Pages

Sunday, November 9, 2008

kembali~



[DIKEMAS KINI] CILACAP, Indonesia: Tiga pengebom Bali, yang didapati bersalah menyebabkan kematian 202 orang dalam letupan di kawasan peranginan Bali enam tahun lalu, menjalani hukuman mati ditembak tengah malam tadi. Ribuan menyertai upacara pengebumian ketiga-tiga militan tersebut, termasuk pemimpin agama Abu Bakar Bashir.

Hukuman itu dilaksanakan selepas lebih seminggu pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan ditembak awal bulan ini. Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara yang dikawal ketat di pulau Nusakambangan. Ketiga-tiga mereka merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang ditubuhkan oleh Basir.

"Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) (1.15 pagi waktu Malaysia) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak," kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia," katanya.
Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.

Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini. Jenazah adik-beradik Ali dan Amrozi dibawa ke Lamongan di Jawa Timur manakala Imam pula ke Serang di Jawa Barat. Zakiah Darajad, isteri kepada Imam, dalam surat terbuka yang dibacakan oleh seorang saudara pada sidang akhbar di Serang berkata:


"(Saya) berharap Allah akan memberikan yang terbaik kepada mereka dan yang terburuk kepada mereka yang menyebabkan layanan buruk ke atas mereka," katanya.



sambungan seterusnya bleh rujuk :http://www1.mstar.com.my/

....................................................................

walau ape pun pandangan manusia, samada positif atau negatif.. ana tetap doakan moga roh mereka dicucuri rahmat, segala dosa mereka diampunkan, dan juga niat mereka untuk gugur syahid diperkenankan. sesungguhnya Allah lebih mengetahui ape yg berlaku...

innalillahiwainna ilaihirojiun..::al-fatihah::

la tahzan~



BismiLlahi walhamduliLlah...


kesedihan hanya akan membuat musuh gembira. kerna itu, salah satu prinsip anjuran islam adalah berupaya untuk mengalahkan musuhnya.

.....(yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu....

( Al-Anfal:60)


sabda Rasulullah S.A.W kepada Abu Dujanah yang berjalan dengan angkuh diantara tentera kaum muslimin yang kalah:


sesungguhnya cara jalan seperti itu dimurkai oleh Allah, kecuali ditempat ini (medan peperangan melawan musuh)



muqaddimah untuk entry kali ni, ana petik dari buku kesayangan ana;' la tahzan-jilid 3'. setelah agak lame ana tinggalkan buku ni, akhirnya pagi tadi ana tergerak untuk kembali menatap isi kandungannya. buku yg banyak bagi inspirasi pada ana..


ayat2 diatas ana tujukan khas kepada sahabat2 MPP.. mudah-mudahan sedikit sebanyak, kalian mendapat suntikan semangat untuk terus berjuang.. perlantikan Mpp sudah berlangsung semalam, dan kabinet yg dibentuk adalah seperti yg digembar-gemburkan sebelum ni. hatta NC sendiri menyokong penubuhan kabinet yg sengaja dicaturkan itu. ape pun yg berlaku, tipu daya manusia memang tak pernah berakhir.. tetapi harus kita ingat, bagi org mukmin itu..senjatanya adalah doa. hadith dari Rasulullah s.a.w;



"addu'au silahul mu'min..wa imaduddin..wa nuurussamaawa tiwal'ardh"



maksudnya:


doa itu senjata org mukmin, dan tiang agama..dan cahaya langit dan bumi..

ketahuilah, hati orang yang memusuhi kebenaran dan nilai2 keutamaan akan terhiris-hiris jika mereka tahu tentang kebahagiaan, kegembiraan dan kesenangan kita
jika kamu mendapat sesuatu kebaikan, mereka menjadi tidak senang kerananya...
(At-taubah:50)


.........................................................



berapa banyak orang-orang hatinya terbakar
oleh kedengkian terhadapku
mengharapkan keburukan menimpaku
tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan

penyair lain pernah mengatakan:


ku perlihatkan kekuatanku kepada mereka
yang senang dengan musibahku
bahawa sesungguhnya aku
tidak pernah goyah
menghadapi goncangan masa


tersenyum dengan kenyataan2 pahit, bersabar atas segala musibah, dan tabah menghadapi semua ujian akan memberikan rasa gerun pada hati mereka yang senang melihat penderiataan org lain..dan meredakan kemarahan dihati org2 yang dengki.

Tuesday, November 4, 2008

wasiat Almarhum Syeikh Mutawalli Sya’rawi~



terjemahan dari video di atas:

Dan sesungguhnya aku Tuan Presiden,
Aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya.
Samada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.
Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah.
Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka.
Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

Allah S.W.T telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah S.W.T kata?

“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan(Namrud).
(surah al-baqarah :25)

Maka kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang dia mahu.
Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah.
Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.

Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.
Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.


Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Wayamkuruuna wayamkurullah.”
(dan mereka merancang(perkara yang jahat) dan Allah juga merancang.

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.”
(Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga)

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta.
Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya.


Wahai Tuan Presiden,
Aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!

اذا كنت قدرنا فليوفقك الله .. واذا كنا قدرك فليعنك الله على أن تتحمل..

“Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

................................................................................

Alangkah hebat butiran mutiara yang terhambur dari lisan seorang Ulama’

Ia bagaikan sebutir biji benih yang kemudian menjadi batang lalu mengeluarkan dahan dan seterusnya mencambahkan ranting, menghasilkan buah2an yang ranum lagi lazat bagi seorang musafir seperti aku, yang lemas dalam samudera kejahilan.

Andai disurat apa yang tersirat, penuhlah kajangan kertas, susutlah tinta dan tumpullah kalam, namun masih tak terungkap apa yang cuba disingkap …

kata2 yg hebat dari org yg hebat.. terkesima seketika mendengar dan membaca terjemahan dari seorang ulama yg hebat dan akn aku kenali dengan lebih mendalam. dan bait2 yg dilafazkan memg kena dengan keadaan aku ketika ini. berhadapan dengan taklifan demi taklifan..yg seringkali melemahkan kerna sememangnya aku masih belum kuat. tapi, kesyukuran aku panjatkan padaNya kerna dengan izin dariNya..aku mendengar kata2 mulia dari seorang ulama' yg aku segani.. taujihat yg bisa membuat aku bangkit dari kejatuhan. ya Allah, semarakkan rasa cinta itu dalam diriku.. kecintaan untuk memperjuangkan Islam.. bukan sebagai penyokong, tetapi sebagai pendokong!

Sunday, November 2, 2008

mujahid yang berjihad melalui penanya~



Dia: Mujahid yang berjihad melalui penanya

Dia,
Syabab yang meniupkan roh Islam
dan semangat juang Muslimin
melalui penulisannya.

Dia,
Muslimin yang tidak pernah jemu berkarya,
melarik pena bertinta darah mujahid,
menyelar kuffar laknatullah,
membangkit semangat jihad,
para pejuang agama tauhid.

Dia,
Seorang hamba ALLAH yang mencintai penulisan dan sastera,
yang menulis demi mencari redha Tuhannya.

Dia,
Mujahid yang berjihad melalui penanya
dan dia juga,
seorang rijal yang ku kagumi dari jauh
lantaran lantang lembaran karya-karyanya
dengan semangat jihad fisabilillah.

Aku?
Aku hanyalah salah seorang nisa’
yang sering merafakkan doa,
moga ditakdirkan ALLAH
sebagai sayap kiri perjuangannya
dalam menyedarkan ummah yang lena...


-----------------

"Jangan gugur sebelum syahid!"

::artikel yang dikirimkan melalui email oleh seorang sahabat yang ana sgt syg, 'cahaya petunjuk'.

Saturday, November 1, 2008

baitul da'wah



BismiLlahi walhamduliLlah..

sedikit perkongsian/garis panduan, khas untuk sahabat yang akan memasuki alam perkahwinan atau mungkin yang sedang berusaha untuk membina 'baitul da'wah'. juga tak lupa, untuk 'ummu2 insyirah'. :)

Perkahwinan dianggap dasar kepada pembentukan sebuah keluarga, masyarakat dan negara. Maka pemilihan pasangan hidup menjadi sangat penting dan kritikal. Selalu kita dengar dan lihat sebuah rumahtangga hancur berderai walaupun baru didirikan. Mungkin ada tembelang yang pecah, lalu meledak dan meranapkan sebuah perkahwinan. Terdapat beberapa pendapat tentang jodoh. Apa yang penting bagi kita adalah usaha dan tawakal kepadaNya. Rujuklah kepada garis panduan yang telah diberikan. Semoga kita selamat dan mendapat berkat. Insyaallah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan dapat menuntun tanganmu".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain disebutkan yang ertinya:

".......... Beruntunglah orang yang memilih kerana agamanya, kerana ia akan dapat menuntun tanganmu".

Kita semua mengetahui bahawa harta benda akan musnah. Kecantikan juga akan pudar bila dimamah usia, bila diserang penyakit atau kemalangan. Pangkat dan keturunan tidak kekal selamanya. Cuma ilmu dan ketaatan pada agama akan terus menjadi amalan sepanjang hayat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kamu jangan berkahwin dengan seorang perempuan kerana kecantikannya, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya. Jangan kamu berkahwin dengan perempuan kerana kekayaannya kerana kekayaan akan membuat derhaka. Kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya bahawa seorang perempuan pesuruh yang baik pengamalan agamanya adalah lebih baik dikahwini, sekalipun berkulit hitam dan cuping telinganya berlubang besar".

Meminang

Apabila seseorang laki-laki berhasrat untuk berkahwin , adalah digalakkan beliau mempelajari dan mengetahui akan sifat wanita solehah. Kerana yang demikian dapat membantu dalam membuat pilihan bakal isterinya.

Sebelum Meminang

Tidak menjadi kesalahan bila seorang laki-laki ingin mengenal pasti keadaan jasmani wanita (bakal isteri). Adakah dia sihat atau punya penyakit, kecacatan, gemuk atau kurusnya, putih atau hitamnya dan bagaimana raut wajahnya. Untuk keperluan ini semua, seorang laki-laki yang betul-betul berazam untuk memperisteri seorang wanita dibenarkan melihat wanita yang dimaksud. Melihat di kala itu adalah darurah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jika seseorang di antara kamu meminang seorang perempuan, maka tidak mengapa baginya (tidak berdosa) melihat sesuatu dari perempuan tersebut, apabila melihatnya memang keperluan untuk meminang, sekalipun dia tidak mengetahui". (H.Riwayat Iman Ahmad)


Walaupun melihat bakal isteri dibolehkan, tidak bererti boleh melihat dengan sesuka hatinya hingga melanggar ketetapan syarak. Ia tertakluk kepada beberapa syarat: Mesti disaksikan oleh salah seorang muhrim siwanita. Tidak boleh berdua-duaan saling pandang memandang. Melihat wanita yang akan dipinang hanyalah setakat wajah dan tapak tangannya saja. Dengan melihat pada tapak tangannya dapat diketahui apakah wanita itu berbadan besar segar atau tidak, halus atau kasar. Dengan melihat pada wajahnya dapat diketahui apakah wanita itu cantik atau tidak. Cuma itu saja dapat dilihat. Dalam hadis lain disebutkan: Ertinya:



"Apabila seseorang di antara kamu meminang perempuan, jika ia dapat melihat apa yang menarik sehingga ingin mengahwininya, lakukanlah itu". (H.R.Ahmad dan Abu Daud)


Melihat wajah wanita dan telapak tangannya dapat dilakukan sendiri oleh lelaki yang akan meminang dengan syarat seperti di atas.Hal-hal lain seperti tutur kata, akhlak dan hal-hal lain yang perlu tentunya susah dilakukan oleh lelaki. Dalam hal-hal ini dia boleh mengutus wanita dari kalangan keluarganya untuk merisiknya. Wanita yang dipercaya itu akan bergaul dan mengenali calon isteri dari dekat dan seterusnya dapat memberitahukan pada pihak laki-laki apa-apa maklumat yang diinginkannya.

Syarat-syarat Wanita Yang Dipinang

a. Bukan Pinangan Orang Lain Meminang wanita yang telah dipinang oleh laki-laki lain hukumnya haram di sisi syarak. Kerana yang demikian itu dapat merosakkan persaudaraan dan menyakitkan hati orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya:

"Seseorang laki-laki tidak boleh meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya (orang lain sesama muslim) sebeulum laki-laki yang meminang terdahulu meninggalkannya (telah putus hubungan pertunangan), atau tunangan terdahulu itu mengizinkannya". (H.R. Bukhari)

Apabila diketahui bahawa tunangan terdahulu sudah jelas tidak menghendakinya lagi, atau sudah putus hubungan pertunangan, maka lelaki lain boleh meminang tanpa izinnya.

b. Bukan Wanita Yang Ditalak Tiga Oleh Dirinya Lelaki yang telah mentalak tiga terhadap isterinya, dia tidak boleh meminang lagi bekas isterinya, sehinggalah wanita tersebut telah bertahallul (dikahwin oleh laki-laki lain kemudian dicerai setelah disetubuhi). Apabila masa iddahnya telah habis maka bekas suami pertama boleh meminangnya semula.

c. Bukan Pada Masa Iddah Tidak boleh (haram) meminang wanita yang sedang iddah bukan darinya. Tetapi bila wanita sedang iddah bukan talak raj'iy seorang laki-laki boleh meminangnya dengan cara ta'ridh (sindiran). Jadi tidak boleh meminang secara berterus terang. Contoh pinangan degnan ta'ridh adahal; "Engkau lawa' atau "Ramai orang yang sukakan engkau' dan lain-lain. Talak Raj'iy ialah talak satu atau dua, jadi masih ada kemungkinan bagi sisuami merujuk isterinya semula. Wanita yang ditalak raj'iy tidak boleh dipinang secara ta'ridh apa lagi secara terang-terangan (tasrih). Merahsiakan Pinangan Pinangan sebaiknya dirahsiakan dari diketahui oleh orang ramai, gunanya untuk mengelak sesuatu yang tidak diinginkan. Hal ini untuk menjaga kehormatan siwanita itu sendiri seandainya suatu hari kelak pertunangan itu putus atau untuk mengelakkan fitnah-fitnah yang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;



"Umumkan perkahwinan dan rahsiakan pertunangan".

p/s: sumber tak dinyatakan sbb artikel ni shbt ana yg bagi 2 tahun lepas.