Pages

Sunday, December 21, 2008

T.@.G~


layan tag sekejap;


tag from 'SENNO a.k.a najwa'.. walaupun dia cakap "[note: sekadar melengkap tag.takyah buat la yep.seriously buang masa.baikmasuk dapur bikin pasta]".. tu la waa, sape suh letak nama aku.. 'haha'. ape2pun, 'gracias' sbb sudi menge'tag' aku.


1) Do you think you're hot?

[aku skip je la soalan ni.. okeh?]


2) Upload your favorite picture of you!

[waa, soalan tu aku 'adjust' sket, aku buang 'of you'..

hehe, gmbar aku secret sket. (^_^)]

3) Why do you like that picture?

[ gambar tu menarik! byk sgt isi tersirat.. renung dan fikir sendiri okeh!]

4) When was the last time you ate pizza?

[ seminggu lepas.. dengan kakak+mak sedare aku, kt pizza hut giant.. ]

5) The last song you listen to?

[pot the elegance of pachelbel, lagu blog aku la.. act. lagu ni mengingatkan aku pada 'training ESQ angkatan mahasiswa ke-4' yg aku join sem lepas.. lagu ni juga bagi 'spirit' dan motivasi ]

6) What are you doing right now besides this

[ tengok match badminton kt tv 1 ; malaysia vs indonesia.. chong wei baru lepas menang lawan peter gade.. bravo!]

7) What name would you prefer besides yours?

[ itqan (^-^)]


People to Tag

1. itqan (britain)

2. waseem (Mekah)

3. Muhammad (Mekah)

4. zaky ( Malaysia )

5. Umar ( Malaysia )

[sure budak2 nih tak akan jawab..sbb, semua kecik2 lagi.. haha ]

.

.

.

akhir kalam, tahniah aku ucapkan pada syikin atas kelahiran mujahid, 'solihin haris'.. semoga bahagia sentiasa bersama keluarga yang baru dibina.. bak kate dayah; kami dah jadi makcik'..hehe.

Friday, December 19, 2008

penghargaan..

-card from 'TERA'- (syukran sis!)

Sunday, December 7, 2008

salam aidiladha 1429h~


BismiLlahi walhamduliLlah..
salam aidiladha untuk semua.
hari ni 9 zulhijah 1429h, wukuf di arafah..
dikesempatan yg ade, ana ingin mengucapkan selamat menunaikan haji kepada semua jemaah haji + semoga mendapat haji yang mabrur. tak sabar nak pi sane nih.. :), sgt jeles dgn Muhammad sbb die dh nak masuk haji yang ke-3. umur baru je 2 tahun lebih...masyaAllah. beruntung dia sebab tinggal kat Mekah, senang nak buat haji. hehe.. insyaAllah, nanti tiba giliran ana pulak.. (^_^)
~sama2 kita hayati pengertian disebalik hari yg mulia ini..

card from zicry-syukran (^_^)

Saturday, December 6, 2008

memori~



BismiLlahi walhamduliLlah...

MySpace4hb dis baru2 ni, ana dan 4 org sahabiah (k.adah,k.ijah,k.rus,izyan) meraikan majlis perkahwinan salah seorg senior kami, kak ju kt marang,TRG. lupe la nama kampung tu. 3hb dis, kami gather kt rumah izyan sebelum bertolak ke sana. kak jue dh sediakan chalet untuk menginap.. maklumla, 3 org sahabiah dtg dari jauh. ana dan izyan je yg duk kt KT. dekat la jgk..

mlm tu dlm kul 11pm kami pi rumah kak jue untuk ambil kunci chalet. sempt gk tgk persiapan pengantin..heh..ramai sanak saudara, kebetulan time kami sampai, diorg baru siap sembelih lembu.. kak ju pulak tgh siap2 nk berinai. emm.. jadi kami tak duduk sane lame sgt. nak tolong pun, semua dh siap.. YB2 yg baru sampai dari jauh pun xsempt rehat lagi..hehe. jadi, kami terus bertolak ke angulia resort. mlm tu agak happening...MySpace mcm2 kami main.. k.rus kepala 'game' mlm tu..daripada a-z, but the game is secret..hehe.. around 3am, br tido
..

4hb dis-kami ber'picnic' kt pantai belakang resort.. plan asal nk keluar after subuh.. siap nk tgk matahari terbit. tapi, fhm2 je la.. tido around 3am, ditambah dengan kesejukan 'aircond' yg mencengkam..
MySpace . after subuh, sambung rehat sket.. 'waktu kecemasan',.hehe. lepas semua siap2, kami pi pantai..huh, sgt best. dh lame tak jln2 kt pantai.. bile tgk pantai, teringat kt 'shams'. kenangan yg sentiasa hidup dalam minda.. same dgn izyan. she feels the same feeling.

rest kt pantai jap sambil tangkap gmbar + main2 pasir..
(back to the childhood). MySpace
then, kami sarapan pagi same2.. menu die satar + keropok lekor + 1 mineral water..hehe. nasi lemak xde la.. tu je yg ade kt kedai berdekatan. abes makan, kami sambung ambil gambar.. still remember the word 'paparazzi'?? hehe.. hanya kami yg tau sape die..
MySpacedlm suka2, act,nilh saat terakhir kami bersama dgn akk2 yg akn pi praktikum sem depan.. sush dh kita nak picnic mcm ni.. nk jumpe selalu mcm dulu..hehe,


to them : remember this sweet moments okeh!


after berjemur kt pantai tu, kami siap2 untuk pi majlis kak ju. time kami tiba, pengantin sedang makan.. kebetulan kak safura dan kak ct k pun dh sampai.. kali ni, mereka bwk anak masing2.. dua2 baby girl.. alyaa + aisyah humaira'. (taktaula ejaan nama betul ke tak.. sori yek!) mabruk to both of them ats kelahiran mujahidah..

after ambik2 gambar ngn pengantin, kami pi makan..then, bertolak balik. gambar pengantin xdpt lagi.. jadi xleh nk upload kt cni. sebelum hntar k.ijah n k.adah, kami solat kt masjid Rusila. tempat tuan guru haji hadi bagi ceramah setiap Jumaat. after solat, kami berangkat ke bus stand.. hantar k.adah n .k.ijah..

-end-


............................


daripada entry kt atas, ade isi tersirat yg ana nk sampaikan.. simple je. tapi sgt mendalam kalau kita nak hayati betul2..'hargailah sahabat'. boleh jadi, sahabat kita terdiri daripada berbagai2 karakter.. tapi, bilamana mereka bleh jadi pencetus perubahan+cermin kepada kita, maka merekalah sahabat sejati.. syukran to kak safura, dia ant.pencetus revolusi diri ana.

Friday, December 5, 2008

Monday, December 1, 2008

mabruk!


BismiLlahi wal hamduLillah...
finally, aku kembali menulis kt 'laman sesawang' ni setelah agak lame aku biarkan ia 'sepi' tanpa entry. banyak benda yg nak kena setle.. banyak tanggungjawab yg menanti untuk dilunaskan, dh takbleh main2...MySpace

saat aku menulis, hujan tgh lebat kat luar rumah.. dah dua tiga hari sejak aku balik. semalam baru sempat nk tgk air bah.. air dh naik sampaikan jalan pun dh tenggelam. nilh fenomena biasa bile tiba musim tengkujuh.. laman depan rumah aku pun dh mule tenggelam, tahun ni teruk sket.. dh lame tak banjir mcmni. hari ni hujan memang tak berenti, dari pagi sampaila petang.. mendung je, bile tgk jam..mcm takpercaye hari still siang.. (^_~).


...............................MySpace ...................................
act. entry kali nih cuma nk wish;

selamat pengantin baru
especially 4~
kak nurul & pasangan
kak noraida & pasangan
kak jue & pasangan
moge baitul da'wah yang terbina ini dapat menguatkan lagi keberadaan antum dalam saff perjuangan... binalah keluarga yg penuh dengan 'sakinah, mawaddah & rahmah'.


Friday, November 21, 2008

Ikatilah ilmu dengan menuliskannya~


BismiLlahi walhamduliLlah...


AlhamduliLlah, berakhir sudah perjuangan dalam 'imtihan'. lebih kurang pukul 4.30 petang tadi, ana melangkah keluar dari DP dengan hati yang 'tenang'. serahkan kembali urusan kepadaNya..


ana xberhajat untuk merumuskan+analisis imtihan kali nih, moge 'nusroh' dariNya datang bertandang.. kejayaan untuk diri ana dan sahabat2 yg len. kalau perasan, dlm blog ni ana tak 'wish' pun selamat menduduki peperiksaan.. taktaula kenape. act. sem ni agak tough sbb ana ambil 7 subjects. mind set ckp ok, sbb tu berani tarik subject sem depn.. hehe. ape2 pun, ia dh berlalu.. dan untuk entry kali nih, ana teringin untuk mengikat kembali ilmu yg tlh ana pelajari dalam subjek pendidikan Al-Quran dengan cara menuliskannya.. bak kate seorg blogger ; "ikatilah ilmu dengan menuliskannya".


sedikit perkongsian tentang tafsir surah Al-Fatihah; surah ni agak familiar dengan kite.. hari2 kita bace..17 kali sehari tak termasuk solat sunat.. erm, bayangkan kalau kite solat sunat.. lagi bertambah banyak bilangan Al-Fatihah yg kita bace. namun, sedar tak sedar berapa ramai dikalangan kita yg betul2 faham akan tafsir surah Al-fatihah? kdg2, tau bace je. tapi tak faham maksud yg tersirat.. lagi teruk bagi mereka yg tak tahu makna. sekadar lafaz dimulut. oleh sebb itu, bagi yg tak tau..meh ambik tau skrg. dan bagi yg dh tau..jom mantapkan+kukuhkn pemahaman anda. jom belajar;




...................................................




Latifah 1:
Kenapa diperintahkan membaca (الإستعاذة)ketika membaca al-Quran? MySpace

Ja’far al-Sadiq berkata: (mesti membaca atta’awwuz ketika membaca al-quran, tidak pada amalan yang lain, (hikmahnya) ialah seseorang hamba itu kemungkinan lidahnya “ternajis” lantaran menipu, mengumpat, mengadu domba. Kerana itu Allah s.w.t. perintahkah supaya dibaca ta’awwuz supaya lidahnya bersih. Dengan itu, dia akan membaca kalam Allah yang suci dengan lidah yang suci.

Latifah 2

Al-quran dimulakan dengan bismillah menjadi isyarat kepada kita agar kita memulakan setiap perbuatan dan perkataan dengan bismillah.

hadis nabi (كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أبتر)

Persoalan?

Kenapa disebut (بسم الله) tidak (بالله)

Untuk membezakan antara sumpah (yamin) dan tayammun (التيمن)
iaitu mengambil berkat (التبرك)

Latifah 3:

Perbezaan antara lafaz (الله) dan (الإله)?


Jawapan;

Lafaz yang pertama merujuk kepada zat yang kudus, tidak boleh dikongsi (disekutu)
dengan yg lain. Ia bermaksud: (yg disembah dengan sebenar-benar).
Lafaz yg kedua, digunakan merujuk kepada Allah dan juga lain.
Sama ada sembahan itu benar atau tidak

Latifah 4:

Faedah (بسم الله الرحمن الرحيم)

1.Mengambil berkat (التبرك)
2.Mengagungkan Allah SWT (التعظيم)
3.Menghalau syaitan kerana ia lari apabila menyebut nama Allah
4.Menzahirkan pertentangan dengan orang musyrik (org bukan Islam)
5.Memberi ketenangan (أمان) kepada pembacanya dan menjadi petunjuk kebergantungan harap orang yang menyebutnya kepada Allah.
6.Pengakuan ketuhanan (إقرار ألوهية)
7.Pengakuan nikmat
8.Minta pertolongan Allah
9.Di dalamnya terdapat Dua (2) nama yg khusus untuk Allah iaitu (الله) dan (الرحمن).



Latifah 5

dan ل yang berada pada kalimah (الحمد) bermaksud (لإستغراق الجنس) iaitu tidak ada yang berhak dipuji selayak-layaknya melainkan Allah. Dialah Allah yang bersifat dengan sifat sempurna yg layak dipuji, diagung dan disucikan. Ia juga bermaksud sifat yang ada itu adalah berkekalan, bukanya perkara baru.



Latifah 6:

Faedah menyebutkan (الرحمن الرحيم) selepas (رب العالمين).

Jawapan:

kalimah (الرب) memberi maksud keegoan (الكبرياء),
Kepemimpinan dan keangkuhan (القهر), dengan itu pendengar (pembaca)
kemungkinan terlintas bahawa Allah yg begini sifatnya tidak akan merahmati hambaNya dengan itu mereka akan takut semacam, berputus asa, berputus azam. Justeru disebutkan kalimah
(الرحمن الرحيم) untuk mengukuhkan bahawa Allah itu rahim yang meliputi tiap sesuatu.


Latifah 7:

ياك نعبد وإياك نستعين), suatu gaya bahasa (suatu lencongan atau perubahan daripada kata ganti nama ghaib kepada mukhatab). Ia berfungsi sebagai mempelbagaikan gaya bahasa.
Ia lebih menarik perhatian, memikat hati. Ia merupakan salah satu bentuk balaghah
(kedalaman (ketinggian) bahasa orang yg bertutur).


Latifah 8:




Bentuk lafaz datang dalam bentuk jamak/plural dalam dua jumlah (نعبد) dan
(نستعين). Tidak datang dalam bentuk (إياك أعبد وإياك نستعين)?

Ia sebenarnya suatu pengakuan hamba tentang kekkurangannya berhadapan di hadapan Allah SWT., serta meminta pertolongan dan hidayah berseorangan, tidak bersama hamba-hamba yg lain. Jadi maksudnya seolah-olah dia berkata: (Ya Allah! Aku adalah seorang hamba yg lemah, kerdil, tidak layak untukku berada dalam keadaan ini berseorangan, bermunajat kepadamu, dengan itu saya ber”sama” atau bergabung ke dalam manhaj (jalan) orang-orang yg mengesakanMu, serta aku berdoa bersama-sama mereka, maka kabulkanlah doaku, sesungguhnya kamu semua menyembahmu.


Latifah 9:

Kenapa dinisbahkan nikmat kepada Allah dalam ayat (أنعمت عليهم) tetapi tidak dinisbahkan kesesatan dan kemurkaan kepadaNya dalam ayat (غير المغضوب عليهم ولا الضالين). Iaitu tidak disebut (غضبت عليهم).

Jawapannya:
Semua itu datang dalam konteks taaddub (beradab) dengan Allah SWT.

CTH lain Nabi Ibrahim ada menyebutkan:
(الذي خلقني فهو يهدين والذي هو يطعمنى ويسقين وإذا مرضت فهو يشفين (سورة الشعراء: 78-79)


...............................................



-sakinah-
okeh, dh abes belajar..MySpace moga beroleh manfaat dan dapat memahami tafsir surah Al-Fatihah dengan lebih baik. ade lagi sambungannye, tapi len kali la pulak ye..
sedikit 'story' ttg gambar diatas. act. ia adalah pemberian dari seorg sahabat ketika belajar kt SHAMS . disebabkan terlalu 'appreciate it'MySpace, jadi ana simpan keychain tu baik2. ape yg unik ttg keychain tersebut? ..byk sgt yg uniknya. lebih2 ia dtg dari jauh, dr bumi barakah... Makkah. dan yg plg unik, sbb terukir indah kalimah 'sakinah' min Mekah'.
destinasi idaman.. MySpacehehe.
moge niatku untuk menjejakkn kaki ke sana dimakbulkan. ameen.
akhir kalam, ambillh mutiara berharga di blog nih (cam ayat k.adah je..MySpacehehe), dan ana sgt alu2kn sebarang komentar yg membina. semoga Allah membimbing kita semua..
~salam perjuangan~

Thursday, November 20, 2008

jangan lupakan mereka~



sekadar renungan ;

Allahu ma'iya ya ummi...
wa la tahzani!

"Allahumansuri Islam wal mujahideen
fi kulli makan wa kulli zaman"

titipkan doa buat saudara kita disana, kerna kita punya ikatan yg padu antara satu sama lain... yakni 'ikatan akidah'..

::faqir ilallah~

Wednesday, November 19, 2008

Bagaimana melayari internet dgn kebersamaan Allah?


BismiLlahi wal hamduliLlah

Tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduanya.
Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah ke atas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia di seluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala :

لئلا يكون للناس على الله حجة بعد الرسل

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)


Dan firman-Nya:


وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا


Dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan. Satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "Biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya". Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berinteraksi dengannya:

Pertama:Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

Kedua:Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

Ketiga:Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah SWT bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa. Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merealisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi di zaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah SAW secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia."(Hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah SWT kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah SWT dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Ya Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.
Amin ya rabba al alamin



Dipetik daripada laman HALUAN

~renung dan fikirkan bersama...

Monday, November 17, 2008

pemimpin yg dicintai~


-teruskn langkahan...menuju ke destinasi abadi~


BismiLlahi walhamduliLlah..

selepas jauh mengembara ke bumi Makkah, aku mendapt satu ilham untuk menge'post' entry kali nihMySpace. rutin harian ku (if tak busy), meneroka ke blog en. kamitaken a.k.a lutfi untuk melihat gambar2 yg sememangnya cantik sgt2.. disamping melihat anaknya 'waseem si samooli' yg sgt+agk kiut cm ma+pa die.. hehe.. (jgn perasan ye! bukn selalu puji..MySpace).. seterusnya, aku menjengah fotopages rahmanhamzah.. (ayu suhana) untuk melihat keindahan makkah disamping perkembangan mereka sekeluarga
( Muhammad Al-Fateh dh makin besar sekrg ye..MySpace ) ..,

dan yg terbaru.. aku berpeluang menjengah satu blog yg sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kpd diri aku sendiri.. blog 'ummu wafa'MySpace. kalau diikutkan, mereka punya persamaan sbbnya semua dh kahwen.. + kahwin muda + dan dh ada anak kec. k.mar yg tgh pregnant saat nih). seronok tgk life mereka kt Makkah. memang aku sendiri memasang angan2 untuk membina kehidupan disana.. tapi xtaula ianya sekadar idealistik or mgkn realistik..
hehe..MySpace

tadi, aku sembang dgn k.mar a.k.a ummu wafa.. tanya khabar die dan kandungannya yg dh berusia 5 buln. alhamdulillah, dua2 dalam keadaan sihat .. ape yg ana kagum, die punya kesabaran + semangat yg kuat saat diri berjauhan dengan zauj tercinta . dia di Malaysia dan suaminya di Makkah. cinta antara dua benua..MySpacehehe. lebih2 dia tgh sarat mengandung.

dan yg terbaru, suaminya (Tuan Badrul Hisyam Tuan Soh) telah ditaklifkan sebagai YDP PPM Makkah dlm AGM PPM baru2 nih. mabruk ya akhi! MySpace+takziah.. semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya, insyaAllah. to k.mar: be strong okey! ' dibelakang lelaki yg hebat itu adanya wanita yg hebat.. ', insyaAllah akak tergolong dlm golongan nih.. kinah doakan akk dpt melanjutkan pelajaran di UQU (umm AlQura uni) tahun depan. nanti dh tak jauh dh ngn dia..MySpace



............................ (kembali seriusMySpace).......................

act, sebelum aku start menulis ni..aku singgh jap kt blog Fajarsakhra. entry terbaru kt blog tu buat aku berfikir ttg kepimpinan yg aku lalui saat ini. dh satu sem aku tempuh, tinggal lagi satu sem untuk aku akhiri jawatan yg aku sandang sbg Naib Presiden PPI.. bimbang kiranya amanah yg ditaklifkan hanya sekadar nama semata.. bermula dgn mesyuarat agung pada 25/07/08 lepas, aku mula menyatukan diri dengan persatuan yg agak 'kontroversi' ini. terkadang, aku sendiri pelik..apalah yg nk ditakutkn pada sebuah persatuan yg cuba menyampaikan risalah kebenaran. buat pertama kalinya aku agak gementar menerima taklifan yg mungkin suatu ujian atau kafarah dosa yg aku lakukan selama ini.. tujuannya, agar aku kembali mensucikan diriku.

dan menjadi harapan setiap pemimpin untuk melakukan yg terbaik buat kepimpinannya. itu juga sebahagian dari harapanku.. aku sgt mengharapkan agar tiada perbandingan dilakukan antara kepimpinan kali ini dgn yg sebelumnya kerna masing2 punya kekuatan dan kelemahan tersendiri.. masing2 punya rentak dan karakter berbeza. perbandingan yg negatif boleh jadi akan melemahkan seseorg..namun, bukan maksudku untuk tidak mempelajari segala apa yg baik yg tlh dilakukan.. act, sokongn & tunjuk ajar dr mantan Naib Pres. lepas amat besar buat diriku.
thanks sis!
***MySpace ***
dalam sebuah kepimpinan, terdapat 5 tingkatan tangga kepimpinan; kali nih aku merujuk pada buku ESQ ;


pemimpin tingkat 1 : pemimpin yang dicintai
pemimpin tingkat 2: pemimpin yang dipercaya
pemimpin tingkat 3: pembimbing
pemimpin tingkat 4: pemimpin yg berkeperibadian
pemimpin tingkat 5: pemimpin yg abadi


-PPI-

pemimpin tingkat 1:

anda bisa mencintai org lain tanpa memimpin mereka, tetapi anda tidak bisa memimpin org lain tanpa mencintai mereka

pernyataan diatas adalah berkenaan seorang pemimpin yg harus mampu berhubungan secara baik dgn org lain. seorg pemimpin tidk boleh menunjukkan prestasi kerjanya sahaja, namun ia harus mencintai dan dicintai org lain. tangga ini tidak boleh dilewati kerna jika dilewati, org lain tidak akn mendukung anda, kerna mereka tidak menyukai anda.

prinsip basmallah adalah jawapannya. selalu berusaha mengerti dan menghargai setiap individu, dan selalu bersikap rahman serta rahim. berbeza dengan teknik sekarang yg banyak diajarkan, yg lebih menekankan pada teknik luar seperti; senyum, mengingat nama, fokus pada minat org lain, dll. salah satu sifat Nabi Muhammad s.a.w dari buku SEJARAH HIDUP MUHAMMAD;

yang membuat dakwahnya berkembang adalah keteladanan sang Nabi yg begitu memukau. hak setiap org ditunaikannya. pandangannya kepada org yg lemah, terhadap yatim piatu, org yg sengsara dan miskin, adalah pandangan seorang bapa yg penuh kasih, lemah lembut, juga mesra.

sikap rahman dan rahim yg berjaya menjadikan landasan perjuangan Rasulullah sampai kepada peringkat kepimpinan yg dicintai.


.....................(~_^)...................

untuk kali ini, aku hanya ingin mengulas tentang pemimpin tingkat 1. satu perkongsian yg aku tujukn khas untuk diri aku sendiri + dan kepada sesiapa yg sudi untuk mengambil 'ibrah dari perkongsian ini. ternyata, menjadi seorg pemimpin yg dicintai itu buknlh suatu perkara yg mudah.. disini, suka untuk aku 'highligthkn' kalimah 'rahman & rahim'.. sifat yg masih sukar untuk ditonjol keluar.. namun, aku yakin ia akan berhasil suatu hari nanti.. aku senang melihat sokongan dari pelbagai pihak yg menyokong PPI + dan aku juga senang dgn kritikan membina terhadap persatuan ini.. kerna kedua2nya merupakan kayu penyokong kearah jatuh bangunnya sebuah persatuan . satu sem telah berlalu.. dan aku sendiri sedang menilai kemampuan diriku.. adakah 'rentak' itu sudah ditemui? atau aku masih mencari2..

jika YDP PPM Makkah membuka lembaran baru dalam episod perjuangannya dibumi barakah, aku sendiri tidak ketinggalan untuk memulakan kembali episod perjuanganku di bumi 'UPSI' ini untuk semester akn dtg. insyaAllah.. semoga 'rentak' kali ini lebih rancak dan teratur.

kepada semua ahli PPI, teruskan sokongan dan komitmen anda untuk sama2 merealisasikan misi dakwah dibumi UPSI. same2 kita laksanakannya supaya ia berhasil menjadi suatu yg 'realistik' bukannya 'idealistik'. akhir kalam, selamat bercuti kepada semua.. gunakanlah kesempatan cuti ini untuk menabur bakti kepada keluarga tercinta.. dan jgn lupa untuk terus meng'islah'kn diri pada jalan Allah. asif 'ala kulli hal~


"kemudian termasuk golongan org beriman, yg saling menasihati, supaya bersabar dan berkasih sayang."


-QS Al Balad (Negeri) 90:17



p/s: blog PPI sedang dalam proses penambahbaikan... mohon maaf ye sbb dh lame takupdate, syukran sbb sudi berkunjung! (bukn ana yg update).

MySpace okeh, stop now.. assalamualaykum w.b.t

MySpace

-khaulah-

Sunday, November 16, 2008

katakan tidak!


-untukmu 'muslimah'-

Assalamualaykum w.b.t...

alhamdulillah wa syukur lillah, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
kesempatan dan ruang yg diberikan untuk ana terus menulis di ruangan maya ini. juga nikmat IMAN dan ISLAM, + kekuatan untuk terus berada dlm 'saff' perjuangan. apa yg kita miliki saat ini hanyalah pinjaman semata, kebijaksanaan+kecantikan+keluarga+sahabat+... tetapi amat jrg kita bersyukur diatas nikmatNya.. terkadang rasa memiliki itu mengatasi rasa 'dimiliki' hingga langkahan menjadi pincang, arah laluan mula terpesong.. kerapkali juga kita lupa siapakah yg memiliki semua ini..-nauzubillahiminzalik-

kali ni ana terpanggil untuk bercerita tentang suatu fenomena yg dianggap 'basi' oleh kebanyakan org.. suatu fenomena yg sering ana utarakan, baik ketika di matrikulasi mahupun di bumi UPSI ini.. dan seringkali juga ana gementar apabila mengungkapkan kata2 tersebut.

saat menjejakkn kaki ke matrikulasi kulim, ana mula terbayangkan 'culture shock' yg bakal ana hadapi.. kejutan demi kejutan yg sedikit menggugat keinginan ana untuk belajar di sana.. seringkali ana dimaklumkan, ' suasana kt luar tak sama dgn shams', 'kalau silap gaya, kita pun akn jadi mcm diorg'.. ade juga yg mengatakan ; ' budak2 sheikh nanti mesti berubah bile keluar dari sekolah'..dan mcm2.. ana xnk komen soal itu, fokus entry ana buknlah terhadap perubahan yg mereka lakukan.. tetapi tentang fenomena yg tumbuh bagaikn cendawan, makin hari makin lebat.. tak kira dimana2..
sebuah hadith mengatakan;

"sesiapa yg melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan TANGAN, jika tak mampu maka cegahlah dengan LISAN, jika tak mampu maka cegahlah dengan HATI.. dan itu selemah2 IMAN."
..................................
hari ini, ana kembali memberi teguran.. kepada mereka yg masih bercouple, 'please recheck ur relationship with him/her'.. jika fikiranmu sentiasa dibayangi wajah2 mereka + hatimu terlalu kasihkn mereka+ibadahmu terganggu kerna ingatan yg kuat pada mereka+ taipan msg mu mula tidak terarah+ kecantikan itu semakin kau serlahkn untuk tatapannya...+..maka tiba saatnya untuk kau renungi kembali hakikat hubungan yg telah terjalin. adakah terdapat padanya REDHA ALLAH? atau ikatan itu mengundang 'KEMURKAANNYA'?

sama2 kita renungkan sebuah atrikel yg cukup menarik untuk dikongsikan, moga hidayah Allah sentiasa bersama mereka yg cuba meng'islah'kan diri.. mulakan dengan niat yg betul.. LILLAHITA'ALA.

.............................................................................

-baitul da'wah-


"Cinta Menurut Pandangan Islam”
Ahmad Fadhli bin Shaari, pembantu pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..

MySpaceMuqaddimah

Bait-bait nasyid kumpulan Quturunnada di atas sering mengingatkan kita kepada hakikat cinta yang sebenar. Bagi saya sendiri, makna serta irama yang dibawa oleh Qutrunnada ini benar-benar menyentuh jiwa apatah lagi di tengah-tengah kerancakan irama nasyid ala-KRU yang mewarnai dunia nasyid pada masa sekarang.

Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta…?

Apakah Cinta Sebenarnya…? MySpace

Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.
Menyedari hakikat ini, saya mencuba untuk menggagahkan diri bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apatah lagi dalam suasana masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang lebih menjurus kepada cinta karut-marut yang bertemakan mainan perasaan yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam. Semoga Allah memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari sebarang permainan perasaan yang hanya akan menyesatkan fikiran.

Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?
Adakah Islam memusuhi cinta…?
Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah…? MySpace

Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah… (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir… (Surah Al-Maidah, ayat 54)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya.

Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.
Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:

Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. (Bukhari:no. 15, Muslim:no.60, Tirmizi:no.2548 Nasai :no.4901)

Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW…?
Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.


-sakinah, mawaddah & rahmah-
3. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu.. (Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :

..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Israk, ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)… (Surah Al-Fath, ayat 29)

Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :

..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..(Surah Al-Hasyr, ayat 9)

Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam…?MySpace

Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam…?
Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh “syaitan cinta sewenangnya- wenangnya

Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati MySpace

Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.

Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan “cinta lutong” As-Syauqi pernah bermadah :
Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan… (Surah An-Nuur, ayat 30)

Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat…?

Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini…? MySpace

Jalan yang paling baik ialah perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.. (Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.
Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.

Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.

Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan kita selain keimanan, ketakwaan dan kecekalan….?


.......................................................................



"moga diri ini terus dalam peliharaaNya.. "
JALAN KITA ADALAH JALAN SUCI... JADI KATAKAN TIDAK UNTUK BERCINTA SEBELUM IJAB QABUL...MySpace
MySpace
khaulah
'ikatlah ilmu dgn menuliskannya'