Pages

Tuesday, June 2, 2009

stadium sultan mizan runtuh~





KUALA TERENGGANU, 2 Jun: Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu runtuh jam 9.30 pagi tadi walaupun baru beberapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008. Bangunan yang boleh memuatkan 50,000 penonton itu hampir separuh runtuh (40 peratus) dan tidak boleh digunakan lagi.
Turut tertimbus di bawah runtuhan adalah sebuah kereta Kancil dan empat buah motosikal. Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang menghadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM).
(maklumat diatas diperoleh drpd siasahdaily.blogspot.com, cuma aku ubah masa kejadian iaitu jam 9.30 pagi)
............................
petang tadi, aku berpeluang melihat sendiri keadaan stadium yang runtuh. kerosakan agak teruk dan pasti memakan kos yg besar untuk dibaik pulih.. sepertimana kos untuk membinanya.
renungkan, apa yg ingin Allah tunjukkan kepada kita.. ~

No comments: