Pages

Friday, February 27, 2009

~roda cinta...


Roda cinta itu awalnya suci,
walau berputar terkadang di bawah mahu di atas,
fitrah hamba tetap melingkari.
Bila di atas, tahulah diri untuk terusan bersyukur
dan memandang cinta agung sebagai sayap diri,
namun jika di bawah,
tahulah diri itu sentiasa kerdil di sisi ILAHI,
lalu terus berusaha mencari terbaik untuk diri.
Namun,
roda cinta yang semakin sirna hakikat fitrahnya semakin mengotori,
kabur dari pandangan sehingga manusia
melihat roda cinta itu tidak lain tidak,
hanya sebagai 'hamba' duniawi.
Sedang diri tidak pasti di mana destinasi abadi..
yang pasti...
Roda CINTA hakiki itu hanyalh CINTA ILAHI.

khaulah..

Wednesday, February 25, 2009

Pendokong vs pengongkong


jadilah kita PENDOKONG kpd Islam..
andai tidak mampu, jd lah kita PENYOKONG kpd Islam..
tp JGN sesekali kita jd PENGONGKONG kpd Islam..
..... ...... ......
aku tertarik dengan kata-kata diatas.. penuh dengan isi tersirat..
ya, bukan senang untuk menjadi seorg pendokong,
yang sanggup bersusah payah + dihina + dicaci + berkorban.. semata2 untuk memperjuangkan kalimah 'LA ILAHA ILLALLAH'..
... bertemu, berpisah kernaNya.
Innaddina 'indaAllahil Islam

wacana ilmu & PPU

Jadual Pengajian Pondok Universiti (PPU)



Jadual wacana ilmu



antara program PPIUPSI yang dijalankan untuk sem ini.. kehadiran anda semua amatlh dialu-alukan.. semoga sama2 kita mendapat manfaat. (^_~)

"sampaikanlah darimu walau sepotong ayat..."


Saturday, February 21, 2009

pelihara AURATmu..


BismiLlahi wal hamduliLlah..

hayati sejenak puisi dibawah.. from 'cahaya petunjuk' (^_~)

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa ituHALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurniakan ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.
JANGAN mengajak siwanita berbuat DOSA.
Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu silelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki..
janganlah menzalimi diri denganmeletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunnahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormatiGURU
MALUlah kamu kerana melawan kataIBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akanmenyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!


pendamba kasih ILAHI, perindu syahid abadi...cahaya petunjuk..

Sunday, February 15, 2009

perihal ikatan..


salam'alayk...

sepintas coretan untuk hari ini...

Alhamdulillah, permulaan yang baik.. dan tenang.

2, 3 hari ni..aku berkesempatan menjengah beberapa blog.. sahabat2 di bumi anbiya' khususnya. cerita kehidupan yang sentiasa memberi semangat kepada aku.. dan terbaru, tentang kisah 'huraiyah'..

huraiyah skarang berada di tempat yg sgt indah.. 'syurga firdaus'. bertuah umi dan walid die.. apepun, aku doakan moga keluarga muda itu terus tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan tanpa Huraiyah disisi.. insyaAllah, pertemuan yg abadi di sana.. Al-Fatihah buat allahyarhamah Nik Huraiyah Ar-Raudhoh bt Nik Mohd Fareez.

secara tersiratnya, apa yg aku ingin sampaikan adalah mengenai 'perkahwinan' . ramai kwn aku yg berkahwin ketika muda, terutamanya yg belajar kt bumi anbiya'.. masyaAllah, mereka mampu membina sebuah keluarga yg penuh dengan mawaddah wa 'sakinah'.. inilah hasilnya apabila perkahwinan itu dilaksanakan atas dasar ikatan aqidah yg bermatlamtkan Allah s.w.t..

namun, fenomena yg berlaku sekarang sgtlh berbeza.. ada yg nak berkahwin kerana harta, pangkat, RUPA PARAS, +... Allah dan Islam tak menjadi tujuan utama.. cuma sandaran lafaz dibibir..

"aku berkahwin kerana Allah"..

tetapi, secara lahirnya.. amatlah bertentangan..

jika dulu, menolak tabarruj.. tetapi, bila kahwin.. segala2nya dihalalkan.. kdg2 aku sendiri terfikir2.. kenapa mesti begini? adakah aku pun akn melalui perkara yg sama? nauzubillahiminzalik..


*****************************

dalam soal memilih pasangan, seharusnya kita berhati2.. letaklah 'AGAMA' sebagai carta teratas.. kehidupan itu bukanlah sehari dua.. tetapi ke akhir hayat.. jika di peringkat permulaan sudah bermain dengan kata2.. bagaimana dgn titik noktahnya?

kepada semua muslimat.. juga muslimin, perkahwinan bukan suatu perkara main2.. bilamana kita meletakkan nafsu sebagai perkara di atas, usah bermimpi untuk mendapatkan sebuah perkahwinan yg diredhai.. kdg2, kita terlalu obses untuk mendapatkan yg terbaik sehingga lupa untuk bertanyakan 'PENCIPTA' manusia itu sendiri..

suatu hari, aku pernah bertanya kepada sepupuku perihal istikharah.. jwbnya,

"dlm fiqh sunnah-syed thabit ada bgtau.. istikharah boleh dilakukn bila2 masa seleps solat fardhu, sebelum tidur etc. takde waktu yg ditetapkn. 2 rakaat ..lps Fatihah bebas nk bace surah ape pun.. leps tu doa la.. tp 1 lg, peringatan!!! solat istikharah perlu dilakukan jauh drpd kepentingan peribadi. buat kerana ALLAH dan ISLAM.."

ayat last tu, bagi kekuatan pada aku.. memang itu suatu peringatan tegas
yg mesti kita patuhi..

**********************

'perjanjian 'arafah' sentiasa segar dlm ingatan aku..insyaAllah. suatu masa nanti, aku sendiri akan jejakkan kaki ke sana.. untuk melunaskan janji. ameen ya Rabb.


kepada semua pembaca, nasihatku.. jgn hebahkan pertunangan sebelum diijabkabul. aku petik sedikit perkongsian dari blog ustaz zaharuddin;


bagi mereka yg sudah bertunang, ni antara 'checklist' apa yg korang perlu patuh:


a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat.
( sms, phone, chat, mesengger )

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


okeh, sekian dulu coretan untuk kali ni.. asif 'ala kulli hal.. moga sama2 mendapat manfaat. fikirkanlah redha Allah.. usah berlandaskan nafsu.. ilalliqa'..

Saturday, February 14, 2009

Thursday, February 12, 2009

sang doktor pembawa obor jihad.

BismiLlahi wal hamduliLlah...

Jom bedah buku... (^_^)

Kali ni, ana nak bawa satu perkongsian tentang seorang tokoh gerakan Islam abad moden.

Mungkin ada yg dah kenal.. dan mungkin juga masih ramai yg tak kenal
DR ABDUL AZIZ RANTISI. Sang doktor pembawa obor jihad.. jadi, mai sama2 kita ambik kesempatan + luangkan masa seketika untuk mengenali seorang tokoh di bumi PALESTIN..

..............................................

Jihad umat Islam dibumi PALESTIN sentiasa berterusan dengan rembesan ‘DARAH SYUHADA’ yg sentiasa bersimbah pada kanvas perjuangan.. bumi ini adalah potret kekentalan semangat juang para syuhada yg tidak mengenal ampun saat berhadapan dengan zionis ISRAEL. Dulu, ana sering persoalkan.. kenapa zionis laknatullah nak sgt bumi Palestin? Kenapa ya?

....kerna didada Palestin itu terletak tanah suci, BAITUL MAQDIS.

Itulah salah satu faktor Palestin menjadi rebutan. Salahudin al-Ayub pernah mengungkapkan; “barangsiapa menguasai Palestin maka mereka akan menguasai dunia”, justeru..bumi ini sentiasa menjadi saksi mata pertembungan antara hak dan batil.

Pada zaman moden ini, bumi Palestin mempunyai ramai putera yg hebat, yg sanggup mewakafkn diri demi kemuliaan al-Quds, slh seorg yg tlh membenarkn janjinya ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Nama sebenar beliau adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz ar-Rantisi. Dilahirkan pada 23 Oktober 1947 di kg Yubana yg terletak di antara Asqalan dan Yafa (Jaffa).
Pada usia 6 bulan, beliau tlh dibawa oleh keluarganya berhijrah ke Semenanjung Gaza utk menyelamtkan diri drpd ledakan dan amukan peperangan tahun 1948 yg menyaksikan kesungguhan umat Islam utk memperthnkn wilayah suci ini serta kesungguhan kuasa Barat yg menopang kekuatan gerakan zionis.

As-Syahid mempunyai jumlah keluarga besar seperti mana kebanyakan masyarakat Palestin yg lain. Keluarga beliau terdiri daripada ayah, ibu, dua anak perempuan dan sembilan anak lelaki. Mereka terus menetap di perkhemahan muhajirin (pelarian) di Khan Yunus yg sarat dgn kekurangan dan kejerihan. Bayangkan, dalam suasana sebegini Rantisi membesar dengan diserkap kebencian terhadap Yahudi yg menindas. Khemah pelarian ini sgt dhaif, sgt sesak dgn wajah2 duka..

...bagaimana dunia Arab amnya, hanya mampu menjadi penonton kepada kesakitan mereka???

Rantisi adalah sebutir mutiara yg berkilauan dalam keluarganya, bapanya sendiri tidak emnyangka anak kecil ini akan menjadi ‘manusia besar’ dlm perjuangan Palestin. Beliau genius semenjak kecil dengan kecenderungan agama yg ketara. Saat berusia enam tahun, Rantisi dimasukkan ke sebuah sekolah bantuan pelarian yg didirikan berhampiran penempatan mereka. Kehidupan di kem Pengunsi yg agk susah meneybbkn beliau turut menolong org tuanya mencari rezeki bagi menampung keluarga. Hidup mereka ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petg mkn ptg’..namun inilh wajah kesengsaraan yg melahirkan watak pejuang kepada Rantisi. Beliau menamatkan pengajian rendah dan diperingkat menengah pada tahun 1965.

Rantisi seorg yg cemerlang akademik.. beliau mendapat tawaran menyambung pengajian di bidang perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir (Mesir dlm dekad 50 an dan 60 an agk bersimpati dgn rakyat Palestin). Rantisi berjaya menamatkn pengajian dalam bidang kedoktoran dgn ijazah kepujian pada tahun 1971.
Kejayaan dlm akademik sepatutnya membolehkan beliau hidup serba kemewahan.. namun, Rantisi mempunyai kesedaran jihad yg tinggi untuk membebaskn Palestin. Justeru, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Palestin da bekerja di Hospital Nasir atau lebih dikenali sebgai Pusat Perubatan di Khan Yunus. Beberapa tahun kemudian, beliau kembali ke Iskandariah, Mesir untuk menyambung pengajian diperingkat sarjana. Hasil kesungguhannya, beliau berjaya merangkul ijazah sarjana (master). Dalam amsa yg sama, beliau juga menghafal al-Quran dgn bersungguh2.

Sekali lagi Rantisi menzahirkan tekadnya menuntut ilmu bukan utk kemewahan, dlm thn 1976, beliau kembali ke Ghaza dan seterusnya menyambung kembali tugas di Hospital Nasir. Beliau pulang dr Mesir kali ini dgn membawa fikrah perjuangan Ilsam Ikhwanul Muslimin. Islam adlh jawapan kpd seluruh permasalahn hidup..juga senjata untuk kemuliaan Palestin, bukannya faham sosialis mahupun Arabisme yg ternyata gagal utk berdepan dgn regim zionis.

Dr Abdul Aziz Rantisi menamatkn zaman bujangnya dengan berkahwin dengn Raysa ar-Rantisi atau lebih dikenali sebagai Ummu Muhammad. Hasil perkongsian hidup mereka, telah dianugerahkn enam cahaya mata, dua lelaki (Muhammad dan Ahmad) dan empat perempuan (Inas, Samir, Asia dan Asma’) serta sepuluh org cucu.

Beliau pernah bekerja dgn beberapa pertubuhan, ant.nya: Kompleks islam al-Mujamma’ al-Islami, Persatuan Arab di Ghaza dan PBSM Palestin (Ibnu Ismail).
Apabila Universiti Islam Ghazzah ditubuhkn pada 1978, beliau ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti sains. Dalam masa yg sama, beliau adalah ketua Jabatn Pediatrik Hospital kerajaan di Khan Yunus.

Penahanan

Pada tahun 1983, Rantisi ditangkap krn keengganannya membayar cukai kepada kerajaan rejim Israel. Setelah dibebaskn, beliau meneruskan kehdiupan seperti biasa. Tetapi dlm masa yg sama, sebhgian daripada kehidupannya diperuntukkan khas utk aktiviti2 perjuangan Islam dan usaha utk memerdekakn negara tercinta.

Tahun 1987, Rantisi bersama pemimpin2 gerakan Islam yg lain termasuk as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin menubuhkan gerakan Islam Hamas sbg wadah baru perjuangan rakyat Palestin yg berteraskan Al-Quran dan as-Sunnah.
Penghujung tahun berkenaan, Rantisi bersama dengan Syeikh Ahmad Yassin, Abdul Fattah Dukhan, Muhammad Syama’, Dr Ibrahim al-Yazur, Isa an-najjar dan komando Salah Syahadah memimpin dan menyeru seluruh rakyat Palestin supaya turun ke medan tempur utk menentang rejim Israel secara terbuka.
Peristiwa berkenaan menandakan pelancaran intifadhah pertama secara rasmi. Ia terceus lantaran kejadian lori besar milik pendatang Yahudi yg sengaja melanggar dua buah lori kecil milik rakyat Palestin yg menyebbkn empat org Islam terbunuh dan sembilan yg lain cedera. Ini menimbulkn kemarhan umat Islam dan kebangkitan mereka kali ini tidak dpt dithn lagi.

Dek kerana bimbangkn kebangkitan berterusan rakyat Palestin, rejim pengganas menahan Dr Rantisi pada 4Feb 1988. Beliau didakwa ats kesalahan menyertai aktiviti menentang penjajah Israel dan dijatuhkan hukuman dua tahun penjara.

Hafaz Al-Qur’an

Penjara buknlah tempat asing dalam kamus para pejuang agama Allah. Jeriji besi serta palang penjara boleh bertukar menjadi gerobok pertapaan dalam mencari kejernihan hati, juga mampu menjadi institusi perkaderan dan universiti tarbiyyah bagi melahirkan kader2 dakwah. Dibalik tembok besi ini juga banyak kary agong yg telah menjadi ‘magnum opus’ bagi sesetengah sang pejuang. Antaranya, Tafsir fi zillal al-Quran telah dihasilkan oleh Sayyid Qutb dalam penjara, Tafsirfi al-Asas oleh Said Hawwa, juga pak Hamka menerusi Tafsir al-Azhar. Semua dihabiskan dalam penjara sehingga ilmu ini terus mencurah-curah mengisi dada umat Islam dengan mutiara ilmu.

Pejuang-pejuang Palestin seperti juga para aktivis IM telah mengambil kesempatan mendekam dalam penjara untuk menghafal al-Quran, inilah terapi paling mujarab untuk mengubat kerinduan pada kebebasan yang direnggus drpd mereka. Rantisi dikurung bersama Syeikh Ahmad Yassin dalam satu bilik kurungan , disaat ini lah Rantisi mengambil kesempatan menyempurnakan hafalan al-Qurannya. Beliau berjaya menamatkan hafalan 30 juzu’ al-Quran dalam penjara pada tahun 1990, juga mengisi keheningan malam dengan munajat kepada Rabb yg telah menghamparkan ujian kepada para pejuang.

Beliau kemudiannya dibebaskan pada 4 September 1990. Menghirup udara segar diluar penjara adlh satu nikmat namun ia bukanlah penghadang untuk meneruskan perjuangan. Beliau tidak sesekali serik menghambakan diri kepada pembebasan bumi Palestin dan ini yg menyebbkan beliau ditahan kembali pada 14 Dis 1990. Beliau mendekam semula selama setahun.

Dekad 90an telah merakamkan sejarah beliau keuar masuk penjara, malah pernah dibuang daerah ke kaw perbukitan yg sangat sejuk apabila musim sejuk apatah lagi dipaksa tinggal dalam khemah tnpa pemanas dan alat2 keperluan yg lain. Ujian dan mehnah yg bertindan tindih ini makin mematangkan dan mengharumkan nama beliau kepada masy. Palestin. Beliau sosok yg sesuai untuk diletakkan dalam barisan hadapan kepimpinan HAMAS. Rantisi adalah figur doktor jihad yg paling terkehadapan membela Islam dan beliau didokong kuat oleh ahli keluarganya yang menjiwai perjuangan Islam.

Kesyahidan

Menjadi sosok penting dalam HAMAS bermakna meletakkan nama dalam senarai pendek regim Israel untuk dibunuh, termasuk pemimpin HAMAS yg berjuang di luar negara seperti Khaled Mas’al dan Dr Musa Abu Marzuq.
Rantisi pernah cuba diledakkan dengan serangan helikopter Apache, tembakan kearah keretanya menyebabkn beliau dan anak kecilnya cedera. Binatang Israel terus menerkam pemimpin HAMAS apabila modus operandi yg sama digunakan untuk membunuh Ahmad Yassin. Tembakan daripada helikopter Apache pada pagi yg hening 22 Mac 2004 telah menghantar roh Syeikh Ahmad Yassin ke syurga dan ini sangat menginspirasikan Rantisi. Beliau sentiasa berdoa untuk mengiringi Syeikh Ahmad Yassin dalam syurga. Cita2 syahid menyebabkan beliau terus menjadi pemburu kesyahidan. Masa untuk keluarga semakin sempit, organisasi HAMAS perlu digerakkan dengan semaksima kekuatan setelah kesyahidan pemimpin tertinggi mereka.

Rantisi telah dipilih untuk menerajui bahtera HAMAS dalam suasana yg agak tegang dan rawan akibat masyarakat Palestin sedang menangisi pemergian Ahmad Yassin, demonstrasi awam telah diadakan.. namun Israel juga tegar untuk menentang sebarang kebangkitan rakyat. Nama Rantisi dan kelibatnya sering diintip malah dikalangan org Palestin juga ada pengkhianat yg membocorkan maklumat HAMAS kepada regim zionis. Israel terus meningkatkan tahap keselmatan mereka untuk menghalang usaha membalas dendam dengan kematian Ahmad Yassin manakala Rantisi terus memanaskan pentas taujihat untuk merangsang api perjuangan umat Islam. Beliau dikawal ketat oleh teman2 HAMAS yg setia seperti kawalan ‘perisai manusia’ untuk membentengi beliau daripada serangan tembakan curi.

Takdir Allah S.W.T telah tercatat.. sebagaimana untaian doa yg selalu dititip oleh Rantisi dan pengawal2 beliau untuk mati dalam keadaan yg paling mulia, pada 17 April 2004 beliau telah menemui kesyahidan bersama Akram Nisar dan al-Ghurrah, dua org anggota HAMAS yg sentiasa mendampingi Rantisi. Jenazah pejuang ini diarak dengan penuh semangat yg membara, takbir dan laungan kalimah tayyibah menghantar mereka ke pusara. Regim Israel dengan dokongan Amerika terus menunjukkan kezaliman walaupun dibantah oleh dunia..malah terus meratah puluhan nyawa yg lain dlm minggu berikutnya.

Selamat jalan Dr.Rantisis dan teman-teman... kami tetap merindui kalian dan berjanji untuk meneruskan jihad yg mulia ini..

Ya Allah!

Berikan kami semangat yg ampuh sebagaimana darah yg mengalir dalam diri pejuang generasi yg terdahulu daripada kami.

-Tokoh-tokoh gerakan Islam Abad Moden-

Wednesday, February 11, 2009

suara seorang rakyat..

Salam Revolusi...
entry blog ni sudah lama usang dengan 'bicara siasah'... ade juga sesetengah entry yg telah aku delete sebagai menghormati beberapa kebimbangan.. khasnya dari keluarga aku. kebelakangan ini, banyak blog yg memfokuskan penulisan tentang pergolakan di Perak.. blog aku tetap maintain dengan penulisan2 merapu.. tetapi hari ni, aku merasa terpanggil untuk mengulangi penulisan dahulu.. 'cuma sekadar luahan seorang rakyat yg punya haq untuk bersuara'..

usai kelas pagi tadi, sepertimana biasa aku akan berhenti di kooperasi untuk melihat akhbar.. jarang sekali aku membeli akhbar dikampus kerna bimbang emosiku terganggu.. kenyataan2 yg sgt2 lah merapu..lebih teruk dari rapuan yg ada kt dlm blog aku.. untuk kesekian kalinya, aku bazirkan juga duit untuk membeli 'utusan'.. tertarik pada gambar Ir Nizar act.

bait demi bait aku baca.. emosi pun semakin berada pada level 'merbahaya'..

mengikuti perkembangan pergolakan di Perak semakin membuka minda aku sebagai mahasiswa merangkap rakyat Malaysia.. kerna aku punya akal.. anugerah yg cukup berharga.. juga kerna aku seorang muslim yg punya keimanan + rasa cintakan keadilan + bencikan kemungkaran + bencikan musuh Islam + cintakan keamanan + bencikan kezaliman + ...

dan aku yakin, mahasiswa diluar sana juga punya rasa sebegitu... dan aku semakin yakin bahawa rakyat semakin bijak menilai mana yg haq dan mana yg batil.. kezaliman yg dirancang, ibarat perancangan yahudi laknatullah yg menyerang as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.. begitu juga yg berlaku kepada as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.. sang doktor yg punya semangat jihad membara.. segala2nya tak mustahil berlaku di Malaysia.. apa2pun boleh berlaku bila rasa terdesak untuk mendapatkan kuasa..

tiba2 slogan 'daulat tuanku' dilaungkan.. kain kuning dililitkan pada kepala + 'songkok'.. mahasiswa UM tiba2 dibenarkan membuat demonstrasi 'secara aman' katanya.. juga perkara yg sama berlaku di negeri2 lain.. walaupun yg kelihatan tak sampai dua puluh org..

dalam masa yg sama, perarakan yg dilakukan oleh rakyat negeri Perak dihalang..malah mereka di'hadiahkan' gas pemedih mata.. sebagai tanda 'penghargaan' kerana bersuara mempertahankan haq masing2..

suka untuk aku lontarkan persoalan, 'dimana letaknya suara rakyat ? adakah hanya ketika PRU? dengan mudah kuasa beralih tanpa persetujuan rakyat.. dimana keadilan? bila pemimpin cuba pertahankan haq keatas kepimpinannya, dia dituduh menderhaka..

aku teringat tazkirah yg aku sampaikan dalam satu mesyuarat.. tazkirah ni related dengan situasi yg berlaku sekarang ;

daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W bersabda ; setiap daripada kita adalah pengembala, dan kita bertanggungjawab atas pengembalaan itu..

pengembala disini merujuk kepada pemimpin.. setiap org adalah pemimpin, dan bertanggungjawab ats kepimpinannya.. justeru, setiap pemimpin perlu pertahankan haq rakyatnya.. kerna tanggungjawab itu telah diamanahkan kepadanya.. bukan dengan mudah berundur dan berputus asa..

akhirnya, aku menyeru kepada semua supaya sama2 kita gunakan akal yg telah dianugerahkan Allah untuk berfikir mencari 'ibrah disebalik peristiswa yg berlaku.. kedua2 pihak juga perlu membuat penilaian kembali.. yg pasti, ada sebab yg Allah ingin tunjukkan kepada kita.. ayuh! berfikir secara proaktif! letakkan Allah dan Islam sebagai perkara teratas..bukannya logik akal.


asif 'ala kulli hal...


faqir ilaLlah,

-khaulah-

Tuesday, February 3, 2009

bila khaulah berbicara..


BismiLlahi walhamduliLlah...

Alhamdulillah, gerak tari jari ini masih lagi diizinkan untuk mencoret tatkala tugasan semakin bertambah hari demi hari.. salam ukhuwah ana hulurkan kepada semua yang baru pertama kali berkunjung+juga tak lupa kepada pengikut setia blog nih.. kalau dulu, hit counter dalam sehari bleh mencecah beratus2 orang.. tapi sekarang, mungkin sbb lame tak update, hit tu dh makin lambat naik. (^_^).. ape2pun, syukran kepada sape2 yg sudi jadi follower ‘khaulah Al-azwar’.. tiba2 tengok dh bertambah.... jazakumullah khoiran jaza’.

Hari ni tepat pukul 2.14 pagi, 30 januari 2009 bersamaan 3 safar 1430h... ana kembali dalam dunia penulisan. Malam ni sepatutnya, ana merancang untuk ke khar dengan sahabat ana, izyan. Tapi, perancangan Allah sebaliknya. DIA bagi kami ruang untuk istirahat.. ana dibangunkan kira-kira jam 1.30 pagi dengan izinNya.. alhamdulillah, ‘feel better’..
sebb petg tadi kena hujan.. (“,)

insyaAllah, sedikit perkongsian yang ana tujukan khas untuk diri ini dan anda semua.
Semoga tiap taipan ini sentiasa dalam peliharaanNya..
ana ambil petikan dari buku ‘JALAN DA’WAH’- antara qiyadah dan jundiyah
(mustafa masyhur) dimana Imam asy-Syahid pernah menyebut tentang kejayaan yang tidak dihalang oleh sesuatu halangan;

Katanya :

Kuatnya da’wah kita kerana ianya da’wah Allah yang merupakan da’wah yang paling tinggi. Seluruh dunia memerlukannya, maka setiap perkara yang terkandung di dalam dunia dipermudahkan untuknya dan disediakan untuk jalan da’wah. Kita bersyukur kepada Allah kerana membersihkan diri kita dari ketamakan peribadi dan manfaat perseorangan dan kita tidak ingin kecuali keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kebaikan orang ramai. Kemudian sesungguhnya kita menanti bantuan Allah dan pertolonganNya kerana sesiapa yang diberikan pertolongan oleh Allah maka ia tidak dapat dikalahkan.

Katanya lagi :

Saya telah katakan dan masih mengatakan kepada ikhwan dalam setiap muhasabah. Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dikalahkan kerana sedikit bilangan kamu, tidak juga kerana lemahnya peralatan kamu dan juga kerana ramainya musuh kamu, bukan kerana penguasaan musuh-musuh ke atas kamu. Walaupun penduduk muka bumi ini semua berkumpul mereka tidak berupaya untuk mengenakan kamu kecuali dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah ke atas kamu. Akan tetapi kamu kalah dengan sebenar-sebenar dan hilang setiap perkara yang menyambungkan kepada kemenangan dan kejayaan dengan beberapa sebab iaitu apabila rosak segala hati kamu dan Allah tidak membaiki amalan kamu atau apabila kamu tidak bersatu dan berlainan pendapat. Adapun sekirnaya kamu masih bersikap seperti hati seorang lelaki ( bersatu hati...) mengarah kepada Allah- Tabaraka wa Ta’ala- mengambil untuk jalan ketaatan terhadapNya semua yang diredhai oleh Allah maka janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu sedih kerana sesunggunya kamulah yang tinggi serta Allah bersama kamu- Allah Subhanahu wa Ta’ala sekali-kali tidak akan mengurangkan pahala amalan-amalan kamu.

Subhanallah, kata2 yang dilafazkan dari seorang pejuang Islam yang tika ini telah kembali kepada Sang Pencipta dalam keadaan yang cukup mulia.. ‘syuhada’. Ana sering berkira2.. bagaimana pula wajah kematianku? Adakah dalam langkah perjuangan? Atau sebaliknya hanya seperti manusia biasa? Yang menjalani rutin harian tanpa memikirkan masalah ummat.. yang hanya tahu melengkapkan kejayaan duniawi tanpa memikirkan kehidupan yang kekal abadi.. nauzubillahiminzalik.

Seorang ustaz pernah mengatakan; orang yang berakal tidak akan membuat ‘preparation’ untuk hidup yang sementara..’

Mendalam kata2nya.. renungkan dan fahami pengertiannya.

insyaAllah, setakat ini dulu coretan ana.. taktaula bile lagi bleh update..(^_^). Okeh, khas untuk ‘my family’.. jaga diri baik2.. jaga iman+amal, moge Allah sentiasa menaungi keluarga kita dengan limpahan rahmat dan ‘sakinah’.. khas untuk sahabat2 seperjuangan, moga terus thabat dalam langkahan pejuang.. ‘ia tak menjanjikan hamparan permaidani merah, bahkan yang ada hanya ranjau berduri................................ namun, janji yang pasti adalah ‘kemanisan syurga’.


Ilalliqo’ wa ma’asalamah..


Asif ‘ala kulli hal.