-Baqarah Ayat 96)



Lambaian Haramain 1 (entry tahun lepas)



Thursday, October 7, 2010

Sesungguhnya..

 
Dalam pada mencari 'mutmainnah', aku jumpa video di atas. Lagu nasyid 'sesungguhnya', (Raihan). Hayati maksud tersirat yang cuba disampaikan.. sedikit sebanyak ia memberi rasa 'mutmainnah' pada diri.

BismiLlahirrahmanirrahim 
Assalamu'alaikum wbt

Salam perjuangan buat semua. Sedikit perkongsian buat pengunjung 'Khaulah Al-Azwar'. Sama-sama kita ambil manfaat daripada artikel dibawah. Artikel ini datang tatkala aku bergelumang dengan rasa marah yang amat. 

'Allahumma anta Robbi laailaahailla ant, 'alaika tawakkaltu wa anta robbul 'arsyil kareem'


Bagaimana menghilangkan Marah 

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? 

Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". 

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". 

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti buang rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :  

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.  
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.  
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.  
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang sekiranya anda dalam keadaan marah.  
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 
i) Tauhid kita perlu tepat. 

Setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. 

Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.  

konklusinya, perbanyakkan istighfar itulah senjata orang2 mukmin. wassalam 

sumber: click
Edit by : khaulah

  
"bukan senang nak membentuk peribadi dengan akhlaqul kareem.. perlu mujahadah selalu. moga sedikit demi sedikit, mazmumah itu terhapus sekaligus tertanamnya mahmudah."

Sunday, October 3, 2010

Hikmah disebalik ketentuanNya


BismiLlahi wal hamduliLlah

"Allah melapangkan bagimu supaya engkau selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau daripada keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Allah mengubah2 keadaanmu daripada sedih kepada gembira, daripada sihat kepada sakit, daripada kaya kepada miskin, daripada terang kepada gelap.. supaya mengerti bahawa engkau tidak bebas daripada hukum ketentuanNya, supaya selalu engkau berdiri di atas landasan "Laa haula walaa quwwata illa billah" (tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kecuali dengan pertolongan Allah ta'ala. Firman Allah :

supaya kamu tidak sedih (menyesal) terhadap apa yang terlepas daripada tanganmu, dan tidak gembira atas apa yang diberikan kepadamu


 Hikam : 90