Pages

Tuesday, June 12, 2012

Alhamdulillah~

Doa itu senjata orang mukmin..

Nasihat yang cukup terkesan dari seorang sahabat.. Jenuh memikirkan usaha itu dan ini. Mencuba pelbagai cara. Namun, ada senjata penting yang ditinggal jauh ke belakang.. 'Doa'. Apa pun yang kita hajati dalam kehidupan ini, jangan sesekali meninggalkan Dia, Ya Wahhab.. Yang Maha Pemberi Kurnia. Ikhtiar itu perlu, namun perlu digiatkan dengan 'Doa dan tawakkal' kepada Allah.

Ujian dalam berinteraksi dengan Qada' dan Qadar.. Setiap kali tidak diberi apa yang dihajati, bagaimana selayaknya saya berhubungan dengan Allah.. Kalam Habib Ali menerpa.. "berhusnu dzhon lah dengan Allah". Ketetapan yang beriringan dengan hikmah dari Dia, Ya 'Alim.. Yang Maha Mengetahui. Terima kasih ya Allah, beberapa bulan yang cukup asyik dengan ujian perasaan.. Alhamdulillah.

p/s: semakin hampir kepada Ramdahan. "...ballighna Ramadhan"

No comments: