Pages

Thursday, April 30, 2009

CaHaYa AgUnG~



BismiLlahi wal hamduliLlah...

Sambil diiringi alunan ‘pot elegance of the pachelbel..
aku menyelongkar kembali gambar2 lalu, gambar ketika menghadiri
‘training esq bagi angkatan mahasiswa ke-4’..

"itulah ‘habit’ aku bilamana inginkan motivasi.."

Melihat gambar2 tersebut memberikan ‘rasa tenang+rasa damai’ pada diri..
kerna bukan mudah untuk melihat sebuah senyuman ikhlas pada wajahku,
tetapi gambar2 itu jelas menunjukkan sebuah kebahagiaan yg aku rasai..

apabila mengimbas kembali saat itu, aku sedar bahawa kehadiranku ke sana bukan atas dasar suka2, tetapi aku punya ‘ghayah (matlamat)’ yg cukup besar.. ‘pengislahan diri’.. mencari hidayahNya..
dimana2 aku berada, aku pasakkan matlamat itu kerna aku sgt mendambakan petunjukNya.. petunjuk yg bisa mengeluarkan aku dari ‘kegelapan’, menuju kepada cintaNya..yg hakiki.

Paling terbaru, Dia izinkan aku menghadiri tafaqquh di masjid wilayah, yg disampaikan oleh ulama’ terkenal ‘Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.. entah mengapa, aku nekad utk menghadiri tafaqquh tersebut walhal dalam masa yg same, aku punye agenda yg lain dan keesokannya adalah exam final. ‘ala kulli hal, alhamdulillah. Dia permudahkan segala urusan dan niat suci itu.. aku hadir dengan satu ‘ghoyah’..
moga2 hidayah itu datang bertandang.

Berada dalam tafaqquh memberikan aku seribu satu rasa.. rasa kerdilnya diri tatkala diberi peluang berada ditempat yg mulia.. majlis ilmu.
Saat itu, sudah pasti malaikat turun menaungi majlis tersebut,
mendoakan semua hadirin yg dtg.. subhanallah.

“alangkah beruntungnya jiwa, jika saat ini sentiasa dinikmati...”

Hadirnya susuk tubuh itu membuatkan aku sedikit teruja.. peluang utk menatap wajah seorang ulama’ tidak kulepaskan.. ‘aku ingin nikmati ganjaran pahala itu’.. sebagai penebus beratnya timbangan kiriku..

Ahamdulillah, posisiku di tempat yg paling hadapan dalam kalangan muslimat memudahkan aku mengikuti tafaqquh tersebut.. jelas dan mantap penyampaiannya.. seringkali sebaris ayat yg dilafazkan mengundang ‘titis air mata’ yg sgt sukar utk dikeluarkan..

aku sedar, aku bukanlah seorang yg terlalu keras dan terlalu ego untuk menangis.. akhirnya, tanpa diminta2.. aku berjaya runtuhkan keegoaan itu..

subhanallah.

Aku teringat pesan ustaz, ketika insiden yg sama berlaku.
katanya, “...takpe, ustaz memahami..ia bisa memadamkan api neraka”.. lafaz ringkas yg benar2 menyentuh hatiku, dan menguatkan keinginan utk terus mendamba kasihNya...

Hadirin tawadhu’ mendengar bait2 indah yg disampaikan As-Syeikh.. tidak kurang, masing2 menjaga adab yg telah digariskan sebelum tafaqquh bermula.. inilah disiplin ilmu yg wajar dijadikan contoh dalam kita mendidik dan mentarbiyyah. Aku kagum dengan prinsip ini.. dan sudah pasti ikutan ini bermula dari keperibadian Rasulullah..

Dalam keasyikan itu, tiba2 aku terkesima lantaran ayat ini;

“...jangan mati dahulu, kalau kita tak ada istana dalam syurga..”

Ayat yg menusuk ke kalbu.. dan membuatkan mindaku tersentak berulang kali.. hinggalah Beliau mengatakan..

“..sesiapa yg istiqamah melakukan solat sunat 12 rakaat, maka Allah akan hadiahkan kepadanya istana di dalam syurga..”

masayaAllah tabarakallah..

betapa penyayangNYA Allah ta’ala.. diberikan kita garis panduan bagaimana utk mendapatkan kebahagiaan di akhirat kelak, tidak dibiarkan kita terkontang kanting mencari arah tuju.. kalam agung, Al Quranul kareem.. disusuli sunnah, ijma’ dan qiyas.. tetapi, seringkali kita alpa.. seringkali kita tidak bersyukur.. dan seringkali kita mengetahui tanpa kita memahami.. astaghfirullahal adzhim..
usai tafaqquh, aku nekad utk terus mengikat diriku dengan majlis seperti ini.. majlis yg bisa melembutkan hatiku yg ‘keras’.. ‘lorong pencarian hidayah Allah’..


...................

Saat aku menulis, jam sudah menunjukkan pukul 3.23 pagi. Aku bangkit dari lenaku setelah ‘mati’ beberapa jam lalu oleh kerna kesihatan yg tidak mengizinkan. Menyelongkar rahsia kehidupan hari ini mengundang syukur yg tidak terhingga kepadaNya.. ya, sepertimana bisa.. aku sibuk dengan urusan dunia.. gerak kerja persatuan yg masih belum selesai, dan kepentingan peribadi yg perlu disetlekan..
dalam keadaan hujan yg lebat petang tadi, aku diuji dengan kecelakaan yg juga berupa rahmat dariNya.. insiden 5 tahun lepas berulang. Tetapi kali ini, hanya melibatkan diriku sahaja..
permukaan jln yg licin menyebabkn aku hilang kawalan dan terus jatuh bertongkatkan tanganku.. alhamdulillah, motosikal itu sempat bertahan.. tiada sebarang kecederaan pada badannya.. tetapi, pada diriku.. kesakitan itu menular perlahan2.. tanpa titisan darah.. nikmatnya dirasai tatkala aku ingin menunaikan solat..
monolog dalamanku, “inilah yg dipanggil kafarah dosa..”. alhamdulillah.

Insiden 5 tahun lepas masih segar dalam ingatanku.. kemalangan yg berlaku pada hari isnin.. dan berulang seminggu kemudian pada hari yg sama. Tiada yg teruk, melainkan body motor terpaksa ditukar.. dan body tuannya terpaksa menerima rawatan susulan ekoran sakit kepala yg kerap menyerang..
Kata diri, “ jika ia berulang lagi, nescaya itu petanda dekatnya diriku pada liang lahad”.. beberapa ketika, insiden ini berulang lagi.. ketika aku bersama sahabat baikku. Kuasa Allah.. kedua2nya selamat.. tanpa sempat digilis oleh mana2 kenderaan.. apepun ujian yg menimpa, ia membuatkan aku semakin tegar.. semakin kuat..
....moralnya, ‘jadikan setiap ujian itu sebagai pencetus motivasi dirimu’.. ‘pandanglah ia dengan positive thinking.. dan sandarkan ia pada yg Maha Mencipta sesuatu buatmu”..
masayaAllah..tabarakallah..
.......................................
akhirul kalam, semoga mendapat manfaat dalam penulisan kali ini.. aku menulis bukan sekadar utk memberitahu, juga bukan sekadar utk mencetuskan mahu.. tetapi aku menulis, kerna aku punye ‘ghoyah’ yg satu..
dan pasti..setiap blogger juga punye matlamat dalam penulisannya.. ade yg tidak suke bercerita, tetapi suka menulis tentang ilmu agama. Dan ade juga yg sebaliknya.. apepun, bagi aku.. setiap pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat dan kesukaan masing2.. mungkin di blog ini, aku lebih suka menceritakan tentang kehidupan.. kehidupan manusia yg pelbagai. Aku cantumkan kisah mereka supaya ia menjadi iktibar buat diriku dalam mengharungi liku mendatang..
“hakikatnya, manusia juga turut belajar daripada sirah Rasulullah.. gambaran kehidupan seorang manusia agung..”
Alfu syukran aku ucapkan kepada mereka yg mengunjungi blog ini.. juga kepada mereka yg sudi menjadi follower ‘khaulah al-azwar’.. dan tidak lupa, kepada mereka yg sering mendoakan diri ini.. tiap masa, dan tiap ketika.. jazakumullah wa asif ‘ala kulli hal..

Khaulah~

No comments: