Pages

Thursday, April 30, 2009

CaHaYa AgUnG~



BismiLlahi wal hamduliLlah...

Sambil diiringi alunan ‘pot elegance of the pachelbel..
aku menyelongkar kembali gambar2 lalu, gambar ketika menghadiri
‘training esq bagi angkatan mahasiswa ke-4’..

"itulah ‘habit’ aku bilamana inginkan motivasi.."

Melihat gambar2 tersebut memberikan ‘rasa tenang+rasa damai’ pada diri..
kerna bukan mudah untuk melihat sebuah senyuman ikhlas pada wajahku,
tetapi gambar2 itu jelas menunjukkan sebuah kebahagiaan yg aku rasai..

apabila mengimbas kembali saat itu, aku sedar bahawa kehadiranku ke sana bukan atas dasar suka2, tetapi aku punya ‘ghayah (matlamat)’ yg cukup besar.. ‘pengislahan diri’.. mencari hidayahNya..
dimana2 aku berada, aku pasakkan matlamat itu kerna aku sgt mendambakan petunjukNya.. petunjuk yg bisa mengeluarkan aku dari ‘kegelapan’, menuju kepada cintaNya..yg hakiki.

Paling terbaru, Dia izinkan aku menghadiri tafaqquh di masjid wilayah, yg disampaikan oleh ulama’ terkenal ‘Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.. entah mengapa, aku nekad utk menghadiri tafaqquh tersebut walhal dalam masa yg same, aku punye agenda yg lain dan keesokannya adalah exam final. ‘ala kulli hal, alhamdulillah. Dia permudahkan segala urusan dan niat suci itu.. aku hadir dengan satu ‘ghoyah’..
moga2 hidayah itu datang bertandang.

Berada dalam tafaqquh memberikan aku seribu satu rasa.. rasa kerdilnya diri tatkala diberi peluang berada ditempat yg mulia.. majlis ilmu.
Saat itu, sudah pasti malaikat turun menaungi majlis tersebut,
mendoakan semua hadirin yg dtg.. subhanallah.

“alangkah beruntungnya jiwa, jika saat ini sentiasa dinikmati...”

Hadirnya susuk tubuh itu membuatkan aku sedikit teruja.. peluang utk menatap wajah seorang ulama’ tidak kulepaskan.. ‘aku ingin nikmati ganjaran pahala itu’.. sebagai penebus beratnya timbangan kiriku..

Ahamdulillah, posisiku di tempat yg paling hadapan dalam kalangan muslimat memudahkan aku mengikuti tafaqquh tersebut.. jelas dan mantap penyampaiannya.. seringkali sebaris ayat yg dilafazkan mengundang ‘titis air mata’ yg sgt sukar utk dikeluarkan..

aku sedar, aku bukanlah seorang yg terlalu keras dan terlalu ego untuk menangis.. akhirnya, tanpa diminta2.. aku berjaya runtuhkan keegoaan itu..

subhanallah.

Aku teringat pesan ustaz, ketika insiden yg sama berlaku.
katanya, “...takpe, ustaz memahami..ia bisa memadamkan api neraka”.. lafaz ringkas yg benar2 menyentuh hatiku, dan menguatkan keinginan utk terus mendamba kasihNya...

Hadirin tawadhu’ mendengar bait2 indah yg disampaikan As-Syeikh.. tidak kurang, masing2 menjaga adab yg telah digariskan sebelum tafaqquh bermula.. inilah disiplin ilmu yg wajar dijadikan contoh dalam kita mendidik dan mentarbiyyah. Aku kagum dengan prinsip ini.. dan sudah pasti ikutan ini bermula dari keperibadian Rasulullah..

Dalam keasyikan itu, tiba2 aku terkesima lantaran ayat ini;

“...jangan mati dahulu, kalau kita tak ada istana dalam syurga..”

Ayat yg menusuk ke kalbu.. dan membuatkan mindaku tersentak berulang kali.. hinggalah Beliau mengatakan..

“..sesiapa yg istiqamah melakukan solat sunat 12 rakaat, maka Allah akan hadiahkan kepadanya istana di dalam syurga..”

masayaAllah tabarakallah..

betapa penyayangNYA Allah ta’ala.. diberikan kita garis panduan bagaimana utk mendapatkan kebahagiaan di akhirat kelak, tidak dibiarkan kita terkontang kanting mencari arah tuju.. kalam agung, Al Quranul kareem.. disusuli sunnah, ijma’ dan qiyas.. tetapi, seringkali kita alpa.. seringkali kita tidak bersyukur.. dan seringkali kita mengetahui tanpa kita memahami.. astaghfirullahal adzhim..
usai tafaqquh, aku nekad utk terus mengikat diriku dengan majlis seperti ini.. majlis yg bisa melembutkan hatiku yg ‘keras’.. ‘lorong pencarian hidayah Allah’..


...................

Saat aku menulis, jam sudah menunjukkan pukul 3.23 pagi. Aku bangkit dari lenaku setelah ‘mati’ beberapa jam lalu oleh kerna kesihatan yg tidak mengizinkan. Menyelongkar rahsia kehidupan hari ini mengundang syukur yg tidak terhingga kepadaNya.. ya, sepertimana bisa.. aku sibuk dengan urusan dunia.. gerak kerja persatuan yg masih belum selesai, dan kepentingan peribadi yg perlu disetlekan..
dalam keadaan hujan yg lebat petang tadi, aku diuji dengan kecelakaan yg juga berupa rahmat dariNya.. insiden 5 tahun lepas berulang. Tetapi kali ini, hanya melibatkan diriku sahaja..
permukaan jln yg licin menyebabkn aku hilang kawalan dan terus jatuh bertongkatkan tanganku.. alhamdulillah, motosikal itu sempat bertahan.. tiada sebarang kecederaan pada badannya.. tetapi, pada diriku.. kesakitan itu menular perlahan2.. tanpa titisan darah.. nikmatnya dirasai tatkala aku ingin menunaikan solat..
monolog dalamanku, “inilah yg dipanggil kafarah dosa..”. alhamdulillah.

Insiden 5 tahun lepas masih segar dalam ingatanku.. kemalangan yg berlaku pada hari isnin.. dan berulang seminggu kemudian pada hari yg sama. Tiada yg teruk, melainkan body motor terpaksa ditukar.. dan body tuannya terpaksa menerima rawatan susulan ekoran sakit kepala yg kerap menyerang..
Kata diri, “ jika ia berulang lagi, nescaya itu petanda dekatnya diriku pada liang lahad”.. beberapa ketika, insiden ini berulang lagi.. ketika aku bersama sahabat baikku. Kuasa Allah.. kedua2nya selamat.. tanpa sempat digilis oleh mana2 kenderaan.. apepun ujian yg menimpa, ia membuatkan aku semakin tegar.. semakin kuat..
....moralnya, ‘jadikan setiap ujian itu sebagai pencetus motivasi dirimu’.. ‘pandanglah ia dengan positive thinking.. dan sandarkan ia pada yg Maha Mencipta sesuatu buatmu”..
masayaAllah..tabarakallah..
.......................................
akhirul kalam, semoga mendapat manfaat dalam penulisan kali ini.. aku menulis bukan sekadar utk memberitahu, juga bukan sekadar utk mencetuskan mahu.. tetapi aku menulis, kerna aku punye ‘ghoyah’ yg satu..
dan pasti..setiap blogger juga punye matlamat dalam penulisannya.. ade yg tidak suke bercerita, tetapi suka menulis tentang ilmu agama. Dan ade juga yg sebaliknya.. apepun, bagi aku.. setiap pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat dan kesukaan masing2.. mungkin di blog ini, aku lebih suka menceritakan tentang kehidupan.. kehidupan manusia yg pelbagai. Aku cantumkan kisah mereka supaya ia menjadi iktibar buat diriku dalam mengharungi liku mendatang..
“hakikatnya, manusia juga turut belajar daripada sirah Rasulullah.. gambaran kehidupan seorang manusia agung..”
Alfu syukran aku ucapkan kepada mereka yg mengunjungi blog ini.. juga kepada mereka yg sudi menjadi follower ‘khaulah al-azwar’.. dan tidak lupa, kepada mereka yg sering mendoakan diri ini.. tiap masa, dan tiap ketika.. jazakumullah wa asif ‘ala kulli hal..

Khaulah~

Wednesday, April 29, 2009

be a good muallimah!


Perpisahan~

Alhamdulillah, perjalanan hari ini dirancang dengan baik olehNYA.. penat tetapi banyak perkara yang aku belajar sepanjang hari ini, 28hb April.

Becoming paper, 6hb ni. 2 paper, 1 major dan 1 minor. Mencari2 mood study untuk ‘killer subject’, kaedah pengoptimuman. Kata senior, belajar senang tapi soalan final lain dari apa yg dipelajari.. cmne nih?

bila org kate susah, mind set aku tetap ‘cool’.. Cuma aku realise, persediaan aku seringkali last minute.. dan ini yang menyebabkan keputusan itu jadi tak ‘cool’.. kenapa ye, suka sangat study last minute?? ‘monolog dalaman mengatakan, itu ‘habit’ aku..

‘ala kulli hal, alhamdulillah..perjalanan exam kali ni ‘undercontrol’.. walaupun habit itu tetap menyerang. Aku suka cara pemikiran ustaz zaharuddin. Kalau kalian inginkan motivasi, bleh usha2 blog dia.. seorang ustaz syorkan aku baca blog die untuk dapatkan motivasi.. Perjalanan beliau mencari ilmu cukup mengagumkan.. segala cabaran dibalas dengan ‘positive thinking’.. yg susah itulh yg dijadikan cabaran utk mendapatkan yg terbaik.. mabruk ustaz! ‘powerful emotional and spiritual quetiont’..


..........................


Hari ini adalah hari terakhir bersama akak2 sem 8.. diorang dah abes praktikum minggu lepas, jadi lepas ni masing2 akan dipostingkan sebelum menjadi

‘the real muallimah’..

Dari pagi aku tak duduk diam.. agak ‘busy’.. bukan disebabkan kerja persatuan, tapi ‘busy’ bersama mereka.. lebih kurang pukul 2 lebih, kami berempat bertolak ke rumah ‘mama musa’. Beberapa org senior dah ade kt sane menyediakan makanan tengahari, ‘laksa penang’.. sampai2 je, makanan dh terhidang.. ‘ , apa lagi.. tinggal makan je lh.. ‘eating together for da last day’..

Sambil makan, kami sembang utk ‘terakhir kalinya’..

Sambil2 tu jgk, kami snap beberap pic.. ‘for da last memory’.. tak ketinggalan pic dgn musa yg comel.. nanti kalau rajin, aku upload gmbr musa.. budak yg baik + soleh , mcm acik die =),

Lebih kurang pukul 4, kami dah nak berangkat.. masing2 still tgh syok bergambar, esp akak2 sem 8.. yea, mengerti. Aku juga akan lalui benda yg sama.. jika diizinkanNya. Akhirnya, setelah semua kamera disimpan, enjin kereta dihidupkan, selipar disarungkan, musa di ‘pass’ kepada ‘mama’ sebenarnya.. maka tibalah detik kemuncak.. ‘iaitu sesi bersalaman’ utk terakhir kali.. bukan tak sedih, tapi malas pikir.. jadi, mood petang tu agak happening.. masing2 ceria walaupun hakikatnya...sayu.

-end-


Kata diri, ‘usah tangisi sebuah perpisahan’.. kerna hakikatnya, perpisahan itu Cuma sementara.. disana kelak kita pasti bertemu..insyaAllah, dalam jagaanNya.

To all my sis ; asif ‘ala kulli hal wa syukran kathir...sirru ‘ala barakatillah..

.............................................................

Aku teringat kata2 yg dilafazkan oleh ayah kepada As-Syahid Dr Abdullah Azzam, seorang pejuang Afghanistan. Ia related dengan erti sebuah ‘perpisahan’..

Setelah As-syahid dibunuh, datang beberapa org kenalan utk mengucapkan takziah. Namun, ayah beliau yg juga merupakan mujahidin penting dipalestin dgn pantas menjawab, “tidak.. hari ini bukan untuk kalian mengucapkan takziah, tetapi TAHNIAH. Sambungnya lagi, ”Tidakkah Rasulullah saw pernah bersabda; “...org yang mati syahid itu memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya.” Demi Allah, dia tidak akan memulakan pemberian syafaat itu kepada orang lain melainkan bapanya. Oleh itu, ucaplah tahniah kepadaku.

MASYAALLAH, TABARAKALLAH!

Friday, April 24, 2009

special dedicate (^_^)


BismiLlahi wal hamduliLlah...


special dedicate for you sis! -MySpace


..b4 12pm mesg becoming birthday! after 12pm, msg lagi...
dan skrg, buat dedicate kt 'alam maya' pulak.. MySpace


special to sis 'khairul bariyah' (kak ba)..

thanah hilwah ya ukht habibah! dah 23 ye..
praktikum pun dh abes..jd, jgn lupe dtg tanjung malim.
mai jenguk kami kt cni ye.. nanti susah dah nak jumpe.. MySpace


ape2 pun, semoga sentiasa dalam lindunganNya..
jgn lupa 'muhasabah usia' itu penting..

teruskan perjuangan di medan pendidikan.. as a good muallimah!

-saasywaki fillah-MySpace




Saturday, April 18, 2009

ballighu 'anni~


kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita...
Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat...
Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat...
Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri...
Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......
hayatilah pemberian dr ALLAH SWT

Cinta kepada ALLAH~

BismiLlahi wal hamduliLlah...

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,

"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,

"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu."

Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,


"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,

"Aku ini Isa a.s."

Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,

"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima & lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Wednesday, April 15, 2009

La Tahzan~


ringkas tapi penuh makna...

Tuesday, April 14, 2009

Alfu SyukraN~

-gambar waseem..time kecik-


BismiLlahi wal hamduliLlah..


menulis bila ada kepentingan.. dan bila ada sesuatu yg ingin disampaikan..
kadang2..menulis kerana gembira..dan kadang2 bleh jadi dalam
keadaan 'bila zhouq'..

whatever, 'i must be strong!'..
as a poor servant.. and for 'them'..


....................


bila berbicara tentang kehidupan, aku sendiri taktahu nak terjemahkan apa.. semakin bertambah usia..semakin kita belajar apa itu hidup.. semakin kita merasa beratnya tanggungjawab..semakin kita sedar kenapa begitu...


dan kenapa begini...


bleh jadi, semakin kita mengenal kehidupan kita rase semakin
ingin lari dari realiti..

dan...bleh jadi, kita rase semakin seronok mengecapi erti hidup...
semuanya bleh berlaku...
sekarang aku dah nak masuk 22 tahun..
'hampir 22 tahun hidup'.. meaning what?

22 tahun ni beerti or 'useless'...???
semua bleh jadi.. mungkin aku baru dua tiga tahun dilahirkan..
or maybe 'tak lahir2 lagi'..
org yg punya aras kefahaman yg tinggi je yg akan faham maksud ayat diatas.. (",)


as a muslim, semakin bertambah usia kita semakin perlu berfikir.. tentang banyak perkara..sebab hidup ini bukan setakat didunia..
realitinye..kita sama2 menuju ke satu jalan..iaitu 'akhirat'..
tiba2..pagi tadi aku realise something.. tentang metod dakwahku..
betul ke ape yg aku buat? betul ke tindakan itu? atau..sekadar tindakan untuk menjaga kepentingan peribadi... 'ligat soalan itu berputar + menari2 di benak fikiran aku'.. buntu.. tersangat buntu.. dari semalam, aku berfikir..
mencari dan terus mencari..
alhamdulillah, bangkit diawal pagi..aku masih berfikir..
masih diberi ruang dan kesempatan untuk meng'islah' diri..
hakikat hidup yg aku perlu tempuh..sebagai seorang daie dan
juga sebagai seorg mad'u..
secara jujurnya, aku tidak pernah merasakan diri ini hebat...
seringkali rasa tidak layak itu hadir.. kerna aku bukanlah seorang yg terlalu sempurna untuk dijadikan teladan..apatah lagi untuk melafazkan kata tarbiyyah..
namun, jauh disudut hatiku.. aku yakin, setiap manusia dikurniakan
kelebihan pada diri masing2.. kelebihan bercakap dengan intonasi yg memukau, kelebihan menjadi 'good listener'.. kelebihan melembutkan hati seseorang..kelebihan melontarkan idea yg pantas dan bernas..
dan seterusnya... bermacam lagi kelebihan yg dimiliki oleh manusia..

cuma..

lihat bagaimana kita gunakan kelebihan yg ada...



.............................


terngiang2 kata2 seorang muallaf,


"kalau hari ini saya mati dalam keadaan kafir, saya akan tuntut semua orang Islam sebab tak ajak saya kepada Islam.."


kata2 yg mengundang tangis sang pendengar... dan aku turut terkesima..


berulang aku berfikir.. sudah terlalu baikkah dakwahku?
kdg2..prinsip itu minta untuk dinilai kembali..
kemaslahatan dan kemudaratan.. mana yg lebih berpengaruh?
jika hari ini aku terlalu keras untuk menjaga prinsip diri, bleh jadi aku akan abaikan mereka.. aku biarkan mereka terkapai-kapai mencari petunjuk..
suatu ketika, aku juga seperti mereka... terumbang ambing mencari makna hidup.. bukan sekali aku mencari..tetapi berkali2.. dengan dorongan kehendak + keinginan yg kuat.. aku bangkit setelah gagal.. aku masuk ke alam pencerahan..meninggalkan saki baki karat jahiliyyah.. terus kepada perjuangan..yg aku agungkan hari ini...

kerna pengalaman itu..aku dapat merasai perit jerih yg dihadapi oleh mereka.. aku memahami kehendak batin mereka.. yg inginkan perubahan..


bukan saja mereka, aku juga ingin berubah.. berubah ke arah yg lebih baik.. peng'islahan' yg sebenar.. untuk mentarbiyyah yg lain, aku perlu persiapkan diri.. seiring dengan ajakan..


"perbaikilah dirimu dan serulah org lain.."


kepada insan yg terlibat... asif kathir jika aku mencalitkan kekotoran pada jalan yg suci ini.. kita semua sama.. tidak wujud 'mereka golongan yg suci'.. mereka 'golongan yg hina'.. tetapi hakikatnya.. kita sama2 berpeluang untuk mengecapi hidayah itu.. satu perkara yg perlu dipasakkan....


"hidayah itu milik ALLAH.."


bukan milik aku.. dan aku juga inginkan hidayah itu..untuk terus mengecapi nikmat hidup di sana...

alfu syukran aku ucapkan...dan asif kathir 'ala kulli hal.. bleh jadi ini coretan terakhir, yg disampaikan dari insan yg terlalu hina.. yg seringkali lalai dalam mengingatiNya.. semoga kesedaran yg timbul dapat menyumbang sedikit saham kepada diri ini..



sirru 'ala barakatillah..






Thursday, April 9, 2009

FORUM PENDIDIKAN PERDANA

-PERHATIAN-
PROGRAM SOLAT HAJAT DAN FORUM PENDIDIKAN PERDANA
(TAJUK : PENDIDIKAN MASA DEPAN)
HARI : SABTU
TARIKH : 11 APRIL 2009
MASA : 7.00 pm-10.30 pm
TEMPAT : FOYER KOLEJ HARUN AMINURRASHID
PENCERAMAH :
1. USTAZ DZULKHAIRI BIN MOHD NOR (Pendakwah Bebas)
2. USTAZ FAUZE BIN BAIN (Mantan YDP MPP UPSI 04/05)
Anjuran : Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar 08/09
dengan kerjasama :
Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah KHAR
dan Persatuan Mahasiswa Sains, UPSI.

Wednesday, April 8, 2009

AL-haQ!


PAS menang di Bukit Gantang!
Intan Abdullah & Johari Jaafar Tue Apr 07, 09 11:25:37 am MYT
TerkiniBUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) -

Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.
Iklan

Keputusan tidak rasmi jam 9.20 malam, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi (21,860), mengalahkan BN (19,071) dan Bebas (62). Majoriti - 2,789 (majoriti dalam pilihan raya 2008 - 1,566).

8.51 malam:Keputusan tidak rasmi Nizar menang dengan undi 20,021, BN (17,076), Bebas (56). Majoriti - 2,945.

8.25 malam:Nizar masih mendahului dan majoriti telah meningkat lebih 3,000.

8.15 malam:Keputusan tidak rasmi sehingga 8.15 malam, PAS (16,316), BN (14,061), Bebas (40). Majoriti 2,255. Sehingga kini 64 peratus undi telah dikira.

7.35 malam: Keputusan tidak rasmi, Nizar masih mendahului:PAS (11,375), BN (8,998), Bebas (29). Majoriti 2,377.PAS menang!

7.20 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.20 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (9,423), BN (6,997), Bebas (25). Majoriti 2,426.

7.15 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.15 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (8,932), BN (6,584), Bebas (24). Majoriti 2,348.

7.05 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (7,294), BN (4,670), Bebas (17). Majoriti 2,624.

6.55 petang: Keputusan tidak rasmi sehingga jam 6.55 petang seperti yang dilaporkan oleh petugas di pusat pengiraan undi adalah; PAS (5,568), BN (3,792) dan Bebas (10). Majoriti 1,776.

6.45 petang: Keputusan tidak rasmi berdasarkan laporan wakil Harakah dan petugas pilihan raya di Bukit melaporkan; PAS (4,929), BN (3,161) dan Bebas (9).Majoriti (1,768).

6.30 petang: Sehingga jam 6.30 petang tadi, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mendahului dalam kiraan undi.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup.Dijangkakan proses kiraan di pusat berkenaan akan bermula jam 5.30 petang.

4.00 petang: Di Sek Ren Jen Keb Cina Phoay Eng, Kuala Sepetang, SPR mengatakan lebih 80 peratus daripada 1700 pengundi sudah keluar mengundi.

Berdasarkan pengamatan perayu undi dan petugas SPR, mood pengundi meningkat serta sokongan pengundi Cina memberangsangkan. Dato' Ngeh Koh Ham mengatakan peluang cerah bagi PAS bagi peti undi di Kuala Sepetang. Hujan mulai turun dan petugas pilihan raya mengambil langkah berjaga-jaga.

3.15 petang: Suasana tegang berlaku di Pusat Pengundian SK Panglima Bukit Gantang apabila sebuah bas sekolah yang mempunyai nombor plat Kuala Lumpur berhenti di hadapan sekolah berkenaan pada jam 1.15 petang.

Bas tersebut dipenuhi dengan 30 orang wanita yang dipercayai pengundi hantu.
Apabila para penumpang tersebut cuba untuk turun mereka telah ditahan oleh penyokong PAS yang bertanya sama ada mereka adalah pengundi atau tidak? Tetapi para penumpang tersebut tidak memberikan respon.

Pertelingkahan berlaku di antara penyokong PAS dan BN dan bas tersebut terus berlaku dengan penumpangnya daripada kawasan tersebut.

Bas tersebut kemudiannya didapati berada di kawasan pusat operasi Umno.
Dalam suasana tegang itu, seorang penyokong PAS telah dibaling dengan botol air dan pengsan.
Enam buah trak FRU telah dikejarkan ke kawasan tersebut, dan menjelang jam 2 petang keadaan terkawal.

1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN. Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh. Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.

10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.
Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan. Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN.
10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof
9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian. - mks._
TAKBIR bergema lagi !!! ALLAHUAKBAR !

Tuesday, April 7, 2009

zikrulmaut~


BismiLlahi walhamduliLlah..



suatu nikmat..menulis dlm kesakitan..

renungan supaya kita menghargai waktu sihat.. astaghfirullahaladzhim..



istighfar lagi..lagi..dan lagi...

kesakitan itu mula menular ke segenap urat sendi..

alhamdulillah.. kafarah dosa..

semoga timbunan dosa yg menggunung semakin hancur berkecai..

..menjadikan aku suci kembali, ibarat sucinya bayi yg baru dilahirkan...

alhamdulillah, senyuman masih mampu diukirkan..

tanda terimakasih pada Rabb yang menciptakan kesakitan..

alhamdulillah, tangan ini juga mampu menekan papan kekunci..

mencoret tiap lafaz mulia..

hari ini permulaan yg baik..

terngiang2 bicara tazkirah di surau kuo pagi td..

usai solat berjemaah... kata ini dilafazkan;

"pintu taubat itu sentiasa dibuka selagi mana nyawa masih belum sampai ke halkum.."



tangkal hatiku tersentap.. barangkali sudah lama merindui kata taubat..

"taubat nasuha"..dari hamba yg penuh dosa...penuh kehinaan..

aku kembali terfikir, saat ini aku sendiri sudah hampir ke penghujung kehidupan..

entah bila malaikat izrail dtg bertandang..bleh jadi disaat tangan ini rancak menaip kata2..

bleh jadi disaat kesakitan ini makin menjadi2.. dan tak mustahil diusia yg muda ini aku dijemput pergi..tanpa sempat merasai nikmat memiliki sebuah keluarga.. semuanya boleh berlaku..

kerna aku hanyalah seorang hamba.. dan aku adalah milikNYA.. bukan milik sesiapa..

layakkah aku pergi dalam keadaan diri yg kering amal kebaikan?

sekali lagi ayat itu datang bertandang..

"iaitu mereka yg menyangka telah berbuat kebaikan dalam urusan dunia.. sedangkan semua itu adalah sia2.."


(Al-kahfi:104)



kdgkala sukar utk menyeru kepada kebaikan..apatah lagi mencegah kemungkaran..

moga usaha yg sedikit dilakukan diredhaiNYA..

kerna sesungguhnya..hidayah itu bukan dari aku..tetapi dari ALLAH..



"sampaikanlah darimu walau sepotong ayat..."

...dan aku telah sampaikan.. semoga pintu hatimu dibuka untuk menerima hidayah Allah.. yakinlah engkau mampu berubah..

subhanAllah..


~asif 'ala kulli hal wa syukran kathir~


Wednesday, April 1, 2009

thanah hilwah ya ukht! ^23^


BismiLlahi wal hamduliLlah...


bulan 3 berakhir, masuk bulan 4.. pejam celik, dh nak abes sem. bulan 4 dh start final exam. huh! terlalu pantas... sedar tak sedar aku dh berada dipenghujung pengajian. sem depan dh sem 7.. (^_^)


gembira or sedih ???


...no feeling...


tetapi, realitinya..aku sudah mula memikirkan hal ini. apabila melintasi kawasan kampus, aku dibayangi kenangan sem lalu.. bersama2 sahabat, menjalani aktiviti persatuan, suasana meeting dll.. pengalaman yg tidak boleh dibeli..

hari ini sepatutnya merupakan meeting terakhir persatuan. bermakna, tak lama lagi aku akan melepaskan jawatan Naib Presiden PPI utk sesi 08/09. insyaAllah, akan ada org yg hebat utk menyandang jawatan ini kelak sekaligus memperbaiki segala kelemahan yg aku tinggalkan..


..rase mcm 'speechless'.


mungkin dh lame tak menulis. act, motif utama penulisan kali ni sebenarnya nak wish birthday seseorang.. my sis! kak matun..(^_^) ..minta maaf kak, dh lewat benar nih! tapi still nak wish.. didoakan akak success selalu dalam ape jua bidang yg diceburi.. jgn lupe kenangan lalu.. 'mopiko'..hehe.. dan moga dapat jodoh yg baik. (ameen).


teruskn berdebat! ..


Thanah hilwah ya Ukthi habibah '19 Mac 1986'-

welcome to the club ^23^