Pages

Monday, January 4, 2010

PRK 12 : 1






Kursus Kepimpinan Siri-3, peserta pertikai 8 muka baru


Tanjong Malim , 4 Disember - Peserta kursus kepimpinan dihadiri bakal calon PRK mempertikai 8 muka baru di Kem Kepimpinan Siri-3 baru-baru ini. Dilaporkan dari 55 peserta terlibat terdapat 8 peserta baru yang tidak pernah ke Kem Kepimpinan Siri 1 dan 2 sebelum ini.

Menurutnya, pihak JHEPA tidak adil dalam menguruskan program dan dimana integriti mereka berhubung isu ini. Adakah patut mereka yang hanya sekali ke kem dibenarkan untuk menjadi calon sedangkan yang lain terpaksa menempuh 3 kem berturut-turut.

Tindakan JHEPA membenarkan calon yang tidak mengisi borang menghadari kem menunjukkan wujud cubaan untuk mempermainkan mahasiswa dengan menyusun calon tajaan mereka agar bertanding dengan laluan mudah. "Kalau mereka membenarkan individu yang tidak ke kem kepimpinan siri 1 dan 2 menyertai siri 3, lebih baik JHEPA buat sekali sahaja, tak bazir duit yang boleh digunakan untuk kebajikan pelajar, kalau mereka boleh manipulasi hal ini, aku tak percaya PRK kali ini telus dan benar-benar demokrasi”, kata seorang peserta yang ditemui pagi tadi.

Seorang peserta yang ditemui pagi tadi menyatakan bahawa, tindakan JHEPA tidak sepatutnya berlaku , dan ini menggambarkan sesetengah pihak pentadbiran JHEPA tiada integriti dalam menguruskan Pilihan Raya Kampus sekaligus meruntuhkan demokrasi kampus dan menutup ruang politik kampus yang telus dan adil.

Katanya, kemungkinan berlaku pihak JHEPA akan memanipulasi borang calon pada PRK akan datang dengan meletakkan syarat sekurang-kurangnya sekali menyertai kem atau syarat itu tidak dimasukkan terus. Kita tidak boleh percaya pada orang-orang sebegini menguruskan PRK, kami akan mengemukakan bantahan dan jika terdesak kami akan menghantar surat kepada Naib Canselor berhubung isu ini”.

Menurut sumber, tindakan membawa 8 calon baru kem kepimpinan siri-3 ada kaitan dengan kegagalan beberapa peserta yang ke kem sebelum ini memenuhi syarat calon dimana keputusan peperiksaan mereka kurang dari 3.0 dan digantikan muka baru.



PRK UPSI dijangka berlangsung dalam masa terdekat dan akan menyaksikan pertembungan hebat demokrasi kampus antara calon-calon bertanding.

sumber:  upsikini 

ulasan : kebiasaan yang berulang, dimana letaknya 'keadilan'?


4 comments:

Nurulfazlina Ain Rasol said...

keadilan tiada lagi....
kepimpinan ISLAM tidak diamalkan di UPSI

zinera said...

salam..keep in touch! ;)
kefhal? kapan nti balik, sis?

p/s: apa maksud prk 12: 1?
enty pertama tntg prk 12?

Unknown said...

Selamat menghadapi ujian haraki...

Ini namanya ujian. Dan ujian itu perlu di atasi dengan kebijaksanaan bersama iman.

KAlau tak adil, kita tuntut keadilan..

khaulah mujahidah said...

zinnirah : ana balik esok malam, insyaAllah..