Pages

Saturday, June 20, 2009

salahkah...??



petang tadi aku berkesempatan menyaksikan siaran langsung perlawanan bola jaring asian ke-7. Malaysia vs India. Perlawanan menarik yg menyaksikan Malaysia menewaskan India dengan kiraan gol 78-15. Permulaan rancak dari Malaysia pada awal set, kemudian sedikit 'slow'.. dan akhirnya kembali bertenaga.


'perlawanan menarik.. aku memang tertarik.. tapi...'

satu persoalan singgah dibenakku, 'salahkah kalau bersukan dengan menutup aurat?'

pemakaian atlet yg mengikut syara' tidak dititikberatkan.. rata2 sukan yg diadakan menampilkan gaya pemakaian yg menjolok mata, dari dulu sampai sekarang.. olahraga + renang + ... seringkali itulh ia mengundang rasa segan pada mereka yg menutup aurat untuk menceburkan diri dalam lapangan ini.

..mudah untuk bergerak'
..lebih selesa dan rasa ringan'
..dan mcm2 lg alasan dicipta'
tidak salah untuk bersukan, cuma jagalah apa yg sepatutnya dijaga.. jgn terlalu turutkan peraturan dunia, hinggakan mengenepikan pandangan Allah.. buat renungan bersama~


49:10


"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin

"jgn sesekali malas untuk mendoakan mereka kerna kita adalah 'bersaudara'.."


Thursday, June 18, 2009

khabar pemergian~



Lirik & Lagu: Aphique
Vokal: Copuk
Susunan & Suntingan Video: HafizAdam
Video Asal: Ikmal, HafizAdam
Gambar: Ahli Beit Ammar & Anas
Penerbit: Gen6 Mdcairo

Jalan mengingati kematian~


BismiLlahi wal hamduliLlah...



bagaimana cara terbaik u mengingati mati?
sekadar perkongsian.. aku lontarkan beberapa catatan ringkas tentang jalan terbaik utk mengingati mati.. ilham dari buku 'Alam Kubur'.


antara caranya adalah dgn memperbanyakkan kenang-kenangan kepada kawan2 atau teman seperjuangan yg telah pergi meninggalkan kita..


ingati mereka seketika, bagaimana kematian mereka dan bagaimana akhirnya tempat berdiam di bawah tanah..kemudian, bayangkan pula rupa-rupa mereka.. juga kedudukan dan jabatan mereka di kalangan masyarakat..


kenangkan bagaimana keadaannya sekarang.. sudah pasti keelokan paras rupa dan kedudukan itu telah dilenyapkan oleh tanah yg menutupinya.. sudah pasti bahagian2 tubuhnya sudah bercerai-berai antara satu dengan yg lain..


masjid dan majlis ilmu juga berkurang kerana ditinggalkan mereka.. bahkan bekas2 apapun dari mereka sudah tidak didapati lagi..


resapkan dalam hati.. bahawa ia adlh tidak berbeza sama sekali dgn keadaan kawan2nya yg tlh lebih dulu pulang ke rahmatullah.. apa yg akan dialami oleh mereka adalah sama..


katakanlah:


"sesungguhnya kematian yg kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yg mengetahui yg ghaib dan yg nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yg telah kamu kerjakan".



(Al-Jumu'ah :8)


Wednesday, June 17, 2009

pemergian seorang mujahid~


"jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat...
Laksana anak-anak akhirat...
melihat dunia dari jendela akhirat."

(Allahyarham Ammar Zulkifli)


~Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu~



...............


BismiLlahiwalhamduliLlah...

agak lame aku tidak mencoret.. ketandusan idea mungkin,
tetapi saat ini aku tiba2 merasa terpanggil untuk mencoret sedikit catatan mengenai seorang yg aku kenali di fotopages .. yg kini telah kembali ke rahmatuLlah..

AL FATIHAH buat Allahyarham Muhammad Ammar bin Zulkifli
yg meninggal pada 10 Jun 2009 di Kaherah, Mesir.

sepertimana ummu Ammar yg terpanggil untuk mencoret didalam blog anaknda kesayangannya, aku juga merasa terpanggil utk mengucapkan takziah atas pemergian anaknya..

sejujurnya aku sgt terkejut apabila mengetahui berita ini.. aku tahu mengenai kemalangan yg berlaku di kaherah, yg melibatkan pelajar Malaysia. tetapi paling tak kusangka mangsa yg meninggal dunia adalah dia..

"itulah ketentuan Tuhan, tidak kira tua atau muda.. "

hatiku lebih tersentuh apabila membaca coretan ummu Ammar..
begitu tabah si ibu menerima ketentuan Ilahi.. dan sudah pasti dia bangga melahirkan anak yg soleh, yg bercita2 tinggi untuk memartabatkan Islam.. yg sentiasa bersemangat menyampaikan dakwah.. perginya juga dalam keadaan mulia, kerna niat yg suci..
bicara ummu Ammar begitu menyentuh, luahan seorang ibu yg kuat tarbiyyahnya.. walaupun aku tidak mengenali Allahyarham secara dekat, aku yakin dirinya juga seorang yg kuat pegangan agama..
lihat saja blognya yg penuh dgn kata dakwah..bicara tentang Palestin.. dan juga saat2 ketika dikebumikan.. dia disembahyangkan ramai jemaah.. diiringi hujan renyai2.. seolah2 alam turut menangisi pemergiannya.. perginya seorang mujahid..

“ALLAH mengambil ammar daripada makcik tetapi ALLAH menggantikan makcik dengan berpuluh-puluh lg anak yang akan meneruskan perjuangan ammar.."


Allahyarham meninggalkan dunia fana ini pada usia yg muda, 21 tahun.,
tiada yg mustahil, bilamana Dia berkehendak..
dan ternyata Dia lebih menyayanginya..

disaat ini..
dia telah pergi meninggalkan segala keseronokan sementara itu..
pergi dengan membawa bekalan amal akhirat..
yg pasti diiringi doa2 ibu bapa dan sahabat handai yg tidak putus..
betapa bertuah dirinya.. dikelilingi mereka yg soleh..
yg senantiasa berdoa dan..terus berdoa..

"dia pergi dengan senyuman..
sepertimana dirinya yg senantiasa riang tersenyum ketika hidup.."


tribute kepada sahabat2 nya...
yg sgt tulus dalam bersahabat..
seketika, mereka membuatkan aku kagum pada ungkapan 'ukhwah'..

syukran kerna mengajar aku suatu makna yg indah..
semoga hidupmu sentiasa bahagia di sana.. dikelilingi org2 soleh..
dan semoga hadirku kesana dalam timbangan amal yg melayakkanku berada di syurga Firdaus..

ameen ya Rabb.............

Sunday, June 14, 2009

Fawwaz~

ini Nur Fawwaz Batrisya.. budak ni sgt comel, (^_^)

-ini pula, Fawwaz mukmin~

-bile tgk fawwaz, rase tenang je..~
( semoga membesar menjadi mujahid + mu'min yg berjaya~)



MatahariKu~

-MatahariKu-


- this place : Hayd Al Jazeel~


"yg paling baik,...kita ingat pada Tuhan.
kalau setiap saat tu kita tak lupakn Tuhan,
insyaAllah Tuhan pun takkn lupakan kita,
setiap apa yg kita buat, Tuhan akn lindungi kita."


..Eyyad Aysar..

...........

"aku abadikn kata2 diatas pada blog ini, untuk renungan kelak.. kdg2 tidak perlu bicara yg pnjg, cukup kata2 ringks yg m'insafkn.."


pemergian seorang tokoh gerakan Islam~


AL-FATIHAH buat Syeikh Fathi Yakan
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, Kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan"
[Al-Jum'ah:8]
......................................
"semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba yang soleh.. ameen"

Wednesday, June 3, 2009

bantulah aku melawan nafsu~


Bantulah Aku Melawan Nafsu
Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku

Tuesday, June 2, 2009

stadium sultan mizan runtuh~





KUALA TERENGGANU, 2 Jun: Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu runtuh jam 9.30 pagi tadi walaupun baru beberapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008. Bangunan yang boleh memuatkan 50,000 penonton itu hampir separuh runtuh (40 peratus) dan tidak boleh digunakan lagi.
Turut tertimbus di bawah runtuhan adalah sebuah kereta Kancil dan empat buah motosikal. Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang menghadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM).
(maklumat diatas diperoleh drpd siasahdaily.blogspot.com, cuma aku ubah masa kejadian iaitu jam 9.30 pagi)
............................
petang tadi, aku berpeluang melihat sendiri keadaan stadium yang runtuh. kerosakan agak teruk dan pasti memakan kos yg besar untuk dibaik pulih.. sepertimana kos untuk membinanya.
renungkan, apa yg ingin Allah tunjukkan kepada kita.. ~