Pages

Wednesday, April 29, 2009

be a good muallimah!


Perpisahan~

Alhamdulillah, perjalanan hari ini dirancang dengan baik olehNYA.. penat tetapi banyak perkara yang aku belajar sepanjang hari ini, 28hb April.

Becoming paper, 6hb ni. 2 paper, 1 major dan 1 minor. Mencari2 mood study untuk ‘killer subject’, kaedah pengoptimuman. Kata senior, belajar senang tapi soalan final lain dari apa yg dipelajari.. cmne nih?

bila org kate susah, mind set aku tetap ‘cool’.. Cuma aku realise, persediaan aku seringkali last minute.. dan ini yang menyebabkan keputusan itu jadi tak ‘cool’.. kenapa ye, suka sangat study last minute?? ‘monolog dalaman mengatakan, itu ‘habit’ aku..

‘ala kulli hal, alhamdulillah..perjalanan exam kali ni ‘undercontrol’.. walaupun habit itu tetap menyerang. Aku suka cara pemikiran ustaz zaharuddin. Kalau kalian inginkan motivasi, bleh usha2 blog dia.. seorang ustaz syorkan aku baca blog die untuk dapatkan motivasi.. Perjalanan beliau mencari ilmu cukup mengagumkan.. segala cabaran dibalas dengan ‘positive thinking’.. yg susah itulh yg dijadikan cabaran utk mendapatkan yg terbaik.. mabruk ustaz! ‘powerful emotional and spiritual quetiont’..


..........................


Hari ini adalah hari terakhir bersama akak2 sem 8.. diorang dah abes praktikum minggu lepas, jadi lepas ni masing2 akan dipostingkan sebelum menjadi

‘the real muallimah’..

Dari pagi aku tak duduk diam.. agak ‘busy’.. bukan disebabkan kerja persatuan, tapi ‘busy’ bersama mereka.. lebih kurang pukul 2 lebih, kami berempat bertolak ke rumah ‘mama musa’. Beberapa org senior dah ade kt sane menyediakan makanan tengahari, ‘laksa penang’.. sampai2 je, makanan dh terhidang.. ‘ , apa lagi.. tinggal makan je lh.. ‘eating together for da last day’..

Sambil makan, kami sembang utk ‘terakhir kalinya’..

Sambil2 tu jgk, kami snap beberap pic.. ‘for da last memory’.. tak ketinggalan pic dgn musa yg comel.. nanti kalau rajin, aku upload gmbr musa.. budak yg baik + soleh , mcm acik die =),

Lebih kurang pukul 4, kami dah nak berangkat.. masing2 still tgh syok bergambar, esp akak2 sem 8.. yea, mengerti. Aku juga akan lalui benda yg sama.. jika diizinkanNya. Akhirnya, setelah semua kamera disimpan, enjin kereta dihidupkan, selipar disarungkan, musa di ‘pass’ kepada ‘mama’ sebenarnya.. maka tibalah detik kemuncak.. ‘iaitu sesi bersalaman’ utk terakhir kali.. bukan tak sedih, tapi malas pikir.. jadi, mood petang tu agak happening.. masing2 ceria walaupun hakikatnya...sayu.

-end-


Kata diri, ‘usah tangisi sebuah perpisahan’.. kerna hakikatnya, perpisahan itu Cuma sementara.. disana kelak kita pasti bertemu..insyaAllah, dalam jagaanNya.

To all my sis ; asif ‘ala kulli hal wa syukran kathir...sirru ‘ala barakatillah..

.............................................................

Aku teringat kata2 yg dilafazkan oleh ayah kepada As-Syahid Dr Abdullah Azzam, seorang pejuang Afghanistan. Ia related dengan erti sebuah ‘perpisahan’..

Setelah As-syahid dibunuh, datang beberapa org kenalan utk mengucapkan takziah. Namun, ayah beliau yg juga merupakan mujahidin penting dipalestin dgn pantas menjawab, “tidak.. hari ini bukan untuk kalian mengucapkan takziah, tetapi TAHNIAH. Sambungnya lagi, ”Tidakkah Rasulullah saw pernah bersabda; “...org yang mati syahid itu memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya.” Demi Allah, dia tidak akan memulakan pemberian syafaat itu kepada orang lain melainkan bapanya. Oleh itu, ucaplah tahniah kepadaku.

MASYAALLAH, TABARAKALLAH!

No comments: