Pages

Saturday, September 6, 2008

kelembutan seorang wanita~

::untuk cik colonel dan puan nadiah::


BismiLlahi walhamduLillah..

syukur kepadaNya kerana masih memberikan kecantikan kesihatan yang sejahtera .. kesempatan untuk post new entry, walaupun dua tiga hari dalam keadaan 'bila zhouq'. alhamdulillah, smalm ana dah lepas satu test 'mid term', kaedah statistik. tengahari tadi satu lagi dh lepas, ODE..(persamaan pembezaan permulaan). ape2pun, segala2nya datang dari Allah. ingatan+kebijaksanaan+kesihatan+ketenangan+'dan yg sewaktu dengannya'= biizniLlah. terlalu besar pertolongan yg diberikan tanpa disedari, dan kerapkali hamba ini lupe untuk bersyukur atas nikmat agung tersebut. astaghfirullah..dalam kesibukan yg melanda, juga perancangan yang agak kelam kabut, ditambah dengan keinginan yang kuat untuk mendapat 'mumtaz' fil imtihan, dilingkari kerisauan yang amat mendalam tentang program persatuan, namun disebalik semua itu ana temui hikmah yg terlalu agung...semalam duk pikir2, ape yg silap..dan alhamdulillah, datang satu petunjuk..syukur ya Allah.

untuk entry kali ni, teringin nak bercerita tentang kelembutan wanita.. (begitu kontra dngn karakter diri ni...:) nak tak nak kena belajar untuk jadi lembut. dan hakikatnya setiap wanita ada sifat lembut walaupun luarannya nampak agak kasar. dan alhamdulillah, ana dihadiahkan sahabat2 yang punya sifat sebegini.. berhemah dalam menuturkn bicara, xcepat melenting, sgt2 mengambil berat.. sikit demi sikit tempias tu kena gak kt ana..

bile bersame mereka, ukhwah yg dirasai...bile jauh, rindu yg datang..kalau dulu, xda rasa mcm ni.ana dgn dunia ana. sahabat tak penting..tapi sekarang, persepsi tu bertukar, cmna agaknya bila dh abes belajar nanti..masing2 dgn haluan masing2.. tiada lagi makan bertalam, ziarah, rehlah,...teringat suatu ketika, kami duduk berborak..bercerita tentang perancangan masa depan, hehe..ummu 'insyirah'. 3 sem lagi..banyak yg ana belajar dari mereka. semuanya lembut2..kdg2 terfikir, mcmana mrka bleh terima diri ni...sgt2 kontra, syukran ya ukht!

dua hari lepas ana ade terima satu msg , msg ni msg ramadhan sebenarnya. tapi, ayat msg tu sgt terkesan ..

"ukirlah senyman yg plg manis, krn selain sedekah..senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati..dan senyuman itu tidk menyakitkn ttp menjadi penawar hati yg sakit.."

bila ditimpa musibah, sgt sukar untuk seseorg mengukirkn senyuman.. kdg2 senyuman tu tampak dibuat2..ayt msg tu memberi satu pengajaran untuk kita sentiasa memaniskn muka walau dlm apa jua keadaan..syukran dik..:)

kt bwh ni ade bbp keping gmbar yg diambil time cuti baru ni..act,lame dh nk post gmbr tu, sgt2 menarik kalau tgk sec real. gmbar bulan ketika maghrib.



-bulan warna oren-

-bukti kekuasaan Allah-

-suasana pagi-

suka tengok pemandangan, esp.langit dan bukit bukau..subhanAllah..tenang. kalau dulu di matrikulasi kulim, dapat tengok matahari terbenam tiap2 hari sbb asrama kami atas bukit. rindunye surau kulim..sgt banyak kenangan kt sane.., ok la. stop sampai cni. satgi ad program lg..moge ramadhan kali ni dpt mendidik diriku menjadi wanita yang lembut pekerti..bukan bermakna tiada ketegasan. pendirian itu sgt penting.. 'ala kulli hal, jazakillah wa asif jiddan..

::mabruk kepada cik colonel (sabri) dan nurul nadiah yusof (shams)atas perkahwinan baru2 ni..akad time birthday ana, hehe..moge dipermudahkan dalam melayari kehidupan bersama..sorang lagi, imran dan nurul mutmainnah..semoga dapat jadi ibu dan abah mithali kepada 'iffah mardhiyyah. mabruk ila antum!

No comments: