suatu renungan bersama untuk mereka yg mahu berfikir, bukan hanya menerima..
Rencana ini tersiar dalam Sinar Harian, Ahad 24 Ogos, 2008 muka N14Oleh Dr. Aisar Yee Abdullah
Para doktor memerintahkan beliau berehat sepenuhnya kerana dia tidak sihat. Namun perasaan ingin menulis blognya terlampau kuat. Dia mahu menyentuh tentang cadangan membuka sepuluh peratus tempat di UiTM untuk pelajar bukan Melayu. Itu ialah kata awal dari Ong Tee Keat, calon Presiden MCA di dalam blognya. Tulisan blognya kali ini bukanlah panjang, hanya sekadar sepuluh ayat.
Dia menulis bahawa para pengkritik kepada saranan Khalid ini telah lupa bahawa beberapa tahun dulu Kabinet telah bersetuju membuka kuota yang sama jumlahnya dengan cadangan Khalid untuk dikhususkan kepada bukan Melayu di semua MRSM dan Kolej Matrikulasi. Sewaktu itu beliau memegang jawatan Timbalan Menteri. Beliau diberitahu bahawa tujuannya ialah untuk mendapatkan intergrasi nasional yang lebih baik. Beliau memberitahu bahawa UiTM sudah pun menidakkan peluang siswa Melayu dengan tindakan membuka ruang sebanyak 5% kepada pelajar luar negara.Kalau dulu para pentadbir universiti UiTM dan para pemimpin UMNO boleh mengambil sikap tidak membantah dengan keputusan dibuat Kabinet, kenapa kali ini pendirian mereka berubah? Mereka adalah orang yang masih sama.
Apakah hanya kerana ia dicetuskan oleh musuh politik?
Para pentadbir universiti seharusnya tidak melibatkan diri dalam soal politik kepartian kerana itu bukan tugas mereka. Tugas utama mereka ialah menghasil para lulusan yang cemerlang dan terbilang. Graduannya hendaklah menjadi sasaran pilihan utama para majikan, bukan sekadar mendapat tempat bekerja dengan sektor kerajaaan. Apakah situasi begini sudah tercapai?Calon MCA yang ketika menulis blog itu uzur tetapi menguatkan diri untuk menyentuh tajuk itu menyatakan kehairanannya kenapa ia menjadi satu dosa untuk mengusulkan demikian. Seorang pelawat kepada laman itu, iaitu pelajar bukan Melayu yang menamakan dirinya sebagai HKKuan menulis, “Sama ada isu ini kontroversial atau tidak ia terpulang kepada sesiapa yang mencadangkannya. Kalau ia datangnya dari PM atau TPM, maka pujian-pujian akan mencurah dari kaki bodek kerana dianggap sebagai berpandangan jauh, pragmatik dan demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.”Seorang pelawat lain yang menyebut dirinya sebagai ‘Concerned Chinese’ berkata: “Terlampau banyak orang yang bercita tinggi, sama ada Melayu, Cina atau India menunggu sahaja peluang untuk menarik perhatian…begitu banyak orang yang mengambil kesempatan. Di dalam MCA, seseorang boleh melihat ratusan kalau bukan beribu-ribu orang yang melompat merampas kesempatan…”
Penulis sebelum tulisan ini telah pun menyebut bahawa dia lebih cenderung untuk melihat isu ini sebagai sesuatu yang sengaja dihangatkan oleh orang-orang tertentu demi kepentingan politiknya. Orang ini langsung tidak mengerut kening apabila hak-hak pelajar Melayu ‘dirampas’ oleh Kabinet BN sendiri untuk diberikan kepada pelajar bukan Melayu dalam kes MRSM dan Kolej Matrikulasi.Seperti kata pelawat blog Ong Tee Keat itu terlampau banyak orang, baik Melayu, Cina atau India yang suka mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri. Di dalam negara kita ini, menonjolkan diri untuk dilihat sebagai juara kaum adalah jalan pintas untuk menjadi terkenal. Hari ini orang seperti ini menggunakan kedudukan mereka untuk mendorong mahasiswa berdemonstrasi membantah cadangan Khalid.
Sebahagian besar mahasiswa pastinya seronok dapat berdemonstrasi apalgi ia sesuatu tidak pernah terjadi secara ‘halal’ di Malaysia sejak sekian lama. Pengalaman ini sukar diperolehi sungguhpun ia sesuatu yang lumrah pada tahun-tahun 60-an dan 70-an.Beberapa demonstrasi berlaku di seluruh negara bagi membantah tindakan Khalid. Minggu lepas, kira-kira 3,000 siswa terlibat berdemonstrasi di Segamat Johor dan 1,500 orang di Kota Samarahan, Sarawak. Sehari sebelum itu beribu-ribu mahasiswa di Lundu Melaka berarak menunjuk perasaan membantah cadangan. Begitu juga berlaku perarakan membantah terjadi di Merbok, Sungai Petani di Bandar Jengka, Pahang dan di Seri Iskandar Perak. Turut membantah adalah pelajar- dari kampus Arau dan Kuala Terengganu.Akhbar-akhbar memuatkan gambar-gambar demonstrasi-demonstrasi tersebut yang berjalan secara aman dan teratur. Di akhir setiap kejadian itu, memorandum diserahkan kepada pihak atasan yang kemudiannya dikatakan akan diserah kepada Khalid dsebagai bukti tanda tidak puas hati siswa-siswi UitM terhadap suaranya yang mahukan sepuluh peratus tempat pelajar UiTM diberikan kepada bukan Melayu.Sebuah akhbar arus perdana berbahasa Melayu ada menempatkan sebuah ‘banner’ di laman utamanya yang mengheret pengunjung kepada himpunan gambar sekitar tunjuk perasaan di seluruh negara. Ia memapar suasana siswa ghairah membantah. Sesuatu yang menarik dapat diperhatikan dari puluhan gmabar itu ialah semua demonstrasi itu berlaku dalam keadan tenang dan aman. Inilah bukti bahawa mahasiswa kita matang dan tahu menjaga diri walaupun hak mereka untuk mendapatkan pendidikan cuba diberi kepada kaum lain. Tidak kelihatan dalam gambar itu para anggota polis mengawal keadaan. Tiada huru-hara dilapor atau dirakam.
Lanjutan dari demonstrasi itu, pada 18 Ogos lepas, terjadi satu lagi demonstrasi oleh para mahasiswa berdekatan pintu masuk Parlimen. Sekelompok mahasiswa berhimpun di dalam hujan bagi menyatakan rasa tidak puashati terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai pindaan kosmetik yang dibuat ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971) yang dijadualkan dibentang pada minggu ini. Mereka mewakili 13 pertubuhan pelajar. Seperti juga para siswa UiTM yang berarak menunjuk perasaan sebelumnya, mereka berpakaian serba hitam. Mereka membawa sepanduk dan malah satu ‘mayat buatan’ sebagai simbol matinya universiti-universiti’Untuk memberi penegasan, mereka berbaring di atas jalan sambil diperhati oleh anggota polis dan polis pencegah rusuhan. Suasana bertukar menjadi panas apabila anggota polis bertindak cuba merampas sepanduk dan plakad yang dibawa mereka. Suasana kembali tenang apabila pemimpin-pemimpin mahasiswa bersetuju bersurai sebaik sahaja mereka menyerahkan memorandum. Mengikut mahasiswa, para pemimpin mereka sudah lebih dari dua bulan cuba bertemu dengan menteri yang berkaitan tetapi tidak mendapat respons.
Merenung balik kejadian-kejadian demonstrasi yang melibatkan para mahasiswa ini, kita dapat melihat dua respons yang berbeza. Satu dijalankan secara besar-besaran di kebanyakan kampus UiTM di seluruh negara. Salah satu demonstrasi itu melibatkan perhimpunan sekitar 5,000 orang yang berarak dari kampus induk Seksyen 2 ke Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor. Sungguhpun perhimpunan itu besar dan isu yang dimainkan sensitif, perjalanan perarakan itu aman dan tiada keganasan berlaku. Tiada anggota polis dan pasukan pencegah rusuhan terlibat.Mahasiswa-mahasiswi itu sedar perbuatan mereka telah melanggar peraturan AUKU. Pihak yang mentadbir universiti itu sebagai orang yang dipertanggungjawabkan melaksana peraturan-peraturan akta itu juga sedar akan pelanggaran itu. Mereka langsung tidak membantah dan tidak mengambil apa-apa tindakan. Mereka sedar bahawa perbuatan seumpama itu pada masa itu dan pada masa akan datang (seperti yang berlaku selepas itu di kampus-kampus lain) tidak menimbul sebarang mudarat ke atas keselamatan universiti dan negara. Mereka bertindak wajar.Mahasiswa yang mengada demonstrasi di Parlimen pula sungguhpun kehadiran mereka hanya mencapai angka puluhan orang, mendapat layanan sebaliknya. Kehadiran mereka disambut oleh pasukan polis pencegah rusuhan. Kain rentang dan sepanduk yang mereka pamer cuba dirampas. Apakah mungkin mereka akan diambil tindakan disiplin oleh universiti-universiti tempat mereka mencari ilmu? Setakat ini belum kedengaran apa-apa berita lagi.Melihat reaksi kerajaan kepada tindak tanduk mahasiswa UiTM berdmonstrasi, ada kecenderungan untuk merumuskan bahawa kerajaan sudah memberi isyarat bahawa ia sudah bersedia mengizinkan mahasiswa berdemonstrasi sebagai cara memperlihatkan cetusan hati ke atas sesuatu isu. Sebaliknya, isyarat berlainan pula dapat dilihat dengan reaksi kepada demonstrasi anjuran badan-badan mahasiswa lain. Apapun, tindakan kerajaan menangani tindakan yang akan diambil ke atas mereka yang menunjuk perasaan tempoh hari ini sedang diteliti. Sanggupkah ia bersikap adil?Pendirian kerajaan semakin jelas dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Idris Harun, Timbalan Menteri Pelajaran sewaktu mengulas tindakan demonstrasi yang berkata, “Kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstarsi dalam pindaan AUKU 1971”.Beliau sewaktu mengulas desakan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU supaya kerajaan memansuhkan AUKU, berkata, ia mustahil untuk dipenuhi.Pendirian kerajaan ini dapat dilihat dalam AUKU yang sedang dibentang sekarang. Pembentangannya dikatakan sebagai memenuhi desakan ramai agar AUKU dipinda kalau tidak pun dimasuhkan. Antara pindaan yang dicadangkan ialah para pelajar sambilan dan siswa ‘post-graduate’ sekarang tertakluk kepada Akta. Dulu mereka terkecuali. Para siswa sekarang dibenarkan menyertai pertubuhan luar tetapi masih diharamkan dari menyeratai parti politik. Pertubuhan mahasiswa dibolehkan bersekutu dengan pertubuhan luar kecuali pertubuhan politik.
Dalam pindaan yang dibentangkan di Parlimen minggu ini, para siswa dilarang dari menyatakan sokongan atau menyatakan penentangan kepada mana-mana parti politik. Tindakan disiplin akan dikenakankan ke atas mana-mana siswa yang tidak patuh kepada arahan. Lebih penting, pindaan ini memberi kuasa kepada menteri untuk meminda sebarang arahan atau peraturan kampus.Ketenangan yang dipamerkan oleh mahasiswa UiTM dalam demonstrasi seluruh negara sungguhpun isu yang dibangkit itu mengguris perasaan mereka membuktikan bahawa para siswa kita adalah cukup matang. Mereka tidak perlu kepada satu undang-undang ketat untuk mengawal perilaku. Menyekat mereka menyertai mana-mana badan politik juga adalah satu langkah mundur. Tidakkah boleh bagi mereka menjadi anggota parti, katakan UMNO dan memakai topi berlambangkan UMNO sewaktu masuk ke dalam kuliah? Terjejaskan prestasi pembelajaran mereka? AUKU tidak perlu dipinda, ia perlu dimansuh. Tidakkah Malaysia mahu siswa-siswinya dilihat tidak dikongkong minda mereka? Lagipun, kebanyakan mereka berumur lebih dari 21 tahun, sudah layak mengundi pun.
http://draisaryee.blogspot.com/2008/08/demo-uitm-rintis-pemansuhan-auku.html
Friday, August 29, 2008
Monday, August 25, 2008
Tetamu yang dirindui~

Assalamu'alaikum w.b.t...
sekarang tepat jam 11.56pm, hati tergerak untuk mencoret sesuatu di ruangan 'tinta kehidupan'. ana sempat menjenguk beberapa blog sahabat..dan sudah pasti antara topic utama adalah mengenai 'RAMADHAN'. Alhamdulillah, masing2 masih punya kesedaran untuk menyampaikan mesej tentang kedatangan 'tetamu yang dirindui'. bagaimana agaknya persediaan kita sebagai umat yg paling mulia, umat nabi Muhammad s.a.w.. bisikkn pada qalbu, tanye padanya..mungkin ad jawapan yg pasti. sejauhmana usaha kita untuk mempersiapkan diri menghadapi bulan yg penuh barakah ini..
betul kata sahabat ana, suasana malaysia sekarang agak kelam kabut.. terutamanya apabila berkaitan dgn politik, mcm2 mehnah & tribulasi melanda. juga mcm2 fitnah dan prasangka dilemparkan, mungkin untuk memuaskan diri sendiri yg ternyata dikuasai angan2 duniawi. mahasiswa juga tak kurang hebatnya, dan inilh yg kita mahukan..mahasiswa yg berfikir dan tahu menilai, bukannya hanya tahu berfikir tentang akademik, tetapi berfikir tentang negara dan masyarakat.. masalah demi masalah melanda..permatang pauh, AUKU, liwat, sumpah, Raja Petra, uitm, negara sekular, emm tak dilupakan ALTANTUYA. ade jugak yg melibtkan bloggers.. ish2, bagtau benda betul pun salah jgk..apa nk jadi dgn dunia sekarang.
dan perkara2 inilh yg menjadi asbab umat Islam di Malaysia kurang memberi tumpuan kepada Ramadhan Al-Mubarak. duk sibuk bercakap ttg politik.. bangun pagi, pi kedai dh nampak muka dpn paper 'penduduk permatang pauh minta anwar bersumpah' (dh2 la tu mak cik pak cik)...dan lagi...dan lagi..
camane la umat Islam nk excited sambut Ramadhan. media disalah gunakan.. tup2, nanti keluar muke depan, 'ESOK TENGOK ANAK BULAN', tak pun 'ESOK DIUMUMKAN POSE'.. kalau mcm nilh carenye, cmne umat Islam nak merasai kebesaran dan keagungan bulan Ramadhan??
suasana dikampus juga sangat mengecewakan, makin ramai mahasiswa/i yg meremeh2kn soal agama..apabila satu isu agama dikeluarkan, ade j yg kate ' kenape suke perbesarkan isu yg remeh temeh n? byk lagi yg kena bg tumpuan'..huhu, sedap mulut j ye.. masing2 berdolak dalih, cuba menegakkn benang yg dah basah lenjun. itulah para pendidik yg akan mendidik anak bangsa kelak.. bermegah dgn apa yg ade, benda hukum pun dipandang ala kadar.. astaghfirullah.
makin berat rasenye tanggungjawab.. berdepan dgn golongan yg dah tahu, tp xnk amal..dan mungkin juga yg memang jahil..jd, terus tak amal .. ape2 pun, moge inayah dari Allah bertandang lagi mengetuk pintu hati kita. penuhi bulan barakah ini dengan amal ibadah, kerna kita maklum..pahalanya berlipat kali ganda..betulkan niat, ikhlaskan diri.. bacalah kalamullah dengan penuh penghayatan. dibulan inilh, kita dapat melihat siapa kita yg sebenar.. dgn hawa nafsu yg menggila.. muhasabahlah dirimu wahai sahabat.. 'perbaikilah dirimu dan serulah org lain'.
menjadi seorg da'ie bukan sesuatu yg mudah..memerlukan kesabaran dan kegigihan,..bimbang kiranya, penyakit futur itu dtg menguji dikala diri sedang goyah..aku mohon ya Allah, berikn kekuatan kepadaku..kecerdasan akal fikiran, keluhuran pekerti, kekuatan iman dan taqwa, juga ampnkanlah daku ya Rabb.. berkati diriku dibulan barakah ini, juga berkati org yg bersama2ku..ameen ya Rabb..
::khaulah_mujahidah~
k.e.t.e.n.a.n.g.a.n
Sunday, August 24, 2008
::Ramadhan Al-Mubarak~

BismiLlahi WalhamduliLlah...
hari ini dh masuk 22 syaaban 1429h, tinggal beberapa hari saje lagi umat ISLAM akan menyambut bulan yg ditunggu2, iaitu bulan Ramadhan. sedikit perkongsian tentang peristiwa yg berlaku dalam bulan yg mulia ini. Antaranya:
penurunan Al-quran:
"al-quran adalah kalamullah yang mulia, diturunkan kepada nabi yg mulia yakni nabi Muhammad S.A.W , melalui perantaraan malaikat yg mulia yakni malaikat jibrail, pada bulan ygg mulia yakni RAMADHAN, pada mlm yg mulia yakni mlm lailatul qadr, ditempat yg mulia yakni makkatul mukarramah, kepada umat yg paling mulia yakni umat nabi Muhammad S.AW.dan membacanya dikira sebagai ibadah.
"Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah."
peristiwa badar al-kubra:
perang pertama dalam Islam yg berlaku pada 2 Ramadhan tahun ke-2hijrah. peperangan yg melibatkan 313 org tentera ISLAM dan 1,000 org tentera musyrikin Mekah. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. ape yg menarik yg ingin ana tekankan ialah mengenai pertolongan dari Allah terhadap mereka yg berjuang pada jalanNya. bayangkan, walaupun mereka bertempur ketika sedang berpuasa dan bilangan tentera yg jauh lebih sedikit daripada tentera musuh, namun mereka berjaya memenangi pertempuran. justeru, berpuasa bukanlah merupakan asbab lemahnya kita untuk berjuang dan juga bukanlah merupakan alasan yg selayaknya digunakan oleh pejuang2 agama Allah untuk melarikan diri daripada medan pertempuran.
"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."
(Aali 'Imran: 123-125)
peristiwa perjalanan Nabi Muhammad saw ke Tabuk:
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
Islam sampai ke Yaman:
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
Khalid bin Al Walid meruntuhkn berhala al 'uzza:
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
penyerahan Bandar Taif:
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
pembukaan Andalus(sepanyol):
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
peperangan zalaqoh;portugal-
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol:
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.
Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
peperangan yakhliz:
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
tertawannya garis bar lev, Israel:
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
'semoga Allah memberi kesempatan kepadaku untuk beribadah dibulan yg mulia ini.. dan moge Ramdahan kali ini membawa sinar baru dalam hidupku.. ahlan ya Ramadhan!
Friday, August 22, 2008
salju sakinah~
::salju yang mendamaikan::salam'alaik...
act. entry kali ni bukn pasal novel tu pun.. ana xpernh bace lagi novel 'salju sakinah'. taktau best ke tak.. ad sahabat yg kate best, ad yg kate biasa2..ana no komen, sbb tak bace lagi. sekarang ana dh berada di bumi 'london'..he, london malaysia. terpaksa balik awl sbb tiket takde. cuti kali ni agk singkat..duk rumah dua hari, 3 hari p prog, balik rumah..then esokkn terus berangkat ke 'london'.. kesian kt family, xsempt nak duk lame2..nk tolong ape yg patut. kebetulan sekarang rumah sedang diperluaskan..jdi perabot2 kat dapur kna pindah masuk kedlm rumah.. kesian kt mak, tiap2 hari busy..nk kna bgi makan kt tukang rumah lg..huh, insyaAllah b4 raye dh siap rumah tu..
balik dari prog motivasi aritu, ayah ambil kt stesen. adik pun ad same.. first thing dia tanye," dh beli belum ?..he asked about the present. erm, dgn selambe ana jwb..tak beli lg. he smiled. ana pulak yg tye die, dh solat belum? dgn yakinnya dia kate, "dah". cm tak percye, ana tye lagi the same question..dia jwb lg, "dh". die pn crite, td die tgk dlm tv "sape yg tak solat akan dihilangkn pahala...". dia takdpt habeskn ayat tu..sbb dia lupe. tapi, ana bleh agak the next words..
kami menuju ke sabasun dgn riang nye..hehe. beli satu robot kt dia, as a present. mlm tu bile maghrib bertandang, after ana solat.. ana suh die tukar baju untuk solat.. dh siap2 tukr baju, ana pesan kt die suh doakan ana moge jadi org yg baik, suh doakan abg die, kakak die yg len, mak ayah..then dia jwb," k.sa kan dah baik". ana terkesima. tiba2 getar hati.. sebb jawapan tu tak sesuai diletakkan pd diri ana.. dia betul2 buat ana terfikir..berkali2. nk je ana katekn, jgn judge luaran..tp dia faham k? huh.. dan kate2 dia memg benar2 terkesan..sebb sampai sekrg ana still igt.. tu bukan pujian bg ana.. tp, satu sindirn..yg minta supaya ana berubah.. semakin kotor jiwa, semakin banyak taklifan.. seolah2 satu amaran.. perlu ke beruzlah? mcm lari dr tanggungjwb..
sahabat pesan, betulkn niat..he, u right sis.. satu tahun lgi, kite kn berpisah.. sush dh nk merempit dgn jhc9084. masing2 kn lalui kehidupan sendiri. sekrang ni pun dh ramai sahabat yg berkira2 u berkahwin.. bait muslim itu yg terbaik, berkahwin bukan beerti tak berjuang, itu tanggapan negatif.. drpd bait itulh, lahirnya pejuang2 yg sanggup berjuang..lahirnya mujahid wa mujahidah soleh..yg akan memastikn kemenangan Islam.. kepada shbt2, pilih zauj yg terbaik.. :) mge antunna berjaya dalam kehidupan rumah tangga juga dlm perjuangan.. dan ana sendiri, terlalu banyak tanggungjawab yg pasti perlu dijawab kelak.. benar kate assyahid Imam Hassan Al Bana, "tanggungjwab melebihi masa".
" Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNYA?"....
(Az-Zumar:36)
Benar..Allah adalah pelindung yang maha Agung. kita tak pernh ditinggalkan keseorangan melainkan dialah disisi kita.. Pelindung yg maha Pengasih lagi Penyayang.. kembali padaNya.
Benar..Allah adalah pelindung yang maha Agung. kita tak pernh ditinggalkan keseorangan melainkan dialah disisi kita.. Pelindung yg maha Pengasih lagi Penyayang.. kembali padaNya.
::salju yang mendamaikan~
Wednesday, August 13, 2008
kematian~

tiap-tiap sesuatu
terjadi berdasarkn qadha' dan qadar
dan kematian
merupakan pelajaran yg paling besar.
seseorang hamba harus ingat bahawa dia sedang membawa kematian, bahawa dia sedang berjalan menuju kematian, dan bahawa dia sedang menunggu kematian itu entah akkan datang pagi atau petang. sungguh indah ungkapan Ali bin Abi Thalib:
"sesungguhya kematian terus mendekati kita, dan dunia terus meninggalkan kita. maka jadilah kalian anak2 akhirat dan janganlah kalian menjadi anak2 dunia. sesungguhnya hari ini adalah beramal dan tiada hisab, dan esok adalah hisab dan tidal ada lagi beramal..
....dan tiada seorang pun yg dapat mengetahui (dengan pasti) apa yg akan diusahakannya besok dan tiada pula seorang pun yg dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati. (Luqman:34)
kata2 diatas ana petik dr buku kesayangan ana, la tahzan jilid 3. tertarik dgn kata2 tersebut, buat ana terfikir..ttg kematian. akhir sem lepas, pak cik ana meninggal. kematian pertama dalam keluarga mak ana. abg sulung mak. dua bulan koma dan ana xsempat nk jenguk arwah sepanjang dia sakit. aslnya, plan nk balik awl ketika cuti final..tp, ad prog yg lebih aula daripada cuti. tgh2 sibuk b'program, dpt msg dr kak long..'ayah long dh takde. kebetuln hr tu adlh hr last program. sepatutnya keesokkn hr ad prog lain..prog motivasi.. tp, terpaksa gk pulang. walaupun ana tahu, ana tkkn sempt tgk jenazah arwah.. mlm tu jgk, sahabat tlg belikn tiket tanpa dipinta..syukran. alhamdulillh, ayah long meninggal dlm keadaan baik. mukanya berseri kate mak. tersenyum. mlm jumaat kalau tak silap ana. yg menakjubkan, ramai yg dtg menyembahygkn jenazah. penuh surau. sejarah buat kampung kepong. kebanyakkn nya kwn2 datuk, kebetulan datuk tabligh yg berpengaruh.. satu lagi perkara yg menakjubkan berlaku, ketika jenazah dimandikan. abg ngah salah seorg yg memandikn jenazah arwah. abg kate, takde bau pun.. org lain yg memandikn pun kate benda yg same.. masyaAllah.. selang beberapa hari, paksedara ana bermimipi..ayah long dalam keadaan serba putih..tersenyum..
bile bercerita ttg kematian, gentar hati..ntah bile ia dtg menjemput, bimbg kiranya jemputn itu bertandang ketika hati leka tuk mengingati Allah..bimbng kiranya ia datang dlm keadaan terbatalnya syahadah tanpa disengajakan..nauzubillahiminzalik. semoga, kedatangannya ketika diri ini sibuk mengingati Allah..hati terarah untuk berjihad pd jalan Allah.. jiwa suci dari dosa..
matikanlh diri ini dalam keadaan beriman kepadaMU ya ALLAH.. juga bg mereka yg bersama2 ku..
moge roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditemptkn dikalangan org2 yg soleh.
Al-Fatihah buat Manan bin Deraman.
Subscribe to:
Posts (Atom)