Pages

Tuesday, February 24, 2015

Kelahiran srikandi~

Alhamdulillah... thumma alhamdulillah..

Dengan izin dariNya, lahir zuriat kedua ke dunia.
11/02/15, Rabu jam 11.35 pagi seberat 4.94kg secara normal, no epi.

Sedikit sebanyak saya membuat persediaan untuk menghadapi saat itu. Daripada pernafasan, kedudukan, cara2, dll. Disebabkan history melahirkan anak pertama seberat 4.5kg, sec normal, saya bimbang anak kedua ini juga akan lahir besar@lebih daripada abangnya. Alhamdulillah, rata-rata doktor mengatakan bayi saya kecil, dan tidak akan sampai 4kg. Apabila menjengah 40 minggu, tanda-tanda ingin bersalin masih belum ada. Itqan lahir lewat 2 hari daripada jangkaan. Saya pesan pada baby supaya cepat keluar, takut dipaksa lahir sekiranya melepasi 7 hari. Masuk hari ke-5, contraction datang seawal pagi. Makan, minum, berjalan.. akhirnya saya putuskan untuk ke klinik. Sebaik tiba di klinik, bukaan sudah 7cm. Bersiap-siap, terus ke bilik bersalin.. dan Alhamdulillah, dengan teknik pernafasan yang saya pelajari, akhirnya baby girl lahir ke dunia dengan penuh kejutan.

Subhanallah.. besar baby! kali ini no episiotomy. Doktor mengangkat anak saya dan terus bertanyakan jantinanya. Allahurobbi, seperti yang telah dijangka, bayi perempuan. Dia berjuang bersama saya untuk lahir ke dunia. Saya pesan pada dia, 'anak ummi kena kuat semangat, tolong ummi ye!'

Saya lebih cergas kali ini, Tekad untuk menyusu penuh sehingga dua tahun. Dan atas semangat juang srikandi solehah, kami namakan bayi kedua kami dengan nama, 'KHAULAH'. Sempena nama tokoh bidadari besi, 'Khaulah Al-Azwar', nama pena saya suatu masa dahulu. Moga membesar menjadi hamba bertaqwa, pemudi agama, srikandi ummah. mukminah solehah.

Salam sayang,
-UMMI-

Wednesday, February 4, 2015

Permudahkan Ya Allah, jangan sukarkan...



BismiLlahi walhamduliLlah...

Setahun lebih berlalu tanpa sebarang entry. Alhamdulillah, pelbagai rencah kehidupan bertamu. Suka dan duka, tangis dan tawa yang menjadikan hidup lebih bermakna. Banyak yang ingin dicoretkan, tetapi tidak tahu dari mana harus dimulakan. 

Perihal sekolah baru,
Perihal anak yang bakal menginjak usia 2 tahun,
Perihal kehidupan bergelar isteri,
dan bermacam-macam lagi...

Alhamdulillah, saat dan tika ini, aku sedang menghitung hari.. menanti lahirnya amanah zuriat kedua, pemberian dari Ar-Razzaq. Sekali lagi, Alhamdulillah.. Syukur yang tidak harus lekang dari bibir ini. Permudahkan ya Allah.. jangan sukarkan. Walau hakikatnya, aku tahu terlalu banyak kekurangan dalam diri. Ya Muhaimin.. selamatkan 'dia'. Izinkan dirinya melayari kehidupan di muka bumi ini sebagai seorang khalifah yang bertaqwa. Cantik budi pekerti.

Moga 'Khaulah Al-Azwar' terus hidup dengan perkongsian2 bermanfaat. Dan moga hari mendatang menjadikan kami lebih, malah semakin dekat denganMu.