Pages

Wednesday, July 15, 2009

'niLAI muRNI'

-background dekstop..-


BismiLlahi wal hamduliLlah..

salam ketenangan,

sudah terlalu lama aku tidak mencoret, sedar tak sedar aku telah terlepas satu entry penting iaitu sempena hari kelahiran bonda tersayang pada 18 Rejab baru2 ni. macam biasa, ucapan itu tidaklah terlalu penting bagi aku.. 'the most important' adalah doa yg aku tuturkan tiap masa dan tiap ketika.. khusus utk kesejahteraan keluarga aku.

"Allahumansur usrati.."

semua ahli bait ada dirumah melainkan aku seorang je yg berada nun jauh dari mereka. semalam, suatu yang mencemaskan berlaku.. aku berhajat utk menelefon mak bertanya khabar keadaan keluarga. setelah puas mendail, takde sorang pun yang angkat. aku cuba telefon ayah, juga takda jawapan. telefon kakak, 'no answer'.. adik,abang, pun sama. saat itu macam2 yg bermain difikiran.. dalam masa yang sama, aku terpaksa bergegas ke kuo sempena perjumpaan dengan adik2 pendidikan Islam sem1. dalam keadaan 'tak stabil', aku pergi ke sana.. still mengharapkan respon dari mana2 ahli keluarga.. serius, time tu terlalu banyak perkara yang aku fikirkan.. namun, disebalik kebimbangan itu, jiwaku tenang.. dua dalam 1. masyaAllah.. on da way ke sane, aku teringat pada ayat yang tertulis di ruang kalendar di meja tulisku..


"manusia, jika mengikut petunjuk Allah (di dunia) nescaya ia tidak akan merasa takut dan tidak pula merasa sedih.."

barangkali ujian perasaan itu hadir untuk menguji kekuatan aku.. aku jadi terfikir, adakah aku boleh menerima sebarang bentuk perkhabaran pemergian salah seorang ahli keluargaku? adakah aku akan jadi sekental ummu Ammar atau sebaliknya hilang kewarasan..? nauzubillahiminzalik..

"..ya Allah, bantu aku untuk mengikut petunjukMu..moga hilang segala rasa takut dan sedih itu.."


usai perjumpaan, aku mendapat call dari abang.. huh, cemas hilang! rupa2nya semua ahli keluarga aku pergi ke masjid. selang beberapa minit, kakak aku call.. 'lagilah rancak berbual..


............


sejujurnya, aku menulis entry diatas sebagai suatu pengajaran kepada kita semua.. kerna apa?

"kita jarang menghargai org yg didepan mata, apabila dia hilang barulah kita sibuk mencari2 dimana mereka.."

agak sukar utk aku luahkan kepada mereka melalui kata2.. rasa kasih dan sayang yg tak pernah putus.. cuma diruangan ini, aku agak petah utk meluahkan rasa itu.. terlalu banyak tanggungjawab yg aku perlu lunaskan... usrah keluarga yg hanya sempat berlangsung beberapa kali.. semuanya perlukan nilaian, sejauhmana aku menyumbang kepada mereka? adakah aku terlalu sibuk untuk menyeru yg lain kepada Allah.. sedangkan aku mengabaikan individu yg dekat denganku..

percutian lepas, banyak perancangan yg tak sempat dilaksanakan.. alhamdulillah, aku tinggalkan satu trademark yg bermakna utk keluarga iaitu, "nilai murni". ayat ini sering diulang2 dalam kalangan kami apabila melakukan sesuatu perkara.

"nilai murni ke dik bagi salam ?" suatu persoalan bodoh barangkali yg aku lontarkan pada adik bongsuku berusia 8 tahun yg mengucapkan salam kepada mak sebelum pergi ke sekolah.

jawabnya," nilai murnilah.. ustazah kate, kalau bagi salam dapat pahala." sememangnya dia agak petah mengaitkan sesuatu dengan Rabb..

di suatu keadaan lain.. " nilai murni ke gaduh dgn kakak?" jawabnya, "dok.. (dalam keadaan marah)..




"...aku cuba untuk mengajar dia perbezaan antara yg haq dan yg batil.. "

apa yg aku cuba ingin sampaikan melalui kata 'nilai murni'? terlalu banyak.. walaupun keihatan seperti gurauan, tetapi itulah satu bentuk latihan supaya kita cepat tersedar daripada kesilapan. apa saja kelakuannya, aku persoalkan adakah ianya nilai murni atau sebaliknya.. ternyata, jawapannya agak memuaskan. jika dikatakan 'ya'.. aku susuli persoalan 'kenapa'?.. barulah dia berhujah.. yg paling menarik adalah apabila sesuatu perkara dikaitkannya dengan pencipta.. halal dan haram.


............................

ayuh sahabat! sama2 kita koreksi kembali hubungan antara kita dan keluarga. sudah cukupkah sumbangan kita kepada mereka? jika dakwah kita hebat kepada masyarakat.. adakah ia juga hebat kepada ahli bait?
sama2 kita renungkan..




akhirul kalam.. salam kemenangan untuk Islam.. insyaAllah, ia makin HAMPIR.. teruskan berjuang.. ALLAHUAKBAR!!!











No comments: