Pages

Saturday, October 31, 2009

Buat Muslimah~




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.


Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:


"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....


Renungilah Ia Buat Muslimah....

sumber: www.iluvislam.com

also credit to : http://princessislam.blogspot.com/

The way i see..



'The superior man/woman is modest in his speech, 
but exceeds in his actions'


- khaulah~

Friday, October 30, 2009

HIMPIT 10K~







HIMPIT bermula..

"Dia adalah penghuni langit, bukan penghuni bumi.."




sedikit perkongsian tentang seorang tokoh hebat, 'uwais AlQarni'.. bacalah dengan tenang dan penuh penghayatan.. ikhlaskan niat. ambil 'ibrah yang tersembunyi.. walaupun artikel ni panjang, tp sgt menarik untuk dihayati.. insyaAllah. 


SmileyCentral.com

..........................


Ada seorang pemuda bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah SAW. Beliau yang berkulit kemerah-merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.
Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul. 

Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepadanya untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika dia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.

Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. 

Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi SAW dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Akhirnya, dia terpaksa memohon keizinan Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.

Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah dia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sibuk mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju ke kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar dan Sayyidina Ali mendatangi mereka dan bertanya apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali  memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut

“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di atas kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang
tertinggal.


Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
 

“Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.) Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.

SmileyCentral.com
 
tahniah... selamat menghabiskan bacaan. semoga mendapat input yang bermanfaat.


sumber : http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/106-uwais-al-qarni.html
*sedikit edit*





Thursday, October 29, 2009

emoticon~

SmileyCentral.com
.
.
.
.
SmileyCentral.com





SmileyCentral.com


khas untuk ahli bait di taman bernam... selamat study!


Wednesday, October 28, 2009

hasrat~




BismiLlahi wal hamduliLlah...


terasa lama tidak menulis di laman sesawang nh.. hampir2 aku mengambil keputusan untuk private blog ni dalam suatu jangkamasa yg agak lama. tapi, perancangan aku gagal lagi.. ada sebab aku kembali menulis, walaupun entry2 dalam laman ini bukanlah totally bersifat 'ilmiah'.. menulis boleh jadi untuk mencari kekuatan dalam diri..terpulang pada sudut pandang masing2.. cuma, jgn terlalu suka menjudge seseorang individu andaikata apa yg ditulisnya bukanlah mengikut selera bacaan anda. 


apa yg aku fikirkan ???


diakhir2 pengajian, terlalu banyak benda yg aku fikir.. perancangan ttg masa depan dtg bertalu2.. 'nak kena susun ikut folder tersendiri'..soal bisnes, sambung belajar, travel, dan macam2.. 

"percaturan hidup untuk suatu jangka masa memerlukan perancangan yang rapi.."
"..dan disebabkan itu.. aku mahukan pengurusan hidup yg teratur.."
"...bukan main redah je.."

 act.aku dh xsabar nak pergi sana.. :)


mak kate : "nanti tunggu ayah pencen.. kita pergi satu family"
aku kate  : (tak kate ape) -senyum sinis- 'aku still berkeras dgn keinginan tu'


dan hari ini.. aku masih meletakkan harapan yg tinggi untuk berada di sana dalam masa terdekat. mungkin tahun depan, takpun tahun lagi satu.. ada sesuatu yg perlu aku tunaikan di sana.. huh! rindu dtg bertandang lagi..


khaulah07.com



salam Imtihan...

untuk sementara waktu, aku terpaksa guna template ni.. ('pink' bukan warna fav aku). saje je, letak dulu. widget2 byk yg dh hilang..malas nak cari balik. apepun, insyaAllah nantikn kemunculan khaulah07.com..:),

lambat lg kot.. nak kena setting pemikiran biar terarah sket..


p/s: teringat kt template lame.. tp nak buat mcmane.. pic xbox sgt2 menggangu..

Saturday, October 24, 2009

.......


error occur..
huh,nanti tukar template lain..
lepas2 setle semua task..

tp..

syg jgk template ni..

Thursday, October 22, 2009

'sakinah'




BismiLlahiwalhamduliLlah...

sedikit perkongsian..

usai subuh di surau al-falah pagi tadi, aku didendangkan dengan satu tazkirah yg cukup menarik.. dipetik dari kitab ta'lim fadhilat amal.. tazkirah tentang maksud 'sakinah'.. sama2 kita hayati dan beramal..


Hadis 2:

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a, RasuluLlah S.A.W bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah S.W.T (masjid), membaca al-Quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah azza wajalla menyebut nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Keterangan Hadis:

Turunnya ‘sakinah’ telah disebutkan dalam banyak hadis. Terdapat beberapa pendapat di kalangan para ulama hadis mengenai maksud ‘sakinah’. Diriwayatkan bahawa Hazrat Ali r.a menafsirkan ‘sakinah’ sebagai sejenis bayu yang istimewa yang berwajah seperti wajah manusia. Dinukilkan bahawa ‘Allamah Suddi rah. menyatakan ‘sakinah’ ialah nama sebuah mangkuk emas di dalam syurga. Di dalam mangkuk inilah hati-hati para Nabi ‘alahi salam dicuci.

Sesetengah ulama yang lain berpendapat bahawa ‘sakinah’ adalah satu rahmat yang istimewa. Imam Tibri rah. pula bersetuju bahawa yang dimaksudkan dengan ‘sakinah’ adalah ketenteraman hati. Sebahagian yang lain pula mengatakan ‘sakinah’ sebagai ketengan jiwa. Sesetengah ulama menafsirkan ‘sakinah’ sebagai ‘waqar’ (sifat jati diri) dan yang lain pula menafsirkan ‘sakinah’ sebagai malaikat-malaikat. Imam Nawawi rah. berpendapat bahawa ‘sakinah’ merupakan suatu perkara yang terhimpun daripada ketenangan, rahmat dan sebagainya dan turun bersama-sama para Malaikat. Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran:
‘Maka Allah menurunkan ketenanganNya ke atasnya (Muhammad S.A.W)’. At-Taubah : 40.

Dalam ayat yang lain Allah S.W.T berfirman:
‘Dialah yang menurunkan ‘sakinah’ ke dalam hati-hati orang mukmin.’ Al-Fatah : 4.


.................

pernah suatu ketika, aku bersungguh2 mendoakan supaya aku menjadi sepertimana maksud namaku, 'sakinah'.. yg penuh dengan ketenangan.. doa ini aku pohon ketika berumur 12 tahun.. saat ingin menghadapi peperiksaan upsr. sebabnya, setiap kali exam aku rasa berdebar.. aku takut tak dapat perform dengan cemerlang.. org kata, 'darah gemuruh'.. sampaikan mak aku sendiri bimbang.. dan disebabkan penyakit ini juga, aku tak boleh lambat.. pergi kelas mesti sebelum pukul 7 atau lebih sket. bila jarum jam dah menunjukkan angka 7.15, aku dah mula panik.. kebetulan, aku ditaklifkan sebagai penolong ketua pengawas.. hari2 aku akan round satu sekolah.. jadi, aku dh set awl2 dalam fikiran.. 'aku tak bleh lambat'.. kalau lambat, jantung aku rasa mcm nak tercabut.. berdebar sgt2.. but now..

alhamdulillah, dah ok ('',)

sebab tulh, aku sgt2 menghargai maksud nama 'sakinah'.. aku juga suka bila org panggil aku dengan nama penuh, 'sakinah'.. rasa sejuk..tenang je.. sbb panggilan tu merupakan doa..


.........

doa nabi yusuf,

Allahummanuurun fi wajhi ka nuuruyusufa abadan abada birohmatikaya Allah..faman roani yuhibbuni

baca doa nih selalu..


'semoga maksud namaku seiring dengan penghayatanku.. dan bila org memandangku, mereka juga akan turut merasakan ketenangan..ameen'



Monday, October 19, 2009

new return~

BismiLlahi wal hamduliLlah...

'...malam 23..'

kenangan terindah dibulan Ramadhan..


.....****.........

alhamdulillah, berkesempatan utk mencelah dlm kesibukan dan ketiadaan mood untuk menulis.. + simpton2 di penghujung sem mula datang, insyaAllah aku cuba utk kembali aktif menulis.. byk benda nak cerita sebenarnya.. (",)
'ala kulli hal.. semoga Allah permudahkan urusan antum..

Friday, October 9, 2009

"ketenangan.."

-rehlah di proton~

*gambar nih mcm pernah lukis dulu..*


"..hadirkan ketenangan dalam hidupmu..."

disaat-saat akhir.. macam2 kena setle.. 24 hari lagi dah nak exam.. rutin di kampus makin kurang.. berbanding dulu.. hampir separuh hari berada di bilik persatuan.. nilah simptom2 akhir sem.. apepun, hayati detik2 akhir dengan sebaiknya...

"...syukur ya Rabb, atas segala kurnia...."


update lenkali..^^ aku dah tak boleh fokus..



"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa)."


Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2




p/s : doakan kemenangan Islam di Bagan Pinang. Allahuakbar!!!

Wednesday, October 7, 2009

kisah kucing... jom tengok! (^_^)



kisah kucing... motivasi neh!



p/s: aku memang sukakan motivasi.. (^_^)

Tuesday, October 6, 2009

gambar2~


-amnan asyraf : 8 years old-

-ahmad ammar : 17 years old-


-asyraf dan kyra dinie~


-ahmad maududi (abg ngah) + danish irfan~


....................

'3 lelaki dalam hidup aku.. + ayah = 4'
'2 wanita dalam hidup aku.. + mak = 3'
all + me = 8


".... Allah Engkau dekat..."

"...penuh kasih sayang..."

(lirik lagu cahaya hati)

Friday, October 2, 2009