Pages

Tuesday, December 1, 2009

soal ikhlas~


 

"Adakah aku sudah berjaya menjadi selebriti atau ‘public figure' penulis (atau penceramah) di sisi Allah, pada pandangan Allah?, Bukankah itu tujuan asal kita?" 


إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار
 
Maksudnya (ringkasan terjemahan) : 
 
Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah  mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid
Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"
Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"
Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)


 -berakhir haji..semoga mendapat haji yg mabrur-


"..ikhlas merupakan ujian yg paling sukar bagi seorang pendakwah.."

baca selanjutnya di blog ustaz zaharuddin  click 
 

2 comments:

Pemuda@gamA said...

Syukran.

Ana pernah terbaca tafsiran Ibnu Kathir, "Tiga golongan manusia yang pertama mengisi neraka adalah ulama, mujahidin dan dermawan yang riyak amalannya."

Post entri ni sebagai buktinya.

Walau apapun yang kita lakukan. Yang pentingnya adalah keikhlasan.

Sebab itu Islam meletakkan dua syarat jika amalan nak diterima sebagai ibadah. Ikhlas dan menepati syariat.

Persoalan niat pula jadi hadis pertama dalam hadis 40 sekali gus jadi hadis yang paling utama.

Tujuannya satu, agar ikhlas.

Begitu juga kenapa dalam feqah meletakkan bab taharah (bersuci) dahulu.

Falsafahnya adalah suci. Suci itu bukan hanya terletak pada luarannya. Tapi dalaman. Mensucikan hati supaya benar-benar ikhlas dan tulus pada segala sesuatu.

Moga Allah lindungi kita dari penyakit hati. Yang boleh membawa kemurkaan ilahi.

Astaghfirullah...

khaulah mujahidah said...

syukran atas p'kongsian.

moga kita dilindungi dan dijauhkan dari sifat tercela itu.