Monday, September 7, 2009
Generasi Harapan~
sekali lagi, aku mengambil keputusan untuk menukar lagu blog.. doa rabitah tetap antara nasyid terbaik..
Generasi Harapan
Album : Kembali..!
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com
Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi
Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang
Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana
Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman
Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu
Sunday, September 6, 2009
Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang~
"pemuda adalah mesin penggerak yang bertanggungjawab mengaktifkan seluruh organ perjuangan agar tidak sekadar berfungsi sebagai sayap kanan perjuangan, bahkan mampu menjadi pencetus gerak kerja berkesan, menumbuhkan kesedaran ahli, meraih sokongan pengundi dan membawa pulang 'trofi' kemenangan"..
bagaimana pemuda menggerakkan perjuangan memburu kemenangan???
Sabda Rasulullah saw:
Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha, telah berkata : kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban. maka kami bertanya : apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita?
"sesungguhnya orang-orang sebelum kamu, ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya, namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya."
demi Allah, nescaya Allah menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kamu adalah golongan yg gopoh.
Riwayat Imam Bukhari
..........
bedasarkan hadis di atas, ia memaparkan sikap Nabi saw ketika berhadapan dengan keadaan yg sgt kritikal, keadaan dimana para sahabat disiksa dengan dasyat oleh pihak kuffar laknatullah. antaranya ialah Khabbab al Arat yang disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas hingga masak dan luluh dagingnya. akibatnya, penyiksaan itu meninggalkan kesan parut yg sgt hodoh pada diri khabbab.. suatu ketika, khabbab r.a datang kepada Rasulullah yang sedang beristirehat ditepi Kaabah, lantas bertanya: apakah Tuan tidak berdoa kepada Allah s.w.t agar kita diberikan kemenangan?
bayangkan sahabat2...
yang bertanya itu adalah sahabat Nabi saw yg berjuang malah disiksa dengan penyiksaan yg dahsyat oleh musuh. yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan prinsip dan pegangan agama. yang bertanya adalah sahabat yang mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan suci,
tiba-tiba..
Nabi saw menjawab, org terdahulu lebih teruk menerima penyiksaan dari musuh-musuh Allah sehingga ada yg digergaji kepalanya hingga terbelah dua dan jasadnya disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap mempertahankan agamanya.
maka kamu yang dtg meminta-minta agar didoakan kemenangan biarpun kamu sangat perit berhadapan dengan kezaliman musuh, kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah swt..
ALLAH....
kemenangan adalah suatu yang dianugerah oleh Allah swt. ianya tidak boleh dicipta oleh kita dengan maksud tiada kemenangan buatan kita selain Allah swt dan tiada jalan short cut utk mencapai kemenangan. itulah sunnatullah kemenangan atau nusrah yang dijanjikan buat mereka.
sebagai pejuang, kita hendaklah mengambil sunnatullah dalam perjuangan suci ini dengan gigih berjuang, ikhtiar melepasi segala cabaran, ikhlas dan istiqamah dalam mengendarai perjuangan, tabah mendepani ujian serta halangan, berkorban apa jua sebagai taruhan buat perjuangan mulia ini....
jangan sekali-kali kita menerobos keluar dari landasan sunnatullah kerana tidak sabar hendak menang dengan hanya kita melihat riak-riak kemenangan yang tidak pasti tetapi sarat dengan janji-janji manis kemenangan kononnya..
kita bukan tidak inginkan kemenangan, tetapi kita mestilah melihat kepada beberapa persoalan bersama jawapannya terlebih dahulu.
Pertama :
untuk apa kemenangan itu mahu dicapai? apakah ia bermaksud memberi kemenangan kepada Islam?
kedua:
bersediakah kita dengan kemenangan? apakah kemenangan itu kelak tidak menjadi fitnah kepada kita dan perjuangan yang didokong ini?
ketiga:
bagaimana kemenangan itu dicapai? apakah ia tidak melanggar batas dan prinsip amal islami? kerana sudah tentu kaedah Islam ialah 'Matlamat tidak menghalalkan cara'.
semua persoalan diatas hendaklah dijawab dengan hati yang jujur, jiwa yg tulus dan akal yg ikhlas mengenai bagaimana situasi kita terhadap kemenangan yg ingin dicapai.
................
taujihat yg ana ambil dari buku 'bingkisan fikrah untuk pejuang' karangan Al-Fadhil ustaz Nasrudin Hj Hassan At-Tantawi, buat renungan bersama. bila berbicara perihal kemenangan, masing2 punya pandangan tersendiri... siapa yg tidak inginkan kemenangan.. ? siapa yg tidak inginkan kejayaan setelah penat berusaha? namun, seringkali kita lupa untuk menyediakan tapak yg utuh kearah kemenangan itu sendiri.. jangan terlalu ghairah dgn idea2 , tetapi lupa untuk merangka persediaan yg rapi.. bimbang, idea yg sepatutnya membuahkan hasil yang menguntungkan bertukar menjadi pulangan kerugian kerana 'tiada persediaan'. seolah2 ia dikalahkan oleh 'kebatilan yg terancang'!
bulan Ramadhan ini juga menjanjikan kemenangan bagi mereka yg merancang dan membuat persediaan kearah pengislahan... sudah pasti mereka akan diuji.. ujian kesabaran, fitnah, umpatan, cemuhan, kehilangan, dan sebagainya.. apabila kesemua ujian itu bijak ditangani, maka pulangannya adalah rahmat yg terlalu besar.. ALLAH... mohonlah keampunan dengan bersungguh2.. hayati fasa maghfirah ini dengan sebaiknya.. moga2 dosa2 lalu terhapus ibarat debu yg berterbangan diudara.. ana menyeru diri yg terlalu hina ini kearah pengislahan dan sahabat2 yg ana kasihi kerana Allah.. muhasabah kembali amal kita dibulan mulia ini.. elakkan persengketaan dan perselisihan pendapat yg tidak menguntungkan.. masih terlalu banyak masalah ummat yg perlu diberi perhatian..
Firman Allah s.w.t:
jika sekiranya (perjuangan) ini suatu capaian hasil yg dekat dan perjalanan yg singkat nescaya mereka (musyrikin) akan mengikut engkau, akan tetapi (perjuangan) ini jauh perjalanannya dan dirasakan sukar ke atas mereka.
Firman Allah s.w.t:
dan ingatlah ketika org2 kafir merancang utk memenjarakan kamu, membunuh kamu dan menghalau kamu keluar daerah, mereka merancang dan Allah s.w.t juga merancang dan Allah s.w.t, sebaik-baik perancang.
Surah al Anfal, ayat 30.
p/s: credit kepada pemilik buku. alfu syukran~
Friday, September 4, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Maghfirah~
-masjid nabawi ketika matahari naik-
Ramadhan Kareem~
Alhamdulillah, setelah masuknya fasa k-2 ramadhan barulah aku berkesempatan untuk menulis.. sejak tarikh 1 ogos, bersamaan dengan ulangtahun kelahiranku, blog ini ditinggalkan usang... hampir2 berkubur seolah2 bakal menurut jejak blog2ku yg terdahulu.. 'ala kulli hal, hari ini aku kembali menulis utk memastikan ia terus hidup!
'..Allahummabalighna fi Ramadhan..'
ungkapan yg sering diungkap sebelum tibanya bulan yg mulia ini.. alhamdulillah, Dia perkenankan doaku.. bulan yang menentukan samada aku berjaya atau gagal dalam proses pengislahan.. setiap bulan, perkara yg sama dipohon..matlamat dan azam yg terus menerus dipasakkan.. kesedaran memuncak yg minta untuk diambil tindakan segera.. hasilnya, aku kembali meletakkan pengharapan.. cuma kali ini, aku mengharapkan suatu diluar jangkauan berlaku.. suatu keajaiban yg bisa merubah seluruh kehidupanku..
..............................
travelog dakwah meniti hari esok
buku karangan prof muhd kamil ibrahim. rentetan buku 'travelog haji: mengubah sempadan iman'. ketentuan Allah, buku yg sebelum ini aku pandang sebelah mata, kini menjadi bahan bacaan utamaku. buku yg mengisahkan kehidupan prof kamil yg suatu ketika dahulu penuh dengan kejahilan.. kemudian berubah kepada sinar pengharapan.. tidak berhenti setakat itu, beliau pula yg menyeru org lain kepada kebaikan.. telusnya, aku teruja dengan bahan bacaan sebegini.. kisah2 mereka yg mencari sinar daripada kegelapan, yg cuba keluar dari lorong kemaksiatan.. tidak kurang yg mula sedar akan siapa dirinya yg sebenar.. doa tulus merekalah yg mengundang keampunan dari Allah..
siapa sangka, diusia 40 tahun beliau baru tahu membaca Al-Quran. dan di usia itu jugalah, beliau mula berjinak2 dengan solat berjemaah.. segala2 berlaku dalam perancangan Allah.. alangkah manisnya, jika hidayah itu kita turut miliki.. rasa manisnya beribadat kepada Allah.. rasa teruja untuk berjumpa Allah setiap kali azan berkumandang.. rasa takut dan harap hanya pada Allah..
subhanallah..
aku tertarik dengan ayat ini, dari seorang pensyarah USIM;
"Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa faedah. mungkin zaman kegelapan seseorang itu dianggap sia2 oleh ramai orang. hakikatnya tidak, disebbkn kegelapanlah yg mengenalkan seseorang itu kepada cahaya. daripada kesilapanlah, ditemui jaln yang benar. apabila sudah mendpat cahaya, cahaya itu perlu dijaga supaya tidak sirna. apabila seseorang memperolehi cahaya Allah dan dilandasi keikhlasan, cahaya itu semakin terang dan terus terang.."
antara perkara lain yg menarik perhatianku adalah pengembaraan beliau ketika menunaikan haji di Mekah.. untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh dapatkan buku beliau yang bertajuk travelog haji: mengubah sempadan iman. suatu pengalaman yg aku turut ingin rasai.. kerna aku juga punya matlamat yg terlalu besar untuk ditunaikan dibumi Allah itu.. 'perjanjian Arafah' .
"semoga Dia memperkenankan segala doaku dan mempermudahkan segala urusan kehidupanku di dunia dan akhirat.." ameen.
kepada jiwa2 yg dahagakan belaianNya...sama2 kita lalui bulan yg mulia ini dengan penuh pengharapan.. anggaplah ia Ramadhan yg terakhir.. pesanan khusus buat sang penulis.
p/s: gambar masjid nabawi: kenangan umrah keluarga 'anik. tunggu turn aku pulak lepas nih.. ameen.




