Pages

Thursday, July 16, 2009

Sirr 19~

-khalifah..~


BismiLlahi wal hamduliLlah...



"sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya."

(Al-'Adiyat:6)




setiap insan mempunyai kehebatan, mereka adalah khalifah Allah yang terpilih.. fahamilah, insan yang ada di sisimu sudah termaktub dalam kitabNya yang azali, telah disusun oleh Allah yang Maha Bijaksana..


mereka ditetapkan menjadi suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara dan sahabatmu di alam ini. mereka adalah yang terbaik disisimu. jangan memandang rendah akan kekurangan mereka, mungkin kekurangan mereka itu yang menjadikan dirimu kuat.


mungkin disebabkan kekurangan mereka itulah juga yang menolak kamu ke syurga kerana keberkatan kesabaranmu ke atasnya. hargailah kekuatan mereka, kekuatan itulah yang membantu kelemahanmu yang membawamu ke syurga.



"mereka adalah pasukan pilihan Allah padamu, pilihan Allah adalah yang terbaik. bersamalah dengan mereka ketika susah dan senang."



setiap mereka ada hak atas dirimu di dunia dan akhirat. mereka boleh membawa kamu ke syurga dan mereka juga boleh mengheret dirimu ke neraka. hargailah setiap insan yang ada disisimu, sayangi mereka, hulurkan tanganmu ketika mereka memerlukan bantuan, berkorbanlah demi kasih sayang.


berhati-hatilah dengan syaitan yang sentiasa cuba memecahkan pasukan pilihan Allah. sesungguhnya engkau memerlukan mereka dan mereka memerlukanmu dalam kehidupan yang penuh penderitaan dan cabaran.






......................



ayat2 di atas aku petik dari buku bisikan Sirr.. Sirr 19.


apa yg aku boleh simpulkan.. tentang persolan 'qada' dan qadar'.. takdir yg telah ditentukan Allah. setiap dari kita punya takdir berbeza.. ada yg dilahirkan dalam lingkungan keluarga yg berpegang teguh pada agama..tak kurang ada yg lahir dalam lingkungan keluarga yg tidak menitikberatkan persoalan agama.. pokok pangkalnya, Allah tahu apa yg terbaik untuk diri kita. hikmah itu terlalu meluas.. cuma tugas kita untuk mencari dan terus mencari...


"bersyukurlah dengan apa yg ditakdirkan kepadamu.. dan jgn sesekali berputus asa pada rahmatNya.. teruskan usaha ke arah yg lebih baik, bukan menyerah kepada takdir semata.. sesungguhnya sinar yg ditemui setelah pencarian adalah begitu bermakna.."

2 comments:

aqwa.art said...

nice kalam..
jemput masuk http://mindamusafir.blogspot.com

khaulah mujahidah said...

emm.. mcm knal. syukran 'ala ziarah.