Pages

Thursday, December 17, 2009

apa milik kita???




-persinggahan sementara~



BismiLlahi wal hamduliLlah..


salam pertemuan dialam maya.. kembali berkarya.


syukran atas kunjungan yang tak memutus.. walaupun dah lame aku tak menulis. singgahpun hanya untuk baca coretan diblog2 sahabat.. makin kaku untuk menulis. dulu, apa saja yg terlintas terus aku coretkan dalam blog. tapi sekarang, coretan makin ringkas, makin malas nak menulis.. 



'people can change'.. 


sambil2 dengar lagu 'pot elegance of the pachelbel' (cari 'cik mood').. aku mulakan coretan. 
actually, entry kali ni digerakkan oleh seseorang.. baby berusia 3 bulan lebih yang cukup bertuah, saat ini dia mungkin sedang bermain2 di syurga sementara menanti kehadiran ummi dan abinya.. allahyarham 'ukasyah ibn hafiz. 

takziah kepada mereka.


"Rasulullah SAW berkata kepada seseorang yang ditinggal mati anak lelakinya, "Apa kamu tidak suka bila kamu masuk salah satu pintu syurga sedang engkau mendapati anakmu itu sudah menantimu?"


 “ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah Al-Hadid : 22-23

............


cukup tersentak apabila mendapat khabar tentang pemergian 'ukasyah semalam.. baru beberapa hari lepas aku mengikuti perkembangan 'ukasyah dalam blog umminya. semacam tak percaya.. dia pergi dalam usia yang begitu muda. aku yakin, pemergian 'ukasyah turut dirasai oleh bloggers yang lain.. walaupun mereka tidak pernah bersua muka, apatah lagi mengenali ibubapanya secara dekat. 

aku pun dalam golongan yang sama, hanya mengenali mereka melalui blog.. dan menjadi follower yang setia.. 'blog married student', antara blog favourite, bila tengok je baby, rase tenang.. lebih2 tengok kehidupan bait dakwah mereka yang tersusun.. diserikan dengan kehadiran 'mujahid dan mujahidah'  yang sangat2 comel. 
 

“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Surah at-Taghaabun : 11

“ Tidak ada seorang pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma 'jurnii fi mushibatii wa akhliflii khoirom-minha ( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik darinya) kecuali Allah akan memberi pahala atas musibah yang menimpanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.”

Muslim 2/233


apapun ketentuan Allah.. itu adalah yang terbaik. ujian yang berat bagi mereka yang mampu memikulnya.. kerna Dia Al'alim, maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. dipinjamkan kedunia nikmat yang terlalu berharga, nikmat 'anak penyejuk mata'.. kemudian diambil kembali anugerah itu.. Subhanallah.



 -pelayaran yang panjang~


kisah yang sama, pernah menimpa seorang sahabat.. pemergian 'Huraiyah', anak kecil yang comel baru berusia beberapa bulan.. namun Dia maha penyayang, digantikan anak kecil itu dengan cahaya mata yang seterusnya, Hibriyah.. adik kepada Huraiyah. semoga Allah turut menganugerahkan nikmat yang sama kepada kak mawaddah dan zaujnya. 


'la tahzan.. semuanya milik Allah'


“ Allah berfirman : “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku mengambil (mewafatkan) orang yang dicintainya di antara penduduk dunia ini, lalu dia mengharap pahala atas musibah ini kecuali syurga”

Al-Bukhari dalam al-Fath : 11/242

 
apa milik kita??? hakikat yang kita perlu akui.. tidak ada milik kita.. semuanya adalah dari Allah. Dia yang mengurniakan segala-galanya.. memberi pinjam apa yang kita perlukan, walaupun jarang sekali kita bersyukur atas sekecil2 nikmat..apatah lagi sebesar2nya. hari ini, kita mungkin diasak dengan pelbagai ujian.. ada yang sedang bergembira meraikan kejayaan, ada juga yang sedang berduka menangisi dugaan yang berat. masyaAllah.. tarbiyyah Allah itu pelbagai. samada kita sedar atau sengaja menghindarkan diri. 


konsep Redha


 “Barangsiapa ingin melihat seseorang dari ahli Surga, hendaklah ia melihat ‘Urwah bin az-Zubair” (Abdul Malik bin Marwan)

kisah seorang sahabat Rasulullah 'urwah Ibnu zubair Al Awwam, iaitu anak kepada dua orang sahabat Rasulullah.. Zubair AlAwwam dan Asma' Abu Bakar. aku cukup takjub apabila membaca kisahnya dalam majalah solusi baru2 ni.. ujian yang dikurniakan Allah kepada 'urwah dan anaknya. dalam perjalan ke Damascus untuk berjumpa khalifah walid Ibnu Abdul Malik, dia ditimpa penyakit pada kakinya.. kemudian apabila berjumpa dengan doktor, 'urwah dinasihatkan supaya dipotong kaki itu dengan segera kerna tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya.. tanpa sedikit pun rasa sedih, dia merelakan keputusan itu.. bayangkan sahabat, apabila doktor menawarkan untuk membius kakinya, 'urwah menolak. katanya;


"Jangan, aku yakin tiada seorang yang beriman kepada Allah mahu meminum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, kerana jika hilang akal, ia akan lupa kepada Allah. Jika kamu harus memotong kakiku, maka laksanakanlah tugas itu di saat aku sedang solat supaya aku tidak merasa sakit"


Subhanallah.. 


tidak terhenti setakat itu, maha suci Allah sekali lagi menguji 'urwah dengan pemergian anaknya pada malam tersebut, kerna disepak kuda. dengan tenang, 'urwah menuturkan bait indah ini.. yg turut menggetarkan perasaan aku;


" Ya Allah, segala puji bagiMu, aku mempunyai empat kaki dan tangan, kemudian Engkau ambil satu. Kini hanya tinggal tiga. Dan aku mempunyai tujuh anak, kemudian Engkau ambil satu, kini mereka tinggal enam orang. Jika Engkau tiba-tiba memberi penyakit setelah memberi kesihatan, dan jika Engkau mengambil apa yang telah Engkau berikan, maka segala puji hanya bagiMu, Ya Allah"


Subhanallah..


insan hebat. yang redha pada setiap ujian dariNya. hati dan fikirannya hanya berpusat pada Allah. tidak mengeluh, apatah lagi menyalahkan takdir.. suatu kisah yang mendorong aku untuk terus mencari identiti diri.. 'pengislahan yang tidak pernah akan berakhir'.. hinggalah aku kembali kepada zat yang menciptakan diri ini. 


akhir kalam.. mari sama2 kita renungkan nilai taqwa yang masih bersisa dalam diri.. adakah cukup baik atau sebaliknya masih terlalu rapuh. cukup menyedihkan, hidup tanpa nilai taqwa.. aqidah yang longgar.. sedikit saja diasak, terus gelabah.. astaghfirullah.. semoga pelayaranku dalam 'pencarian' kali ni lebih baik dari sebelumnya.. dan semoga sisa2 hidup yang masih berbaki dapat dimanfaatkan sebaiknya. paling penting, aku mahu temui Dia dalam keadaan aku benar2 mengenaliNya... Allahumma faqihna fiddin, wa 'alimna ta'wil, wa ja'alna minal 'ulama issholihin.. ameen.


sumber hadith & ayat Al-quran :  (zaujah Ust Ramadhan Fitri-kak Dijah)



'jazakiLlah-









Friday, December 11, 2009

Trip to Kedah~




 trip to KEDAH~ =)


malam ni bertolak ke Alor star, insyaAllah.. sempena walimah seorang sahabat merangkap housemate + ziarah sahabat..~~


to : ukhti adibah & akhi fuad


barokallahu lakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'bainakuma fi khoir..
semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat melayari bahtera kehidupan rumahtangga.




p/s: pahang sudah, kelantan sudah, sekarang giliran kedah pulak. (^_^)







Thursday, December 10, 2009

start again~




Alhamdulillah, dalam musafir hari ni aku dipertemukan dengan sebuah bacaan yg menarik. cuma mengambil masa beberapa ketika untuk dihabiskan. 75 mukasurat. simple dan bermanfaat aku kira. sesuai untuk segenap lapisan.. bukan hanya terhad bagi yg ingin mendirikan rumahtangga.=)
olahan isi, bleh tengok link nih click.

pinjaman sementara dari owner 'zinera'. syukran. hari nih, seharian kami keluar bersama, dari pagi sampai la lewat petang. santai seketika di Pantai Chendering setelah berpenat lelah di bandar KT..  ^_^
 
moga2 sedikit sebanyak aku dapat ringankan beban dia. 
menghilangkan segala tekanan yg dialami..
memberi apa yg terdaya..dan termampu.

insyaAllah..
 
..sekali lagi, tercipta satu langkah baru.. just wait and see =)

 
 

Tuesday, December 1, 2009

soal ikhlas~


 

"Adakah aku sudah berjaya menjadi selebriti atau ‘public figure' penulis (atau penceramah) di sisi Allah, pada pandangan Allah?, Bukankah itu tujuan asal kita?" 


إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار
 
Maksudnya (ringkasan terjemahan) : 
 
Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah  mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid
Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"
Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"
Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)


 -berakhir haji..semoga mendapat haji yg mabrur-


"..ikhlas merupakan ujian yg paling sukar bagi seorang pendakwah.."

baca selanjutnya di blog ustaz zaharuddin  click