Pages

Sunday, September 6, 2009

Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang~


-lailatul qadhar-


"pemuda adalah mesin penggerak yang bertanggungjawab mengaktifkan seluruh organ perjuangan agar tidak sekadar berfungsi sebagai sayap kanan perjuangan, bahkan mampu menjadi pencetus gerak kerja berkesan, menumbuhkan kesedaran ahli, meraih sokongan pengundi dan membawa pulang 'trofi' kemenangan"..



bagaimana pemuda menggerakkan perjuangan memburu kemenangan???


Sabda Rasulullah saw:


Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha, telah berkata : kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban. maka kami bertanya : apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita?

"sesungguhnya orang-orang sebelum kamu, ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya, namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya."

demi Allah, nescaya Allah menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kamu adalah golongan yg gopoh.

Riwayat Imam Bukhari

..........

bedasarkan hadis di atas, ia memaparkan sikap Nabi saw ketika berhadapan dengan keadaan yg sgt kritikal, keadaan dimana para sahabat disiksa dengan dasyat oleh pihak kuffar laknatullah. antaranya ialah Khabbab al Arat yang disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas hingga masak dan luluh dagingnya. akibatnya, penyiksaan itu meninggalkan kesan parut yg sgt hodoh pada diri khabbab.. suatu ketika, khabbab r.a datang kepada Rasulullah yang sedang beristirehat ditepi Kaabah, lantas bertanya: apakah Tuan tidak berdoa kepada Allah s.w.t agar kita diberikan kemenangan?

bayangkan sahabat2...

yang bertanya itu adalah sahabat Nabi saw yg berjuang malah disiksa dengan penyiksaan yg dahsyat oleh musuh. yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan prinsip dan pegangan agama. yang bertanya adalah sahabat yang mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan suci,

tiba-tiba..

Nabi saw menjawab, org terdahulu lebih teruk menerima penyiksaan dari musuh-musuh Allah sehingga ada yg digergaji kepalanya hingga terbelah dua dan jasadnya disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap mempertahankan agamanya.

maka kamu yang dtg meminta-minta agar didoakan kemenangan biarpun kamu sangat perit berhadapan dengan kezaliman musuh, kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah swt..

ALLAH....

kemenangan adalah suatu yang dianugerah oleh Allah swt. ianya tidak boleh dicipta oleh kita dengan maksud tiada kemenangan buatan kita selain Allah swt dan tiada jalan short cut utk mencapai kemenangan. itulah sunnatullah kemenangan atau nusrah yang dijanjikan buat mereka.

sebagai pejuang, kita hendaklah mengambil sunnatullah dalam perjuangan suci ini dengan gigih berjuang, ikhtiar melepasi segala cabaran, ikhlas dan istiqamah dalam mengendarai perjuangan, tabah mendepani ujian serta halangan, berkorban apa jua sebagai taruhan buat perjuangan mulia ini....

jangan sekali-kali kita menerobos keluar dari landasan sunnatullah kerana tidak sabar hendak menang dengan hanya kita melihat riak-riak kemenangan yang tidak pasti tetapi sarat dengan janji-janji manis kemenangan kononnya..

kita bukan tidak inginkan kemenangan, tetapi kita mestilah melihat kepada beberapa persoalan bersama jawapannya terlebih dahulu.

Pertama :

untuk apa kemenangan itu mahu dicapai? apakah ia bermaksud memberi kemenangan kepada Islam?

kedua:

bersediakah kita dengan kemenangan? apakah kemenangan itu kelak tidak menjadi fitnah kepada kita dan perjuangan yang didokong ini?

ketiga:

bagaimana kemenangan itu dicapai? apakah ia tidak melanggar batas dan prinsip amal islami? kerana sudah tentu kaedah Islam ialah 'Matlamat tidak menghalalkan cara'.

semua persoalan diatas hendaklah dijawab dengan hati yang jujur, jiwa yg tulus dan akal yg ikhlas mengenai bagaimana situasi kita terhadap kemenangan yg ingin dicapai.

................


taujihat yg ana ambil dari buku 'bingkisan fikrah untuk pejuang' karangan Al-Fadhil ustaz Nasrudin Hj Hassan At-Tantawi, buat renungan bersama. bila berbicara perihal kemenangan, masing2 punya pandangan tersendiri... siapa yg tidak inginkan kemenangan.. ? siapa yg tidak inginkan kejayaan setelah penat berusaha? namun, seringkali kita lupa untuk menyediakan tapak yg utuh kearah kemenangan itu sendiri.. jangan terlalu ghairah dgn idea2 , tetapi lupa untuk merangka persediaan yg rapi.. bimbang, idea yg sepatutnya membuahkan hasil yang menguntungkan bertukar menjadi pulangan kerugian kerana 'tiada persediaan'. seolah2 ia dikalahkan oleh 'kebatilan yg terancang'!


bulan Ramadhan ini juga menjanjikan kemenangan bagi mereka yg merancang dan membuat persediaan kearah pengislahan... sudah pasti mereka akan diuji.. ujian kesabaran, fitnah, umpatan, cemuhan, kehilangan, dan sebagainya.. apabila kesemua ujian itu bijak ditangani, maka pulangannya adalah rahmat yg terlalu besar.. ALLAH... mohonlah keampunan dengan bersungguh2.. hayati fasa maghfirah ini dengan sebaiknya.. moga2 dosa2 lalu terhapus ibarat debu yg berterbangan diudara.. ana menyeru diri yg terlalu hina ini kearah pengislahan dan sahabat2 yg ana kasihi kerana Allah.. muhasabah kembali amal kita dibulan mulia ini.. elakkan persengketaan dan perselisihan pendapat yg tidak menguntungkan.. masih terlalu banyak masalah ummat yg perlu diberi perhatian..


Firman Allah s.w.t:


jika sekiranya (perjuangan) ini suatu capaian hasil yg dekat dan perjalanan yg singkat nescaya mereka (musyrikin) akan mengikut engkau, akan tetapi (perjuangan) ini jauh perjalanannya dan dirasakan sukar ke atas mereka.


Firman Allah s.w.t:


dan ingatlah ketika org2 kafir merancang utk memenjarakan kamu, membunuh kamu dan menghalau kamu keluar daerah, mereka merancang dan Allah s.w.t juga merancang dan Allah s.w.t, sebaik-baik perancang.

Surah al Anfal, ayat 30.




p/s: credit kepada pemilik buku. alfu syukran~

No comments: