Pages

Friday, February 26, 2010

Infaz nafsakum..



BismiLlahi wal hamduliLlah..

“sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan mereka pun mati…”

(surah al-Zumar : 30)

…………….

Hari penuh barokah..


Hujjatul wida’

sama2 kita renungi khutbah terakhir junjungan mulia Rasulullah s.a.w ketika berada di padang ‘Arafah. Ucapan yang disampaikan kepada himpunan muslimin yang berkumpul disekelilingnya di tempat tersebut, ikuti nasnya :

“Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sesungguhnya aku tidak dapat menentukan samada aku boleh bertemu lagi dengan kamu sekelian selepas tahun ini, ditempat ini buat selama-lamanya. Wahai manusia, sesungguhnya darah-darah kamu dan harta-harta kamu adalah haram kepada kamu seperti haramnya hari ini, bulan ini, di negeri kamu ini kepada kamu. Tidakkah segala-galanya perkara jahiliyyah dan darah-darah jahiliyyah sudah berada dibawah kakiku (dimusnahkan). Sesungguhnya darah yang pertama diantara darah-darah kita ialah darah Ibn Rabi’ah bin Al-Harith (orang pertama gugur terkorban). Riba’ juga sudah dihentikan: riba’ yang pertama dihentikan ialah riba’ Al-‘Abbas ibn Abdul Mutalib.

Wahai manusia, sesungguhnya syaitan telah berputus asa daripada disembah di bumi kamu ini buat selama-lamanya, tetapi syaitan masih senang hati jika masih ada orang yang mentaatinya dalam perkara lain dari itu, amalan dan perbuatan yang hina pada kamu. Berwaspada dan berjaga-jagalah terhadap syaitan pada agama kamu.

Wahai manusia, sesungguhnya lalai menambahkan kekufuran, dengan lalai disesatkan oleh orang yang kafir, maka mereka pun menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, mereka haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Sesungguhnya zaman ini berputar seperti keadaannya di hari Allah menjadikan langit dan bumi, satu tahun ialah dua belas bulan, empat bulan adalah diharamkan, tiga bulan berturut-turut; Zulkaedah , ZulHijjah, Muharram dan Rejab di antara bulan Jamad dan bulan Sya’ban.

Bertaqwalah kepada Allah dalam masalah wanita, mereka ialah amanah Allah kepada kamu, kamu menikmati mereka dengan kalimah Allah, kamu ada haq atas mereka dan mereka ada haq atas kamu, tidak seharusnya mereka bebas tanpa batas, kalau mereka lakukan perkara-perkara yang dilarang maka pukullah mereka dengan tidak mencederakan, kamu bertanggungjawab menyediakan rezeki dan pakaian mereka dengan cara yang ma’ruf.

Fahamlah kata-kata daku ini wahai manusia, sungguhnya telah kusampaikan, dan  ku tinggalkan kepada kamu kitab Allah dan sunnah RasulNya, jika kamu berpegang dengan kedua-duanya itu kamu tidak akan sesat.

Wahai manusia, dengarlah dan taatlah, walaupun kepada seorang Habshi yang melaksanakan hukum dari kitab Allah jika dilantik menjadi ketua kamu.

Berbuat baiklah kepada hamba sahaya kamu… berilah mereka makan, dan beri pakai kepada mereka apa yang kamu pakai, kalau mereka melakukan sesuatu kesalahan hingga kamu tidak boleh memaafkannya maka jualkan saja hamba-hamba Allah itu, jangan sekali-kali kamu siksakan mereka.

Wahai manusia, dengar dan fahamlah ucapanku ini, kamu harus tahu bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, malah semua muslim adalah bersaudara, maka tidak halal (mengambil haknya) kepada seseorang muslim, kecuali apa yang diberikan dengan rela hatinya. Jangan sekali-kali kamu aniayakan diri kamu. Wahai Allah, adakah telah aku sampaikan? Kamu akan bertemu nanti dengan Tuhan kamu. Maka selepas itu janganlah kamu pulang dengan keadaan sesat, dengan membunuh sesama kamu. Hendaklah disampaikan oleh orang-orang yang hadir ini kepada yang tidak hadir. Diharapkan orang yang diberitahukan ini lebih faham daripada orang yang hadir mendengar ini. Kalau kamu ditanyakan mengenai ku, maka apakah yang akan kamu katakan?”.

Jawab mereka (orang-orang yang hadir dalam perhimpunan; “kami bersaksi, sesungguhnya telah engkau sampaikan, telah engkau tunaikan dan telah engkau nasihatkan”, lalu baginda pun berkata sambil menunjukkan telunjuknya ke langit: “wahai Allah, saksikanlah,saksikanlah, saksikanlah, saksikanlah.”



Sumber: Fiqh Al-Sirah 3 (Sheikh Muhammad Sai’d Ramadan Al-Buti)

 ......................

“wahai manusia, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati, dan barangsiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak akan mati”.



Ya Allah, berkati hidupku.. ampunkan segala kekhilafanku.. moga diakhirat kelak, aku dapat bertemu Rasulullah dalam keadaan yang mulia.. Allah.. 

'SALAM MAULIDURRASUL'


No comments: