Pages

Thursday, December 9, 2010

Belajar & amal


“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Al-Mukmin: 60).

Bagaimana ingin beramal dengan ayat ini? Ayat yang datang dari surah ke-23.

Kesungguhan dalam doa. 
Keyakinan pada janjiNya.

Seringkali kita diseru supaya menjadikan Al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w sebagai petunjuk dalam melayari bahtera kehidupan. Tetapi sangat kurang yang mempraktikkannya. Benar, ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Ibarat kapal tanpa nakhoda. Perlahan-lahan, saya cuba untuk memahami serta melaksanakan apa yang diperintah oleh Rabbul Jalil. Ilmu sebatas pengetahuan yang saya miliki masih belum cukup untuk saya memahami Al-Quran dengan penghayatan yang sebenar. Tak guna khatam berkali-kali tetapi 'zero' dalam pengetahuan tentang kalam agung, petunjuk sepanjang zaman.

Pelajari Ia Sebelum Terlambat

Saya rindu saat bergelumang dengan tafsir Al-Quran. Tafsir fi zilalil quran karya unggul As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, Tafsir Hamka, Tafsir Ibn Kathir dll. Tempias dalam menyiapkan assignment untuk subjek minor.

Dan kini, saya menagih pengetahuan yang masih belum terisi. Sasaran saya, tafsir Hamka. Walau 3 ayat sehari, tetapi istiqamah. 

Allahu yusahhilna


Tuesday, December 7, 2010

Salam 1 Muharam 1432H~

Mood : Happy    ^_^


Alhamdulillah, 1 Muharam 1432H. Entry ringkas mungkin, saje nak tinggalkan jejak pada 1 Muharam. ",) Semoga hijrah kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Mohon didoakan ye. ;)

okay, setakat ni dulu. Mahu bergegas ke walimah akhi TG untuk round ke dua. hehe. 4hb baru2 ni dah pergi sebelah zaujah dia, mardhiah merangkap sahabatku. Dan kali ini, kena pergi sekali lagi sebab nak jumpa sahabat2 upsi.. esp k.iejah dan kak aisyah.. (kalau k.iejah tak call, tak pergi dah ^_^).

p/s: barokallah buat antuma, semoga bait dakwah dibina atas kerangka mawaddah, rahmah dan sakinah..

Friday, November 26, 2010

The Magic Of Thinking Big

Beberapa tahun yang lalu, saya menghadiri mesyuarat jualan yang menakjubkan. Pada masa itu, naib presiden syarikat berkenaan yang bertanggungjawab bagi hal-hal pemasaran sedang dalam keadaan teruja. Dia mahu menyampaikan mesejnya. Bersama-samanya di atas platform adalah pengedar nombor satu syarikat tersebut. Walaupun pengedar itu kelihatan seperti orang biasa sahaja namun pendapatan tahunannya adalah USD60,000. Ini adalah lima kali pendapatan purata pengedar-pengedar lain, iaitu USD12,000.
Naib Presiden itu mencabar para hadirin, “Saya mahu kamu semua perhatikan Harry. Tengok! Apakah kelebihan Harry berbanding dengan kamu semua? Pendapatan Harry adalah lima kali ganda purata pendapatan pengedar-pengedar lain, tetapi adakah dia lima kali ganda lebih pandai daripada kamu semua? Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh bahagian sumber manusia dahulu, kepandaiannya biasa sahaja.”
Dia menyambung, “selain itu, adakah Harry bekerja lima kali lebih kuat daripada kamu semua? Tidak berdasarkan laporan jualan. Malah dia lebih banyak mengambil masa rehat daripada kamu semua.”
Naib presiden itu berkata lagi, “Adakah kawasan jualan Harry itu kawasan lubuk emas? Tidak. Semua kawasan jualannya lebih kurang sama sahaja. Bagaimana pula dengan pendidikan? Adakah Harry lebih berkelayakan daripada kamu semua? Tidak. Adakah dia lebih sihat? Tidak. Harry juga sama seperti kamu semua, kecuali satu perkara.”
“Perbezaan antara Harry dan kamu semua adalah kerana dia berfikir lima kali ganda lebih besar.”
……………………
Sedikit perkongsian mengenai bahan bacaan terbaru saya, buku yang sarat dengan motivasi bagaimana untuk kita memanfaatkan kuasa pemikiran dan berjiwa besar. Adakah kita lebih selesa berada di takuk lama, yakni di kelas kedua? Kita dimaklumkan bahawa pada zaman sekarang sudah terlalu ramai pemimpin yang wujud, dan kita hanya disuruh menjadi pengikut. Hakikatnya, pemimpin dari segala bidang sepakat mengatakan, “kita punya ramai pengikut dan sedikit pemimpin”.
Disinilah letaknya kuasa pemikiran dan kuasa keyakinan. Namun, sebagai seorang muslim kita harus pandu pemikiran kita berlandaskan petunjuk agung Al-quran dan sunnah Rasul. Jadilah muslim yang berjiwa besar!
Sumber:  David J. Schwartz, Ph.D. The Magic Of Thinking Big
Ulasan : Khaulah

Saturday, November 20, 2010

Inspirasi Hati~


malam ni bertolak ke KL. semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang permusafiran.. Allahu yusahhilna.

Monday, November 15, 2010

Salam Baitullah~

Esok, wuquf di 'Arafah. Lambaian Haramain kembali menggamit. Semoga Allah memudahkan segala urusan para jemaah Haji + semoga dikurniakan haji yang mabrur.



SALAM EIDUL ADHA 1431H