Pages

Saturday, October 23, 2010

"Demi Kedaulatan Islam, Perkasakan Jihad"



"kemuliaan sesuatu umat itu letaknya pada ISLAM"

Wednesday, October 20, 2010

HIKIKOMORI vs JEMAAH



Hikikomori (ひきこもり or 引き籠もり, adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka mengasingkan diri di tahap yang ekstrim disebabkan oleh pelbagai faktor yang bersifat akumulatif, berkait mungkin dengan masalah social phobia atau social anxiety. Malah mungkin juga agoraphobia, avoidant personality disorder atau sifat malu yang ekstrim lagi menyakitkan.

Baca lanjut saifulislam

"adakah kita tergolong dalam golongan HIKIKOMORI?"


 

“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]

Saturday, October 9, 2010

Lambaian Haramain : 2



BismiLlahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt. 


Entry 'Lambaian Haramain' kembali bertandang. Petang tadi, selesai menziarahi emak saudara yang akan pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji tahun ini. InsyaAllah, dia dan suami akan berangkat pada 17 oktober ini. Nampak gaya, kena balik terus ke Terengganu lepas habis konvo. 

kepada mereka : semoga mendapat haji yang mabrur.


Masih mengharap, dan masih berazam untuk menjejakkan kaki ke sana pada usia yang muda. InsyaAllah.



"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" 

(Surah Al-Baqarah Ayat 96)



Lambaian Haramain 1 (entry tahun lepas)



Thursday, October 7, 2010

Sesungguhnya..

 
Dalam pada mencari 'mutmainnah', aku jumpa video di atas. Lagu nasyid 'sesungguhnya', (Raihan). Hayati maksud tersirat yang cuba disampaikan.. sedikit sebanyak ia memberi rasa 'mutmainnah' pada diri.

BismiLlahirrahmanirrahim 
Assalamu'alaikum wbt

Salam perjuangan buat semua. Sedikit perkongsian buat pengunjung 'Khaulah Al-Azwar'. Sama-sama kita ambil manfaat daripada artikel dibawah. Artikel ini datang tatkala aku bergelumang dengan rasa marah yang amat. 

'Allahumma anta Robbi laailaahailla ant, 'alaika tawakkaltu wa anta robbul 'arsyil kareem'


Bagaimana menghilangkan Marah 

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? 

Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". 

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". 

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti buang rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :  

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.  
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.  
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.  
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang sekiranya anda dalam keadaan marah.  
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur 
i) Tauhid kita perlu tepat. 

Setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. 

Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.  

konklusinya, perbanyakkan istighfar itulah senjata orang2 mukmin. wassalam 

sumber: click
Edit by : khaulah

  
"bukan senang nak membentuk peribadi dengan akhlaqul kareem.. perlu mujahadah selalu. moga sedikit demi sedikit, mazmumah itu terhapus sekaligus tertanamnya mahmudah."

Sunday, October 3, 2010

Hikmah disebalik ketentuanNya


BismiLlahi wal hamduliLlah

"Allah melapangkan bagimu supaya engkau selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau daripada keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Allah mengubah2 keadaanmu daripada sedih kepada gembira, daripada sihat kepada sakit, daripada kaya kepada miskin, daripada terang kepada gelap.. supaya mengerti bahawa engkau tidak bebas daripada hukum ketentuanNya, supaya selalu engkau berdiri di atas landasan "Laa haula walaa quwwata illa billah" (tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kecuali dengan pertolongan Allah ta'ala. Firman Allah :

supaya kamu tidak sedih (menyesal) terhadap apa yang terlepas daripada tanganmu, dan tidak gembira atas apa yang diberikan kepadamu


 Hikam : 90