Pages

Thursday, November 13, 2008

Isteri pejuang~

-gambar nih lgsg tak match dgn entry..haha, be happy okeh!-



Khas buat isteri-isteri pejuang+ serta bakal isteri seorang pejuang

apabila ana berbicara tentang perkahwinan, bukan beerti ana ingin berkahwin.. dan apabila ana berbicara tentang kehidupan, bukan beerti ana sengaja ingin bercerita.. tetapi setiap apa yg ana sampaikan punya makna tersirat yg bisa dirungkai oleh mereka yg ingin berfikir.. 'menulis bukanlh semata2 untuk memberitahu..tetapi ia bertujuan untuk mencetuskan mahu'.. (take note ye! hehe..sush gk kalau ade yg salahfaham)
dan suka untuk ana igtkn, ambil apa yg baik dari blog nih dan tinggalkan apa yg sebaliknya.. kerna sesungguhnya ana buknlh seorang yg sempurna, masih terlalu byk kelemahan yg minta untuk diperbaiki. pengislahan itu memerlukan pengorbanan yg terlalu tinggi, so..jgn jadi 'penghukum' tetapi jadilah cermin kepada diri ana~ hayati cerita dibawah dengan niat yg betul.. (nk kena igtkn gk..isk2 =)~

...................................................

Isteriku...Apabila kusentuh telapak tanganmu...Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....Apabila kurenung wajahmu....Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing... Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.Isteriku...Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....Hanyasanya untuk Islam...Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...Pelbagai hiasan yang indah...Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...

Kau umpama ladang ummah...Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...Isteriku....Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku...Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku....Kau melafazkan,

"Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."..Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam....Aku termangu sendirian...Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...Atau honeymoon di Kota Paris kah?..Katakan... Aku mampu memberikan...Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...Akhirnya...Arghhh... Permintaanmu itu...Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...Aku tergamam serta kelu...Dengan penuh keyakinan kau berkata.. "Saudara, Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?.... Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?... Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?... yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?..."Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..Jiwamu kosong dari syurga dunia...Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..Bukannya kau yang diubah oleh dunia...Isteriku..Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...Susah senang kita tempuh Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?.. Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?... Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api... Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....

Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara....Dan... Mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang bersama...Aku terharu dengan segala kebaikanmu...Kau jaga akhlakmu...Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung....Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam....

Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini....Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan...Isteriku..Tangkasnya engkau selaku suri...Biarpun kau jua sibuk bersama mengembeleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku..Kau jaga teratak kita dengan indahnya...Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu....Cekalnya engkau mendidik anak-anak...Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundulLah...Kau asuh mereka membaca Al Quran...Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran di kala menjelangnya peperiksaan...Isteriku...Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat...Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam...SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU SAYANG...


-khaulah a.k.a 'sakinah'-

3 comments:

Mohabar said...

teruskan menuliskan ya ukhti..moga ALLAH merahmati serta memberkati usaha anda..moga ALLAH mengkurnaikan sorang 'mujahid' yang hebat untuk anda sebagai teman anda didunia dan teman didalam syurga kelak..amiin ya ALLAH

aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi,
InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG
pErTaMa...
KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
mUdAh DiPeRoLeH..
DiPaRuT...dIpErAh..
dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang...
kEdUa..
KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
bErAdA dI DaSaR lAuTaN..
TeRsImPaN rApI..
DiLiNdUnGi KuLiT..
bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..
hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh..
BeRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn...
dApAt MeMpErOlEhNyA..
HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..
JaDi....
kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdI
kElApA aTaUpUn MuTiArA..(",)

Kata wanita solehah:Janganlah bimbang andai akhlak kita murahan.Janganlah bimbang andai kita belum berpasangan tapi bimbanglah andai kita belum dapat cinta Tuhan

syuhadah zawawi said...

"Ya ALLAH, jadikan aku bakal isteri yang menginginkan kebahaian akhirat bukan kecintaan dunia..kosongkan hatiku dari kecenderungan akan kemewahan dunia..lapangkan jiwaku dengan kesusahan yang menjanjikan bahagia di akhirat kelak..semoga aku mampu bahagiakan seorang pejuang Islam..Agar anak-anakku juga turut sama dalam perjuangan..Ameen.."

hehehehe

khaulah mujahidah said...

ameen.