Pages

Thursday, December 17, 2009

apa milik kita???




-persinggahan sementara~



BismiLlahi wal hamduliLlah..


salam pertemuan dialam maya.. kembali berkarya.


syukran atas kunjungan yang tak memutus.. walaupun dah lame aku tak menulis. singgahpun hanya untuk baca coretan diblog2 sahabat.. makin kaku untuk menulis. dulu, apa saja yg terlintas terus aku coretkan dalam blog. tapi sekarang, coretan makin ringkas, makin malas nak menulis.. 



'people can change'.. 


sambil2 dengar lagu 'pot elegance of the pachelbel' (cari 'cik mood').. aku mulakan coretan. 
actually, entry kali ni digerakkan oleh seseorang.. baby berusia 3 bulan lebih yang cukup bertuah, saat ini dia mungkin sedang bermain2 di syurga sementara menanti kehadiran ummi dan abinya.. allahyarham 'ukasyah ibn hafiz. 

takziah kepada mereka.


"Rasulullah SAW berkata kepada seseorang yang ditinggal mati anak lelakinya, "Apa kamu tidak suka bila kamu masuk salah satu pintu syurga sedang engkau mendapati anakmu itu sudah menantimu?"


 “ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah Al-Hadid : 22-23

............


cukup tersentak apabila mendapat khabar tentang pemergian 'ukasyah semalam.. baru beberapa hari lepas aku mengikuti perkembangan 'ukasyah dalam blog umminya. semacam tak percaya.. dia pergi dalam usia yang begitu muda. aku yakin, pemergian 'ukasyah turut dirasai oleh bloggers yang lain.. walaupun mereka tidak pernah bersua muka, apatah lagi mengenali ibubapanya secara dekat. 

aku pun dalam golongan yang sama, hanya mengenali mereka melalui blog.. dan menjadi follower yang setia.. 'blog married student', antara blog favourite, bila tengok je baby, rase tenang.. lebih2 tengok kehidupan bait dakwah mereka yang tersusun.. diserikan dengan kehadiran 'mujahid dan mujahidah'  yang sangat2 comel. 
 

“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Surah at-Taghaabun : 11

“ Tidak ada seorang pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma 'jurnii fi mushibatii wa akhliflii khoirom-minha ( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik darinya) kecuali Allah akan memberi pahala atas musibah yang menimpanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.”

Muslim 2/233


apapun ketentuan Allah.. itu adalah yang terbaik. ujian yang berat bagi mereka yang mampu memikulnya.. kerna Dia Al'alim, maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. dipinjamkan kedunia nikmat yang terlalu berharga, nikmat 'anak penyejuk mata'.. kemudian diambil kembali anugerah itu.. Subhanallah.



 -pelayaran yang panjang~


kisah yang sama, pernah menimpa seorang sahabat.. pemergian 'Huraiyah', anak kecil yang comel baru berusia beberapa bulan.. namun Dia maha penyayang, digantikan anak kecil itu dengan cahaya mata yang seterusnya, Hibriyah.. adik kepada Huraiyah. semoga Allah turut menganugerahkan nikmat yang sama kepada kak mawaddah dan zaujnya. 


'la tahzan.. semuanya milik Allah'


“ Allah berfirman : “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku mengambil (mewafatkan) orang yang dicintainya di antara penduduk dunia ini, lalu dia mengharap pahala atas musibah ini kecuali syurga”

Al-Bukhari dalam al-Fath : 11/242

 
apa milik kita??? hakikat yang kita perlu akui.. tidak ada milik kita.. semuanya adalah dari Allah. Dia yang mengurniakan segala-galanya.. memberi pinjam apa yang kita perlukan, walaupun jarang sekali kita bersyukur atas sekecil2 nikmat..apatah lagi sebesar2nya. hari ini, kita mungkin diasak dengan pelbagai ujian.. ada yang sedang bergembira meraikan kejayaan, ada juga yang sedang berduka menangisi dugaan yang berat. masyaAllah.. tarbiyyah Allah itu pelbagai. samada kita sedar atau sengaja menghindarkan diri. 


konsep Redha


 “Barangsiapa ingin melihat seseorang dari ahli Surga, hendaklah ia melihat ‘Urwah bin az-Zubair” (Abdul Malik bin Marwan)

kisah seorang sahabat Rasulullah 'urwah Ibnu zubair Al Awwam, iaitu anak kepada dua orang sahabat Rasulullah.. Zubair AlAwwam dan Asma' Abu Bakar. aku cukup takjub apabila membaca kisahnya dalam majalah solusi baru2 ni.. ujian yang dikurniakan Allah kepada 'urwah dan anaknya. dalam perjalan ke Damascus untuk berjumpa khalifah walid Ibnu Abdul Malik, dia ditimpa penyakit pada kakinya.. kemudian apabila berjumpa dengan doktor, 'urwah dinasihatkan supaya dipotong kaki itu dengan segera kerna tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya.. tanpa sedikit pun rasa sedih, dia merelakan keputusan itu.. bayangkan sahabat, apabila doktor menawarkan untuk membius kakinya, 'urwah menolak. katanya;


"Jangan, aku yakin tiada seorang yang beriman kepada Allah mahu meminum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, kerana jika hilang akal, ia akan lupa kepada Allah. Jika kamu harus memotong kakiku, maka laksanakanlah tugas itu di saat aku sedang solat supaya aku tidak merasa sakit"


Subhanallah.. 


tidak terhenti setakat itu, maha suci Allah sekali lagi menguji 'urwah dengan pemergian anaknya pada malam tersebut, kerna disepak kuda. dengan tenang, 'urwah menuturkan bait indah ini.. yg turut menggetarkan perasaan aku;


" Ya Allah, segala puji bagiMu, aku mempunyai empat kaki dan tangan, kemudian Engkau ambil satu. Kini hanya tinggal tiga. Dan aku mempunyai tujuh anak, kemudian Engkau ambil satu, kini mereka tinggal enam orang. Jika Engkau tiba-tiba memberi penyakit setelah memberi kesihatan, dan jika Engkau mengambil apa yang telah Engkau berikan, maka segala puji hanya bagiMu, Ya Allah"


Subhanallah..


insan hebat. yang redha pada setiap ujian dariNya. hati dan fikirannya hanya berpusat pada Allah. tidak mengeluh, apatah lagi menyalahkan takdir.. suatu kisah yang mendorong aku untuk terus mencari identiti diri.. 'pengislahan yang tidak pernah akan berakhir'.. hinggalah aku kembali kepada zat yang menciptakan diri ini. 


akhir kalam.. mari sama2 kita renungkan nilai taqwa yang masih bersisa dalam diri.. adakah cukup baik atau sebaliknya masih terlalu rapuh. cukup menyedihkan, hidup tanpa nilai taqwa.. aqidah yang longgar.. sedikit saja diasak, terus gelabah.. astaghfirullah.. semoga pelayaranku dalam 'pencarian' kali ni lebih baik dari sebelumnya.. dan semoga sisa2 hidup yang masih berbaki dapat dimanfaatkan sebaiknya. paling penting, aku mahu temui Dia dalam keadaan aku benar2 mengenaliNya... Allahumma faqihna fiddin, wa 'alimna ta'wil, wa ja'alna minal 'ulama issholihin.. ameen.


sumber hadith & ayat Al-quran :  (zaujah Ust Ramadhan Fitri-kak Dijah)



'jazakiLlah-









Friday, December 11, 2009

Trip to Kedah~




 trip to KEDAH~ =)


malam ni bertolak ke Alor star, insyaAllah.. sempena walimah seorang sahabat merangkap housemate + ziarah sahabat..~~


to : ukhti adibah & akhi fuad


barokallahu lakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'bainakuma fi khoir..
semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat melayari bahtera kehidupan rumahtangga.




p/s: pahang sudah, kelantan sudah, sekarang giliran kedah pulak. (^_^)







Thursday, December 10, 2009

start again~




Alhamdulillah, dalam musafir hari ni aku dipertemukan dengan sebuah bacaan yg menarik. cuma mengambil masa beberapa ketika untuk dihabiskan. 75 mukasurat. simple dan bermanfaat aku kira. sesuai untuk segenap lapisan.. bukan hanya terhad bagi yg ingin mendirikan rumahtangga.=)
olahan isi, bleh tengok link nih click.

pinjaman sementara dari owner 'zinera'. syukran. hari nih, seharian kami keluar bersama, dari pagi sampai la lewat petang. santai seketika di Pantai Chendering setelah berpenat lelah di bandar KT..  ^_^
 
moga2 sedikit sebanyak aku dapat ringankan beban dia. 
menghilangkan segala tekanan yg dialami..
memberi apa yg terdaya..dan termampu.

insyaAllah..
 
..sekali lagi, tercipta satu langkah baru.. just wait and see =)

 
 

Tuesday, December 1, 2009

soal ikhlas~


 

"Adakah aku sudah berjaya menjadi selebriti atau ‘public figure' penulis (atau penceramah) di sisi Allah, pada pandangan Allah?, Bukankah itu tujuan asal kita?" 


إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار
 
Maksudnya (ringkasan terjemahan) : 
 
Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah  mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid
Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"
Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"
Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)


 -berakhir haji..semoga mendapat haji yg mabrur-


"..ikhlas merupakan ujian yg paling sukar bagi seorang pendakwah.."

baca selanjutnya di blog ustaz zaharuddin  click 
 

Monday, November 30, 2009

Jalanku Pulang~




Jalanku Pulang (UNIC)


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling


bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
yang melepas dahaga


suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu


ku mohon kau tenangkan resah hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku


Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

........................


lately, byk benda yang tak terluah.. belum ada mood untuk menulis. drpd biarkan blog ni terus kosong, saje aku postkan lagu nih.. sgt best. hayati liriknya. 

emm, ada persamaan. ^-^


Saturday, November 21, 2009

Bidadari atau Penghuni syurga~





cuba hayati video nih..sgt menarik.. khas untuk mereka yang bergelar wanita.


Hamzah Asadullah~



Lirik Hamzah Asadullah :


Kesedihan para mukminin
Masih terpancar di pedang musyirikin
Sedang darah para syuhada’
Masih merah di lantai sirah


Ketamakkan kepada harta
Mungkin itu jadi puncanya
Maka Allah menjadi murka
Sehingga Nabi pun turut terluka


Dalam ramai umat yang gugur
Satu jasad tubuhnya hancur
Kepiluan beratapan
Menangisi satu kehilangan


Dan setelah dikenal pasti
Dia Hamzah perisai nabi
Biar nyawa dikorbankan
(Jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat


Di sebalik ketewasanmu
Ada syurga sedang menunggu
Tiap perintah mengandung hikmah
Keingkaran kan mengundang padah


لإاله إلاالله
هو سيدنا همزة اسدالله
Dikaulah perisai Rasulullah
Berjuang berkorban demi Allah


Sudahkah puas hatimu Hendon
Dapat melapah hati dan jantung
Terbalaskah dendam kesumat
Yang sekian lama telah tersemat


Friday, November 20, 2009

the path~


 


This path brings a lot of meaning.. give me strengthen to go through it..

jalan dakwah yang panjang


Allah ta’ala berfirman, “Kalian adalah umat terbaik yang dikeluarkan bagi umat manusia, kalian perintahkan yang ma’ruf dan kalian larang yang mungkar, dan kalian pun beriman kepada Allah…” 
(Qs. Ali-’Imran: 110)
 Dakwah merupakan sikap hidup orang yang beriman
Allah ta’ala berfirman, “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebagian yang lain. Mereka memerintahkan yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar,…” (Qs. At-Taubah: 71) 




Tuesday, November 17, 2009

Lambaian Haramain.. permudahkan ya Allah ~





BismiLlahi wal hamduliLlah..



Labbaikallahumma labbaik.. Labbaikala syariikalaka labbaik.. Innalhamda.. Wa nni'mata.. Laka wal mulk.. Laa Syariikalak..
 MasyaAllah..TabarakaLlah..
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah…” -al-Baqarah: 196

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

 (Surah Ali Imran ayat 97)


lambaian haramain.. makin melambai2. bagi mereka yg terpilih untuk menunaikan haji, mabruk 'alaikum. semuanya dengan izin Allah.. ucapkan setinggi2 kesyukuran hanya kepadaNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Subhanallah.

Membaca catatan pengalaman mereka yang pernah berkunjung ke sana membuatkan aku begitu teruja untuk turut sama menjadi tetamu Allah. cuma menanti waktu yg sesuai. insyaAllah, kalau takda halangan..sampai la ke sana . doa-doakan lah ye. ustaz kata,"sakinah kena kuat azam". 


ni nak kena tanam azam lebih , + cari 'fulus' . =)


"faiza azamta, fatawakkal 'alaAllah"

 'ala kulli hal, semoga selamat sampai ke tanah suci bagi yg akan berangkat esok. mudah-mudahan antum mendapat haji yang mabrur..diterima disisi Allah. ameen.




"ya Allah, sampaikanlah aku ke sana dalam keadaan yg Engkau redha..."




another info tentang haji dan qurban, klik sini




Sunday, November 15, 2009

pelajari sesuatu dari hidup ANDA~




Bismillahirrahmaanirrahim…


sedikit perkongsian artikel yang dipetik dari blog <click>,


Apakah Tuhan berbicara dgn ibubapaku sblm memutuskan aku lahir ke dunia?? Detik hati kecil Saidina Ali r.a sewaktu pulang menemui ibubapanya.Sebelum itu, dia telah bertemu Rasulullah SAW dan baginda mengajaknya memeluk Islam. Memandangkan umurnya pada masa itu baru menjangkau 10 thn, maka dia meminta izin dr Rasulullah dan memutuskan utk berbincang dgn ibubapanya. Dlm perjlnan pulang tersebut dia berfikir dan terus berfikir…seriusnya bukan main…

Akhirnya die tiba di suatu kesimpulan: beriman tanpa izin ibubapa. Alasannya mudah. Allah swt menjadikannya tanpa berunding dgn ibubapanya, jadi ape perlu berunding dgn ibu bapa utk beriman kpd Allah swt ??

Usamah bin Zaid dilantik menjadi jeneral perang sewaktu berusia 18 thn. Sultan Mohammad Al-Fateh menaiki takhta menggantikan ayahnya, Sultan Murad sewaktu berumur 14 thn. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah SAW telah dibariskan di medan perang ketikan berusia belas2an tahun. Hingga sejarah memaparkan ada di antara mereka yg cuba menjungkit kaki mereka agar kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipileh untuk pergi berperang..subhanallah..

Inilah remaja2 salafussoleh. Remaja yg sejak dr muda memikul tugas2 dan t-jawab2 yg serius. Walaupun masih muda lagi, fikiran mereka sudah matang dan tindakan mereka sudah menampakkan kematangan dan t-jawab. Islam yg mendewasakan mereka. Islam adalah agama yg serius. Serius untuk diyakini,serius untuk dihayati, serius untuk diramalkan dan serius untuk diperjuangkan…

AKU BAGAIMANA??

Adakah aku seorang yg serius?Apakah aku seorang yg inginkan kecemerlangan dlm pelajaran dan tugas2 aku sekarang malah berusaha ke arahnya?Apakah aku memikirkan nasib aku di akhirat? Apakah aku merasakan Islam terbiar dan dipulau oleh penganutnya sendiri? Apakah aku memikirkan nasib Islam dan umatnya? Apakah aku memikirkan soal kepimpinan dunia yg lintang pukang dan bercelaru hari ini? Apakah aku seorang yg melibatkan diri dgn tugas2 yg serius? Tanyalah pada diriku sendiri..wahai diriku yg lemah dan serba kekurangan ini..apakah aku tergolong dlm golongan2 ini?? Di manakah sbenarnya hala tuju dan matlamat hidupku? Jika aku adalah spt yg disebutkan di atas…aku adalah pewaris generasi salafussoleh yg bakal menempa sejarah..alhamdulillah..Jika tidak..tiada maaf bagimu wahai diriku…Bicara ini tidak layak dan bukan untukku…Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..Ya Allah..berilah hamba Mu yg hina dan dhaif ini hidayah dan taufikMu agar aku mendapat kekuatan untuk menjlnkan segala t-jawab dan tugas2 yg Engkau wajibkan dlm menegakkan Islam di bumi Mu ya Allah…ameen..

renungkan bersama..khas buat diriku.



Maafkan ku teman~



Maafkan Teman

Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

Lagu & Lirik: Ahmad Fadzli Bakar
BMG PUBLISHING (M) SDN BHD



.................

bila perlakuan tak dapat menggambarkan perasaan, sekadar ini yg termampu aku berikan.. dalam masa yg singkat.. dan dalam keadaan berbeza, tidak seperti dulu.. asif 'ala kulli hal.
 

Bersama~




BERSAMA


Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda


Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA


Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama


Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini


Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda


Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama


Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini


Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya

.....................


This is for the greatest person
that I have ever known.
Being away from you for so long
I am feeling so alone.
With you I am so happy
you keep my heart content.
but now, 
our friendship will end up..
the way I dont like.


Friday, November 13, 2009

Trust - believe in others~




pagi tadi last paper.. tp malas nak cerita lagi 'detik2 akhir sebagai seorang mahasiswa'.. 
feel takde lagi. =)


TRUST
believe in others and you can fly


simple ayat neh. cuma buat aku terfikir panjang.
ayat ni gk buat aku terkenangkan beberapa individu.
benda lama. bila datang susah pulak nak lupa.
tiba2 jadi rindu. rindu untuk putar balik waktu.
penuhi kembali kesempatan bersama mereka.
bawak mereka keluar dari keadaan lama.


aku pesan pada dia;
kawan datang dan pergi
tetapi Dia sentiasa disisi..
but now..
aku yang kembali diuji
mungkin sedikit menyesal
tak gunakan kesempatan yg ada sebaiknya


tapi apepun, aku kena belajar terima hakikat.
tak semestinya yang aku suka itu yang terbaik.
aku lepaskan dia dan dia dalam jagaanMu ya Rabb..
ampunkan segala kelemahan dakwahku.
bangkitkan aku untuk terus segar dalam arena ini.
ameen ya Rabb..





Wednesday, November 11, 2009

Tuesday, November 10, 2009

peliharalah kami ya Rabb~


 

"di persimpangan kehidupan, aku dipertemukan denganmu  seorang sahabat yang membuatku mengenal erti kehidupan. kdg2 kuterfikir, betapa beruntungnya aku dipertemukan denganmu.. seorang sahabat yang padanya terdapat serpihan2 semangat mujahidah yang membiaskannya padaku. ya Allah, aku rindukan sahabatku ini.. yang membawaku mengenal cintaMu. yang kutemui dari lorong2 kehidupan..sematkanlah cangkiran cintaku padanya kerana kutahu kasihnya padaku bukan palsu..penuh dengan ketelusan hati. ukhuwah ini tulus ya Rabb..peliharalah kami dalam menggapai redhaMu.. maafkan segala khilafku."


from: cahaya petunjuk
31 July 09






Monday, November 9, 2009

parit kematian 2~




BismiLlahi wal hamduliLlah..

Pujian yang selayaknya hanya untuk Allah.. Tuhan semesta alam.. yang penuh dengan limpahan rahmat dan kasih sayang... Dibangkitkan aku dari baringan untuk terus meniti hari demi hari.. menebus dosa semalam..hingga sampai ke penghujung kehidupan, aku kembali kepadaNya.. Subhanallah.

Sambungan parit kematian 1, kali ini suka untuk aku berkongsi tentang suatu kisah, Ibrahim dan ibunya. Hayati kisah ini  dengan niatmu yang ikhlas lillahi ta’ala.

.........................





Ia adalah cerahnya fajar yang tenang namun riang
Diciptakan dari setiap sesuatu yang istimewa
Apakah kau tahu, sang peminang mendengarkannya
Duhai kekasih, tidaklah aku lebih suka kepada selainnya
Jangan sekali-kali kamu meyerupai orang yang bersungguh-sungguh mendapatkannya
Melamar diriku namun penuh kelalaian.
Sehingga orang-orang akan mengejeknya.

Perbaikilah dirimu.
Duhai andai ditolak darinya
Ketika piala itu diterbangkan bergilir
Lalu berakhir ketika hajatnya selesai
Setelah lari tak terkendali
Sesungguhnya yang melamar diriku adalah seorang yang berusaha terus menerus

inilah syair nukilan Abu Ubaid, seorang khatib di Basrah. Syair yang menaikkan semangat muslimin untuk meraih syurga. Syair yang menggambarkan berbagai kenikmatan di syurga disamping menjelaskan sifat bidadari syurga.. dicelah kerumunan para wanita, keluarlah seorang wanita yang bernama Ummu Ibrahim Al-Bashriyah.
Ia berkata, “wahai Abu Ubaid, apakah engkau mengenal anakku Ibrahim? Ia telah dilamar oleh petinggi Basrah untuk dijodohkan dengan anaknya, tetapi saya menolak. Namun sekarang, demi Allah saya tertarik dengan bidadari yang kau sebut tadi. Aku rela bidadari itu menjadi pengantin bagi anakku. Maka ulanglah sifat-sifat yang kau ucapkan diatas, agar ia tertarik padanya.
Abu Ubaid kembali bertutur,
“jika rembulan telah sempurna dimalam hari, kau lihat ia memiliki keistimewaan yang jelas dari rembulan itu. Senyumnya menyibak gigi yang indah, laksana mutiara yang terpendam dikedalaman samudera. Andai alas kaki yang dipakai menginjak kerikil, nescaya akan tumbuh bunga darinya.
Kau bisa mengikat pinggangnya, yang laksana dahan raihan berdaun hijau lebat. Kalau saja ludahnya yang manis itu jatuh kelaut, nescaya air laut itu menjadi minuman yang baik bagi penduduk darat. Allah menginginkan kematianku dalam kerinduan padanya, dengan begadangnya mata untuk meraih kebaikan hidup sesudah mati.”
Ummu Ibrahim bangkit lalu berkata;
“wahai Abu Ubaid, demi Allah aku telah redha bidadari itu sebagai pendamping Ibrahim. Apakah engkau mahu menikahkan mereka sekarang juga, dengan mengambil dariku 10 ribu dinar sebagai maharnya? Semoga Alalh menjadikannya pahalawan yang mati syahid, sehingga mampu memberi syafa’at bagiku dan bapanya di hari kiamat.”
Abdul Wahid (Abu Ubaid) berkata, “ Baiklah, aku bersedia. Semoga kalian berdua mendapat keberuntungan yang besar.”
Sang ibu terus memanggil anaknya, lalu keluar seorang pemuda tampan dari celah kerumunan manusia sambil berkata,”baiklah ibu…baiklah ibu.”
“wahai anakku, apakah engkau rela dengan bidadari yang disebut sifatnya tadi sebagai isterimu dengan jantungmu yang kau korbankan di jalan Allah sebgai maharnya?” Tanya sang ibu. “baiklah ibu, aku bersedia.”jawab Ibrahim.
Wanita tua itu bergegas pulang kerumahnya untuk mengambil wang 10 ribu dinar. Kemudian ia menadah tangan kelangit sambil berdoa, “ ya Allah saksikanlah, bahawa aku menikahkan anakku dengan bidadari. Sebagai maharnya, aku mengorbankan jantungnya dalam perang di jalanMu. Maka terimalah wahai Dzat Yang Paling Mengasihi.”
Ketika hendak berpisah dengan anaknya, wanita itu mengalunkan kafan dan memberikan minyak (yang biasa ditaburkan ke tubuh mayat) kepada anaknya. Ia menatap anaknya seolah jantungnya membuncah keluar dari dada. Ia berpesan, “ kalau kamu bertemu dengan musuh, pakailah kain kafan ini dan taburkan minyak ini ketubuhmu. Jangan sampai Allah melihatmu lalai di jalanNya.
Dia mendakap, mencium anaknya seraya berkata, “pergilah anakku. Allah tak akan lagi mempertemukan denganmu kecuali dihadapanNya pada hari kiamat kelak.”
Ibrahim berangkat bersama pasukan perang kaum muslimin. Pandangan sang ibu mengikutinya sampai ia tak lagi terlihat. Lalu bermulalah peperangan. Anak panah berterbangan mengiringi pahlawan yang sedang bertempur. Sementara, Ibrahim berjaya menyusup kebarisan musuh dan mengkucarkacirkan mereka. Ketika musuh menyedari serangan Ibrahim, mereka segera mengepungnya. Ada yang menombaknya.. memukul dan menyerang. Ibrahim tetap tegar melakukan serangan hingga akhirnya dia terjatuh dari kudanya..lalu dihabisi lawan. Subhanallah…
Pertempuran berakhir dengan kemenangan kaum Muslimin. Mereka pulang kembali ke Basrah. Sesampainya di Basrah, semua penduduk keluar menyambutnya. Laki-laki, anak-anak dan orang-orang renta.
Ummu Ibrahim ada ketika itu. Matanya menatap tajam setiap pasukan. Ketika melihat Abdul Wahid, ia menghampirinya sambil berkata, “wahai Abu Ubaid, apakah Allah menerima hadiahku, sehingga kau bahagia, atau Dia mengembalikannya sehingga aku kecewa?” Abu Ubaid menjawab, “Allah telah menerima hadiahmu. Aku berdoa semoga anakmu bersama para syuhada’ yang dirahmati.”
Seketika dia berteriak, “segala puji bagi Allah yang mengabulkan keinginanku dan menerima ibadahku.” Dia berlari pulang ke rumah dan mencium kasur Ibrahim serta mendakap bajunya..hingga tertidur.
Keesokkannya, Ummu Ibrahim bergegas menuju majlis Abu Ubaid. Sesampainya disana, dia berkat, “wahai Abu Ubaid, bergembiralah…bergembiralah.” Abu Ubaid bertanya, “Engkau tak henti-hentinya bergembira, hai Ummu Ibrahim.. apa yang terjadi? Wanita itu berkata, “semalam aku melihat anakku telah berada dalam taman yang indah. Diatasnya ada kubah hijau. Ia berbaring diatas kasur yang dibuat dari mutiara. Diatas kepalanya ada mahkota yang berkilauan. Ia berkata kepadaku, ‘wahai ibu, bergembiralah. Maharku telah diterima, dan pengantin pun telah bersanding.”..Subhanallah..


……………………..

kisah ini  begitu menyentuh hati aku.. jika tidak didunia, impikanlah bidadara/bidadari syurga.. jangan terlalu mengejar cinta dunia hinggakan kita lupa.. ia hanyalah persinggahan.. negeri akhirat adalah yang kekal abadi.. 
"beruntunglah bagi mereka yang menyedari bahwa tiada tempat lari ketika ajal menjemput.."
moga matiku dalam iman dan Islam..diatas jalanNya... ameen.


semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.. asif ‘ala kulli hal.



Khaulah,
Baitul da’wah
Proton City
Rujukan: malam pertama dialam kubur