Pages

Tuesday, May 22, 2012

Salam 1 Rejab


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Jom puasa sunat esok !..;)

Sunday, May 20, 2012

Kembali memupuk minat~

-jom, siap sediakan bekalan menuju ke 'negeri ABADI'-


Assalamu'alaikum wbt..

Salam mahabbah buat semua pengunjung. ;)

Selesai menghabiskan bacaan novel 'CINTA HIGH CLASS', karangan Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Alhamdulillah, minat itu kembali. Bagi kebanyakkan orang, membaca itu merupakan suatu hobi.. begitu juga saya suatu ketika dahulu. Ke hulu ke hilir, mesti ada buku bersama. Lama saya tidak menghabiskan bacaan, biasanya hanya mampu sampai separuh. Kemudian tinggalkan di rak, beli lagi buku baru.. begitulah seterusnya. Banyak membeli, tapi sedikit yang dihabiskan.

Mungkin pengaruh suami. Seorang yang sangat suka membaca. Buku-buku baru saya kebanyakkannya saya serahkan kepada dia untuk dirasmikan. Senang melihat buku-buku itu dimanfaatkan sebaiknya.

"Apa yang kita baca, itulah yang mencorakkan pemikiran kita"

Ada benarnya, tidak semua bahan bacaan boleh mempengaruhi minda. Tapi jelas, ia boleh membuka minda untuk berfikir dengan lebih baik. Banyak membaca, maka banyaklah ilmu baru yang diperoleh. Cuba dan terus mencuba untuk istiqamah dalam menuntut ilmu. Insyaallah, moga Dia Ya Wahhab, sentiasa mengurniakan yang terbaik buat diri.

Daripada novel setebal hampir 500 muka surat, terlalu banyak perkara yang boleh diambil manfaat. Tinggal lagi, mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Saya tak nafikan, hidup berumahtangga memerlukan kreativiti daripada setiap pasangan. Usaha yang berterusan dalam memastikan bahtera yang dikemudi dilimpahi mawaddah, rahmah dan sakeenah.. Sedikit sebanyak, kandungan novel 'CINTA HIGH CLASS' mempengaruhi pemikiran saya. ;)

..............................

Semalam keputusan pertukaran guru diumumkan. Seperti yang dijangka, permohonan pertukaran saya tidak diluluskan.Tidak mengapa, mungkin terlalu awal untuk saya keluar dari negeri metropolitan ini. Masih ada taklifan yang perlu diselesaikan. 'Kehidupan di dalam kereta' terpaksa diteruskan.. Kesian si suami, tempoh masa bertemu yang cukup singkat. Selebihnya terpaksa dihabiskan untuk tempoh perjalanan. Apapun, terima kasih Allah.. Mujahadah ini cukup manis seandainya kami bijak berinteraksi dengan qada' dan qadarMu.. Moga kami sentiasa redha dengan ketentuan ini.. dan tidak lupa berusaha untuk mendapat yang terbaik..





Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Assalamu'alaikum w.b.t

Agak teruja..

Setelah sekian lama meninggalkan laman sesawang ini. Melihat angka post pada tahun lepas, hanya '19' post. Allah.. semakin jauh dari dunia penulisan. Alhamdulillah, hari ini 16 Mei .. saya kembali mengatur rentak. Tukar url, tukar design, ambil design se'simple yang boleh. Mengharapkan suatu perubahan yang menjurus kepada istiqamah.

Bicara hari guru membuka tirai.

Masuk tahun ke-2 saya bergelar seorang guru.
Sepertimana doa-doa dan ucapan yang dikirim, moga diri ini mampu menjadi guru yang muttaqin dalam menyampaikan risalah dari 'guru pertama' iaitu Rasulullah s.a.w..

Ameen ya Rabb.

Terima kasih ya Allah.
Atas nikmat dan kurnia yang cukup indah. ;)