Pages

Friday, July 11, 2008

::amnan asyraf~

adik..smile!

'hafiz' to be...insyaAllah


'ketinggian ketenangan'


ya Allah...dia permata hidup kami, penuhi dadanya dengan cahaya Al-quran, jauhi dirinya dari kemurkaanMu..berikan padanya kebijaksanaan, jadikanlah dirinya pendokong agamaMu, pejuang pada jalanMu.. kerna sesungguhnya hanya padaMu ya Allah, hanya padaMu kami sembah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan..ameen.

::la tahzan~

'la tahzan'

Assalamu'alaikum w.b.t...

hari ini hari khamis, bersamaan 7 rejab 1429 h. terdetik untuk berkongsi sedikit dgn sahabat2, perkongsian yg ana petik dari buku 'la tahzan'..karangan Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni. buku kesayangan ana, beli dh lame..tapi still tak abes bace..sebbnya, bace time sedih j..:). buku ni ad 3 jilid..harga rm9.80 sebuah. beli dgn dua org sahabat ketika balik bercuti dua sem lepas. sahabat baik ana, asmia ayu..(he, rindu benar kat dia..cuti baru2 ni pun xsempt nk jumpe). dia ambil jilid 2, izyan pun ambil jilid 2. ana plak ambil jilid 3..jilid 1 dh abes time tu..buku ni kecik je, sengaja dibukukn dengan saiz yg kecik, supaya senang nak dibawa kemana2..kreatif! 'motivation book'..ant.buku kegemaran ana, first book..'nak ke tak nak..tulisan hm tuah. then, diikuti dgn buku2 seterusnya..


tenanglah, wahai manusia..

kepada org2 yg ditimpa musibah dan bencana, At-Tanukhi mengatakan: "tenanglah kalian, banyak orang telah mengalami seperti ini sebelum ini".

sesungguhnya orang2 sebelum kita
telah melalui masa seperti ini
dan mengalami penderitaan
sebagaimana yang kita alami
boleh jadi di malam-malam tertentu
penuh dengan kebaikan namun..di kemudian hari
malah mencemari kebaikannya

ini adalah hukum alam, yang sudah berjalan sejak dahulu,

dan sesungguhnya Kami benar-benar akan memberi cabaran kepada kalian dengan sedikit.
(Al-Baqarah:155)

dan sesungguhnya Kami benar-benar telah menguji orang-orang sebelum mereka...

(Al-'Ankabut:3)

sesungguhnya merupakan suatu keadilan, apabila Allah membersihkan hamba-hambaNya dari dosa-dosa dan menimpakan cubaan kepada mereka dengan kesulitan sebagaimana Dia menguji mereka dengan kelapangan serta mempersilih-gantikan siang dan malam kepada mereka. Jika demikian kenyataannya, mengapa tidak menerima dan membangkang??

...dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka:"Bunuhlah diri kalian sendiri atau keluarlah dari kampung kalian,"nescaya mereka tidak melakukan, kecuali sebahagian kecil saja dari mereka...(An-Nisa':66)


seorang penyair mengatakan:

sekiranya engkau katakan kepada:
"Anjaklah bara api", nescaya ku jawab:
"Baiklah, demi menyenangkan hatimu
ku anggap bara api ini sebagai emas."

...begitulh, antara topic yang terkandung didlm buku ini..topic 249,m/s 170. 'ketenangan' itu sgt2 penting tika kita ditimpa musibah, kerna dgnnya kita dpt berfikir dgn baik, dan dgnnya juga kita akan dpt mencari hikmah disebalik musibah yg diberikan oleh Allah.. berikan kekuatan padaku ya Allah.. kekuatan 'iman dan taqwa'. moga2..'sakinah' itu sentiada ade bersama2ku dan terpancar pada wajahku sentiasa..ameen.


Saturday, July 5, 2008

Khaulah Al-Azwar~

::Islam pastikan menang!!!


nama yang cukup indah..'Khaulah Al-Azwar', seiring dengan peribadinya yag tangkas dan penuh semangat dalam memastikan kemenangan Islam. ya muslimat! renungkanlah kisah seorang 'bidadari besi' yang prlu kita contohi dalam mengharungi perjuangan yang pasti berkesudhn dgn kemenangan..takbir!


Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi pencinta sirah Islam. Skil & teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Malah, pada ilmu saya, barangkali beliau merupakan wanita yang paling handal berlawan dalam sejarah Islam.
Episod-episod penglibatan Khaulah dalam perang-perang Islam tercatat dalam Maghazi Rasulillah hasil kompilasi Muhammad bin Umar Al-Waqidi Al-Aslami. Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi pembuka Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya , ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."

Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut.
begitulah kisah seorang serikandi yang ana amat kagumi.. moga2 semangat, kekuatan,keberanian yang ada dalam dirinya mengalir dalam tubuh ana. insyaAllah..ameen.:)

Friday, July 4, 2008

keZALIMan ISA makin menjadi2...

salam ukhwah buat semua pembaca yang sudi berkunjung ke blog ana..

pembuka bicara untuk lembaran baru, sem baru, atau mungkin 'RUHUL JADID'..(semangat baru), moga2 kali ini ana lebih petah untuk berbicara dan berupaya menjadi pemikir Islam. peristiwa yang menimpa seorang tahanan ISA baru2 ini begitu menyentap naluri kemanusiaan ana..sedih bercampur geram. seorang anak yang begitu merindui pertemuan dengan si ayah pergi menghadap Ilahi tanpa sempat menatap wajah si ayah buat kali terakhir.. inilah yang dikatakan 'perikemanusiaan'.. amat mendukacitakan, sayu hati si ayah apabila hanya mampu menatap tubuh kaku anak yang sudah tidak bernyawa...hiba..luluh rasanya hati bagi mereka yang melihat, namun tidak sama dengan kesayuan yang dipikul oleh keluarga mereka. lebih2 lagi ayahnya..Shahrial Sirin. salam takziah ana ucapkan..moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang berada pada landasan kebenaran, yang sentiasa menegakkan panji Islam sehingga ke akhir hayatnya..


Anak tahanan ISA, Shahrial Sirin, Aina Mardiah, 17, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Serai jam 11.30 pagi tadi.





HULU LANGAT, 4 Julai (Hrkh) - Jenazah anak sulung mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin, Aina Mardiah, 17, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Serai jam 11.30 pagi tadi. -->
Setengah jam sebelum itu, jenazah Aina disembahyangkan hampir 200 jemaah di masjid Sungai Serai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
Turut serta menyembahyangkan jenazah anak kesayangan Fatma Masrum itu ialah Adun Hulu Klang, Saari Sungib yang juga bekas tahanan ISA; Adun Chempaka merangkap Exco Kerajaan Negeri, Ir. Iskandar Abdul Samad; Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan lima orang bekas tahanan ISA.
Pengebumian Aina turut disaksikan berpuluh-puluh rakan sekolahnya dari Sek. Men. Keb. Dusun Nanding termasuk beberapa orang guru.
Sementara itu, sebaik keluar dari van jenazah, Shahrial yang masih mengenakan pakaian yang dipakai sewaktu tiba dari Kementa semalam bersama-sama ahli jawatankuasa khairat kematian menurunkan jenazah anaknya ke liang lahat.
Suasana bertambah pilu tatkala, Shahrial mencuri sedikit masa meriba, memeluk dan mencium kedua-dua anak perempuannya, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 sebaik sahaja jenazah kakak mereka dikebumikan.
Pelukan kasih sayang Syahrial untuk Almarhum Aina tidak kesampaian kerana dipisahkan oleh akta yang zalim; mungkin sebab itulah beliau tidak mahu melepaskan peluang meluahkan kasih sayang itu kepada dua anak perempuannya.
Fatma Masrum yang duduk di belakang suaminya ketika imam membacakan talkin, kelihatan sugul sambil memeluk dan mengusap suami tersayang yang terpisah sejak tujuh tahun lalu.
Sebaik sahaja jenazah selesai dikebumikan, pihak polis memberi sedikit kelonggaran kepada Shahrial untuk bertemu dan bersalaman dengan beberapa sahabat yang sekian lama tidak berjumpa.
Turut bersalaman dengan beliau, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Sany Hamzan.
Lima orang bekas tahanah ISA yang bersama-sama beliau ketika di Kemta turut bersalaman dan berpelukan dengan beliau, termasuklah jiran dan rakan-rakan beliau.
Ada yang memeluk sambil menepuk bahu beliau sambil memberi kata-kata perangsang agar beliau tabah dan bersabar dengan ujian Allah SWT.
Suasana menjadi hiba apabila kelihatan beberapa rakan beliau turut menitiskan air mata ketika memeluk Shahrial namun beliau tetap tenang dan masih tersenyum.
Anggota polis yang ditemui di tanah perkuburan memberitahu, Shahrial dibenarkan menemui keluarganya pada malam ketujuh dan esok.
Tujuh orang polis yang mengawal Shahrial membenarkan beliau balik ke rumahnya sebentar untuk menukar pakaian dan kira-kira jam 12.20 tengahari menaiki van berwarna putih ke lokasi yang tidak diketahui.
Sementara itu, kepada pembaca yang sudi membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, salurkan sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.- tajdid _


'alangkah beruntung apabila diri diuji, kerna sesungguhnya ujian dari Allah itu adalah tarbiyyah yang amat berharga..terus dari Sang Pencipta.. teruslah bersabar wahai saudaraku, kesabaranmu pasti berakhir..dan pengakhirannya adalah suatu kenikmatan yang tiada tolok bandingnya..SYURGA.