Pages

Wednesday, February 11, 2009

suara seorang rakyat..

Salam Revolusi...
entry blog ni sudah lama usang dengan 'bicara siasah'... ade juga sesetengah entry yg telah aku delete sebagai menghormati beberapa kebimbangan.. khasnya dari keluarga aku. kebelakangan ini, banyak blog yg memfokuskan penulisan tentang pergolakan di Perak.. blog aku tetap maintain dengan penulisan2 merapu.. tetapi hari ni, aku merasa terpanggil untuk mengulangi penulisan dahulu.. 'cuma sekadar luahan seorang rakyat yg punya haq untuk bersuara'..

usai kelas pagi tadi, sepertimana biasa aku akan berhenti di kooperasi untuk melihat akhbar.. jarang sekali aku membeli akhbar dikampus kerna bimbang emosiku terganggu.. kenyataan2 yg sgt2 lah merapu..lebih teruk dari rapuan yg ada kt dlm blog aku.. untuk kesekian kalinya, aku bazirkan juga duit untuk membeli 'utusan'.. tertarik pada gambar Ir Nizar act.

bait demi bait aku baca.. emosi pun semakin berada pada level 'merbahaya'..

mengikuti perkembangan pergolakan di Perak semakin membuka minda aku sebagai mahasiswa merangkap rakyat Malaysia.. kerna aku punya akal.. anugerah yg cukup berharga.. juga kerna aku seorang muslim yg punya keimanan + rasa cintakan keadilan + bencikan kemungkaran + bencikan musuh Islam + cintakan keamanan + bencikan kezaliman + ...

dan aku yakin, mahasiswa diluar sana juga punya rasa sebegitu... dan aku semakin yakin bahawa rakyat semakin bijak menilai mana yg haq dan mana yg batil.. kezaliman yg dirancang, ibarat perancangan yahudi laknatullah yg menyerang as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.. begitu juga yg berlaku kepada as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.. sang doktor yg punya semangat jihad membara.. segala2nya tak mustahil berlaku di Malaysia.. apa2pun boleh berlaku bila rasa terdesak untuk mendapatkan kuasa..

tiba2 slogan 'daulat tuanku' dilaungkan.. kain kuning dililitkan pada kepala + 'songkok'.. mahasiswa UM tiba2 dibenarkan membuat demonstrasi 'secara aman' katanya.. juga perkara yg sama berlaku di negeri2 lain.. walaupun yg kelihatan tak sampai dua puluh org..

dalam masa yg sama, perarakan yg dilakukan oleh rakyat negeri Perak dihalang..malah mereka di'hadiahkan' gas pemedih mata.. sebagai tanda 'penghargaan' kerana bersuara mempertahankan haq masing2..

suka untuk aku lontarkan persoalan, 'dimana letaknya suara rakyat ? adakah hanya ketika PRU? dengan mudah kuasa beralih tanpa persetujuan rakyat.. dimana keadilan? bila pemimpin cuba pertahankan haq keatas kepimpinannya, dia dituduh menderhaka..

aku teringat tazkirah yg aku sampaikan dalam satu mesyuarat.. tazkirah ni related dengan situasi yg berlaku sekarang ;

daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W bersabda ; setiap daripada kita adalah pengembala, dan kita bertanggungjawab atas pengembalaan itu..

pengembala disini merujuk kepada pemimpin.. setiap org adalah pemimpin, dan bertanggungjawab ats kepimpinannya.. justeru, setiap pemimpin perlu pertahankan haq rakyatnya.. kerna tanggungjawab itu telah diamanahkan kepadanya.. bukan dengan mudah berundur dan berputus asa..

akhirnya, aku menyeru kepada semua supaya sama2 kita gunakan akal yg telah dianugerahkan Allah untuk berfikir mencari 'ibrah disebalik peristiswa yg berlaku.. kedua2 pihak juga perlu membuat penilaian kembali.. yg pasti, ada sebab yg Allah ingin tunjukkan kepada kita.. ayuh! berfikir secara proaktif! letakkan Allah dan Islam sebagai perkara teratas..bukannya logik akal.


asif 'ala kulli hal...


faqir ilaLlah,

-khaulah-

Tuesday, February 3, 2009

bila khaulah berbicara..


BismiLlahi walhamduliLlah...

Alhamdulillah, gerak tari jari ini masih lagi diizinkan untuk mencoret tatkala tugasan semakin bertambah hari demi hari.. salam ukhuwah ana hulurkan kepada semua yang baru pertama kali berkunjung+juga tak lupa kepada pengikut setia blog nih.. kalau dulu, hit counter dalam sehari bleh mencecah beratus2 orang.. tapi sekarang, mungkin sbb lame tak update, hit tu dh makin lambat naik. (^_^).. ape2pun, syukran kepada sape2 yg sudi jadi follower ‘khaulah Al-azwar’.. tiba2 tengok dh bertambah.... jazakumullah khoiran jaza’.

Hari ni tepat pukul 2.14 pagi, 30 januari 2009 bersamaan 3 safar 1430h... ana kembali dalam dunia penulisan. Malam ni sepatutnya, ana merancang untuk ke khar dengan sahabat ana, izyan. Tapi, perancangan Allah sebaliknya. DIA bagi kami ruang untuk istirahat.. ana dibangunkan kira-kira jam 1.30 pagi dengan izinNya.. alhamdulillah, ‘feel better’..
sebb petg tadi kena hujan.. (“,)

insyaAllah, sedikit perkongsian yang ana tujukan khas untuk diri ini dan anda semua.
Semoga tiap taipan ini sentiasa dalam peliharaanNya..
ana ambil petikan dari buku ‘JALAN DA’WAH’- antara qiyadah dan jundiyah
(mustafa masyhur) dimana Imam asy-Syahid pernah menyebut tentang kejayaan yang tidak dihalang oleh sesuatu halangan;

Katanya :

Kuatnya da’wah kita kerana ianya da’wah Allah yang merupakan da’wah yang paling tinggi. Seluruh dunia memerlukannya, maka setiap perkara yang terkandung di dalam dunia dipermudahkan untuknya dan disediakan untuk jalan da’wah. Kita bersyukur kepada Allah kerana membersihkan diri kita dari ketamakan peribadi dan manfaat perseorangan dan kita tidak ingin kecuali keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kebaikan orang ramai. Kemudian sesungguhnya kita menanti bantuan Allah dan pertolonganNya kerana sesiapa yang diberikan pertolongan oleh Allah maka ia tidak dapat dikalahkan.

Katanya lagi :

Saya telah katakan dan masih mengatakan kepada ikhwan dalam setiap muhasabah. Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dikalahkan kerana sedikit bilangan kamu, tidak juga kerana lemahnya peralatan kamu dan juga kerana ramainya musuh kamu, bukan kerana penguasaan musuh-musuh ke atas kamu. Walaupun penduduk muka bumi ini semua berkumpul mereka tidak berupaya untuk mengenakan kamu kecuali dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah ke atas kamu. Akan tetapi kamu kalah dengan sebenar-sebenar dan hilang setiap perkara yang menyambungkan kepada kemenangan dan kejayaan dengan beberapa sebab iaitu apabila rosak segala hati kamu dan Allah tidak membaiki amalan kamu atau apabila kamu tidak bersatu dan berlainan pendapat. Adapun sekirnaya kamu masih bersikap seperti hati seorang lelaki ( bersatu hati...) mengarah kepada Allah- Tabaraka wa Ta’ala- mengambil untuk jalan ketaatan terhadapNya semua yang diredhai oleh Allah maka janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu sedih kerana sesunggunya kamulah yang tinggi serta Allah bersama kamu- Allah Subhanahu wa Ta’ala sekali-kali tidak akan mengurangkan pahala amalan-amalan kamu.

Subhanallah, kata2 yang dilafazkan dari seorang pejuang Islam yang tika ini telah kembali kepada Sang Pencipta dalam keadaan yang cukup mulia.. ‘syuhada’. Ana sering berkira2.. bagaimana pula wajah kematianku? Adakah dalam langkah perjuangan? Atau sebaliknya hanya seperti manusia biasa? Yang menjalani rutin harian tanpa memikirkan masalah ummat.. yang hanya tahu melengkapkan kejayaan duniawi tanpa memikirkan kehidupan yang kekal abadi.. nauzubillahiminzalik.

Seorang ustaz pernah mengatakan; orang yang berakal tidak akan membuat ‘preparation’ untuk hidup yang sementara..’

Mendalam kata2nya.. renungkan dan fahami pengertiannya.

insyaAllah, setakat ini dulu coretan ana.. taktaula bile lagi bleh update..(^_^). Okeh, khas untuk ‘my family’.. jaga diri baik2.. jaga iman+amal, moge Allah sentiasa menaungi keluarga kita dengan limpahan rahmat dan ‘sakinah’.. khas untuk sahabat2 seperjuangan, moga terus thabat dalam langkahan pejuang.. ‘ia tak menjanjikan hamparan permaidani merah, bahkan yang ada hanya ranjau berduri................................ namun, janji yang pasti adalah ‘kemanisan syurga’.


Ilalliqo’ wa ma’asalamah..


Asif ‘ala kulli hal.

Saturday, January 10, 2009

1430h~


Assalamu'alaikum w.b.t...


salam tahun baru 1430h.

hari ni 14 muharam 1430h, aku baru berkesempatan nak post entry untuk ucap selamat tahun baru kepada semua.. banyak tanggungjawab yang menuntut untuk dilunaskan. hari ini, Allah bagi kesempatan + ruang untuk 'rest' sekejap dari kesibukan kerja. alhamdulillah.. 'rest' tapi minda still kena jalan..

ternyata tahun 2009 ini bakal menjanjikan 1001 laluan yang mencabar dalam kamus hidup aku.. masa dirasakan semakin singkat.. hari demi hari, aku lalui dengan suasana yang berbeza. itulah ketentuan dariNYA.. DIA berkuasa untuk mengangkat seseorang keluar dari kepompong kejahilan kepada darjat kemuliaan.. disucikan segala dosa-dosa lalu.. sungguh, Allah mempunyai perancangan yang cukup 'indah' untuk hambaNYA..
banyak mana pun taklifan yang diberikan, DIA lebih mengetahui kemampuan kita..kerna kita adalah hambaNYA.." .

diakhir bulan disember, aku terfikir untuk menutup blog nih.. perancangan yg dtg tiba2.. kalau ikutkan sebelum ni, aku pernah ade dua blog dan satu fotopages.. semuanya dah tutup. blog ni merupakan blog pertama yang lame bertahan.. jangka hayat die panjang sket dari yg lain.. mungkin sbb aku dh decorate cantik2..jadi, sayang la kalau tutup tiba2.. ape2pun, hajat tu terpaksa di'hold'kn dulu.. mungkin dilain hari.. atau mungkin tak tutup terus.. ^_^..


untuk entry ni, aku tak berhajat nak membebel panjang.. cuma nak menghargai pemberian dari sahabt blogger.. zicry. dia suh tuntut card dan award.. jadi sekarang, aku dh tuntut.. syukran ye! kepada kak tera, pleasa give ur link back.. taktaula kenapa shoutbox tu buat perangai.. tiba2 hilang msg yg baru2.. tak dapat nak bukak blog kak tera, jadi takdpt la nak tuntut kad..

nanti bagi lagi sekali ye.. ^_^

akhir kalam, asif 'ala kulli hal..moga hari ini adalah lebih baik dari semalam.. dan esok adalah lebih baik dari hari ini.. doakan kejayaan aku dalam kehidupan dunia dan akhirat.. kullu am wa antum bikhoir .. jumpa lagi, insyaAllah..





p/s: dalam blog ni, ade dua panggilan yg digunakan.. kdg2 'aku', kdg 2'ana'.. megikut kesesuaian dan keselesaan penulis.. harap maklum.




Thursday, January 8, 2009

Program 'selamatkan GAZA'

assalamu'alaikum w.b.t...
layari website nih :
KEPADA SEMUA PELAJAR UPSI:
'SELAMATKAN GAZA'
HARI : JUMAAT
TARIKH : 12 MUHARAM 1430H / 9 JAN 2009
MASA : 7.00 MLM
TEMPAT : SURAU AL-FALAH
ANJURAN : PPIUPSI & PUSAT ISLAM
PENGISIAN
  1. SOLAT HAJAT
  2. CERAMAH OLEH SHEIKH MUHAMMAD ALI (RAKYAT PALESTIN)
  3. BACAAN YASIN
  4. PIDATO

Monday, January 5, 2009

SELAMATKAN GAZA~


Assalamu'alaikum w.b.t..

salam pertemuan kembali.. setelah sekian lame menyepi. sedikit ruang masa ana curi dipetang hari ini .. entry kali ni lebih berfokus kepada isu yang tidak pernah luntur dari ingatan umat Islam yang sayangkan saudara sesama Islamnya. PALESTIN!!!

ayuh sahabat wa sahabiah! baca entry ini dengan penuh semangat yang berkobar2, dan dengan penuh rasa kecintaan kepada mereka yang berjuang untuk menegakkan kalimah TAUHID,

LA ILAHA ILLALLAH!!! ana tidak berhajat untuk menjadi pengulas.. cuma merasa terpanggil untuk menyuntik kesedaran semua berhubung isu ini..

jika kita soroti rentetan peristiwa yang berlaku kebelakangan ini, terlalu banyak yang menyentuh soal PALESTIN. walhal dari dulu lagi, kita telah sedia maklum akan peperangan yang tercetus di GAZA. yang menjadi persoalan adalah, adakah kita sekadar menjadi follower yang setia?? adakah kita sekadar membaca dan mendengar?? adakah kita tidak berupaya untuk menyumbang hanya kerna kita berada jauh dari mereka??


Dan kalian wahai para tentera kaum Muslimin! Tidakkah kalian rindu kepada salah satu dari dua kemuliaan (syahid atau kemenangan)? Bagaimanakah kalian bisa berdiam diri tatkala saudara-saudara kalian dibunuh? Apakah penguasa yang sanggup menjual deen-nya untuk dunia, bahkan untuk dunia orang lain, dapat menghalang kalian dari membantu saudara-saudara kalian, walhal kalian mempunyai kekuatan?


“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].


Inilah bagaimana seharusnya pertolongan diberikan kepada penduduk Gaza dan inilah tindakbalas yang sewajarnya untuk penyembelih Gaza. Inilah juga cara untuk memecahkan pemboikotan ke atas Gaza dan dengan cara inilah juga Allah akan mengubati hati-hati kaum Mukminin.

kelmarin, tajuk keratan akhbar "GAZA BERMANDI DARAH SYUHADA". ana ambil sedikit ayat yang menggambarkan keadaan di sana tika ini, " darah para syuhada pejuang Palestin yang tumpah di bumi telah menjadi sungai dan sehingga kini jumlah yang SYAHID hampir mencecah 500 orang dan lebih 2,100 yang cedera dan luka, sebahagian besarnya parah sejak rejim Zionis Yahudi melakukan serangan sembilan hari yang lalu."


jika hari ini kita masih boleh bergelak ketawa bersama rakan2.. bayangkan mereka disana?? setiap hari, mereka menangisi kematian saudara2 mereka.. setiap hari mereka berlari ketakutan mengelakkan diri dari dihujani bom2 laknatuLLAH.. bayangkan, Gaza merupakan penjara terbesar umat Islam.. hampir 1.5 juta umat Islam dipenjarakan dinegara sendiri.. adakah kita ambil peduli?? dimana sensitiviti kita??


untuk kesekian kalinya, ana menyeru kepada seluruh umat Islam.. kita adalah bersaudara, jika salah seorang dari kita dianiaya, kitalah yang bertanggungjawab untuk melindungi mereka.. justeru, sama2 kita titipkan qunut nazilah buat mereka disana.. mereka mengharapkan doa kita..

kalau bukan kita, siapa lagi???