Pages

Saturday, September 12, 2009

bayangkan....


(BAYANGKAN, ANDAINYA SUHAIB INI ADALAH DIRI KITA)

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu


Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo


Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview


http://tintaduat.blogspot.com/

Friday, September 11, 2009

..temui Dia~


BismiLlahi wal hamduliLlah...

"terlepasnya 3 ikatan... "

..berada di dalam fasa ke 3 Ramadhan merupakan suatu rahmat yg terlalu besar.. Alhamdulillah.. pujian yg selayaknya hanya untuk Dia.. ayuh sahabat! sama2 kita lipatgandakan amalan dan pasang niat untuk memburu lailatulqadr..

sedikit perkongsian ringkas;

sedar atau tidak, permulaan kehidupan yg baik bergantung pada amalannya diwaktu pagi. jika paginya dihiasi amalan qiamullail yg berterusan nescaya jalan hidupnya pada hari tersebut berlalu dengan baik.. kerana di dalamnya terisi 'keberkatan dari Allah'..

apabila kita bangkit dari tidur,
lalu menyebut nama Allah.. maka terlepas satu ikatan..
kemudian, kita bergegas untuk berwudhu'..disaat itu terlepas satu lagi ikatan..
setelah berwudhu'..kita terus mendirikan solat.. maka terlepas lagi satu ikatan, iaitu ikatan yg k-3. insyaAllah.. apabila terlepasnya ketiga-tiga ikatan yg membelenggu diri, maka kita dapat melakukan ibadah dalam keadaan selesa.

wallahu'alam.

"temui Dia di sepertiga malam.."

Thursday, September 10, 2009

kematian~


-anugerah Tuhan yg sgt bernilai~


BismiLlahi wal hamduliLlah...
Alunan pot elegance of the pachelbel mengiringi taipan kali nih.. dah lame benar tak dengar. (^-^)

Alhamdulillah, masuk malam k-20.. semoga fasa k-2 ini berlalu dengan seribu rahmat dan keberkatan..

Entry kali ni berfokus tentang satu perkara, perihal ‘kematian’.


Usai waktu maghrib, aku bergegas ke klinik bersama seorang sahabat.. setelah berbincang dengan pegawai yg bertugas, dia menyuruh sahabatku masuk ke bilik pemeriksaan. Kebetulan ada seorang kakak yg turut menunggu giliran untuk di ‘scan’. Kelihatan dia sedang sarat mengandung.
aku memulakan bicara;


“akak nak scan jugak k?”

“a’ah..nak scan. Kwn sakit apa?”

Aku malas nak menerangkan keadaan sebenar sahabatku.
Jwpn mudah, “masalah kesihatan sket”.

“akak dah berapa bulan?” aku kembali bertanya.

“dah 9 bulan. 24 hb ni jangkaan.” Dia membalas jawapanku sambil tersenyum.
Aku turut tersenyum lebar.. sedikit teruja berhadapan dengan situasi sebegini.
“anak pertama k?” aku cuba mengagak melihat kepada raut wajahnya.
“tak..ni anak kedua. Anak pertama dah meninggal.”
-speechless-

Aku cuba mengalihkan topik perbualan.. bimbang emosinya terganggu. Lebih2 lagi dia sedang sarat mengandung. Persoalan2 lain dikemukakan.. perihal kerjaya, tempat tinggal, adik beradik,..dll.

namun, tiba-tiba...


Dia kembali membuka topik tadi.. perihal kematian anaknya. Aku difahamkan, anak pertamanya meninggal ketika berusia 4 tahun kerana demam panas. meninggal pada hari kelahirannya sendiri.. Tahun ni genap usia anaknya 7 tahun. Tanpa riak kesedihan, dia menceritakan saat2 anaknya menghembuskan nafas yg terakhir.. dipangkuannya..


Aku mendengar dengan setia..


Katanya, “waktu tu, dia termengah2..
(sambil menggayakan keadaan yg dihadapi anaknya)”

“akak pegang kaki dia, sejuk.. mungkin waktu tu dah ditarik..
kemudian muka dia berubah”

“susah nak terima yg dia dah takde.. sampai sekarang”

“lepas dia meninggal, akak merancang.. sebab tu beza antara yg pertama dengan yg kedua 7 tahun”


Aku cuba membayangkan situasi tersebut.. naluri seorang ibu yg berdepan kehilangan anak tersayang..


“takpe kak.. Allah sayang dia, akak pun dapat banyak pahala.. dia pergi waktu kecil, xde dosa ape2.. “


Aku cuba memujuk.


“kalau tidur, akak harap sangat dapat bermimpi tentang dia.. nak tengok dia besar mane sekarang”.. dia kembali bersuara sambil tersenyum.

“ayah akak meninggal 6 bulan kemudian.. sakit tua”..


Dia memanjangkan perbualan perihal kematian. Huh! Aku terkedu.


“akak tak boleh nak terima keadaan macam ni. Kalau boleh akak nak mati dulu”..

Aku tersenyum..kerna aku sering dilontarkan kata2 sebegini.

“akak, kalau saya.. saya nak mereka yg meninggal dulu..”
“ sebab..saya nak sembahyangkan mereka, mandikan mereka..kemudian doakan mereka..”. aku menambah. Jawapan yg kerap aku utarakan pada sahabat karibku..

Perbualan diteruskan.. hinggalah sahabatku keluar dari bilik pemeriksaan. Kemudian, aku bangkit meninggalkan dia dengan fikiran yg masih menerawang.. sesekali terlintas persoalan, “kematian org terdekat”..


................................


“berfikir tentang kematian”
..antara cara untuk menemui hati kita. Ringkasnya, perbualan tadi bermakna bagiku.. Allah tadirkan dia untuk mengingatkanku soal kematian yg akan datang tanpa diundang.. barangkali kematian itu boleh berlaku dibulan yg mulia ini..


Dua hari lepas aku berkesempatan melihat beberapa klip video di youtube,
video2 syuhada' yg gugur syahid dalam perjuangan.. ALLAH.. SUBHANALLAH..sungguh takjub! perlahan2 mereka menghembuskan nafas terakhir dengan raut wajah yg cukup tenang... ada yg tersenyum... seketika, lahir rasa kagum dan teruja dengan posisi yg mereka peroleh disisi ALLAH..'SYAHID!'.


aku juga sempat melihat video munajat Allahyarham ustaz asri ibrahim.. sungguh syahdu..hatiku turut terusik.. mungkin agak lame ia dibiarkan kontang tanpa pengisian.. apa yg terlintas saat itu adalah bentuk kematian yg bakal aku hadapi tak lama lagi..
jika ada sahabat Rasulullah yg menetapkan cita2nya untuk mati dalam keadaan2 tertentu, barangkali aku sendiri perlu memasang cita2 bagaimana bentuk kematian yg aku harapkan.. adakah dengan cara syahid dalam peperangan? atau mati hanya sekadar menjadi orang biasa yg tidak menyumbang apa2 kepada Islam? mati sekadar seorang guru biasa... ALLAH..


........................


sama2 kita renungkan dan cubalah utk memetik ‘ibrah disebalik cerita yg di sampaikan.. asif atas kedhaifan diri..

kepada sahabat2 yg sedang melalui proses istikharah, lakukanlah munajat itu dengan sebaiknya.. bulan yg terbaik untuk kita temui jawapan kepada permasalahan. Semoga antum senantiasa berada dalam lingkungan rahmat Ilahi.. ameen.


“..tingkah luaran kadangkala tidak mencerminkan dalaman.. boleh jadi, ia sekadar ujian yg sengaja dihadapkan untuk menilai sejauhmana kebenaran dan kesungguhan...”