Pages

Wednesday, March 13, 2013

Itqan sayang~

tidur dlm iman ye sayang..;)
"ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan hambaMu yang sholeh"

Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk zuriat mereka. Salah didikan, maka rosaklah perkembangan si anak. Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang mithali. Bermula dari pemilihan calon isteri, hinggalah lahirnya zuriat yang dinanti. Allahurabbi, banyak lagi yang belum dipraktikkan..

 Itqan, anak ummi dan abi yang dikasihi..

Maafkan ummi sayang.. moga Allah titipkan kebijaksanaan kepada ummi dan abi untuk mendidik dirimu menjadi hamba Allah yang beriman & bertaqwa. 

Tuesday, March 12, 2013

Introducing..


Alhamdulillah, introducing our first mujahid ;)

Muhammad Itqan Al-Hafidz bin Mohd Zulhilmi

Dilahirkan pada 2 Rabiul 'Akhir 1434H / 13 Feb 2013, jam 12.18 am.
Klinik Keluarga Kuala Terengganu


Friday, June 22, 2012

Marilah Bersangka Baik



"Kepada yg mempunyai sangka buruk pd kawan dan ahli keluarga. Ingatlah teori 'Apa yg kita fokus akan kembang.' Titik hitam di papan putih akn nampak besar kerana kita terlalu fokus pdnya. Begitu juga dengan hubungan sesama manusia, jika terlalu fokus pd kelemahan drp kebaikan seseorang, kelemahan itu akan membesar sehingga menjadi satu masalah dan timbul perasaan benci semata-mata tertelan byk air liur beracun yg dihasilkan tanpa sedar, wahlal sebenarnya ia bukan masalah pun.

Belajarlah teknik memokus kpd putih di papan putih drp titik hitam yg menonjol. Sedarlah bisikan syaitan yg sentiasa bermain di minda utk asyik memandang ke titik yg hitam, walaupun putih itu jauh lebih meluas. Setiap kita yg kecil ini ada kelemahan. Manusia ini pula ada sj yg boleh dirungut, sehingga org yg berjalan kaki dua tu ada yg rungut. Fokuslah pd kebaikan, kawallah mulut dan minda - spy air liur racun tidak terhasil dan mengganggu emosi kita. Sekadar perkongsian utk semua." (Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man)

Tuesday, June 12, 2012

Alhamdulillah~

Doa itu senjata orang mukmin..

Nasihat yang cukup terkesan dari seorang sahabat.. Jenuh memikirkan usaha itu dan ini. Mencuba pelbagai cara. Namun, ada senjata penting yang ditinggal jauh ke belakang.. 'Doa'. Apa pun yang kita hajati dalam kehidupan ini, jangan sesekali meninggalkan Dia, Ya Wahhab.. Yang Maha Pemberi Kurnia. Ikhtiar itu perlu, namun perlu digiatkan dengan 'Doa dan tawakkal' kepada Allah.

Ujian dalam berinteraksi dengan Qada' dan Qadar.. Setiap kali tidak diberi apa yang dihajati, bagaimana selayaknya saya berhubungan dengan Allah.. Kalam Habib Ali menerpa.. "berhusnu dzhon lah dengan Allah". Ketetapan yang beriringan dengan hikmah dari Dia, Ya 'Alim.. Yang Maha Mengetahui. Terima kasih ya Allah, beberapa bulan yang cukup asyik dengan ujian perasaan.. Alhamdulillah.

p/s: semakin hampir kepada Ramdahan. "...ballighna Ramadhan"