Pages

Sunday, May 4, 2008

Enam persoalan hidup: Imam Al-Ghazali~


ENAM PERSOALAN HIDUP

Oleh : Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya, 1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.( Surah Ali Imran 185 )


2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yangpaling jauh dari diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. " Apayang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di duniaini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam didunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


"renung dan fikirkan..buat diri ini dan juga sahabat yang lain~

Saturday, May 3, 2008

::puteri unggul~


ya ALLAH..kiranya Rasul-MU hidup bersahabat,

kurniakan jua aku sahabat,tapi..

biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkan-MUseperti kebenaran As-Siddiq,

biarlah sahabat dari pintu-pintu ilmu-MU seperti Ali,

biarlah sahabat dari kemuliaan Khadijah yang kau cipta sebagai pasangan kekasih-MU.

ya ALLAH..Kiranya semua itu tidak layak bagiku,

Aku bersyukur dipertemukan dengan sahabat yang satu ini,

mungkin padanya ada segalanya yang tidak pernah aku selami,

mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini..

sekadar renungan~


"Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan.."

Wednesday, April 30, 2008

aljabar niskala~


Assalamu'alaikum w.b.t..

hari ni berlalu dengan begitu pantas..pagi tadi ana ad paper 'aljabar'. subject killer..stakat ni, buat survey pabila ditanye tentang subject n, mesti orang akan cakap..uish, killer ni.. susah2.. tak tau belajar ape.. susah yang amat.. dan macam2 lagilh rungutan + bebelan mahasiswa/i upsi. mind set itu penting, bilemana kita meletakkan sesuatu itu sebagai masalah, maka jadilah ia masalah.. jadi, bile orang kate susah..balaslah 'mudah'.. walaupun hakikatnya memang susah.

semalam ana ade paper 'kalkulus'..jawab 'imtihan bila zhouq'..bak kate sorang sahabat. (jawab tanpa semangat)..ntah, tiba2 j jadi mcm tu.. something wrong with my 'IMAN'.. i guest, absolutely rite. lepas je jawab kalkulus, baru semangat tu datang..syukur, tak berpanjangan. ana harap mumtaz dalam imtihan..hopefully. walaupun jawab tak bersemangat, tapi result tetap nak mumtaz, taknak setakat jayyid jiddan..macam2 la.. target tetap tinggi. I'Allah, segala2nya dalam genggamannya.. kita cuma berusaha. serahkan padaNya.

alhamdulillah, pagi tadi ana jawab semua soalan dengan tenang..dan melangkah keluar dari TMNU28 dengan rase tenang.."sakinah". ketenangan tu penting, sebab tu ana suka. huhu..

balik j exam terus mengadap laptop kesayangan..tertera dekat skrin doa 'penawar menjauhi maksiat'..ambik dari blog ustaz harun din. amalkan before nak tido and after solat fardhu..

kebiasaannya, kita bertaubat selepas buat dosa, tapi kita ulangi lagi dosa tu..dan bertaubat lagi.. begitulah seterusnya, jadi amalkanlah doa ni..


'Allahumma ghafiri zanbi, wa kobili ttaubi..syadidil 'iqaabizil ttaul.. laailaahaillahua ilaihil masir.

(yang mengampunkan dosa, dan yang menerima taubat; yang berat azabnya; yang melimpah-limpah kurnianya; tiada tuhan melainkan dia..kepadaNyalah tempat kembali.

-Surah Al-Mu'min:3)


same2 kita amalkan doa ni..kadang2 kita jarang sedar hikmah atau kelebihan sesuatu amalan. berlaku tanpa disedari..so, bersyukurlah disetiap saat. DIA telah mengaturkan yang terbaik untuk hambanya..mungkin kita menyesali pengalaman lalu, kejahilan lalu..tapi hakikatnya, terdapat seribu hikmah atas setiap yang berlaku.. bagi ana, kejahilan lalu yang menyedarkan ana akan tanggungjawab pada agama. walaupun pahit, tapi amat menyeronokkan bila dikenang..syukur ya ilahi. k, ana stop dlu..dah lame mengadap laptop.. 'alaikum najah.:)


::khaulah_mujahidah








Monday, April 28, 2008

hari ini...


ya Allah, aku mohon kekuatan..kekuatan untuk terus berada dalam saff perjuangan, kurniakan semangat baru..aku tahu, Engkau lebih mengetahui diri ini, dan Engkau tahu dimana dan setakat mana kemampuanku..maka ampunkn aku ya rabb..andai aku mengeluh disaat kau berikan aku ni'mat..ajarlah aku untuk jadi seorang yang bersyukur..ameen ya rabb.


~khaulah_mujahidah