Pages

Friday, November 26, 2010

The Magic Of Thinking Big

Beberapa tahun yang lalu, saya menghadiri mesyuarat jualan yang menakjubkan. Pada masa itu, naib presiden syarikat berkenaan yang bertanggungjawab bagi hal-hal pemasaran sedang dalam keadaan teruja. Dia mahu menyampaikan mesejnya. Bersama-samanya di atas platform adalah pengedar nombor satu syarikat tersebut. Walaupun pengedar itu kelihatan seperti orang biasa sahaja namun pendapatan tahunannya adalah USD60,000. Ini adalah lima kali pendapatan purata pengedar-pengedar lain, iaitu USD12,000.
Naib Presiden itu mencabar para hadirin, “Saya mahu kamu semua perhatikan Harry. Tengok! Apakah kelebihan Harry berbanding dengan kamu semua? Pendapatan Harry adalah lima kali ganda purata pendapatan pengedar-pengedar lain, tetapi adakah dia lima kali ganda lebih pandai daripada kamu semua? Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh bahagian sumber manusia dahulu, kepandaiannya biasa sahaja.”
Dia menyambung, “selain itu, adakah Harry bekerja lima kali lebih kuat daripada kamu semua? Tidak berdasarkan laporan jualan. Malah dia lebih banyak mengambil masa rehat daripada kamu semua.”
Naib presiden itu berkata lagi, “Adakah kawasan jualan Harry itu kawasan lubuk emas? Tidak. Semua kawasan jualannya lebih kurang sama sahaja. Bagaimana pula dengan pendidikan? Adakah Harry lebih berkelayakan daripada kamu semua? Tidak. Adakah dia lebih sihat? Tidak. Harry juga sama seperti kamu semua, kecuali satu perkara.”
“Perbezaan antara Harry dan kamu semua adalah kerana dia berfikir lima kali ganda lebih besar.”
……………………
Sedikit perkongsian mengenai bahan bacaan terbaru saya, buku yang sarat dengan motivasi bagaimana untuk kita memanfaatkan kuasa pemikiran dan berjiwa besar. Adakah kita lebih selesa berada di takuk lama, yakni di kelas kedua? Kita dimaklumkan bahawa pada zaman sekarang sudah terlalu ramai pemimpin yang wujud, dan kita hanya disuruh menjadi pengikut. Hakikatnya, pemimpin dari segala bidang sepakat mengatakan, “kita punya ramai pengikut dan sedikit pemimpin”.
Disinilah letaknya kuasa pemikiran dan kuasa keyakinan. Namun, sebagai seorang muslim kita harus pandu pemikiran kita berlandaskan petunjuk agung Al-quran dan sunnah Rasul. Jadilah muslim yang berjiwa besar!
Sumber:  David J. Schwartz, Ph.D. The Magic Of Thinking Big
Ulasan : Khaulah

2 comments:

Ibnu Darwin said...

ya.. syukran ya ukhti... moga kita menjadi pemikir Islam yg hebat!

khaulah mujahidah said...

allahumma ameen ;)