Pages

Tuesday, September 29, 2009

fasa ke-4~

-selamat hari raya eidulfitri-



BismiLlahi walhamduliLlah...

9 syawal..

salam lebaran untuk semua..

berlabuhnya tirai Ramadhan.. masuk ke bulan syawal, bulan kemenangan.. kalau ikutkan perkiraan fasa, sekarang kita dah berada pada fasa ke-4, rentetan fasa2 di bulan Ramadhan.. ini fasa yg sengaja aku cipta.. namun, mungkin masih belum terlambat untuk kita melihat kebelakang, membayangkan kembali kemanisan b'ibadat ketika Ramadhan.. ketikamana nafsu tidak bercantum dengan syaitan..

bagaimana dengan acuan Ramadhan kita? adakah elok hasilnya atau sebaliknya kembali kepada keadaan sebelum Ramadhan? jika kita boleh istiqamah melakukan tahajud ketika Ramadhan, adakah sama keadaannya apabila keluar dari madrasah itu?

"kita sendiri bertanggungjawab untuk menilai jawapan kepada persoalan tersebut.."

'apabila bercantum nafsu dengan syaitan'.. ujian untuk istiqamah dalam beribadah semakin mencabar.. ketika Ramadhan, apabila hati terasa ingin membaca Al-quran, tangan terus mencapai kitab suci itu.. apabila hati mengatakan, "aku ingin tahajud".. dengan mudahnya kita bangun untuk tahajud tanpa rasa malas.. tetapi..

selepas berakhirnya Ramadhan..

apabila hati mengatakan, "aku ingin membaca Al-quran"..
syaitan membisikkan kata2, "tak payah la, nanti tak sempat nak siapkan assignment"

hasilnya, quran tidak dibaca.. malah assignment juga tidak disiapkan.. kerna, "nafsu sudah bercantum dengan syaitan LAKNATULLAH"..

kerna itu, kita perlu muhasabah kembali diri.. bandingkan dengan segala perlakuan ketika berada di dalam madrasah Ramadhan.. pacakkan pada hati,

"aku ingin istiqamah beribadah kepada Mu ya Allah..."

lihat kembali bisikan2 pada hati kita... adakah ianya ajakan kepada Allah atau sebaliknya..

"orang yang beriman berupaya untuk membezakan dari mana datangnya bisikan hati itu.. dan mereka cepat2 bangkit untuk melawan bisikan syaitan LAKNATULLAH. "

justeru, adakah kita orang yang beriman kepada Allah? sama2 kita 'recheck'.


..............

akhir kalam, asif 'ala kulli hal... segala nasihat aku tujukan khas kepada diri sendiri dan anda semua..

doa ;

"ya Allah, perhiasilah diriku dengan perhiasan Al-Quran, muliakan aku dengan kemuliaan Al-Quran.."


hadith:
(doa itu senjata orang mu'min, tiang agama, cahaya langit dan bumi)



~selamat membaca dan beramal~




p/s: jom puasa sunat di bulan syawal..


Wednesday, September 23, 2009

....

post terakhir sebelum berangkat....
again..aku tukar lagu..
lagu ni dh lame aku minat..

template blog ni nampak berbeza pada certain laptop..
mungkin kalau tgk guna internet explorer lg clear..
ok, xde ape nak sembang.. sekian-
............




p/s: tiba2 rase 'addict' balik pada netball n handball.. bile la bleh main lagi..

Monday, September 14, 2009

Gathering ISIS 165


"Topup puasa Reload taqwa"

tajuk forum anjuran Isis (Ikatan silaturrahim siswa), ESQ bertempat di Hotel Flamingo.pengisian yang menarik.. tahniah aku ucapkan kepada pihak penganjur atas inisiatif yg diambil sempena bulan barakah ini. teruskan usaha anda!

"..bukan senang berdepan dengan mad'u yang pelbagai lapisan kalau tidak kena caranya.."


~alumni ESQ, angkatan mahasiswa ke-4~

Saturday, September 12, 2009

wanna be~


malam 23..~
"tiada milik kita... semuanya hanya milik Dia.."

bayangkan....


(BAYANGKAN, ANDAINYA SUHAIB INI ADALAH DIRI KITA)

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu


Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo


Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview


http://tintaduat.blogspot.com/