Pages

Wednesday, March 18, 2009

teori evolusi cinta~



“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

"Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka”

[al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

“Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!”

[al-Baqarah 2: 65]


Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman.
Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

[al-Ahzaab 33: 53]


Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.


Hijab itu tafsirannya luas.


Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.
Tubuh kamu tidak menampakkan calar.
Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.
Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana! Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.


Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

Thursday, March 12, 2009

author unknown~


take time to THINK.
it is the source of power.
take time to READ.
it is the foundation of wisdom.
take time to QUIET.
it is the opportunity to seek God.
take time to DREAM.
it is the future made of.
take time to PRAY.
it is the greatest power on earth.
-Author unknown-
.................................................
khaulah
esq 165
angkatan mahasiswa ke-4

ESQ 165 berkunjung ke UPSI~


BismiLlahi wal hamduliLlah..
Makluman:
Program : 'Tautan Muhibbah Jalinan Mahabbah' (hari keluarga PPI)
Tarikh : 13,14 & 15 Mac 2009
Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat : Auditorium Utama, Gelanggang bola jaring dan futsal KZ,
Tasik Proton City.

antara program yang akan dijalankan :

PREVIEW ESQ 165 TRAINING
Tarikh : 13 Mac 2009 / 16 Rabiul Awal 1430H
Tempat : Auditorium Utama
Masa : 9.30 pagi hingga 1.00 petang
Anjuran : Persatuan Pendidikan Islam
Trainer : En Firdaus Djamaris.
masuk adalah PERCUMA!!!
SEMUA WARGA UPSI DIJEMPUT HADIR
ESQ 165

Monday, March 9, 2009

kenapa mesti berjuang???

BismiLlahi wal hamduliLlah...

pembuka bicara,'selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W'.. hari yang mulia dan penuh barakah.

dah lame aku tak mencoret.. entry kt bwh ni pun aslnya nak buat ulasan sbb aku tak suke bca benda yg di copy paste. lastly, post je satu article.

reason-malas nak ulas.

sekarang aku still ad kt kg. perancangan balik yg dtg tiba2.. jumaat malam nak balik, petang tu sempt lg meeting. tiket tak beli lagi..huhu. kirenye balik malam tu atas 'tiket tawakal'.. petang, izyan rush pi beli tiket ke KL sbb tiket dr tjg malim ke trg dah abes. alhamdulillah, tiket pkul 7.45mlm still ad. sampai kt putra, tiket 'sold out'.. ad kaunter yg masih tggl satu tiket. asalnye igt nak bg je kt izyan, suh die balik sorg2.. sbb time tu aku tak rase sgt nak balik, tp kesian kt dia takde teman..dan mungkin sbb aku pikir nanti lambat lagi bleh balik kampung.. round semua kaunter, last..terberhenti kat satu kaunter. 'bas mutiara'. Alhamdulillah, nusrah dariNya.. ade dua tiket, seat belakang.. huh! memang dh ditakdirkan untuk balik. plan, kalau takde tiket nak melencong ke tempat lain.. (^_~)

okeh, untuk entry kali ni, aku nak share beberapa gambar. aku ambil dari blog ustaz nasarudin tantawi. same2 kita ambil iktibar..


WAJAH SYUHADA' GHAZZAH

Aku mendapatkan Kekasihku...oh Tuhanku

Tiada Yang Lebih Hebat Dan Manis Selain Syahid

Bangga Mendapat Syahid Yang Diidamkan

Pergi Mendapatkan Janji Allah S.W.T

Tiada Sinar dan Cahaya Seindah Sinar dan Cahaya Syurga


kenapa mesti berjuang???

menatap wajah syuhada' membuatkan aku terpana,
barangkali cuba membandingkan perjuangan yg sedang dilalui,
atau mungkin..
timbul rasa cemburu dek kejayaan yg digapai
dalam memburu syahid.

cita2 agung yg diimpikan oleh setiap pejuang,
barangkali aku juga punya cita2 yg sama,
ya..memburu syahid dalam perjuangan.
cita2 ini digapai oleh insan bernama Syeikh Ahmad Yasin
tak ketinggalan..sang doktor pembawa obor jihad..Rantisi
dan ramai lagi syuhada'..
yg tika ini pasti sedang mengecapi nikmat syurgawi

hari ini, aku bercerita ttg perjuangan,
perjuangan yg menuntut pengorbanan,
perasaan, harta benda dan segala2nya..
disaat kaki ini masih kuat untuk melangkah,
mulut ini masih petah bicara perjuangan,
tangan ini masih gagah mencoret pesanan jihad,

kepada mereka..aku sematkan cita2 syahid,
tutur yg sering aku lafazkan tatkala bersua..
"tanam cita2 untuk syahid dalam dirimu"..
terkadang cita2 itu kabur dalam diriku..
kerna matlamat itu masih belum utuh dipasakkan
aku bukan ingin menjadi seorg muallimah biasa,
tetapi aku ingin tampil sebagai serikandi
ya.. Serikandi Gerakan Muslimat Muda

aku hidup bukan kerna mereka
tapi nilai aku adalah bila bersama Islam
tutur istiqamah itu minta untuk dipasakkan
supaya serikandi ini tetap tegar dalam perjuangan
ya..juga untukmu sahabat.

jika hari ini kita masih dalam langkah juang,
biarlah langkahan itu berterusan..
hingga nyawa dijemput Ilahi..
kerna tiap orak langkah itu,
menjadi saksi diakhirat kelak,
tiap kali kita gundah..
pandanglah sekeliling
kerna Baginda tersenyum melihat kita berjuang
menjadi mata rantai perjuangannya.
kita bukan orang yg memulakan perjuangan
juga kita bukan yg akan menamatkannya

ayuh syabab!!!
gegarkan bumi ini dengan laungan jihad..
gentarnya mereka kerana semangat jihad kita
gentarnya mereka pada kesatuan kita
kita boleh memilih untuk berundur..
masih ramai yg berjuang diluar sana..
tetapi harus kita ingat,
tidakkah kita inginkan kedudukan yg abadi disyurga sana?
lantas..mampukah kita sekadar melihat?
atau menyokong?
dimana hilangnya pendokong Islam?

renungkan...


nukilan: khaulah Al-Azwar




-Salam Maulidur Rasul-




Family day hj deraman~

Thursday, March 5, 2009

bagaimana watak 'superman' menakluki dunia???



Oleh Johan Jaaffar



Muslihat Yahudi gunakan budaya popular secara berkesan

DALAM akhbar ini minggu lalu, seorang penyanyi terkenal Faizal Tahir membuat kenyataan bahawa beliau tidak menyedari asal watak Superman. Faizal menggunakan imej itu sebagai sebahagian daripada gimik persembahannya. Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster. Siegel dilahirkan di Cleveland, Amerika Syarikat (AS) sementara Schuster di Kanada pada tahun 1914. Mereka menjadi kawan sekolah di Glenville High School (AS). Di sanalah mereka mula menghasilkan karya bersama: Siegel menulis dialog sementara Shuster melukis. Pada tahun 1934, Siegel mendapat ilham untuk memulakan cerita seorang bayi dari planet yang lain yang dihantar ke bumi. Bayi itu menjadi Clark Kent, yang bekerja dengan syarikat akhbar Daily Planet. Tetapi Kent bukan sebarangan manusia. Beliau sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa.

Komik sebenarnya baru lahir di AS pada masa itu. Menurut buku Jews and American Comics: An illustrated History of an American Art Form, komik tercipta pada tahun 1933 oleh Charlie Ginsburg, seorang guru separuh masa. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS. Memang bukan rahsia, selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi. Tetapi tidak ada watak lain yang begitu besar kesannya berbanding Superman.

Anehnya cadangan komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar $130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti. Apabila kali pertama muncul pada bulan Jun 1934, Superman menjadi komik yang begitu popular. Penerbitnya membuat keuntungan berjuta-juta dolar. Kedua-dua pelukis itu menyaman syarikat itu tetapi sia-sia kerana hakcipta komik telah diserahkan pada penerbit. Pada tahun 1978 syarikat filem Warner Communications membuat filem pertama Superman. Filem itu melonjakkan nama pelakon Christopher Reeve. Filem itu mengaut lebih RM962 juta. Hari ini berbilion ringgit telah dipungut dari beberapa buah filem Superman selain francais barangan. Siegel dan Shuster mati papa kedana.

Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk. Jutaan manusia hilang pekerjaan. Pada masa yang sama sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS. Malah tahun-tahun 30-an itu dikatakan dekad anti-Semitism yang paling hebat dalam sejarah negara itu. Penyokong Nazi menggunakan gerakan German-American Bund untuk mendedahkan "perilaku" Yahudi. Beberapa orang tokoh terkemuka Kristian juga mengecam kaum Yahudi. Kaum Yahudi dihalang dari menyertai banyak persatuan, kelab malah dikurangkan kemasukan ke universiti-universiti ternama. Sentimen yang sama membara di Eropah terutamanya di Jerman. Adolph Hilter baru sahaja berkuasa. Hitler sedang melaksanakan dasar mengenal pasti kaum Yahudi dan menyalahkan mereka kerana penguasaan mereka dalam pelbagai bidang - khususnya ekonomi di Eropah. Pelaksanaan "penyelesaian terakhir" Hitler ialah dengan membunuh lebih enam juta Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua, peristiwa yang dikenal sebagai Holocaust.

Penanggungan kaum Yahudi inilah yang memetik hasrat Siegel dan Shuster untuk memberikan suntikan semangat secara halus. Superman digambarkan mempunyai dua personaliti, seorang pemberita yang lemah lembut dan pemalu dan yang satu lagi, manusia besi yang boleh menahan peluru dan terbang ke mana sahaja bagi menyelamatkan manusia di mayapada. Seperti kaum Yahudi yang berhijrah ke AS, Superman juga pendatang. Malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Superman juga menjadi askar, sesuai dengan hasrat untuk menunjukkan kaum Yahudi AS juga sama patriotiknya dengan kaum-kaum lain.

Watak Superman yang diilhamkan oleh Siegel ini mengambil semangat dari cerita Nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai Nil bagi menyelamatkan Baginda dari Firaun. Dalam komik asalnya bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark. Perkataan "El" dalam Bahasa Hebrew itu ada kaitannya dengan nama Tuhan kaum Yahudi.

Kita tidak tahu apakah kaitan Yahudi pada Superman ini secara sengaja disedari oleh Siegel dan Shuster. Sudah pasti mereka sedar apa yang berlaku di Jerman dan prasangka terhadap kaum mereka di AS sendiri. Ironinya konsep "Superman" (manusia luar biasa) dimulakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 - 1900). Beliaulah yang memperkenalkan "Supermensch" dalam bahasa Jerman. Superman dalam bentuk komik itu mengetengahkan sifat-sifat keluarbiasaan yang bukan sahaja memancarkan kekuatan dan kehebatan tetapi juga kecerdikan, tetapi rendah diri dan jujur.

Apakah Superman seorang Yahudi? Ini isu yang sebenarnya telah banyak dibincangkan sebelum ini. Malah sejak tahun 1940 lagi, Menteri Propaganda Adolph Hitler yang berpengaruh bernama Josef Goebbels dalam akhbar Das Schwarze Korps, lidah rasmi Pertubuhan Nazi, mengisytiharkan Superman sebenarnya Yahudi. Beliau menyedari pengaruh komik itu ke atas masyarakat dunia. Bagi Goebbels Superman ialah "alter ego" Yahudi yang berbahaya.
Tahun ini genaplah 75 tahun lahirnya Superman. Orang tidak lagi sedar dari mana asalnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya kanak-kanak. Superman ialah penyelamat manusia kerdil dan tertindas. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga. Tidak ada salahnya menerima wira seperti ini kerana ia menjadi sebahagian dari budaya popular. Malah tidak ada salahnya memakai pakaian Superman atau seperti Faizal Tahir, menjadikan watak itu identiti persembahannya. Tetapi matlamat dan misi ciptaan seperti ini harus difahami dengan jelas.

Orang Yahudi tidak ramai di dunia ini, mungkin 14 juta orang sahaja. Tetapi mereka bangsa yang cerdik dan berpengaruh. Pengalaman kaum mereka di Jerman mengajar mereka makna survival. Seperti tulisan saya mengenai Sinema Holocaust dua minggu lalu, mereka menggunakan filem sebagai wadah penting mengingatkan rasa bersalah Jerman dan dunia pada mereka. Sentimen anti-Yahudi di AS menggerakkan mereka untuk mewujudkan gerakan lobi yang paling ditakuti di negara itu, Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

Dalam rencana saya di dalam halaman ini pada 22 Jun 2003 ("Mencari Rahsia Kekuatan Yahudi") saya menyentuh tentang penguasaan kaum Yahudi dalam pelbagai bidang. Dalam dunia sastera mereka menggunakan kuasa pengkritik dan industri buku bagi "mengasingkan" orang lain. Pendedahan yang dibuat oleh Richard Kostelanetz dalam bukunya The End of Intelligent Writing: Literary Politics in America yang terbit pada tahun 1973 patut sangat dibaca.

Pada tahun 1973 juga, Paul Finley, bekas ahli Dewan Senat AS, menulis buku They Dare To Speak Out: People and Institutions Confronting Israel's Lobby yang mendedahkan bagaimana takutnya ahli politik AS dengan lobi Yahudi. Malah bukan rahsia lagi, sesiapapun yang ingin menjadi Presiden AS - termasuk Barack Obama - harus mendapat sokongan atau endorsement dari gerakan lobi Yahudi di AS.

Semua ini mungkin kerana kaum Yahudi menguasai media, budaya popular selain sistem perbankan dan gerakan NGO yang berpengaruh. Banyak orang memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda. Tetapi seperti apa yang berlaku pada watak komik Superman, pengaruhnya cukup besar dan berpanjangan.

Hari ini anak-anak Muslim mengutuk rejim Yahudi kerana menyerang Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi. Dada mereka membara dengan kemarahan. Pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis 'Superman' wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.