Pages

Friday, November 21, 2008

Ikatilah ilmu dengan menuliskannya~


BismiLlahi walhamduliLlah...


AlhamduliLlah, berakhir sudah perjuangan dalam 'imtihan'. lebih kurang pukul 4.30 petang tadi, ana melangkah keluar dari DP dengan hati yang 'tenang'. serahkan kembali urusan kepadaNya..


ana xberhajat untuk merumuskan+analisis imtihan kali nih, moge 'nusroh' dariNya datang bertandang.. kejayaan untuk diri ana dan sahabat2 yg len. kalau perasan, dlm blog ni ana tak 'wish' pun selamat menduduki peperiksaan.. taktaula kenape. act. sem ni agak tough sbb ana ambil 7 subjects. mind set ckp ok, sbb tu berani tarik subject sem depn.. hehe. ape2 pun, ia dh berlalu.. dan untuk entry kali nih, ana teringin untuk mengikat kembali ilmu yg tlh ana pelajari dalam subjek pendidikan Al-Quran dengan cara menuliskannya.. bak kate seorg blogger ; "ikatilah ilmu dengan menuliskannya".


sedikit perkongsian tentang tafsir surah Al-Fatihah; surah ni agak familiar dengan kite.. hari2 kita bace..17 kali sehari tak termasuk solat sunat.. erm, bayangkan kalau kite solat sunat.. lagi bertambah banyak bilangan Al-Fatihah yg kita bace. namun, sedar tak sedar berapa ramai dikalangan kita yg betul2 faham akan tafsir surah Al-fatihah? kdg2, tau bace je. tapi tak faham maksud yg tersirat.. lagi teruk bagi mereka yg tak tahu makna. sekadar lafaz dimulut. oleh sebb itu, bagi yg tak tau..meh ambik tau skrg. dan bagi yg dh tau..jom mantapkan+kukuhkn pemahaman anda. jom belajar;




...................................................




Latifah 1:
Kenapa diperintahkan membaca (الإستعاذة)ketika membaca al-Quran? MySpace

Ja’far al-Sadiq berkata: (mesti membaca atta’awwuz ketika membaca al-quran, tidak pada amalan yang lain, (hikmahnya) ialah seseorang hamba itu kemungkinan lidahnya “ternajis” lantaran menipu, mengumpat, mengadu domba. Kerana itu Allah s.w.t. perintahkah supaya dibaca ta’awwuz supaya lidahnya bersih. Dengan itu, dia akan membaca kalam Allah yang suci dengan lidah yang suci.

Latifah 2

Al-quran dimulakan dengan bismillah menjadi isyarat kepada kita agar kita memulakan setiap perbuatan dan perkataan dengan bismillah.

hadis nabi (كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أبتر)

Persoalan?

Kenapa disebut (بسم الله) tidak (بالله)

Untuk membezakan antara sumpah (yamin) dan tayammun (التيمن)
iaitu mengambil berkat (التبرك)

Latifah 3:

Perbezaan antara lafaz (الله) dan (الإله)?


Jawapan;

Lafaz yang pertama merujuk kepada zat yang kudus, tidak boleh dikongsi (disekutu)
dengan yg lain. Ia bermaksud: (yg disembah dengan sebenar-benar).
Lafaz yg kedua, digunakan merujuk kepada Allah dan juga lain.
Sama ada sembahan itu benar atau tidak

Latifah 4:

Faedah (بسم الله الرحمن الرحيم)

1.Mengambil berkat (التبرك)
2.Mengagungkan Allah SWT (التعظيم)
3.Menghalau syaitan kerana ia lari apabila menyebut nama Allah
4.Menzahirkan pertentangan dengan orang musyrik (org bukan Islam)
5.Memberi ketenangan (أمان) kepada pembacanya dan menjadi petunjuk kebergantungan harap orang yang menyebutnya kepada Allah.
6.Pengakuan ketuhanan (إقرار ألوهية)
7.Pengakuan nikmat
8.Minta pertolongan Allah
9.Di dalamnya terdapat Dua (2) nama yg khusus untuk Allah iaitu (الله) dan (الرحمن).



Latifah 5

dan ل yang berada pada kalimah (الحمد) bermaksud (لإستغراق الجنس) iaitu tidak ada yang berhak dipuji selayak-layaknya melainkan Allah. Dialah Allah yang bersifat dengan sifat sempurna yg layak dipuji, diagung dan disucikan. Ia juga bermaksud sifat yang ada itu adalah berkekalan, bukanya perkara baru.



Latifah 6:

Faedah menyebutkan (الرحمن الرحيم) selepas (رب العالمين).

Jawapan:

kalimah (الرب) memberi maksud keegoan (الكبرياء),
Kepemimpinan dan keangkuhan (القهر), dengan itu pendengar (pembaca)
kemungkinan terlintas bahawa Allah yg begini sifatnya tidak akan merahmati hambaNya dengan itu mereka akan takut semacam, berputus asa, berputus azam. Justeru disebutkan kalimah
(الرحمن الرحيم) untuk mengukuhkan bahawa Allah itu rahim yang meliputi tiap sesuatu.


Latifah 7:

ياك نعبد وإياك نستعين), suatu gaya bahasa (suatu lencongan atau perubahan daripada kata ganti nama ghaib kepada mukhatab). Ia berfungsi sebagai mempelbagaikan gaya bahasa.
Ia lebih menarik perhatian, memikat hati. Ia merupakan salah satu bentuk balaghah
(kedalaman (ketinggian) bahasa orang yg bertutur).


Latifah 8:




Bentuk lafaz datang dalam bentuk jamak/plural dalam dua jumlah (نعبد) dan
(نستعين). Tidak datang dalam bentuk (إياك أعبد وإياك نستعين)?

Ia sebenarnya suatu pengakuan hamba tentang kekkurangannya berhadapan di hadapan Allah SWT., serta meminta pertolongan dan hidayah berseorangan, tidak bersama hamba-hamba yg lain. Jadi maksudnya seolah-olah dia berkata: (Ya Allah! Aku adalah seorang hamba yg lemah, kerdil, tidak layak untukku berada dalam keadaan ini berseorangan, bermunajat kepadamu, dengan itu saya ber”sama” atau bergabung ke dalam manhaj (jalan) orang-orang yg mengesakanMu, serta aku berdoa bersama-sama mereka, maka kabulkanlah doaku, sesungguhnya kamu semua menyembahmu.


Latifah 9:

Kenapa dinisbahkan nikmat kepada Allah dalam ayat (أنعمت عليهم) tetapi tidak dinisbahkan kesesatan dan kemurkaan kepadaNya dalam ayat (غير المغضوب عليهم ولا الضالين). Iaitu tidak disebut (غضبت عليهم).

Jawapannya:
Semua itu datang dalam konteks taaddub (beradab) dengan Allah SWT.

CTH lain Nabi Ibrahim ada menyebutkan:
(الذي خلقني فهو يهدين والذي هو يطعمنى ويسقين وإذا مرضت فهو يشفين (سورة الشعراء: 78-79)


...............................................



-sakinah-
okeh, dh abes belajar..MySpace moga beroleh manfaat dan dapat memahami tafsir surah Al-Fatihah dengan lebih baik. ade lagi sambungannye, tapi len kali la pulak ye..
sedikit 'story' ttg gambar diatas. act. ia adalah pemberian dari seorg sahabat ketika belajar kt SHAMS . disebabkan terlalu 'appreciate it'MySpace, jadi ana simpan keychain tu baik2. ape yg unik ttg keychain tersebut? ..byk sgt yg uniknya. lebih2 ia dtg dari jauh, dr bumi barakah... Makkah. dan yg plg unik, sbb terukir indah kalimah 'sakinah' min Mekah'.
destinasi idaman.. MySpacehehe.
moge niatku untuk menjejakkn kaki ke sana dimakbulkan. ameen.
akhir kalam, ambillh mutiara berharga di blog nih (cam ayat k.adah je..MySpacehehe), dan ana sgt alu2kn sebarang komentar yg membina. semoga Allah membimbing kita semua..
~salam perjuangan~

Thursday, November 20, 2008

jangan lupakan mereka~



sekadar renungan ;

Allahu ma'iya ya ummi...
wa la tahzani!

"Allahumansuri Islam wal mujahideen
fi kulli makan wa kulli zaman"

titipkan doa buat saudara kita disana, kerna kita punya ikatan yg padu antara satu sama lain... yakni 'ikatan akidah'..

::faqir ilallah~

Wednesday, November 19, 2008

Bagaimana melayari internet dgn kebersamaan Allah?


BismiLlahi wal hamduliLlah

Tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduanya.
Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah ke atas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia di seluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala :

لئلا يكون للناس على الله حجة بعد الرسل

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)


Dan firman-Nya:


وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا


Dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan. Satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "Biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya". Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berinteraksi dengannya:

Pertama:Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

Kedua:Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

Ketiga:Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah SWT bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa. Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merealisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi di zaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah SAW secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia."(Hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah SWT kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah SWT dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Ya Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.
Amin ya rabba al alamin



Dipetik daripada laman HALUAN

~renung dan fikirkan bersama...

Monday, November 17, 2008

pemimpin yg dicintai~


-teruskn langkahan...menuju ke destinasi abadi~


BismiLlahi walhamduliLlah..

selepas jauh mengembara ke bumi Makkah, aku mendapt satu ilham untuk menge'post' entry kali nihMySpace. rutin harian ku (if tak busy), meneroka ke blog en. kamitaken a.k.a lutfi untuk melihat gambar2 yg sememangnya cantik sgt2.. disamping melihat anaknya 'waseem si samooli' yg sgt+agk kiut cm ma+pa die.. hehe.. (jgn perasan ye! bukn selalu puji..MySpace).. seterusnya, aku menjengah fotopages rahmanhamzah.. (ayu suhana) untuk melihat keindahan makkah disamping perkembangan mereka sekeluarga
( Muhammad Al-Fateh dh makin besar sekrg ye..MySpace ) ..,

dan yg terbaru.. aku berpeluang menjengah satu blog yg sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kpd diri aku sendiri.. blog 'ummu wafa'MySpace. kalau diikutkan, mereka punya persamaan sbbnya semua dh kahwen.. + kahwin muda + dan dh ada anak kec. k.mar yg tgh pregnant saat nih). seronok tgk life mereka kt Makkah. memang aku sendiri memasang angan2 untuk membina kehidupan disana.. tapi xtaula ianya sekadar idealistik or mgkn realistik..
hehe..MySpace

tadi, aku sembang dgn k.mar a.k.a ummu wafa.. tanya khabar die dan kandungannya yg dh berusia 5 buln. alhamdulillah, dua2 dalam keadaan sihat .. ape yg ana kagum, die punya kesabaran + semangat yg kuat saat diri berjauhan dengan zauj tercinta . dia di Malaysia dan suaminya di Makkah. cinta antara dua benua..MySpacehehe. lebih2 dia tgh sarat mengandung.

dan yg terbaru, suaminya (Tuan Badrul Hisyam Tuan Soh) telah ditaklifkan sebagai YDP PPM Makkah dlm AGM PPM baru2 nih. mabruk ya akhi! MySpace+takziah.. semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya, insyaAllah. to k.mar: be strong okey! ' dibelakang lelaki yg hebat itu adanya wanita yg hebat.. ', insyaAllah akak tergolong dlm golongan nih.. kinah doakan akk dpt melanjutkan pelajaran di UQU (umm AlQura uni) tahun depan. nanti dh tak jauh dh ngn dia..MySpace



............................ (kembali seriusMySpace).......................

act, sebelum aku start menulis ni..aku singgh jap kt blog Fajarsakhra. entry terbaru kt blog tu buat aku berfikir ttg kepimpinan yg aku lalui saat ini. dh satu sem aku tempuh, tinggal lagi satu sem untuk aku akhiri jawatan yg aku sandang sbg Naib Presiden PPI.. bimbang kiranya amanah yg ditaklifkan hanya sekadar nama semata.. bermula dgn mesyuarat agung pada 25/07/08 lepas, aku mula menyatukan diri dengan persatuan yg agak 'kontroversi' ini. terkadang, aku sendiri pelik..apalah yg nk ditakutkn pada sebuah persatuan yg cuba menyampaikan risalah kebenaran. buat pertama kalinya aku agak gementar menerima taklifan yg mungkin suatu ujian atau kafarah dosa yg aku lakukan selama ini.. tujuannya, agar aku kembali mensucikan diriku.

dan menjadi harapan setiap pemimpin untuk melakukan yg terbaik buat kepimpinannya. itu juga sebahagian dari harapanku.. aku sgt mengharapkan agar tiada perbandingan dilakukan antara kepimpinan kali ini dgn yg sebelumnya kerna masing2 punya kekuatan dan kelemahan tersendiri.. masing2 punya rentak dan karakter berbeza. perbandingan yg negatif boleh jadi akan melemahkan seseorg..namun, bukan maksudku untuk tidak mempelajari segala apa yg baik yg tlh dilakukan.. act, sokongn & tunjuk ajar dr mantan Naib Pres. lepas amat besar buat diriku.
thanks sis!
***MySpace ***
dalam sebuah kepimpinan, terdapat 5 tingkatan tangga kepimpinan; kali nih aku merujuk pada buku ESQ ;


pemimpin tingkat 1 : pemimpin yang dicintai
pemimpin tingkat 2: pemimpin yang dipercaya
pemimpin tingkat 3: pembimbing
pemimpin tingkat 4: pemimpin yg berkeperibadian
pemimpin tingkat 5: pemimpin yg abadi


-PPI-

pemimpin tingkat 1:

anda bisa mencintai org lain tanpa memimpin mereka, tetapi anda tidak bisa memimpin org lain tanpa mencintai mereka

pernyataan diatas adalah berkenaan seorang pemimpin yg harus mampu berhubungan secara baik dgn org lain. seorg pemimpin tidk boleh menunjukkan prestasi kerjanya sahaja, namun ia harus mencintai dan dicintai org lain. tangga ini tidak boleh dilewati kerna jika dilewati, org lain tidak akn mendukung anda, kerna mereka tidak menyukai anda.

prinsip basmallah adalah jawapannya. selalu berusaha mengerti dan menghargai setiap individu, dan selalu bersikap rahman serta rahim. berbeza dengan teknik sekarang yg banyak diajarkan, yg lebih menekankan pada teknik luar seperti; senyum, mengingat nama, fokus pada minat org lain, dll. salah satu sifat Nabi Muhammad s.a.w dari buku SEJARAH HIDUP MUHAMMAD;

yang membuat dakwahnya berkembang adalah keteladanan sang Nabi yg begitu memukau. hak setiap org ditunaikannya. pandangannya kepada org yg lemah, terhadap yatim piatu, org yg sengsara dan miskin, adalah pandangan seorang bapa yg penuh kasih, lemah lembut, juga mesra.

sikap rahman dan rahim yg berjaya menjadikan landasan perjuangan Rasulullah sampai kepada peringkat kepimpinan yg dicintai.


.....................(~_^)...................

untuk kali ini, aku hanya ingin mengulas tentang pemimpin tingkat 1. satu perkongsian yg aku tujukn khas untuk diri aku sendiri + dan kepada sesiapa yg sudi untuk mengambil 'ibrah dari perkongsian ini. ternyata, menjadi seorg pemimpin yg dicintai itu buknlh suatu perkara yg mudah.. disini, suka untuk aku 'highligthkn' kalimah 'rahman & rahim'.. sifat yg masih sukar untuk ditonjol keluar.. namun, aku yakin ia akan berhasil suatu hari nanti.. aku senang melihat sokongan dari pelbagai pihak yg menyokong PPI + dan aku juga senang dgn kritikan membina terhadap persatuan ini.. kerna kedua2nya merupakan kayu penyokong kearah jatuh bangunnya sebuah persatuan . satu sem telah berlalu.. dan aku sendiri sedang menilai kemampuan diriku.. adakah 'rentak' itu sudah ditemui? atau aku masih mencari2..

jika YDP PPM Makkah membuka lembaran baru dalam episod perjuangannya dibumi barakah, aku sendiri tidak ketinggalan untuk memulakan kembali episod perjuanganku di bumi 'UPSI' ini untuk semester akn dtg. insyaAllah.. semoga 'rentak' kali ini lebih rancak dan teratur.

kepada semua ahli PPI, teruskan sokongan dan komitmen anda untuk sama2 merealisasikan misi dakwah dibumi UPSI. same2 kita laksanakannya supaya ia berhasil menjadi suatu yg 'realistik' bukannya 'idealistik'. akhir kalam, selamat bercuti kepada semua.. gunakanlah kesempatan cuti ini untuk menabur bakti kepada keluarga tercinta.. dan jgn lupa untuk terus meng'islah'kn diri pada jalan Allah. asif 'ala kulli hal~


"kemudian termasuk golongan org beriman, yg saling menasihati, supaya bersabar dan berkasih sayang."


-QS Al Balad (Negeri) 90:17



p/s: blog PPI sedang dalam proses penambahbaikan... mohon maaf ye sbb dh lame takupdate, syukran sbb sudi berkunjung! (bukn ana yg update).

MySpace okeh, stop now.. assalamualaykum w.b.t

MySpace

-khaulah-

Sunday, November 16, 2008

katakan tidak!


-untukmu 'muslimah'-

Assalamualaykum w.b.t...

alhamdulillah wa syukur lillah, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
kesempatan dan ruang yg diberikan untuk ana terus menulis di ruangan maya ini. juga nikmat IMAN dan ISLAM, + kekuatan untuk terus berada dlm 'saff' perjuangan. apa yg kita miliki saat ini hanyalah pinjaman semata, kebijaksanaan+kecantikan+keluarga+sahabat+... tetapi amat jrg kita bersyukur diatas nikmatNya.. terkadang rasa memiliki itu mengatasi rasa 'dimiliki' hingga langkahan menjadi pincang, arah laluan mula terpesong.. kerapkali juga kita lupa siapakah yg memiliki semua ini..-nauzubillahiminzalik-

kali ni ana terpanggil untuk bercerita tentang suatu fenomena yg dianggap 'basi' oleh kebanyakan org.. suatu fenomena yg sering ana utarakan, baik ketika di matrikulasi mahupun di bumi UPSI ini.. dan seringkali juga ana gementar apabila mengungkapkan kata2 tersebut.

saat menjejakkn kaki ke matrikulasi kulim, ana mula terbayangkan 'culture shock' yg bakal ana hadapi.. kejutan demi kejutan yg sedikit menggugat keinginan ana untuk belajar di sana.. seringkali ana dimaklumkan, ' suasana kt luar tak sama dgn shams', 'kalau silap gaya, kita pun akn jadi mcm diorg'.. ade juga yg mengatakan ; ' budak2 sheikh nanti mesti berubah bile keluar dari sekolah'..dan mcm2.. ana xnk komen soal itu, fokus entry ana buknlah terhadap perubahan yg mereka lakukan.. tetapi tentang fenomena yg tumbuh bagaikn cendawan, makin hari makin lebat.. tak kira dimana2..
sebuah hadith mengatakan;

"sesiapa yg melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan TANGAN, jika tak mampu maka cegahlah dengan LISAN, jika tak mampu maka cegahlah dengan HATI.. dan itu selemah2 IMAN."
..................................
hari ini, ana kembali memberi teguran.. kepada mereka yg masih bercouple, 'please recheck ur relationship with him/her'.. jika fikiranmu sentiasa dibayangi wajah2 mereka + hatimu terlalu kasihkn mereka+ibadahmu terganggu kerna ingatan yg kuat pada mereka+ taipan msg mu mula tidak terarah+ kecantikan itu semakin kau serlahkn untuk tatapannya...+..maka tiba saatnya untuk kau renungi kembali hakikat hubungan yg telah terjalin. adakah terdapat padanya REDHA ALLAH? atau ikatan itu mengundang 'KEMURKAANNYA'?

sama2 kita renungkan sebuah atrikel yg cukup menarik untuk dikongsikan, moga hidayah Allah sentiasa bersama mereka yg cuba meng'islah'kan diri.. mulakan dengan niat yg betul.. LILLAHITA'ALA.

.............................................................................

-baitul da'wah-


"Cinta Menurut Pandangan Islam”
Ahmad Fadhli bin Shaari, pembantu pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..

MySpaceMuqaddimah

Bait-bait nasyid kumpulan Quturunnada di atas sering mengingatkan kita kepada hakikat cinta yang sebenar. Bagi saya sendiri, makna serta irama yang dibawa oleh Qutrunnada ini benar-benar menyentuh jiwa apatah lagi di tengah-tengah kerancakan irama nasyid ala-KRU yang mewarnai dunia nasyid pada masa sekarang.

Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta…?

Apakah Cinta Sebenarnya…? MySpace

Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.
Menyedari hakikat ini, saya mencuba untuk menggagahkan diri bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apatah lagi dalam suasana masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang lebih menjurus kepada cinta karut-marut yang bertemakan mainan perasaan yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam. Semoga Allah memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari sebarang permainan perasaan yang hanya akan menyesatkan fikiran.

Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?
Adakah Islam memusuhi cinta…?
Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah…? MySpace

Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah… (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir… (Surah Al-Maidah, ayat 54)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya.

Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.
Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:

Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. (Bukhari:no. 15, Muslim:no.60, Tirmizi:no.2548 Nasai :no.4901)

Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW…?
Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.


-sakinah, mawaddah & rahmah-
3. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu.. (Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :

..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Israk, ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)… (Surah Al-Fath, ayat 29)

Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :

..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..(Surah Al-Hasyr, ayat 9)

Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam…?MySpace

Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam…?
Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh “syaitan cinta sewenangnya- wenangnya

Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati MySpace

Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.

Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan “cinta lutong” As-Syauqi pernah bermadah :
Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan… (Surah An-Nuur, ayat 30)

Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat…?

Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini…? MySpace

Jalan yang paling baik ialah perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.. (Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.
Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.

Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.

Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan kita selain keimanan, ketakwaan dan kecekalan….?


.......................................................................



"moga diri ini terus dalam peliharaaNya.. "
JALAN KITA ADALAH JALAN SUCI... JADI KATAKAN TIDAK UNTUK BERCINTA SEBELUM IJAB QABUL...MySpace
MySpace
khaulah
'ikatlah ilmu dgn menuliskannya'

Thursday, November 13, 2008

Isteri pejuang~

-gambar nih lgsg tak match dgn entry..haha, be happy okeh!-



Khas buat isteri-isteri pejuang+ serta bakal isteri seorang pejuang

apabila ana berbicara tentang perkahwinan, bukan beerti ana ingin berkahwin.. dan apabila ana berbicara tentang kehidupan, bukan beerti ana sengaja ingin bercerita.. tetapi setiap apa yg ana sampaikan punya makna tersirat yg bisa dirungkai oleh mereka yg ingin berfikir.. 'menulis bukanlh semata2 untuk memberitahu..tetapi ia bertujuan untuk mencetuskan mahu'.. (take note ye! hehe..sush gk kalau ade yg salahfaham)
dan suka untuk ana igtkn, ambil apa yg baik dari blog nih dan tinggalkan apa yg sebaliknya.. kerna sesungguhnya ana buknlh seorang yg sempurna, masih terlalu byk kelemahan yg minta untuk diperbaiki. pengislahan itu memerlukan pengorbanan yg terlalu tinggi, so..jgn jadi 'penghukum' tetapi jadilah cermin kepada diri ana~ hayati cerita dibawah dengan niat yg betul.. (nk kena igtkn gk..isk2 =)~

...................................................

Isteriku...Apabila kusentuh telapak tanganmu...Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....Apabila kurenung wajahmu....Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing... Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.Isteriku...Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....Hanyasanya untuk Islam...Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...Pelbagai hiasan yang indah...Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...

Kau umpama ladang ummah...Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...Isteriku....Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku...Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku....Kau melafazkan,

"Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."..Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam....Aku termangu sendirian...Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...Atau honeymoon di Kota Paris kah?..Katakan... Aku mampu memberikan...Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...Akhirnya...Arghhh... Permintaanmu itu...Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...Aku tergamam serta kelu...Dengan penuh keyakinan kau berkata.. "Saudara, Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?.... Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?... Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?... yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?..."Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..Jiwamu kosong dari syurga dunia...Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..Bukannya kau yang diubah oleh dunia...Isteriku..Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...Susah senang kita tempuh Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?.. Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?... Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api... Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....

Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara....Dan... Mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang bersama...Aku terharu dengan segala kebaikanmu...Kau jaga akhlakmu...Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung....Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam....

Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini....Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan...Isteriku..Tangkasnya engkau selaku suri...Biarpun kau jua sibuk bersama mengembeleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku..Kau jaga teratak kita dengan indahnya...Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu....Cekalnya engkau mendidik anak-anak...Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundulLah...Kau asuh mereka membaca Al Quran...Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran di kala menjelangnya peperiksaan...Isteriku...Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat...Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam...SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU SAYANG...


-khaulah a.k.a 'sakinah'-

Zainab Al-Ghazali~

-Dia...sayap kiri perjuangan Islam~

KATA-KATA ZAINAB AL-GHAZALI KEPADA SUAMI TERCINTA


Zainab Al Ghazali:Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?
Suami:Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).
Zainab Al Ghazali:Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu. Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat.
Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri.
Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kau berkata,
“ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”. Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah.
Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan. Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?
Suami: Ya.
Zainab Al Ghazali: Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung.

........................................................
salah seorang pejuang 'sayap kiri' yg ana kagumi. mudah-mudahan roh perjuangan itu menular dalam diri ini.. perjuangan dalam ertikata yg sebenar.. bukan 'RETORIK'.. andai saat ini kita bersemangat melaungkan kalimah 'PERJUANGAN', adakah diluar kampus nanti kita akan tetap thabat pada jalan ini?? berapa ramai mahasiswa yg keluar dari medan perjuangan setelah mengecapi nikmat 'alam pekerjaan'.. semoga kita tidak tergolong dalam golongan sedemikian.. -nauzubillahiminzalik-
::al-fatihah::

Sunday, November 9, 2008

kembali~



[DIKEMAS KINI] CILACAP, Indonesia: Tiga pengebom Bali, yang didapati bersalah menyebabkan kematian 202 orang dalam letupan di kawasan peranginan Bali enam tahun lalu, menjalani hukuman mati ditembak tengah malam tadi. Ribuan menyertai upacara pengebumian ketiga-tiga militan tersebut, termasuk pemimpin agama Abu Bakar Bashir.

Hukuman itu dilaksanakan selepas lebih seminggu pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan ditembak awal bulan ini. Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara yang dikawal ketat di pulau Nusakambangan. Ketiga-tiga mereka merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang ditubuhkan oleh Basir.

"Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) (1.15 pagi waktu Malaysia) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak," kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia," katanya.
Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.

Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini. Jenazah adik-beradik Ali dan Amrozi dibawa ke Lamongan di Jawa Timur manakala Imam pula ke Serang di Jawa Barat. Zakiah Darajad, isteri kepada Imam, dalam surat terbuka yang dibacakan oleh seorang saudara pada sidang akhbar di Serang berkata:


"(Saya) berharap Allah akan memberikan yang terbaik kepada mereka dan yang terburuk kepada mereka yang menyebabkan layanan buruk ke atas mereka," katanya.



sambungan seterusnya bleh rujuk :http://www1.mstar.com.my/

....................................................................

walau ape pun pandangan manusia, samada positif atau negatif.. ana tetap doakan moga roh mereka dicucuri rahmat, segala dosa mereka diampunkan, dan juga niat mereka untuk gugur syahid diperkenankan. sesungguhnya Allah lebih mengetahui ape yg berlaku...

innalillahiwainna ilaihirojiun..::al-fatihah::

la tahzan~



BismiLlahi walhamduliLlah...


kesedihan hanya akan membuat musuh gembira. kerna itu, salah satu prinsip anjuran islam adalah berupaya untuk mengalahkan musuhnya.

.....(yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu....

( Al-Anfal:60)


sabda Rasulullah S.A.W kepada Abu Dujanah yang berjalan dengan angkuh diantara tentera kaum muslimin yang kalah:


sesungguhnya cara jalan seperti itu dimurkai oleh Allah, kecuali ditempat ini (medan peperangan melawan musuh)



muqaddimah untuk entry kali ni, ana petik dari buku kesayangan ana;' la tahzan-jilid 3'. setelah agak lame ana tinggalkan buku ni, akhirnya pagi tadi ana tergerak untuk kembali menatap isi kandungannya. buku yg banyak bagi inspirasi pada ana..


ayat2 diatas ana tujukan khas kepada sahabat2 MPP.. mudah-mudahan sedikit sebanyak, kalian mendapat suntikan semangat untuk terus berjuang.. perlantikan Mpp sudah berlangsung semalam, dan kabinet yg dibentuk adalah seperti yg digembar-gemburkan sebelum ni. hatta NC sendiri menyokong penubuhan kabinet yg sengaja dicaturkan itu. ape pun yg berlaku, tipu daya manusia memang tak pernah berakhir.. tetapi harus kita ingat, bagi org mukmin itu..senjatanya adalah doa. hadith dari Rasulullah s.a.w;



"addu'au silahul mu'min..wa imaduddin..wa nuurussamaawa tiwal'ardh"



maksudnya:


doa itu senjata org mukmin, dan tiang agama..dan cahaya langit dan bumi..

ketahuilah, hati orang yang memusuhi kebenaran dan nilai2 keutamaan akan terhiris-hiris jika mereka tahu tentang kebahagiaan, kegembiraan dan kesenangan kita
jika kamu mendapat sesuatu kebaikan, mereka menjadi tidak senang kerananya...
(At-taubah:50)


.........................................................



berapa banyak orang-orang hatinya terbakar
oleh kedengkian terhadapku
mengharapkan keburukan menimpaku
tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan

penyair lain pernah mengatakan:


ku perlihatkan kekuatanku kepada mereka
yang senang dengan musibahku
bahawa sesungguhnya aku
tidak pernah goyah
menghadapi goncangan masa


tersenyum dengan kenyataan2 pahit, bersabar atas segala musibah, dan tabah menghadapi semua ujian akan memberikan rasa gerun pada hati mereka yang senang melihat penderiataan org lain..dan meredakan kemarahan dihati org2 yang dengki.

Tuesday, November 4, 2008

wasiat Almarhum Syeikh Mutawalli Sya’rawi~



terjemahan dari video di atas:

Dan sesungguhnya aku Tuan Presiden,
Aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya.
Samada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.
Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah.
Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka.
Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

Allah S.W.T telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah S.W.T kata?

“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan(Namrud).
(surah al-baqarah :25)

Maka kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang dia mahu.
Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah.
Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.

Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.
Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.


Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Wayamkuruuna wayamkurullah.”
(dan mereka merancang(perkara yang jahat) dan Allah juga merancang.

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.”
(Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga)

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta.
Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya.


Wahai Tuan Presiden,
Aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!

اذا كنت قدرنا فليوفقك الله .. واذا كنا قدرك فليعنك الله على أن تتحمل..

“Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

................................................................................

Alangkah hebat butiran mutiara yang terhambur dari lisan seorang Ulama’

Ia bagaikan sebutir biji benih yang kemudian menjadi batang lalu mengeluarkan dahan dan seterusnya mencambahkan ranting, menghasilkan buah2an yang ranum lagi lazat bagi seorang musafir seperti aku, yang lemas dalam samudera kejahilan.

Andai disurat apa yang tersirat, penuhlah kajangan kertas, susutlah tinta dan tumpullah kalam, namun masih tak terungkap apa yang cuba disingkap …

kata2 yg hebat dari org yg hebat.. terkesima seketika mendengar dan membaca terjemahan dari seorang ulama yg hebat dan akn aku kenali dengan lebih mendalam. dan bait2 yg dilafazkan memg kena dengan keadaan aku ketika ini. berhadapan dengan taklifan demi taklifan..yg seringkali melemahkan kerna sememangnya aku masih belum kuat. tapi, kesyukuran aku panjatkan padaNya kerna dengan izin dariNya..aku mendengar kata2 mulia dari seorang ulama' yg aku segani.. taujihat yg bisa membuat aku bangkit dari kejatuhan. ya Allah, semarakkan rasa cinta itu dalam diriku.. kecintaan untuk memperjuangkan Islam.. bukan sebagai penyokong, tetapi sebagai pendokong!

Sunday, November 2, 2008

mujahid yang berjihad melalui penanya~



Dia: Mujahid yang berjihad melalui penanya

Dia,
Syabab yang meniupkan roh Islam
dan semangat juang Muslimin
melalui penulisannya.

Dia,
Muslimin yang tidak pernah jemu berkarya,
melarik pena bertinta darah mujahid,
menyelar kuffar laknatullah,
membangkit semangat jihad,
para pejuang agama tauhid.

Dia,
Seorang hamba ALLAH yang mencintai penulisan dan sastera,
yang menulis demi mencari redha Tuhannya.

Dia,
Mujahid yang berjihad melalui penanya
dan dia juga,
seorang rijal yang ku kagumi dari jauh
lantaran lantang lembaran karya-karyanya
dengan semangat jihad fisabilillah.

Aku?
Aku hanyalah salah seorang nisa’
yang sering merafakkan doa,
moga ditakdirkan ALLAH
sebagai sayap kiri perjuangannya
dalam menyedarkan ummah yang lena...


-----------------

"Jangan gugur sebelum syahid!"

::artikel yang dikirimkan melalui email oleh seorang sahabat yang ana sgt syg, 'cahaya petunjuk'.

Saturday, November 1, 2008

baitul da'wah



BismiLlahi walhamduliLlah..

sedikit perkongsian/garis panduan, khas untuk sahabat yang akan memasuki alam perkahwinan atau mungkin yang sedang berusaha untuk membina 'baitul da'wah'. juga tak lupa, untuk 'ummu2 insyirah'. :)

Perkahwinan dianggap dasar kepada pembentukan sebuah keluarga, masyarakat dan negara. Maka pemilihan pasangan hidup menjadi sangat penting dan kritikal. Selalu kita dengar dan lihat sebuah rumahtangga hancur berderai walaupun baru didirikan. Mungkin ada tembelang yang pecah, lalu meledak dan meranapkan sebuah perkahwinan. Terdapat beberapa pendapat tentang jodoh. Apa yang penting bagi kita adalah usaha dan tawakal kepadaNya. Rujuklah kepada garis panduan yang telah diberikan. Semoga kita selamat dan mendapat berkat. Insyaallah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan dapat menuntun tanganmu".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain disebutkan yang ertinya:

".......... Beruntunglah orang yang memilih kerana agamanya, kerana ia akan dapat menuntun tanganmu".

Kita semua mengetahui bahawa harta benda akan musnah. Kecantikan juga akan pudar bila dimamah usia, bila diserang penyakit atau kemalangan. Pangkat dan keturunan tidak kekal selamanya. Cuma ilmu dan ketaatan pada agama akan terus menjadi amalan sepanjang hayat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kamu jangan berkahwin dengan seorang perempuan kerana kecantikannya, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya. Jangan kamu berkahwin dengan perempuan kerana kekayaannya kerana kekayaan akan membuat derhaka. Kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya bahawa seorang perempuan pesuruh yang baik pengamalan agamanya adalah lebih baik dikahwini, sekalipun berkulit hitam dan cuping telinganya berlubang besar".

Meminang

Apabila seseorang laki-laki berhasrat untuk berkahwin , adalah digalakkan beliau mempelajari dan mengetahui akan sifat wanita solehah. Kerana yang demikian dapat membantu dalam membuat pilihan bakal isterinya.

Sebelum Meminang

Tidak menjadi kesalahan bila seorang laki-laki ingin mengenal pasti keadaan jasmani wanita (bakal isteri). Adakah dia sihat atau punya penyakit, kecacatan, gemuk atau kurusnya, putih atau hitamnya dan bagaimana raut wajahnya. Untuk keperluan ini semua, seorang laki-laki yang betul-betul berazam untuk memperisteri seorang wanita dibenarkan melihat wanita yang dimaksud. Melihat di kala itu adalah darurah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jika seseorang di antara kamu meminang seorang perempuan, maka tidak mengapa baginya (tidak berdosa) melihat sesuatu dari perempuan tersebut, apabila melihatnya memang keperluan untuk meminang, sekalipun dia tidak mengetahui". (H.Riwayat Iman Ahmad)


Walaupun melihat bakal isteri dibolehkan, tidak bererti boleh melihat dengan sesuka hatinya hingga melanggar ketetapan syarak. Ia tertakluk kepada beberapa syarat: Mesti disaksikan oleh salah seorang muhrim siwanita. Tidak boleh berdua-duaan saling pandang memandang. Melihat wanita yang akan dipinang hanyalah setakat wajah dan tapak tangannya saja. Dengan melihat pada tapak tangannya dapat diketahui apakah wanita itu berbadan besar segar atau tidak, halus atau kasar. Dengan melihat pada wajahnya dapat diketahui apakah wanita itu cantik atau tidak. Cuma itu saja dapat dilihat. Dalam hadis lain disebutkan: Ertinya:



"Apabila seseorang di antara kamu meminang perempuan, jika ia dapat melihat apa yang menarik sehingga ingin mengahwininya, lakukanlah itu". (H.R.Ahmad dan Abu Daud)


Melihat wajah wanita dan telapak tangannya dapat dilakukan sendiri oleh lelaki yang akan meminang dengan syarat seperti di atas.Hal-hal lain seperti tutur kata, akhlak dan hal-hal lain yang perlu tentunya susah dilakukan oleh lelaki. Dalam hal-hal ini dia boleh mengutus wanita dari kalangan keluarganya untuk merisiknya. Wanita yang dipercaya itu akan bergaul dan mengenali calon isteri dari dekat dan seterusnya dapat memberitahukan pada pihak laki-laki apa-apa maklumat yang diinginkannya.

Syarat-syarat Wanita Yang Dipinang

a. Bukan Pinangan Orang Lain Meminang wanita yang telah dipinang oleh laki-laki lain hukumnya haram di sisi syarak. Kerana yang demikian itu dapat merosakkan persaudaraan dan menyakitkan hati orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya:

"Seseorang laki-laki tidak boleh meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya (orang lain sesama muslim) sebeulum laki-laki yang meminang terdahulu meninggalkannya (telah putus hubungan pertunangan), atau tunangan terdahulu itu mengizinkannya". (H.R. Bukhari)

Apabila diketahui bahawa tunangan terdahulu sudah jelas tidak menghendakinya lagi, atau sudah putus hubungan pertunangan, maka lelaki lain boleh meminang tanpa izinnya.

b. Bukan Wanita Yang Ditalak Tiga Oleh Dirinya Lelaki yang telah mentalak tiga terhadap isterinya, dia tidak boleh meminang lagi bekas isterinya, sehinggalah wanita tersebut telah bertahallul (dikahwin oleh laki-laki lain kemudian dicerai setelah disetubuhi). Apabila masa iddahnya telah habis maka bekas suami pertama boleh meminangnya semula.

c. Bukan Pada Masa Iddah Tidak boleh (haram) meminang wanita yang sedang iddah bukan darinya. Tetapi bila wanita sedang iddah bukan talak raj'iy seorang laki-laki boleh meminangnya dengan cara ta'ridh (sindiran). Jadi tidak boleh meminang secara berterus terang. Contoh pinangan degnan ta'ridh adahal; "Engkau lawa' atau "Ramai orang yang sukakan engkau' dan lain-lain. Talak Raj'iy ialah talak satu atau dua, jadi masih ada kemungkinan bagi sisuami merujuk isterinya semula. Wanita yang ditalak raj'iy tidak boleh dipinang secara ta'ridh apa lagi secara terang-terangan (tasrih). Merahsiakan Pinangan Pinangan sebaiknya dirahsiakan dari diketahui oleh orang ramai, gunanya untuk mengelak sesuatu yang tidak diinginkan. Hal ini untuk menjaga kehormatan siwanita itu sendiri seandainya suatu hari kelak pertunangan itu putus atau untuk mengelakkan fitnah-fitnah yang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;



"Umumkan perkahwinan dan rahsiakan pertunangan".

p/s: sumber tak dinyatakan sbb artikel ni shbt ana yg bagi 2 tahun lepas.