Pages

Sunday, November 9, 2008

la tahzan~



BismiLlahi walhamduliLlah...


kesedihan hanya akan membuat musuh gembira. kerna itu, salah satu prinsip anjuran islam adalah berupaya untuk mengalahkan musuhnya.

.....(yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu....

( Al-Anfal:60)


sabda Rasulullah S.A.W kepada Abu Dujanah yang berjalan dengan angkuh diantara tentera kaum muslimin yang kalah:


sesungguhnya cara jalan seperti itu dimurkai oleh Allah, kecuali ditempat ini (medan peperangan melawan musuh)



muqaddimah untuk entry kali ni, ana petik dari buku kesayangan ana;' la tahzan-jilid 3'. setelah agak lame ana tinggalkan buku ni, akhirnya pagi tadi ana tergerak untuk kembali menatap isi kandungannya. buku yg banyak bagi inspirasi pada ana..


ayat2 diatas ana tujukan khas kepada sahabat2 MPP.. mudah-mudahan sedikit sebanyak, kalian mendapat suntikan semangat untuk terus berjuang.. perlantikan Mpp sudah berlangsung semalam, dan kabinet yg dibentuk adalah seperti yg digembar-gemburkan sebelum ni. hatta NC sendiri menyokong penubuhan kabinet yg sengaja dicaturkan itu. ape pun yg berlaku, tipu daya manusia memang tak pernah berakhir.. tetapi harus kita ingat, bagi org mukmin itu..senjatanya adalah doa. hadith dari Rasulullah s.a.w;



"addu'au silahul mu'min..wa imaduddin..wa nuurussamaawa tiwal'ardh"



maksudnya:


doa itu senjata org mukmin, dan tiang agama..dan cahaya langit dan bumi..

ketahuilah, hati orang yang memusuhi kebenaran dan nilai2 keutamaan akan terhiris-hiris jika mereka tahu tentang kebahagiaan, kegembiraan dan kesenangan kita
jika kamu mendapat sesuatu kebaikan, mereka menjadi tidak senang kerananya...
(At-taubah:50)


.........................................................



berapa banyak orang-orang hatinya terbakar
oleh kedengkian terhadapku
mengharapkan keburukan menimpaku
tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan

penyair lain pernah mengatakan:


ku perlihatkan kekuatanku kepada mereka
yang senang dengan musibahku
bahawa sesungguhnya aku
tidak pernah goyah
menghadapi goncangan masa


tersenyum dengan kenyataan2 pahit, bersabar atas segala musibah, dan tabah menghadapi semua ujian akan memberikan rasa gerun pada hati mereka yang senang melihat penderiataan org lain..dan meredakan kemarahan dihati org2 yang dengki.

2 comments:

cikgu Abu Abdul Rahman said...

salam. ya ukhti kita ini jgn la jd spt khabbab yg nabi kata padanya "sesungguhnya kau ini orang tergopoh-gapah" jika 'parti kebajikan' tidak dapat menawan keseluruhannya mmp upsi tetapi laksanakanlah islam itu semampu boleh dan sy melihat post2 yg dipegang oleh geng kebajikan ne pun antara post bgs. akmal-kebajikan die boleh menjaga kebajikan pelajar hanif hazwan-kesenian die boleh bising jika ade joget..buat kesenian islam. yg penting tunjukkan kpd 'puak kualiti' yg parti kebajikan boleh buat kerja. bak kata USTZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN kita xmampu nk laksanakan islam seluruh buat ape yg kita mampu dahulu seperti kita buat islamic banking, dll.

khaulah mujahidah said...

sabda Rasulullah:

"ballighu anni walau aayat,wa yuhaddithu 'an bani israaiel wala haroj.. waman kazaba 'alayya mutaammidan, falyatabawa; mak'adahu minannar.."

enta telah sampaikan..syukran.