Pages

Friday, September 12, 2008

pembentangan~


Salam Ramadhan kepada semua..


malam n terase nk menulis sumthin, walaupun hakikatnye agk malas... esok insyaAllah akan fly ke KL. selama dua hari akan berkampung disana.. mencari sesuatu yg tak ternilai harganya..nanti ana cerita balik ape die benda tu. sebab tak mengalami lagi, jd xleh nk cerite sekarang..

hari ni ad 3 midterm n satu presentation..semuanya tentang minor, 'pendidikan ISLAM'. bermula pkul 2 tadi, 1jam pertama kami test. then, another 1 hour..kami present, i'm third presentor. presentation ni untuk subjek tasawwur, sedikit perkongsian tentang ape yg kami kaji..

MURTAD & KEBEBASAN BERAGAMA

ana present bahagian konsep kebebasan beragama. apabila kita berbicara tentang konsep kebebasan ni, kta tak lari daripada firman Allah dalam surah Al-Baqarah:256,

'tiada paksaan dalam beragama...

hakikatnya, Islam sangat menegaskan bahawa kebebasan itu adalah fitrah semulajadi manusia, bahkan Islam melarang sebarang bentuk kekerasan dan paksaan dalam ajarannya. ana sempat merujuk kepada Tafsir Fi zilalil quran karangan assyahid Syed Qutb, yg menyebut: dahulunya, agama kristian memaksa manusia dengan api, besi dan sebarang bentuk alat penyeksaan yang berlaku pada kerajaan Roman iaitu sebaik sahaja Seri Maharaja Constantine memeluk agama kristian.. manusia dipaksa..

namun, apabila datangnya Islam..dasar kebebasan menjadi suatu dasar agung. Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam.. kerelaan dan kefahaman tentang Islam itu sangat penting..apabila adanya kefahaman maka lahirlah kecintaan..

namun, masyarakat hari ini kerap menyalahgunakan konsep tersebut. mereka menjadikan ia sebagai satu alasan untuk murtad. na'uzubillahiminzalik. analoginya begini, kita hidup diMalaysia kerna kita lahir disini..adakah kita ingin untuk menjadi rakyat Malaysia? adakah kita ingin menyalahkan kedua ibu bapa kita kerana melahirkan kita dibumi Malaysia ini?? sudah pasti tidak. jadi, peranan kita adalah untuk memahami peraturan dan cara hidup di Malaysia. sama seperti agama Islam. apabila kita lahir sebagais seorang muslim, kita kena memahami apa itu Islam dan peraturan yang terdapat didalamnya..kita sepatutnya bersyukur kerna diberikan nikmat yang cukup besar. yakni nikmat ISLAM..

itulah antara intipati pembentangan petang tadi..banyak lagi sebenarnya, tapi mata dah terlalu penat.. ni dah kira menzalimi diri sendiri ni..:) ok, 'ala kulli hal..mudah-mudahan selamat segalanya..syukran kepada pengunjung yang sudi menziarah,.buat la mcm rumah sendiri ye..haha..



k.h.a.u.l.a.h

2 comments:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

eh, gula kat mana? takde pon dalam almari dapor.. hehe.. tadi kata buat macam rumah sendiri.. ni sedang buat macam rumah sendirilah nih..hehe

khaulah mujahidah said...

haha..baba waseem buat lawak, xpela..nanti p beli..:)