Pages

Thursday, October 22, 2009

'sakinah'




BismiLlahiwalhamduliLlah...

sedikit perkongsian..

usai subuh di surau al-falah pagi tadi, aku didendangkan dengan satu tazkirah yg cukup menarik.. dipetik dari kitab ta'lim fadhilat amal.. tazkirah tentang maksud 'sakinah'.. sama2 kita hayati dan beramal..


Hadis 2:

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a, RasuluLlah S.A.W bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah S.W.T (masjid), membaca al-Quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah azza wajalla menyebut nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Keterangan Hadis:

Turunnya ‘sakinah’ telah disebutkan dalam banyak hadis. Terdapat beberapa pendapat di kalangan para ulama hadis mengenai maksud ‘sakinah’. Diriwayatkan bahawa Hazrat Ali r.a menafsirkan ‘sakinah’ sebagai sejenis bayu yang istimewa yang berwajah seperti wajah manusia. Dinukilkan bahawa ‘Allamah Suddi rah. menyatakan ‘sakinah’ ialah nama sebuah mangkuk emas di dalam syurga. Di dalam mangkuk inilah hati-hati para Nabi ‘alahi salam dicuci.

Sesetengah ulama yang lain berpendapat bahawa ‘sakinah’ adalah satu rahmat yang istimewa. Imam Tibri rah. pula bersetuju bahawa yang dimaksudkan dengan ‘sakinah’ adalah ketenteraman hati. Sebahagian yang lain pula mengatakan ‘sakinah’ sebagai ketengan jiwa. Sesetengah ulama menafsirkan ‘sakinah’ sebagai ‘waqar’ (sifat jati diri) dan yang lain pula menafsirkan ‘sakinah’ sebagai malaikat-malaikat. Imam Nawawi rah. berpendapat bahawa ‘sakinah’ merupakan suatu perkara yang terhimpun daripada ketenangan, rahmat dan sebagainya dan turun bersama-sama para Malaikat. Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran:
‘Maka Allah menurunkan ketenanganNya ke atasnya (Muhammad S.A.W)’. At-Taubah : 40.

Dalam ayat yang lain Allah S.W.T berfirman:
‘Dialah yang menurunkan ‘sakinah’ ke dalam hati-hati orang mukmin.’ Al-Fatah : 4.


.................

pernah suatu ketika, aku bersungguh2 mendoakan supaya aku menjadi sepertimana maksud namaku, 'sakinah'.. yg penuh dengan ketenangan.. doa ini aku pohon ketika berumur 12 tahun.. saat ingin menghadapi peperiksaan upsr. sebabnya, setiap kali exam aku rasa berdebar.. aku takut tak dapat perform dengan cemerlang.. org kata, 'darah gemuruh'.. sampaikan mak aku sendiri bimbang.. dan disebabkan penyakit ini juga, aku tak boleh lambat.. pergi kelas mesti sebelum pukul 7 atau lebih sket. bila jarum jam dah menunjukkan angka 7.15, aku dah mula panik.. kebetulan, aku ditaklifkan sebagai penolong ketua pengawas.. hari2 aku akan round satu sekolah.. jadi, aku dh set awl2 dalam fikiran.. 'aku tak bleh lambat'.. kalau lambat, jantung aku rasa mcm nak tercabut.. berdebar sgt2.. but now..

alhamdulillah, dah ok ('',)

sebab tulh, aku sgt2 menghargai maksud nama 'sakinah'.. aku juga suka bila org panggil aku dengan nama penuh, 'sakinah'.. rasa sejuk..tenang je.. sbb panggilan tu merupakan doa..


.........

doa nabi yusuf,

Allahummanuurun fi wajhi ka nuuruyusufa abadan abada birohmatikaya Allah..faman roani yuhibbuni

baca doa nih selalu..


'semoga maksud namaku seiring dengan penghayatanku.. dan bila org memandangku, mereka juga akan turut merasakan ketenangan..ameen'



7 comments:

MiSS WaNa HeRMan said...

salam ziarah dan salam perjuangan...
tak tumpah seperti nama penulis blog....
hehehehehehe

wardah said...

Salam Kerinduan ucu sayang..hehe
InsyaAllah orang yang lihat wajahmu pasti tenang seperti tenangnya dirimu..Doakan akak, dah nak jadi cikgu dah. kat sekolah cina plak tu.huhu. sampai ketemu lagi..masih ada lagi 'group' kita?? ke dah bubar?? heheheh

humaira' said...

assalamualikum sakinah..hmm..umi pun suka dengan nama sakinah..wktu mule2 umi tahu nama sakinah...hati umi dah terdetik..sedapnye nama die.."sakinah..".."ketenangan.."
klu tgk sakinah pun tenang..moga beroleh ketenangan hati..n semoga berjaya utk final..

khaulah mujahidah said...

waaikumussalam wbt..

wana: :) salam perjuangan kembali.. khaulah nama samaran j..

wardah: rindunye kt mak njang..:) ameen. syukran kak. semoga jadi muallimah yg cemerlang.. xpe sekolah cina pun...lagi beruntung, bg ilmu + didik mereka leklok..akak kn hebat. (^_^)

to humaira' : hehe..tq umi. nama umi pun best..lembut je..mcm orgnye.. bittaufiq wa najah fil imtihan..

zinnirah_ said...

assalamualaikum, sakinah ;)
kini telah dlm 1jam kiranya smpai d teratak zahra slps pulang ziarah 'kakngah' kita yg br bergelar ummu.UKHTI, si TARIQ ZIYAD itu sgt kuat orgnya..wl kecil, tubuhnya kental..ku telah sentuh kulitnya..dn Allah, sguh jika diizinkan ALLAH dia bisa jadi sehebat dn seindah namanya...:)
suma ahli dah tidur d pembaringan msing2, tgal daku sndrian, pnjam laptop si cilik salmiati..lalu buka blog ukhti nk 'pnjm dgr2 lagu'..oh ada entry baru...'sakinah'..
ukhti moga dirimu sihat bersama iman dn islam mu.
ku berbangga dn 'tenang' melihat iman yg kau jaga rapi..
dgn iman mu itu, kau bisa 'tenang' dn 'menenangkan'
ukhti, bimbg benar ana jika ad tgkh laku meyongsang lalu tersinggung ukhti di mn2
Jikanya ada, ukhti mhn maafin ya
dan tunjuki ku agar ku bisa jadi hambaNya yang berakhlak dgn shbt, dgn akhlak yg baik...
ana doakan nti mg istiqomah d jlnan ini..
cinta nti utk Allah
Allah akan beri ganjaran cintaNya kembali
juga..>cinta org yang mencintaiNya...
wa akhiran;
ALLAHUAKBAR!!!

khaulah mujahidah said...

'alaiki salam...

ya zinera..
semoga imanmu sentiasa sihat,
saat nti menulis, jasad ana berada nun jauh diluar dari teratak kita.
'seek for the strengthen' :)
'ala kulli hal, syukran atas2 kata2 indah yg xpernh lekang..
apepun, ana kembalikn semua doa dan nasiht kepada nti..
moga kita berjaya meraih cintaNya..

tulus,
sakinah

khaulah mujahidah said...

to wardah:

lupe nak respon.. group kita still ada.. :) sy kn presiden..hehe.. tp kak, nampak gaya semua dh mula berubah.. 'preparation to be a great wife! hehe..diorg la kak..sy tgu akk dulu..dh x sabar nk p kedah mkn ansi minyak nh..:p