Pages

Sunday, November 15, 2009

pelajari sesuatu dari hidup ANDA~




Bismillahirrahmaanirrahim…


sedikit perkongsian artikel yang dipetik dari blog <click>,


Apakah Tuhan berbicara dgn ibubapaku sblm memutuskan aku lahir ke dunia?? Detik hati kecil Saidina Ali r.a sewaktu pulang menemui ibubapanya.Sebelum itu, dia telah bertemu Rasulullah SAW dan baginda mengajaknya memeluk Islam. Memandangkan umurnya pada masa itu baru menjangkau 10 thn, maka dia meminta izin dr Rasulullah dan memutuskan utk berbincang dgn ibubapanya. Dlm perjlnan pulang tersebut dia berfikir dan terus berfikir…seriusnya bukan main…

Akhirnya die tiba di suatu kesimpulan: beriman tanpa izin ibubapa. Alasannya mudah. Allah swt menjadikannya tanpa berunding dgn ibubapanya, jadi ape perlu berunding dgn ibu bapa utk beriman kpd Allah swt ??

Usamah bin Zaid dilantik menjadi jeneral perang sewaktu berusia 18 thn. Sultan Mohammad Al-Fateh menaiki takhta menggantikan ayahnya, Sultan Murad sewaktu berumur 14 thn. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah SAW telah dibariskan di medan perang ketikan berusia belas2an tahun. Hingga sejarah memaparkan ada di antara mereka yg cuba menjungkit kaki mereka agar kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipileh untuk pergi berperang..subhanallah..

Inilah remaja2 salafussoleh. Remaja yg sejak dr muda memikul tugas2 dan t-jawab2 yg serius. Walaupun masih muda lagi, fikiran mereka sudah matang dan tindakan mereka sudah menampakkan kematangan dan t-jawab. Islam yg mendewasakan mereka. Islam adalah agama yg serius. Serius untuk diyakini,serius untuk dihayati, serius untuk diramalkan dan serius untuk diperjuangkan…

AKU BAGAIMANA??

Adakah aku seorang yg serius?Apakah aku seorang yg inginkan kecemerlangan dlm pelajaran dan tugas2 aku sekarang malah berusaha ke arahnya?Apakah aku memikirkan nasib aku di akhirat? Apakah aku merasakan Islam terbiar dan dipulau oleh penganutnya sendiri? Apakah aku memikirkan nasib Islam dan umatnya? Apakah aku memikirkan soal kepimpinan dunia yg lintang pukang dan bercelaru hari ini? Apakah aku seorang yg melibatkan diri dgn tugas2 yg serius? Tanyalah pada diriku sendiri..wahai diriku yg lemah dan serba kekurangan ini..apakah aku tergolong dlm golongan2 ini?? Di manakah sbenarnya hala tuju dan matlamat hidupku? Jika aku adalah spt yg disebutkan di atas…aku adalah pewaris generasi salafussoleh yg bakal menempa sejarah..alhamdulillah..Jika tidak..tiada maaf bagimu wahai diriku…Bicara ini tidak layak dan bukan untukku…Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..Ya Allah..berilah hamba Mu yg hina dan dhaif ini hidayah dan taufikMu agar aku mendapat kekuatan untuk menjlnkan segala t-jawab dan tugas2 yg Engkau wajibkan dlm menegakkan Islam di bumi Mu ya Allah…ameen..

renungkan bersama..khas buat diriku.



2 comments:

Pemuda@gamA said...

Sedia melangkah ke medan mehnah.

khaulah mujahidah said...

sirru 'ala barakatillah..