Pages

Friday, August 22, 2008

salju sakinah~

::salju yang mendamaikan::
salam'alaik...

act. entry kali ni bukn pasal novel tu pun.. ana xpernh bace lagi novel 'salju sakinah'. taktau best ke tak.. ad sahabat yg kate best, ad yg kate biasa2..ana no komen, sbb tak bace lagi. sekarang ana dh berada di bumi 'london'..he, london malaysia. terpaksa balik awl sbb tiket takde. cuti kali ni agk singkat..duk rumah dua hari, 3 hari p prog, balik rumah..then esokkn terus berangkat ke 'london'.. kesian kt family, xsempt nak duk lame2..nk tolong ape yg patut. kebetulan sekarang rumah sedang diperluaskan..jdi perabot2 kat dapur kna pindah masuk kedlm rumah.. kesian kt mak, tiap2 hari busy..nk kna bgi makan kt tukang rumah lg..huh, insyaAllah b4 raye dh siap rumah tu..

balik dari prog motivasi aritu, ayah ambil kt stesen. adik pun ad same.. first thing dia tanye," dh beli belum ?..he asked about the present. erm, dgn selambe ana jwb..tak beli lg. he smiled. ana pulak yg tye die, dh solat belum? dgn yakinnya dia kate, "dah". cm tak percye, ana tye lagi the same question..dia jwb lg, "dh". die pn crite, td die tgk dlm tv "sape yg tak solat akan dihilangkn pahala...". dia takdpt habeskn ayat tu..sbb dia lupe. tapi, ana bleh agak the next words..

kami menuju ke sabasun dgn riang nye..hehe. beli satu robot kt dia, as a present. mlm tu bile maghrib bertandang, after ana solat.. ana suh die tukar baju untuk solat.. dh siap2 tukr baju, ana pesan kt die suh doakan ana moge jadi org yg baik, suh doakan abg die, kakak die yg len, mak ayah..then dia jwb," k.sa kan dah baik". ana terkesima. tiba2 getar hati.. sebb jawapan tu tak sesuai diletakkan pd diri ana.. dia betul2 buat ana terfikir..berkali2. nk je ana katekn, jgn judge luaran..tp dia faham k? huh.. dan kate2 dia memg benar2 terkesan..sebb sampai sekrg ana still igt.. tu bukan pujian bg ana.. tp, satu sindirn..yg minta supaya ana berubah.. semakin kotor jiwa, semakin banyak taklifan.. seolah2 satu amaran.. perlu ke beruzlah? mcm lari dr tanggungjwb..

sahabat pesan, betulkn niat..he, u right sis.. satu tahun lgi, kite kn berpisah.. sush dh nk merempit dgn jhc9084. masing2 kn lalui kehidupan sendiri. sekrang ni pun dh ramai sahabat yg berkira2 u berkahwin.. bait muslim itu yg terbaik, berkahwin bukan beerti tak berjuang, itu tanggapan negatif.. drpd bait itulh, lahirnya pejuang2 yg sanggup berjuang..lahirnya mujahid wa mujahidah soleh..yg akan memastikn kemenangan Islam.. kepada shbt2, pilih zauj yg terbaik.. :) mge antunna berjaya dalam kehidupan rumah tangga juga dlm perjuangan.. dan ana sendiri, terlalu banyak tanggungjawab yg pasti perlu dijawab kelak.. benar kate assyahid Imam Hassan Al Bana, "tanggungjwab melebihi masa".


" Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNYA?"....

(Az-Zumar:36)

Benar..Allah adalah pelindung yang maha Agung. kita tak pernh ditinggalkan keseorangan melainkan dialah disisi kita.. Pelindung yg maha Pengasih lagi Penyayang.. kembali padaNya.




::salju yang mendamaikan~

Wednesday, August 13, 2008

kematian~


tiap-tiap sesuatu

terjadi berdasarkn qadha' dan qadar

dan kematian

merupakan pelajaran yg paling besar.


seseorang hamba harus ingat bahawa dia sedang membawa kematian, bahawa dia sedang berjalan menuju kematian, dan bahawa dia sedang menunggu kematian itu entah akkan datang pagi atau petang. sungguh indah ungkapan Ali bin Abi Thalib:


"sesungguhya kematian terus mendekati kita, dan dunia terus meninggalkan kita. maka jadilah kalian anak2 akhirat dan janganlah kalian menjadi anak2 dunia. sesungguhnya hari ini adalah beramal dan tiada hisab, dan esok adalah hisab dan tidal ada lagi beramal..


....dan tiada seorang pun yg dapat mengetahui (dengan pasti) apa yg akan diusahakannya besok dan tiada pula seorang pun yg dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati. (Luqman:34)


kata2 diatas ana petik dr buku kesayangan ana, la tahzan jilid 3. tertarik dgn kata2 tersebut, buat ana terfikir..ttg kematian. akhir sem lepas, pak cik ana meninggal. kematian pertama dalam keluarga mak ana. abg sulung mak. dua bulan koma dan ana xsempat nk jenguk arwah sepanjang dia sakit. aslnya, plan nk balik awl ketika cuti final..tp, ad prog yg lebih aula daripada cuti. tgh2 sibuk b'program, dpt msg dr kak long..'ayah long dh takde. kebetuln hr tu adlh hr last program. sepatutnya keesokkn hr ad prog lain..prog motivasi.. tp, terpaksa gk pulang. walaupun ana tahu, ana tkkn sempt tgk jenazah arwah.. mlm tu jgk, sahabat tlg belikn tiket tanpa dipinta..syukran. alhamdulillh, ayah long meninggal dlm keadaan baik. mukanya berseri kate mak. tersenyum. mlm jumaat kalau tak silap ana. yg menakjubkan, ramai yg dtg menyembahygkn jenazah. penuh surau. sejarah buat kampung kepong. kebanyakkn nya kwn2 datuk, kebetulan datuk tabligh yg berpengaruh.. satu lagi perkara yg menakjubkan berlaku, ketika jenazah dimandikan. abg ngah salah seorg yg memandikn jenazah arwah. abg kate, takde bau pun.. org lain yg memandikn pun kate benda yg same.. masyaAllah.. selang beberapa hari, paksedara ana bermimipi..ayah long dalam keadaan serba putih..tersenyum..


bile bercerita ttg kematian, gentar hati..ntah bile ia dtg menjemput, bimbg kiranya jemputn itu bertandang ketika hati leka tuk mengingati Allah..bimbng kiranya ia datang dlm keadaan terbatalnya syahadah tanpa disengajakan..nauzubillahiminzalik. semoga, kedatangannya ketika diri ini sibuk mengingati Allah..hati terarah untuk berjihad pd jalan Allah.. jiwa suci dari dosa..

matikanlh diri ini dalam keadaan beriman kepadaMU ya ALLAH.. juga bg mereka yg bersama2 ku..


moge roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditemptkn dikalangan org2 yg soleh.

Al-Fatihah buat Manan bin Deraman.

Thursday, August 7, 2008

MAHASISWA BENTUK BADAN BERTINDAK MEMBANTAH PEMBATALAN MOU AL-AZHAR


Mahasiswa berasa sedikit hairan apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pembatalan MOU antara IPTS dengan Al-Azhar adalah kerana kehendak pihak Al-Azhar sendiri. Nampak begitu gugup lagi teragak-agak apabila beliau mengeluarkan kenyataan ketika menjawab isu ini. Walaupun berbagai kenyataan yang cuba menutup bahawa ianya adalah daripada pihak Al-Azhar sendiri, kami tetap yakin usaha pembatalan MOU ini adalah usaha dari pihak kerajaan Malaysia sendiri melalui kedutaannya di Mesir.


Pihak kedutaan dan Kementerian Pengajian Tinggi juga dilihat telah memainkan faktor penting dalam menjayakan misi sabotaj dengan menyekat kemasukan pelajar ke Al-Azhar. Ini dilihat berikutan dari pembatalan secara mengejut yang disyaki terdapat campurtangan dari pihak berkuasa (kerajaan Malaysia). Isu pembatalan ini juga dikesan adalah rentetan dari kepulangan Najib dari Kaherah Mesir pada satu ketika dahulu.


Kerajaan cuba menarik perhatian bahawa faktor utama yang menjadi pembatalan adalah disebabkan penguasaan bahasa Arab yang lemah di kalangan Azhari. Tidakkah sepatut pihak kerajaan melihat pokok punca perkara ini dari akar umbi lagi. Dengan usaha menyekat bantuan per kapita ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR), cengkaman dari pihak kerajaan terhadap perlaksanaan mata pelajaran pengajian Arab-Islam di sekolah Agama kerajaan, persekutuan dan negeri dan serta rakyat, kualiti sukatan pengajian STAM serta perlaksanaannya, kebajikan terhadap guru-guru sekolah agama yang telah dianaktirikan berbanding dengan guru-guru sekolah yang lain sehingga menjejaskan emosi guru yang mengajar di sekolah agama tersebut dan proses akreditasi (MQA) yang dilihat telah melonggarkan sukatan pengajian Arab / agama sehingga mutu graduasi dari sudut thaqafah dan intelektual kelihatan hambar.


Apakah kerajaan tidak sedar bahawa puncanya adalah di pihak kerajaan sendiri. Tidak malukah kerajaan Malaysia dengan pembatalan ini menunjukkan kualiti akademik di Malaysia berada di tahap yang minima dan terkongkong sehinggakan pihak Al-Azhar sendiri yang telah membatalkan MOU antara IPTS dengan Al-Azhar. Pelaksanaan ujian Imtihan Qabul selama ini yang menjadi syarat dan sekatan kemasukan ke Al-Azhar di bawah kelolaan Kedutaan Malaysia adakah benar-benar mendatangkan kesan? Natijah perlaksanaan Imtihan Qabul ini adakah berkesan terhadap pelajar yang lemah dan adakah dibuat kelas intensif bagi membaiki kelemahan pelajar tersebut?. Sangat tidak adil jika kelemahan ini dilihat secara pukul rata sedangkan sebaliknya ramai mahasiswa Azhari yang mampu menguasai bahasa Arab.


Kadang-kadang mengapa kemasukan pelajar ke Al-Azhar sering disabotajkan, nilai akademik Al-Azhar kerap kali dipertikaikan dan kemampuan bahasa sering dialasankan. Sedangkan dilihat dari segi kemasukan pelajar ke Jordan dan lain-lain Universiti di Timur Tengah dilihat sangat mudah malah dengan hanya melalui SPM sudah dikira mencukupkan syarat kemasukan, begitu juga dengan sukatan akademik pelajar jurusan pengajian Islam di Universiti tempatan sepatutnya dipertikaikan dan dipandang semula kerana mereka tidak mempunyai asas yang jitu dan kemampuan bahasa Arab yang majoriti sangat ketara lemahnya. Apakah yang telah menggugah pihak kerajaan sehingga pihak kerajaan sangat berselera besar dalam percubaan campurtangan dan mensabotaj kemasukan ke Al-Azhar?


Apakah mereka ini masih memerlukan Intensif khusus selama setahun sedangkan mereka telah mengikuti selama 3 tahun program Ijazah berkembar mereka di sini. Mengulas penguasaan bahasa Inggeris kumpulan itu, Najib berkata, mereka yang terpilih mendapat keputusan baik dalam SPM antara 8A hingga 10A, termasuk pencapaian bahasa Inggeris dan Matematik. Jika subjek Bahasa Arab yang menjadi kelemahan mengapakah subjek bahasa Inggeris yang harus diberi penekanan tidak bahasa Arab ? Adakah penilaian kemasukan dengan STAM sudah tidak diambil kira dan telah digantikan dengan SPM sahaja? Dengan SPM 8A hingga 10A sahaja sebenarnya langsung tidak menjamin kualiti ilmu dan bahasa Arab tanpa mengambil STAM atau melalui Muadalah MOU jika hendak ke Al-Azhar walaupun dengan menyertai program Khusus selama setahun untuk ke Al-Azhar sekalipun.


Apakah yang sering dirisaukan kerajaan sehingga berbagai sekatan telah dilakukan? Bermula dengan isu sekatan pelajar ke Al-Azhar melalui perlaksanaan STAM sedangkan kemasukan ke Universiti Timur Tengah lain tidak menggunakan sijil STAM, diwujudkan “Imtihan Qabul” (peperiksaan kemasukan) yang sepatutnya kemasukan mereka dinilai berdasarkan pencapaian akademik mereka di kolej mereka sebelum ini walaupun mereka sudah mengikuti pengajian berkembar kolej yang mempunyai MOU secara langsung dengan pihak Al-Azhar, perletakan Batu Asas cawangan Al-Azhar di Rembau dan yang terakhir pembatalan terus kemasukan pelajar graduan MOU ke Univ. Al-Azhar.


Kami, Gabungan Mahasiswa IPTS Membantah Pembatalan MOU Al-Azhar (BANTAH) dari 17 buah IPTS mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak bahawa Universiti Al-Azhar dianggap sebagai peluang terakhir bagi menyambung pengajian ke sana dan pelajar yang ke sana bukan pelajar pilihan di Universiti tersebut. Kenyataan ini sangat memandang rendah martabat pelajar yang menyambung pengajian ke sana. Bagaimanakah mereka hendak menyambung ke sana, melainkan mereka ini mesti terlebih dahulu mencukupkan syarat kemasukan ke Al-Azhar. Perlu diingatkan, mereka inilah (Azhari) satu ketika dahulu di antara yang telah mencorak sejarah Malaysia. Tidak mustahil pada akan datang mereka akan mencorak semula. Corakan dan goncangan mereka bertambah hebat jika kerajaan dan kedutaan Malaysia membuat sabotaj ke atas kami dan warga Azhari. Jangan berasa begitu kebal, sedangkan yang mengiringi anda adalah munajat hamba yang telah dizalimi.


Sekiranya kerajaan tidak mempedulikan pandangan kami, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil pendekatan agresif dan berdemontrasi bagi memastikan rakyat sedar akan kejahatan kerajaan sekular yang dilihat anti-ulama.
Zaeem Irsyad,Pengerusi,Gabungan Mahasiswa IPTS Membantah Pembatalan MOU Al-Azhar (BANTAH)
BANTAH terdiri daripada mahasiswa :

1. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan

2. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Selangor

3. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah

4. Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Kedah

5. MINDA Kedah

6. MADIWA Perak

7. Kolej IHSANIAH Penang

8. Kolej Ar-Razi Penang

9. Pusat Pengajian Tinggi Pondok Moden Kandis Kelantan

10. Darul Hijrah Pahang

11. Maahad Tinggi Pengajian Islam dan Bahasa Arab Pahang

12. Maahad Tinggi Pengajian Islam Perlis

13. Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu

14. Kolej Islam Darul Quran (KUDQI) Terengganu

15. Kolej UNITI Negeri Sembilan

16. Maahad Ahmadi (MARSAH) Johor

17. Kolej Pengajian Islam Dan Bahasa Arab Melaka



Tuesday, August 5, 2008

::Insyirah~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


'Innamal mu'minuna ikhwah fa aslihu baina akhowaikum wattaqullaha la'alakkum turhamun'


"sesungguhnya org2 mu'min itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara(yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah supaya mendapat rahmat."


(Al-Hujurat:10)


ukhuwah itu indah, bila kita meletakkan persaudaraan yang terjalin hanya kerna Allah.. our creator. syukur kepadaNya, kerna menemukan ana dengan sahabat yang pabila memandangnya membuatkan kita mengingati Allah..mendengar butir bicaranya membuatkan kita makin qarib dengan Allah..juga pabila melihat tingkah mereka..makin tenang rase hati. syukur ya Ilahi.


pertemuan yang terjalin di bumi tarbiyah syuhada Islam.. Ramadhan lepas menyimpan memori yang cukup indah, kita iftar bersama di surau, solat terawih bersama, discus ttg agama bersama dan mcm2 lg.. ana teringat perkenalan singkat antara kita dgn adik ana di masjid Proton City. selepas terawih, kita berbuka bersama..kebetulan adik ana dan family turut ada bersama. abangnya menjadi imam solat terawih mlm tu, budak lagi dh jadi imam. terdetik dihati rase kagum.. kebetulan malam tu adalh hari lahir dik ana, kami bagi biskut raye kat dia..he, petang tu sempat singgah kt pekan. ada yg teringin nk mkn bisut raye.:) singkat sungguh perkenalan ant.kami, after tukar no.phone..dia pulang dgn harapan akan bersua kembali. alhamdulillah, dgn takdirNya kami plan untuk ke rumah adik ana after raye.. kami berlima disambut dengan sgt baik oleh familynya. mereka buat open house, special untuk kedatangan kami. huh, ade kek 2 biji, rendang, kfc, dan mcm2 lagi..hehe, delicious!
walaupun dia baru berumur 12 tahun, tapi dia sgt petah..pandai pulak tu berckp dgn org dewasa.. ukhuwah mule terjalin, hinggalah ke hari ini. birthday ana aritu pun dia ade wish..syukran dik atas ingatan.. insyaAllah, kami kn ziarah adik lagi..


tu ant.kenangan kami berlima..sem ni agk sibuk. tak seperti sem lepas, kami banyak meluangkan masa bersama2.. kdg2, ana dapat msg dari mereka.. katanya, 'rindu ummu Insyirah'. ya..ana juga sgt2 rindukn antunna.. sgt2 bersyukur atas pertemuan ini, nama 'Insyirah' lekat sampai sekarang. moge ukhuwah yg terjalin kernaNya diredhai sentiasa...juga kita thabat pada jalan perjuangan ini..menuju matlamat yg satu..ISLAM.


::anjang+ude+tam+acik+ucu=ummu Insyirah :)

Friday, August 1, 2008

~29 REJAB 1429H


bismillahirrahmanirrahim....


alhamdulillah wa syukur lillah..tepat pkul 12 td, genap lh usiaku 21 thn, mgkn tu perkiraan secara kasar..kalau lebih teliti lg, kira jam, saat, minit..emm, xgenap lg la 21.. ape2 pn, ana sndiri xigt pkul bp dilahirkn.. tak terlalu ambil tahu sgt..mm.. masih bernafas lagi, alhamdulillh.. masih diberikan nikmat ISLAM dan IMAN..alhamdulillah, masih boleh menyampaikan mesej2 ISLAM.. alhamdulillah. baru sebentar tadi ad perjumpaan rakan surau (RMS), ana ad bagi sedikit pengisian.. igtkn nk ckp psl aqidah, tp tak cukup preparation.. baru balik kelas, tersgt2 letih..(huh..letih ape la sgt, alasn j nih) jd, bgtau j ape yg terlintas..sentuh skit psl aqidah, psl al-quran.. berkongsi ape yg belajar kt kelas ulum quran..


'ballighu anni wa lau ayyat... (sampaikanlah darimu walau sepotong ayat) - hadith


tahun n, hari lahir ana jatuh pd hari Jumaat..penghulu segala hari, cam special sket.. tadi mase p surau, ad sahabat bg muffin..katenye kiriman dpd seorg shbt..hehe, dayah yang bagi. emm..first present, syukran ya ukht habibah.. dpt gk merasa kek hari lahir.. act. bagi ana, hr lahir buknlh hari u berseronok, semakin bertambah usia.. bukn bermakna kita semakin bagus.. knape ye, org terlalu hepi bile sambut hari lahir?? ana xsalahkn mereka..sbb ana sndiri rs hepi bile tiba hr lahir..cuma mgkn kite terlepas pandang byk perkara.. bile mana kita lahir, beerti kita tlh membuat satu perjajnjian dgn tuhan bahawa kita bersedia untuk menggalas tugas sbg khalifah.. menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkrn.. adakah dgn pertmbhn usia n bermakna persiapan untuk menuju akhirat semakin bertambah baik..?? kalau ye, alhamdulillah.. tp, rsenye..sgt2 jauh untuk sampai ke peringkat itu...lemahnya dirini..


tadi, ana belajar ttg ayat makkiyyah dan madaniyyah..sebab nuzul, kepentingan, ayat pertama dan ayat terakhir..sgt2 teruja untuk belajar walaupun mgkn dulu dh pnh belajar.. cuma bezanya, dulu belajar kerana nk A dlm imtihan..then, dpt la A..tp, sec penghayatannya..mgkn ana bleh letk gred paling teruk dr F..fail terus la.. alhamdulillah, inayah Allah bertandang lagi, peluang untuk belajar agama terbuka lagi.. sykur ya Allah..


wahai jiwa yg rindukn pertemuan dgn Ilahi...
maafkan diri ini krana terlalu lama menzalimimu..
terkadang, aku mengabaikan santapan rohanimu..
zikir dan tahajud tidak dijaga dgn baik..
kalamullah dibaca tanpa penghayatan..
kerna itu..terkadang engkau lemah wahai jiwaku..
engkau menagih lagi supaya minta diisi..
disuburkan..dibajai dgn roh Islam yang kuat..

terkadang, aku biarkn engkau merintih..

terkadang,
aku menyeksa dirimu dengan bebanan lautan hitam..
yang tak pernah surut..
hampir engkau lemas..
kejamnya diri ini.. tersangat kejam..
maafkan aku..kerna menzalimimu..
bantulh aku untuk keluar dr kegelapan..
pandulh aku dgn cahaya Ilahi yg sering bertandang..
mengetuk keinsafan dlm diri..
menyedut lautan hitam yang kian surut..
terkadang ada sinar disebalik dirimu..
yang muncul ditgh kegelapan lautan itu..

syukur ya Rabb..
masih ada ruang untuk jiwa itu bernafas..
menagih maghfirahMu..
bantulah ia ya Rabb..
untuk terus menggapai rase TENANG itu..

ameen...



::thanah hilwah ya khaulah-21