Pages

Tuesday, March 23, 2010

Barokallah..~


BismiLlahi wal hamduliLlah...

salam perjuangan..

1.40 am.. terasa ingin singgah mencoret di teratak 'khaulah alazwar'. alhamdulillah, blog ini masih beroperasi dan dikunjungi walaupun tuan empunya blog dah semakin jarang meng'update'.

'Barokallahulakuma wabaroka'alaikuma wajama'bainakuma fikhoir'

ucapan khas untuk kak ba yang selamat bergelar 'zaujah' pada 18hb Mac baru2 ni;

apabila termeterainya ikatan perkahwinan beerti sebahagian agama telah disempurnakan, moga antuma terus thabat dalam saff perjuangan, dikurniakan rahmat, mawaddah dan sakinah dalam melayari bahtera perkahwinan. 

..............

untuk pertama kalinya, aku gagal menghadirkan diri dalam walimah sahabat yang rapat denganku.. semua perancangan berubah dalam sekelip mata, cuti sekolah selama seminggu aku habiskan di TM. pada awalnya, aku bercadang untuk pulang ke Terengganu, dan kemudiannya ke Kelantan bagi meraikan walimah kak ba. namun, perancangan Allah mengatasi segala-galanya.. aku terpaksa bermusafir di TM buat sementara sebelum berangkat ke Pantai Remis.

'ala kulli hal.. buat ahli bait Raudhatul syuhada' jazakallah diucapkan ats segala layanan dan bantuan. semoga bait terus bersinar dengan kalamullah...

..buat zinnirah; jangan lupa teka teki surah apabila kita jumpa nanti. ana tinggalkan enti dalam jagaanNya. 

ilalliqa'..



Friday, March 12, 2010

Secebis Kenangan bersama mereka~

-memori di smkdi-

11 Mac 2010, kami telah mengadakan satu jamuan sempena menghargai pelajar-pelajar yang menjayakan lakonan pada sambutan maulidur rasul. gembira melihat wajah-wajah ceria mereka.. (^_^) walaupun kebanyakan yang terlibat merupakan atlet sekolah, komitmen mereka dalam menjayakan persembahan tersebut sangat tinggi. selesai latihan lakonan, mereka turun pula ke padang untuk 'training' bola.

"semoga mereka terus berjaya dalam apa jua arena yang diceburi"


Thursday, March 11, 2010

Albaqa' lillah~

-selamat bertemu Pencipta~

Dunia Islam kehilangan seorang ulama tersohor Imam Besar Masjid Al-Azhar Mohammed Sayyed Tantawi yang meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung. Berita kematiannya dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera.

Semasa hayatnya, Tantawi yang juga Sheikh Universiti Al Azhar dikenali sebagai tokoh agamawan yang menjadi pemimpin rohani kepada lebih sebilion kepada penganut sunnah.

Beliau juga dikenali sebagai ulama yang mempunyai pandangan moderat dan menentang sebarang bentuk keganasan atas nama Islam.

Al-Azhar, ialah antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. Al Fatihah.

SuaraKeadilan 


.......................

"ya Allah..matikan aku dalam husnulkhotimah"
 

Wednesday, March 10, 2010

Pemimpin yang adil~


Pemimpin Yang Adil
Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid
 
 
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini


setiap daripada kita adalah pemimpin...

kenangan maulidurrasul~

-last training-

belakang (dari kiri) : ustaz marul, cg suhaimi, shafiq, nizam, malek, mizi, nasrul
tengah (dari kiri) : atan (bukan nama sebenar), amirul, nazrin
depan (dari kiri) :  hajar (penyajak), cg latipah n syahirah (isteri cg suhaimi), ain, khaulah, laila, kak ija, kak ja, kak bib

-gaya bebas~

-us+before persembahan~


semoga mereka diberikan kefahaman dalam urusan agama..