Pages

Sunday, November 9, 2008

kembali~



[DIKEMAS KINI] CILACAP, Indonesia: Tiga pengebom Bali, yang didapati bersalah menyebabkan kematian 202 orang dalam letupan di kawasan peranginan Bali enam tahun lalu, menjalani hukuman mati ditembak tengah malam tadi. Ribuan menyertai upacara pengebumian ketiga-tiga militan tersebut, termasuk pemimpin agama Abu Bakar Bashir.

Hukuman itu dilaksanakan selepas lebih seminggu pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan ditembak awal bulan ini. Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara yang dikawal ketat di pulau Nusakambangan. Ketiga-tiga mereka merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang ditubuhkan oleh Basir.

"Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) (1.15 pagi waktu Malaysia) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak," kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia," katanya.
Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.

Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini. Jenazah adik-beradik Ali dan Amrozi dibawa ke Lamongan di Jawa Timur manakala Imam pula ke Serang di Jawa Barat. Zakiah Darajad, isteri kepada Imam, dalam surat terbuka yang dibacakan oleh seorang saudara pada sidang akhbar di Serang berkata:


"(Saya) berharap Allah akan memberikan yang terbaik kepada mereka dan yang terburuk kepada mereka yang menyebabkan layanan buruk ke atas mereka," katanya.



sambungan seterusnya bleh rujuk :http://www1.mstar.com.my/

....................................................................

walau ape pun pandangan manusia, samada positif atau negatif.. ana tetap doakan moga roh mereka dicucuri rahmat, segala dosa mereka diampunkan, dan juga niat mereka untuk gugur syahid diperkenankan. sesungguhnya Allah lebih mengetahui ape yg berlaku...

innalillahiwainna ilaihirojiun..::al-fatihah::

No comments: