Pages

Thursday, June 18, 2009

Jalan mengingati kematian~


BismiLlahi wal hamduliLlah...



bagaimana cara terbaik u mengingati mati?
sekadar perkongsian.. aku lontarkan beberapa catatan ringkas tentang jalan terbaik utk mengingati mati.. ilham dari buku 'Alam Kubur'.


antara caranya adalah dgn memperbanyakkan kenang-kenangan kepada kawan2 atau teman seperjuangan yg telah pergi meninggalkan kita..


ingati mereka seketika, bagaimana kematian mereka dan bagaimana akhirnya tempat berdiam di bawah tanah..kemudian, bayangkan pula rupa-rupa mereka.. juga kedudukan dan jabatan mereka di kalangan masyarakat..


kenangkan bagaimana keadaannya sekarang.. sudah pasti keelokan paras rupa dan kedudukan itu telah dilenyapkan oleh tanah yg menutupinya.. sudah pasti bahagian2 tubuhnya sudah bercerai-berai antara satu dengan yg lain..


masjid dan majlis ilmu juga berkurang kerana ditinggalkan mereka.. bahkan bekas2 apapun dari mereka sudah tidak didapati lagi..


resapkan dalam hati.. bahawa ia adlh tidak berbeza sama sekali dgn keadaan kawan2nya yg tlh lebih dulu pulang ke rahmatullah.. apa yg akan dialami oleh mereka adalah sama..


katakanlah:


"sesungguhnya kematian yg kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yg mengetahui yg ghaib dan yg nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yg telah kamu kerjakan".



(Al-Jumu'ah :8)


No comments: